Selepas 6 bulan berjauhan kerana suami mengikuti latihan di PULAPOL, akhirnya pasangan ini kembali bersatu namun yang lebih indah kerana anak sulung mereka dapat bersama dalam foto keluarga kali ini.
Menurut perkongsian Nurul Syazwina, ketika hari pertama suaminya melapor diri di PULAPO dia sedang sarat hamil anak pertama mereka. Namun sehari selepas itu bayi sulung mereka lahir dan suami tidak sempat menyambut kelahiran anak sulung mereka.
“Menurut jangkaan, anak kami sepatutnya dilahirkan pada 15 November namun keluar enam hari lebih awal.
“Sakit untuk bersalin terasa selepas menghantar suami ke kem latihan dan dimasukkan ke hospital pada malam hari yang sama.
“Keesokannya, kira-kira jam 3.58 petang, saya selamat melahirkan anak dan ayah (Zulkefli Mat Sain, 54) ada cuba bantu memohon kebenaran untuk suami keluar kerana saya nak sangat dia ada bersama, tetapi tidak diluluskan.
“Bagaimanapun, suami ada dimaklumkan yang saya sudah bersalin,”
“Sedih memang sedih namun apa boleh dibuat, saya perlu berkorban demi masa depan suami. Mujurlah keluarga banyak membantu malah mereka juga yang selalu tenangkan saya dan beri semangat.
“Lama juga saya dan suami tidak berhubung sehingga bulan keempat dia di kem latihan.
“Alhamdulillah, suami pulang sebelum 1 Syawal dan seminggu juga kami dapat luangkan masa bersama sebelum berjauhan semula kerana dia kini bertugas di Balai Polis Anak Bukit, Alor Setar, Kedah,” katanya yang mendirikan rumah tangga dengan suaminya pada 20 Disember 2019.
“Syukur kerana ramai doakan saya sekeluarga malah ada yang kongsi pengalaman sama. Terima kasih saya ucapkan kepada semua,”
Menurut suami Wina, Muhammad Zahin, dia menjangkakan isterinya bakal melahirkan sebelum laor diri namun takdir mengatasi segalanya. Walaupun dia juga turut bersedih tetapi tetap bersyukur kerana keluarga turut sama membantu isteri ketika itu.
“Saya jangkakan isteri bersalin sebelum saya masuk ke Pulapol namun ditakdirkan sehari selepas itu.
“Nak buat macam mana, tiada rezeki untuk saya bersamanya ketika itu dan memang sedih sepanjang berjauhan namun saya lega kerana keluarga banyak membantu isteri dan bersyukur kerana akhirnya kami bertemu semula sebelum tibanya Syawal,”
Kredit: wina.zul
Ketahui fungsi caresat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!