“Dia tak demam, tak selesema..tiba-tiba je susah nak nafas” begitulah luahan pelakon popular, Diana Rafar apabila berdepan detik cemas melihat anak perempuanya yang secara tiba-tiba tidak dapat bernafas.
Menurut perkongsianya di Instagram, Dia terkejut melihat Kayla Resysha seperti sukar bernafas dan dada berombak dan mujurlah dalam masa yang sama dia masih belum tidur ketika kejadian berlaku, lebih kurang pukul 1 pagi.
“Bila Allah nak bagi ujian mesti ada rahmat… tak duga semua ni kan..Terima kasih ya semua doakan untuk anak diana, kaylareysha .. Alhamdullilah dah beransur pulih nak kena kurangkan kahak je…”
“Kisah ngeri pengalaman pertama bila tengok kayla tiba-tiba perut dia macam ombak pukul 1 pagi, susah nak nafas… tak demam tak selsema tiba-tiba jadi macam tu pukul 1pagi. Nasib lah diana tak tido lagi betul-betul Allah nak tolong pandang dia … terus lah kelam kabut papa dia angkat and bawak ke emengency avisenawcsh”
Tambahnya lagi, dia dan suami segera membawa anak perempuanya ke bahagian kecemasan di salah sebuah hospital swasta di Shah Alam.
“Nasib lah service kat sini laju pantas terus masuk oksigen sebab heart rate dia dah sampai 195😭 memang buntu tak penah tengok macam tu. Sempat ambik Phone terus pos kat ig story…”
Ads
“Diana yakin kuasa DOA followers diana memang sangat membantu.. doa korang semua kuatkan Diana ngan Zamarul. ramai rupanya tak tido lagi time tu , dengan keikhlasan doa ramai orang . so syukur takde yang kritikal pada kayla.. cuma 3 hari juga dia duduk di HDU sape tak panic kan”
“Doctor kata kayla jangan stress jangan takut kayla nyanyi lah , bercakap ke supaya oksigen kayla naik cepat, atlast dia yang minta phone kat diana dia nak buat tiktok sendiri lepas tu baring balik sebab penat”
Ads
Diana turut berterima kasih kepada kakitangan hospital, doktor yang merawat dan doa dari orang ramai buat puteri tersayang, Kayla.
“Apa pun alhamdullilah kayla dah masuk wad dan pindah bilik dari HDU … so mama doa sangat esok lusa dah boleh balik rumah”
“Thank you jugak @drfadzillah bertungkus lumus nak bantu kayla sihat cepat… terima kasih ya semua sekali lagi.. moga DOA yang baik berbalik pada korang semua dan anak anak korang jugak sihat selalu… Amin… ”
Wanita mana yang tidak sukakan kecantikan. Walaupun sudah bergelar seorang isteri dan ibu, masih mahu tampil cantik untuk suami. Sebenarnya bila dah jadi ibu ni, kadang-kadang kita lupa nak beri perhatian kepada diri sendiri.
Ada juga suami tegur, penampilan kita tidak sama seperti zaman anak dara. Waktu inilah, kita mula tak senang duduk. Sebelum suami tegur lagi, baik buat sesuatu!
Ada cara mudah untuk jadi cantik tanpa perlu mengeluarkan belanja pun. Jika boleh (memang susah sikit bila dah jadi ibu ni, tapi bolehlah cuba), tidurlah sebelum jam 11 malam. Sebenarnya bila kita tidur lewat dari waktu itu, kita akan terasa untuk mengunyah.
Sudahlah makan benda manis dan snek. Itu yang tak bagus. Bila kita tidur lewat, ia mengganggu proses pelangsingan dan kita pun mudah menjadi gemuk.
Tabiat tidur lewat ini akan memberi kesan yang tidak baik pada metabolisme tubuh.Selain badan susah untuk kurus, jika kita selalu berjaga lewat malam akan membuatkan kulit menjadi kusam, mudah berjerawat dan kering. Boleh dikatakan semua masalah kulitlah, mungkin boleh terjadi pada kita!
Menurut pakar kulit, Geoff Wright, badan manusia ada ‘jam biologi’. Kulit akan melembap secara natural bermula jam 8 malam sehingga 11 malam setiap hari. Pada jam 11 malam hingga 3 pagi pula adalah waktu penjanaan semula sel kulit dan penutrisian.
Ketika jam 11 malam sehingga 3 pagi, akan berlaku proses gantian sel dan ia hanya boleh berlaku ketika tubuh dalam keadaan rehat sepenuhnya (tidur). Jika tidak, proses ini akan terganggu dan tidak optimum. Paling teruk, mungkin tidak akan terjadi pun. Sebab itulah kulit nampak tua dan kusam.
Biasanya kalau dah siap semua kerja rumah, jaranglah para ibu ni nak tidur lambat. Mengantuknya, hanya Allah SWT yang tahu. Patutlah semua ibu cantik-cantik belaka!
Disaat orang lain gembira menyambut Aidilfitri bersama ahli keluarga, Allah uji pasangan suami isteri ini apabila anak sulungnya yang menghidap kanser otak tahap 4 dijemput ilahi pada 1 Syawal lalu.
Pernah viral ketika Ramadan baru-baru ini, Raudhatus Solehah anak kepada Rashidee Abd Rashid dan Sabariyah Ismail telah dipakaikan baju sedondon bersama dua adiknya sebagai tanda kenangan seandainya Allah ambil dalam masa terdekat.
Ini kerana doktor memberitahu tahap kesihatan kakak semakin merosot dan meminta untuk bersedia bila-bila masa sahaja. Walaupun sudah tahu hayat kakak tak lama, sikap positif suami isteri ini yang cuba memenuhi permintaan anak wajar dipuji.
Menerusi luahan hati Rashidee, hasrat kakak untuk memakai baju warna putih akhirnya dah tertunai jua.
“Kakak meminta baju raya berwarna putih” Alhamdulillah Allah tunaikan permintaan kakak, puteri saya Raudhatus Solehah binti Mohamad Rashidee disahkan meninggal dunia pada 1 Syawal tepat jam 12 tengahari. Doakan Kami ibu bapanya tabah Dalam ujian ini.
Pengakhiran Kisah Kakak
Terima kepada semua yang follow kisah kakak sejak setahun yang lepas. Tak sangka juga kisah kakak agak “meletup” beberapa hari yang lalu. Ramai yang pm kami di messanger yang belum kami buka. Mohon maaf sekali lagi.
Alhamdulillah kami ibu bapanya diberi peluang bersama kakak pada kelahiran dan kematiannya. Berada disisinya ketika kakak sedang nazak. Melihat nyawanya diambil secara perlahan-lahan. Kakak Meninggal Dunia jam 12 tengahari dan dikebumikan jam 5 petang 1 Syawal.
Kita sering berdoa agar kita dan keluarga dimasukkan ke syurga, tapi kita tidak tahu bagaimana sebab Allah memasukkan Kita ke syurga. Allah memasukkan kakak ke syurga dengan cara begini menerima penyakit dan Meninggal Dunia sebelum umurnya baligh. Oleh itu, berdoalah agar kita pergi dalam “Khusnul Khatimah”.
@sabariyah_ismailAl-Fatihah buat anak syurga Raudhatus Solehah Binti Mohamad Rashidee – 1 Syawal 1443H @ 02 Mei 2022Kanser Otak Tahap 4 (Medulloblastoma)♬ Kemarin – Seventeen
Alhamdulillah dan Insyaallah kami redha dengan ujian ini dan bersyukur dengan ujian ini. Jika Allah memberi kami ujian Harta dan Kemahsyuran kami tidak pasti adakah kami dekat atau semakin jauh dengan Allah.
Allah telah memilih kakak ke keluarga kami. Anak pertama yang mengajar kami tanggungjawab ibubapa. Alhamdulillah diberi peluang untuk mengazankan kakak ketika kelahiran dan mengimamkan Solat Jenazah ketika kematian. Kini, masih ada 2 orang lagi puteri yang diamanahkan Allah untuk kami jaga.
“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.” [HR Bukhari, Muslim dan at-Tirmizi].
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan karenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah S.W.T akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-Nya untuk mereka.” Seorang lelaki bertanya, “Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?” Sabda Baginda, “Juga untuk dua anak perempuan.” Seorang lelaki berkata, “Atau untuk seorang wahai Rasulullah?” Rasulullah S.A.W menjawab, “Juga untuk seorang.” [HR Ahmad dan Al-Hakim]
Terima kasih kepada semua. Saat perasaan dan hati kami hampir jatuh, kalian menahan kami dari rebah dan menolak kami semula ke atas.
Terima kasih atas sumbangan, doa, tenaga dan pelbagai lagi bantuan yang kalian hulurkan. Kami tidak dapat membalasnya semua, Cuma kami doakan agar urusan kalian dipermudahkan Allah Di Dunia dan Akhirat.
“Ya Allah. Engkau jadikanlah kanak-kanak perempuan ini sebagai penolong kepada kedua ibu bapanya dan sebagai harta pertaruhan bagi keduanya. Dan jadikanlah dia sebagai peringatan dan iktibar dan pemohon syafaat bagi kedua ibu bapanya. Dan beratkanlah timbangan amal kedua ibu bapanya dan kurniakan kesabaran di dada kedua ibubapanya. Dan janganlah dia menjadi fitnah selepas kematiannya dan janganlah Engkau hampakan keduanya dari mendapat pahala di atas kematiannya”.
Sebelum ini, menurut Puan Sabariyah, perjalanan kisah Raudhatus Solehah yang disahkan kanser otak tahun lalu hanya bermula dengan pening dan muntah. Selepas buat pemeriksaan lanjut barulah semuanya terungkai.
Disebabkan sel kanser telah menyerang saraf tunjang kakak, rawatan agak sukar dan menyebabkan kedua-dua kaki lemah serta telah mengganggu bahagian pembuangan air kecil dan air besar.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bakal melahirkan bayi sulung mereka pada penghujung Februari nanti, suami kepada pelakon Intan Ladyana, Harris Alif mengakui begitu teruja untuk turut sama menemani isterinya ke dewan bersalin kelak.
Intan yang kini sarat hamil lapan bulan bakal melahirkan bayi sulungnya sedikit masa lagi, iaitu sekitar akhir bulan depan dan kini melalui fasa-fasa akhir kehamilannya.
Tidak pasti dengan SOP hospital, namun Harris mengakui dia teruja untuk merasai sendiri pengalaman bagi menyambut kelahiran bayinya kelak.
“Saya okey nak teman dan nak lihat sendiri proses bersalin nanti. Ini adalah pengalaman pertama saya, pastinya saya mahu merasainya sendiri.
“”Tetapi saya tidak tahu bagaimana SOP yang ditetapkan oleh hospital. Jadi perlu ikut sahaja,” kata Harris berkongsi.
Banyak belajar dari Internet
Bakal bergelar bapa dalam usia yang muda membuatkan suami kesayangan Intan Ladyana ini banyak mengutip ilmu sebagai bekalan bila saatnya tiba kelak.
Akuinya, dia dan Intan lebih senang mempelajari ilmu keibubapaan menerusi bacaan atas talian.
“Sekarang zaman moden, gunakan teknologi sebaiknya. Cari sahaja di Internet dan banyak ilmu yang boleh dipelajari.
“Selain itu saya juga sentiasa mendapat nasihat dari ibu bapa saya yang sering berkongsi apa yang patut dilakukan apabila sudah ada anak sendiri nanti,” kongsinya.
Semoga kelahiran si comel kesayangan pasangan ini dipermudahkan kelak.
Terdahulu, Intan dan Harris kini semakin pulih selepas disahkan positif Covid-19 pada penghujung tahun lalu. Intan terpaksa dikejarkan ke hospital bagi pemantauan rapi, manakala Harris pula menjalani kuarantin di rumah sahaja.
Mesti korang teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000. Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Sumber: Mstar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.