Bagi pelakon Puteri Aisyah, menjaga bentuk badan bukan lagi focus utamanya kini sebaliknya dia berusaha untuk membekalkan susu badan buat putera kesayangannya, Muhammad Faliq.
Pun begitu, selepas melahirkan anak ternyata penampilan Puteri Aisyah tetap kekal cantik seperti anak dara.
Akui Puteri Aisyah lagi ketika menjawab pertanyaan pengikutnya di Instagram, dia tidak terkecuali mengalami perubahan bentuk fizikal selepas melahirkan anak namun reda kerana fokusnya kini adalah kepada anaknya.
Bahkan kata Puteri Aisyah lagi, ia bersifat sementara dan yakin setiap wanita mampu mengembalikan bentuk tubuh mereka jika dijaga dengan baik.
Ads
“Siapa kata saya maintain? Saya pun ada baju tak muat dan terpaksa beli pakaian baru.
“Jangan risau ibu-ibu semua, sekejap sahaja kita berisi nanti lagi setahun dua kita kurus balik okay.
“Sekarang ni kita enjoy sahaja dengan badan berisi sebelum kurus..hehe. Anak-anak dan suami pun suka peluk, best apa?,” katanya berkongsi.
Ads
Tak diet demi susukan anak
Bahkan kata Puteri Aisyah lagi, dia tidak lagi berdiet untuk cantik sebaliknya makan secara sederhana namun yang penting makan makanan berkhasiat untuk menyusukan bayinya.
“Saya tak diet. Saya makan secara sederhana. Saya jogging juga cuma tak selalu. Saya pakai pakaian warna hitam. Jadi mungkinlah nampak kurus.
Ads
“Sejujurnya ini bukan bentuk badan saya yang terbaik. Saya sedang menyusukan anak, tak jaga sangat diet tetapi saya makan secara sederhana.
“Saya makan untuk susu yang banyak, bila susu banyak Faliq pun kenyang dan gembira. Bila dia gembira, mommy pun gembira juga,” ceritanya lagi.
Terdahulu, Puteri Aishah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan iaitu Muhammad Firdaus pada November 2021. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Faliq.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Namun yang menarik perhatian ramai, cara Ustaz meluahkan perasaan cintanya kepada bidadari yang satu. Begitu indah pertuturan seorang suami yang sentiasa mendoakan isteri dalam setiap sujudnya.
Dia turut berkongsi video menyambut hari lahir isterinya. Video tersebut mendapat tontonan sebanyak 200 ribu daripada para pengikut di instagram.
Bidadariku, selamat hari lahir sayang. Terima kaseh yer sudi menemani perjalanan di dunia yang sementara ini dalam menuju kehidupan selamanya di sana nanti. Redha Allah. Bidadariku, melihatmu menyejukkan hati abang. Memegang tanganmu membuat rasa syukur. Cian sayang selalu penat dan selalu berkorban siang malam. Dari mula nikah sehingga hari ini
Setiap malam dan lepas solat Fardhu abang sentiasa sebut nama bidadari sayang dalam doa abang. Ya Allah inilah bidadariku. Betapa diriku sayang padanya. Berkali-kali jatuh cinta padanya. Sayangilah dirinya ya Allah. Tengok saat bersalin jatuh cinta. Saat menemani masak rasa jatuh cinta. Teman lipat kain jatuh cinta. Berjalan dekat pasaraya cari sudut berdua untuk bercinta. Dalam kereta memegang tangan rasa bercinta. Dapat buka tutup pintu kereta untuknya rasa jatuh cinta. Saat demam dan sakit saling menemani rasa jatuh cinta. Saat berdakwah dan sedih sama-sama doa menangis jatuh cinta. Jatuh cinta masa sama-sama buat Ta’lim. Jatuh cinta masa sama-sama lapar dan susah demi agama ini
I love u sayangku bidadari. Tenkiu yer bidadariku. I love u sayang. I love u bidadariku. Selamanya. Luv u till jannah. Sebak rindu sayang padamu dunia dan akhirat. Terima kaseh atas segalanya. Terima kaseh ya Allah atas anugerahmu ini-ebitlew 17/6 Birthday bidadari tercinta
Rata-rata netizen bahagia melihat pasangan ini dan mendoakan agar pasangan ini terus bahagia hingga ke Jannah. Sikap ustaz juga boleh dijadikan panduan buat suami isteri di luar sana.
Bahagianya dapat suami yang selalu menghargai
Bahagianya bila dapat suami yang selalu menghargai
Orang ramai diingatkan untuk tidak tergesa-gesa pulang ke kampung, sebaliknya kekal berada di tempat tinggal masing-masing.
Ahli Pasukan Petugas Covid-19 Selangor, Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman berkata, seluruh rakyat Malaysia yang kini sedang berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan bermula esok sehingga 31 Mac ini perlu mengambil perhatian tentang perkara itu.
“Apa yang penting di sini adalah jangan pulang ke kampung atau mereka dari kampung pun jangan datang ke bandar.
“Kekal di mana anda berada. Kurangkan perjalanan,” kata beliau dalam program Consider This di Astro AWANI 501 malam tadi.
Dr Adeeba memberi reaksi tersebut ketika ditanya tentang kemungkinan ramai dari kalangan rakyat Malaysia yang mempertimbangkan untuk pulang ke kampung kerana kerisauan akibat penularan koronavirus (Covid-19).
Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui satu Perutusan Khas malam tadi mengumumkan kerajaan perlu melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac sehingga 31 Mac di seluruh negara bagi membendung penularan wabak Covid-19.
Perintah Kawalan Pergerakan itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.
Perintah kawalan itu meliputi enam perkara termasuk penutupan sekolah, premis swasta dan institusi pengajian tinggi (IPT).
Bagaimanapun, perkhidmatan penting serta pasar awam, pasar raya, kedai runcit dan kedai serbaneka akan tetap dibuka kepada orang ramai.
Sumber: Astro Awani, Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jadi, sekiranya kanak-kanak kecil mengalami jangkitan demam selsema, sungguhpun mencapai sehingga 5-6 kali setahun, ia masih dianggap normal.
Namun pasti ada tanda tanya, adakah anak selalu sakit disebabkan cara penjagaan yang salah atau masalah pada persekitaran yang tidak sihat?
Jika anak selalu sakit, cuba periksa 6 perkara ini terlebih dahulu.
1. Terdedah pada virus di pusat jagaan
Menurut pakar, pusat penjagaan kanak-kanak boleh diibaratkan sebagai lubuk virus dan bakteria yang boleh menyumbang kepada penyakit seperti selsema dan penyakit tangan, kaki dan mulut. Anak-anak kecil yang bergaul bersama lebih mudah dijangkiti kuman. Mereka juga masih kecil dan sering lupa untuk menutup mulut dan hidung ketika bersin atau batuk. Oleh itu, kuman lebih mudah tersebar.
Ingatkan pada anak anda untuk basuh tangan selepas pulang dari taska dan segera tukar baju. Pastikan taska tersebut mengamalkan kebersihan pada cara penyediaan makanannya, persekitarannya dan pada anak muridnya.
2. Selalu makan makanan ringan
Makanan ringan bukan sahaja tidak berkhasiat, malah menjadikan anak lebih cenderung dijangkiti penyakit. Kuatkan sistem imuniti anak anda dengan memberikannya makanan kaya ‘phytonutrien’. Menurut pakar pemakanan, makanan kaya phytonutrien mudah dikenali kerana warnanya yang terang. Buah-buahan dan sayuran yang kaya phytonutrien ialah seperti beri biru, keledek, tomato dan bayam.
Lebihkan juga pengambilan makanan kaya Vitamin C seperti buah oren, vitamin D seperti tuna dan bijirin serta probiotik yang terdapat dalam yogurt untuk sistem imuniti yang lebih kuat.
3. Anak tak cukup tidur
Jangan biasakan anak tidur lewat dengan gajet di tangan atau menonton televisyen sehingga lewat malam. Ajarkan juga dia supaya lakukan kerja sekolah lebih awal supaya tidak perlu bersengkang mata untuk siapkannya.
Kanak-kanak yang tidak cukup tidur membuatkan aktiviti sel darah putih yang melawan penyakit hilang kesannya. Untuk anak di bawah umur 13 tahun, pastikan mereka mendapat tidur 10 jam sehari. Corak tidur yang konsisten dapat menguatkan sistem imuniti dalam badan mereka.
4. Anak kurang bergerak aktif
Tidak kiralah kanak-kanak atau dewasa, bersukan adalah cara terbaik untuk kekal sihat bertenaga. Asyik terperap saja di rumah menonton kartun.
Ajak anak anda ke taman permainan atau keluar bersiar-siar.Menurut kajian, bila anak lebih aktif bermain, sistem imunitinya menjadi lebih aktif bagi melawan jangkitan virus.
5. Berkongsi barang
Anak-anak kecil suka menerokai dunia sekeliling dengan menyentuh objek dan berinteraksi dengan orang lain. Mereka juga suka berhubung dengan kanak-kanak lain dengan berkongsi mainan dan makanan.
Biasakan anak untuk selalu membasuh tangan selepas bermain. Bekalkan mereka dengan ‘hand sanitizer’ jika perlu. Ingatkan mereka untuk tidak menyentuh muka sendiri jika tangan tidak bersih kerana virus lebih mudah masuk melalui mata, hidung dan mulut. Latih mereka untuk tidak berkongsi cawan, straw dan berus gigi.
6. Mangsa asap rokok
Satu lagi perkara yang mungkin anda terlepas pandang adalah tentang bahayanya asap rokok terhadap bayi dan kanak-kanak. Tidak kiralah sama ada anda merokok di hadapan atau di belakang anak, situasi ‘secondhand smoker’ tetap akan menjejaskan kesihatan mereka.
Ini kerana, anak-anak memiliki organ dan sistem pernafasan yang sangat sensitif. Bahkan, DoktorBudak.com melaporkan bahawa kanak-kanak yang tinggal bersama perokok ini lebih berisiko mengalami jangkitan kuman pneumonia dan kematian mengejut.
Jika pasangan anda adalah perokok tegar dan masih belum boleh berhenti merokok, ingatkan mereka untuk mandi dan menukar pakaian setiap kali sebelum memegang bayi.
Sistem Imunisasi Anak Sedang Berkembang
Mengelakkan anak dari penyakit bukan perkara mudah. Kita juga perlu faham yang anak kecil lebih sering sakit kerana sistem imunisasinya sedang berkembang. Kekerapannya untuk jatuh sakit akan semakin berkurang apabila anak semakin membesar.
Ibu bapa perlu berikan yang terbaik untuk mengekalkan kesihatan anak. Biasanya penyakit anak akan baik sendiri dengan penjagaan rapi oleh ibu bapa. Jika penyakit berlarutan agak lama, segeralah dapatkan nasihat doktor.
Sumber: zuriat.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!