Anak saya berusia 2 tahun setengah. Sejak kebelakangan ini , dia kerap sangat ‘mengamuk’. Dia kerap menangis dan menjerit-jerit apabila kehendaknya tidak dipenuhi. Ini kerap berlaku terutamanya di tempat awam dan saya tidak tahu bagaimana hendak menangani sikapnya ini. Boleh doktor terangkan langkah langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah ini (Sharifah)
Kemahiran Keibubapaan – Mengendalikan Tantrum
Tantrum adalah perkara yang biasa di kalangan kanak-kanak berusia 18 – 48 bulan. Tantrum adalah sesuatu yang normal tetapi mencabar kesabaran ibubapa. Tantrum boleh berlaku dalam bentuk kemarahan, kekecewaan, dan tingkah laku yang mencabar. Anak anda boleh menjerit, menangis, menendang, memecahkan barang-barang, berkelakuan ganas dan kadangkala, menahan nafas mereka.
Pada umur lebih kurang dua tahun, kanak-kanak akan menguji had kesabaran ibubapa dan mereka tidak boleh melihat sesuatu perkara dari pandangan orang lain. Mereka ingin bebas untuk meneroka persekitaran mereka. Pada masa yang sama, ibubapa atau guru-guru meletakkan had tertentu kerana keselamatan atau sebab-sebab lain. Jika ini berlaku, mereka merasa kecewa kerana mereka mahu lakukan apa yang mereka mahu. Apabila mereka kecewa, mereka menunjukkan kekecewaan dan kemarahan mereka dengan menangis, memukul dan menjerit. Mereka belum mempunyai kemahiran untuk meluahkan kemarahan dan kekecewaan dalam cara lain. Oleh itu, tantrums adalah peluang yang baik untuk kanak-kanak belajar bagaimana mengendalikan kekecewaan dan kemarahan.
Selalunya, kanak-kanak akan hentikan tantrum bila mereka dapat apa yang mereka mahu. Tingkah laku dan reaksi ibubapa juga menyumbang kepada berapa kerap tantrum akan berlaku. Kanak-kanak akan lebih cenderung melakukan tantrum jika ibubapa memberikan apa sahaja yang mereka mahukan atau jika ibubapa memberi perhatian yang lebih kepada tingkahlaku yang negatif.
Lihat tantrum secara positif! Tantrum adalah peluang baik bagi kanak-kanak mempelajari bagaimana menguruskan kekecewaan dan kemarahan, dan juga peluang yang baik bagi ibubapa untuk mengajar anak-anak mengenai kemahiran yang diperlukan untuk mengatasi kekecewaan dan kemarahan.
Bagaimana mengendalikan kanak-kanak dengan tantrum?
Ketika anak anda sedang melakukan tantrum, pastikan perkara-perkara dibawah:
Pastikan anak anda selamat.
Pastikan anda sentiasa tenang, dan jangan beri perhatian kepada tingkahlaku tersebut.
Jangan hukum anak anda.
Jangan berikan ganjaran.
Jika boleh, asingkan anak anda.
Jangan biarkan reaksi orang lain mempengaruhi bagaimana anda memberi tindakbalas kepada tantrum itu.
Menghukum kanak-kanak kerana tantrum, dengan menjerit atau memukul; akan menyebabkan tantrum akan menjadi lebih teruk dalam jangkamasa pendek dan menyebabkan tingkahlaku tantrum kekal dalam jangkamasa panjang. Jika ibubapa berikan apa yang anak mahukan sebagai satu cara untuk menghentikan tantrum, tantrum akan menjadi lebih teruk lagi. Jika ibubapa melakukan perkara ini, ibubapa sebenarnya mengajar anak-anak untuk menggunakan tantrum untuk memanipulasi keadaan, dan menyebabkan tingkah laku ini berterusan hingga ke dewasa.
Ads
Abaikan tantrum. Ini adalah cara yang terbaik untuk mengendalikan tantrum. Ibubapa akan mengajar anak-anak bagaimana untuk mengendalikan kemarahan dan kekecewaan. Cari punca apa yang menyebabkan tantrum. Dengan mengetahui apa puncanya, ibubapa boleh bertindak sebelum anak-anak gagal mengawal emosi mereka.
Ibubapa boleh menggunakan ‘time-out’ jika anak-anak berumur dua tahun atau lebih. ‘Time-out’ adalah cara terbaik jika mereka yang faham mengapa ia digunakan. ‘Time-out’ akan menjauhkan kanak-kanak dari situasi yang sukar dan akan memberi masa untuk dia bertenang. Ia juga mengajar kanak-kanak bahawa tantrum adalah satu tingkah laku yang tidak boleh diterima.
Apa yang perlu ibubapa dilakukan jika tantrum berlaku di rumah?
Apabila kanak-kanak melakukan tantrum di rumah, ibubapa perlu tenang. Bawa anak anda ke tempat yang selamat untuk dibiarkan bersendirian. Tinggalkan bilik, tutup pintu, dan datang semula hanya jika anak tersebut kembali tenang. Jika anda bimbang untuk tinggalkan anak anda berseorangan, anda boleh duduk berhampiran dengannya tetapi jangan berikan sebarang tindakbalas terhadapnya. Jangan pandang anak anda. Bila dia kembali tenang, bercakap dan berbincang dengan anak anda mengenai kelakuannya.
Apa yang perlu ibubapa dilakukan apabila tantrum berlaku di tempat awam?
Ads
Bawa anak anda keluar dari kawasan awam sekiranya boleh. Bawa dia ke tempat yang ada privasi. Tempat terbaik adalah di dalam kereta, di tempat duduk bayi. Anda boleh berdiri berhampiran kereta atau duduk di dalam kereta tanpa memberi sebarang bertindak balas kepada kelakuan itu. Apabila tantrum reda, bercakap dengan anak anda mengenai kelakuannya. Jika tantrum berlaku di tempat yang anda tidak boleh bawa anak ke tempat yang lain seperti didalam kapal terbang, pastikan anda tenang dan abaikan kelakuan anak anda. Sebaik sahaja anak anda tenang, bercakap dengannya mengenai kelakuannya.
Kanak-kanak akan belajar cara yang lebih sihat untuk mengendalikan emosi. Walau bagaimanapun, jika tantrums berterusan, dia mungkin perlu bantuan untuk mengatasi kemarahan.
(Artikel ini yang ditulis oleh Dr Norharlina Bahar juga boleh dilihat di MyHealth Portal)
Membaca buku pada anak sebelum tidur sangat bagus terutama dalam merangsang otaknya. Tak perlu tunggu anak masuk tadika untuk buat rutin ini. Seawal setahun pun dah boleh mulakan walaupun anak masih belum memahaminya.
Bukan sahaja baik untuk perkembangan otak anak, tapi ia juga salah satu cara untuk buat anak mudah tidur.
Kena ingat amalan membaca ini boleh memberi satu kesan positif dalam diri anak dan boleh menjadikannya seorang yang cintakan buku.
Perkongsian dari seorang ayah, Najmi Nawawi mengenai caranya yang suka baca buku pada anaknya boleh diikutioleh semua ibu bapa lain.Kenapa baca buku sebelum anak tidur bagus dijadikan amalan.
Bantu kembangkan daya imaginasi
Membaca dan bercerita kepada anak pastinya membantu untuk perkembangan imaginasi sihat. Kita akan membantu anak untuk berfikir dan berimaginasi dengan baik. Bantu anak berfikir jalan solusi kepada masalah yang dihadapi dan ini sebenarnya turut membuatkan kehidupannya akan lebih berwarna-warni.
Cipta saat-saat indah
Ianya ialah memori yang tenang dan pasti tidak akan dapat dilupakan. Menjadi ibu bapa pastinya kita mahu anak kita ingat bahawa kita sudah curahkan sepenuh perhatian dan kasih sayang kepada mereka. Saat-saat seperti inilah akan memautkan hati anak kepada kita.
Kebolehan berbahasa akan lebih mantap
Apabila kita membaca untuk mereka, kita sebenarnya sedang menanam benih-benih perkataan dan membantu untuk mereka lebih mudah untuk ingat. Lagi banyak ulang lagi bagus.
Merangsang otak anak
Dalam penceritaan penuh perasaan yang kita sampaikan. Pastinya akan terbit pelbagai persoalan dalam fikiran anak-anak. Lagi banyak kita membaca, lagi banyak soalan yang mereka ada. Maka lagi banyak jawapan yang akan mereka tahu dan ini buat otak mereka berkembang dengan baik.
Pandai dalam akademik
Pastinya teknik ini secara tidak langsung akan membentuk anak untuk jadi sangat pandai dan bijak. Mereka cinta dan suka untuk membaca. Maka ketahuilah membaca ialah jambatan kepada ilmu.
Rata-rata ibu bapa cepat tewas dengan anak-anak. Anak menangis kerana terjatuh sedikit terus berlari untuk dukung dan pujuk. Anak merengek kerana mahukan mainan terus dituruti segala permintaan anak. Anak mengamuk tak nak makan kerana mahukan makanan ringan terus diberi segala ‘junk food’ asalkan anak makan dan tidak berlapar.
Jawapan kepada semua situasi ini adalah biarkan saja anak anda menangis.
Tip menangani anak
1)Anak menangis kerana terjatuh
Kalau anak terjatuh, kita perhatikan saja dulu dari jauh dan jika ia tidak teruk biarkan sahaja anak tersebut walaupun dia sedang menangis. Apabila si anak mula berhenti menangis baru lah kita menghampiri dia untuk memujuk sambil menasihati bagaimana untuk mengelakkan kejadian itu dari berulang.
2)Anak merengek mahukan mainan
Anak merengek mahukan mainan setiap kali keluar berjalan? Biarkan saja. Walaupun kemungkinan besar si anak akan meraung dan bergolek di lantai seperti di tepi pantai, abaikan saja. Proses ini mungkin agak sukar untuk dihadapai oleh ibu bapa kerana khuatir dipandang pelik oleh orang keliling, namun percayalah ini antara salah satu proses terbaik untuk mendidik anak-anak.
Setelah anak mula berasa tenang, hampiri mereka dengan cara yang baik dan terangkan kenapa tidak boleh. Letakkan syarat setiap kali anda mahu belikan barang kegemaran si anak. Contohnya seperti siapkan kerja sekolah terlebih dahulu, solat 5 waktu, atau bantu kemas mainan di rumah.
3)Anak tidak mahu makan
Jika anak mengamuk tidak mahu makan kerana inginkan makanan ringan, jangan dituruti. Biarkan saja anak kelaparan pada waktu itu. Dengan cara ini anak akan lebih beringat jika dia tidak makan, dia tidak akan dapat makanan lain dan akan berlapar. Maka pada sesi makan seterusnya, si anak tidak mempunyai pilihan lain selain memakan makanan yang telah disediakan.
4)Anak menangis bila kalah sewaktu sedang bermain ‘game’ atau dengan kawan-kawan
Biarkan saja anak dengan perasaan ‘frust’ kerana kalah itu. Didik anak untuk tenangkan diri sendiri dan belajar untuk terima kekalahan. Secara tidak langsung ia menunjukkan sifat positif anak iaitu suka bersaing. Elakkan untuk didik anak sentiasa menang dalam semua perkara.
Kebaikan biarkan mereka menangis
Menangis merupakan salah satu cara komunikasi anak-anak. Masalah terjadi apabila kita salah mendidik, kerana tidak mahu si anak menangis. Segala permintaan anak dipenuhi kerana tidak tahu cara untuk mengawal mereka. Biarkan si anak menangis selagi ia tidak memudaratkan. Ini adalah kerana semakin anak itu membesar, semakin sukar untuk dikawal dan dibentuk. When No means No. Pastikan anak jelas dengan prinsip itu agar mereka hormat dengan setiap keputusan yang dibuat ibu dan ayah mereka.
“Frustration Tolerance”
Ia sangat penting sebagai persediaan emosi anak-anak untuk menghadapi dunia luar yang lebih mencabar. Didik anak untuk belajar menerima sesuatu yang diluar kawalan serta kawal perasaan ‘frust’ tersebut. Ini adalah kerana di dunia luar, tidak semua yang kita inginkan akan kita peroleh melainkan dengan usaha.
Oleh itu, ibu bapa seharusnya berfikiran lebih jauh dalam mendidik anak-anak. Jangan anggap menangis itu suatu perkara yang tidak elok. Biarkan si anak belajar untuk memujuk diri sendiri agar mereka lebih matang, berdikari, dan patuh arahan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kita paling risau bila anak masih lagi memegang pensil dengan cara yang salah, apa lagi menulis dengan lancar seperti kanak-kanak lain. Kemahiran menulis sebenarnya perlu diransang. Apa mak ayah perlu buat?
Selain menggunakan pensil biasa, ini cara yang dikongsikan oleh OT, Mahfuzah Zainol untuk mempercepatkan akan mahir menulis.
8 langkah latihan kemahiran tulisan tangan di rumah.
Sebagai handwriting specialist by Learning Without Tears, saya suka menggunakan pendekatan yang digunakan untuk mengajar kanak-kanak menulis dengan lebih baik. Antara alatan diperlukan ialah blackboard mini dan kapur.
“Old school nya? Kenapa nak kena guna kapur dan papan hitam oiii?”
Ada sebab-sebabnya..
1. Guna kapur akan guide anak-anak tripod grip. Bila pegang kapur, automatik kena buat tripod grip (3 jari). Tripod grip memang pegangan pensel yang kita encourage dalam tulisan tangan. Tak percaya? Cuba try tengok dengan anak-anak masa pegang kapur tulis. Tengok dia pegang lagu mana.
2. Guna kapur dan blackboard ni macam sensorial approach. Kita nak encourage fun learning. Kalau anak yang tidak suka menulis, dia tak akan suka aktiviti melibatkan pensel dan kertas. Jadi kita ubah ke kapur dan board. Tulis-tulis kat situ dulu.
3. Mini board tu kena ada 2 set, sebab kita pegang kepada prinsip, demo-tiru-salin-practice.
4. Demo tu ialah mak ayah/ terapis/ cikgu kena tunjuk dulu. Buat dulu depan anak-anak.
5. Anak-anak kena tiru dan salin semula beberapa kali guna mini board tu.
6. Then, dah pandai buat kat board, kita practice atas kertas ya.
7. Untuk ajar tulis, tak semestinya kena start dengan huruf A. Boleh mula dengan huruf yang mudah seperti O, L, T, F, E dan seterusnya.
8. Bila guna mini board, guna keseluruhan ruang. Bukan tulis kat tengah sahaja. Ini penting untuk ajar letter formation dan starting point.
Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.