Mengalami ekzema memang cukup menyebabkan kerengsaan, lebih-lebih lagi bila ada serangan semula. Lebih-lebih lagi sekiranya mereka ialah bayi dan kanak-kanak. Ikuti penerangan doktor untuk mengelakkan serangan semula ekzema termasuk 5 perkara yang perlu dihindari bagi mereka yang mengalami ekzema.
Menurut Dato’ Dr. Suriyakatun Osman, pemakanan yang tidak dijaga menjadi punca utama serangan semula ekzema.
“Saya tak tahu apa yang saya buat silap doktor. Saya hanya makan ayam yang organik, sayur saya makan lebih dan sudah lama saya tak kena tapi ni kena balik.
Pesakit saya dapat serangan ekzema semula selepas enam bulan bebas ekzema.
Ini memang senario yang sering saya temui dikalangan pesakit .
5 PUNCA SERANGAN SEMULA EKZEMA
Menurut Dato’ Dr. Suriyakatun, kebanyakan pesakitnya mengalami serangan semula kerana lupa akan pesanannya.
Bila pesakit pulih dari ekzema, dia lupa pesanan saya :
#1: RAWAT SEMBELIT DENGAN SEGERA
Rawat sembelit dengan segera, jika dua hari tidak buang air besar, ambil langkah untuk lawaskan:
- Lebihkan sayur, buat air asam jawa, ambil Psyllium Husk
- Tingkatkan prebiotic seperti gam arab
- Ambil probiotic dan minum magnesium oil
*Jangan ikut semua saranan, pilih yang berkesan untuk anda.
#2: ELAKKAN MEMAKAN LAUK YANG TIDAK SEGAR
Jangan makan sebarang lauk yang tidak segar: Ayam organic jika di biarkan diluar peti sejuk lama sebelum bekukan atau di masuk keluar masuk freezer adalah tidak segar.
Nyah bekukan dalam peti sejuk dan bukan diluar, potong lauk ikut porsi yang nak di masak. Bila sudah nyah bekukan, jangan bekukan semula, terus masak semua.
Awas juga banyak restoran termasuk yang mahal hidangkan ayam atau udang atau ikan yang tak segar!!!
#3: MAKAN BANYAK TERLALU BANYAK LAUK SEKALI GUS
Jangan makan sekaligus terlalu banyak jenis lauk seperti yang berlaku semasa barbeku, ini mengundang reaski alergi jika ada alahan dan anda histamin intolerant.
#4: ROTATION DIET
Buat rotation diet, ie jangan ulang makan benda yang sama. Seeloknya rotate empat hari. Contohnya, ayam Isnin dan ayam lagi hari Jumaat .
#5: MAKANAN TINGGI HISTAMIN
Awas senarai makanan tinggi histamine dan jangan makan beberapa jenis dalam masa yang sama : Contohnya : sambal belacan dengan ikan kembung serta sambal terung disudahi dengan pisang dan salad yang ada tomato.
Ikan kembung, belacan , terung, tomato, pisang kesemuanya makanan tinggi histamine dan memakan kesemuanya dalam masa yang sama boleh cetuskan episod flare atau datangkan semula ekzema yang telah pulih.
Awas ya ?
Sumber: Dato’ Dr. Suriyakatun Osman
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI