Tak Jatuh Ego Suami Rajin Masuk Dapur & Urus Anak. Isteri Makin Sayang!

Share

Suami yang sanggup bersusah payah, tolong isteri selesaikan kerja rumah anda memang terbaik. Jangan fikir jika anda tolong buat kerja rumah maknanya anda takut bini. Tanggapan ini salah!

Sepatutnya anda mesti bangga kerana dapat bahagiakan isteri. Isteri pun kalau dapat suami yang ringan tulang dan rajin urus anak, dia bangga.

Perkongsian dari Taufiq Razif ini boleh dijadikan panduan bersama.

Ada yang pelik kenapa saya selalu duk bahagiakan isteri. Saya tak manjakan isteri tetapi nak tak nak saya kena cari juga cara macam mana untuk bahagiakan dia. Ada masa saya akan biarkan isteri saya berehat dan bersantai santai.

Saya akan jaga anak
Saya akan mop lantai
Saya akan cuci tandas
Saya akan buat semuanya

Asalkan isteri saya boleh melepaskan kepenatannya. Kenapa? Kerana saya nak dia merasa bahagia.

Kenapa saya nak isteri saya merasa bahagia? Kerana isteri adalah jantung dalam rumah saya.

Bila isteri saya tak bahagia. Anak-anak akan ikut tak bahagia. ‘Emotional state’ seorang isteri dan ibu boleh berjangkit dan mempengaruhi ’emotional state’ anak-anaknya sekali.

Emak serabut, anak-anak pun jadi serabut
Emak pemarah, anak-anak pun jadi mudah marah
Emak gelisah, anak-anak pun jadi mudah gelisah

Untuk saya jadi bahagia, saya perlukan anak yang bahagia
Untuk saya bahagia, saya perlukan rumah yang bahagia
Untuk ada anak anak dan rumah yang bahagia tak lain tak bukan saya perlukan seorang isteri yang bahagia

Kenapa? Kerana hanya isteri yang bahagia boleh melahirkan dan membentuk anak-anak yang tenang dan bahagia.

Itulah kenapa di dalam Islam menjaga ketenangan hati isteri adalah sejenis nafkah juga kerana ianya adalah keperluan sebuah keluarga bahagia.

Sumber: Taufiq Razif
Happy Wife, Happy Life

Published by
Wan Amy