Jika mahu dilentur buluh, biarlah dari rebungnya. Benarlah kata bidalan, untuk mendidik anak-anak seharusnya seawal usia mereka masih kecil lagi. Dengan asuhan yang betul, peribadi anak dapat dibentuk dengan baik.
Tidak kira status mahupun latar belakang, didikan ibu ayah sangat penting bagi memastikan anak-anak menjadi individu cemerlang dan sentiasa terbaik dalam apa jua yang mereka lakukan.
Dato’ Sri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Sri Nur Shahida tidak perlu diperkenalkan lagi. Pasangan usahawan terkenal ini sangat dikenali bukan kerana kejayaan mereka dalam bisnes tetapi juga didikan yang diterapkan pada anak-anak.
Tidak memanjakan anak-anak dalam kemewahan, mereka lebih selesa untuk membesarkan anak-anak dalam kesederhaan. Mereka juga sering mengajar anak-anak untuk melakukan kerja rumah biarpun mereka mempunyai pembantu.
Salah seorang anak pasangan ini, Qadejah El Zahra, sangat disukai warganet kerana dapat dilihat dia seorang yang merendah diri dan gemar memasak. Malah menurut mereka, Qadejah atau lebih mesra disapa sebagai Cess nampak sangat mahir dan tidak kekok berada di dapur.
Ads
Salah satu video yang dikongsikan oleh Datin Sri Shahida di laman IG menunjukkan Cess sedang menyediakan masakan udang telur masin. Bermula dengan menggoreng udang sehingga menyediakan bahan tumisan untuk menu itu, Cess nampak sangat selesa.
Step by step masakan yang dikongsikan itu juga sangat mudah untuk diikuti terutama untuk orang yang baharu belajar memasak. Di penghujung video, Cess sedang memegang hasil masakannya ketika anak sulung Dato’ Sri Aliff dan Datin Sri Shahida, Ammar Ahyan datang dan mengambil udang itu darinya. Mesti abang suka sangat bila adik masak kan!
Ads
Memang seronok tengok kelincahan Cess di dapur, biarpun baru saja berusia 13 tahun tetapi sangat pandai memasak. Memang kagum dengan ibu ayah yang melatih anak-anak untuk membuat kerja rumah sejak kecil. Itulah yang dapat melatih anak untuk lebih berdikari dan menghargai setiap yang mereka ada.
Kemelut rumah tangga penyanyi popular Indonesia, Lesti Kejora dan suaminya, Rizky Billar sudah pastinya meninggalkan kesan yang paling mendalam bukan hanya buat Lesti bahkan bayinya sendiri.
Belum pun sampai usia dua tahun perkahwinan, bahtera rumah tangga keduanya ditimpa badai.
Tidak mahu ibu cantik manis ini terkesan dengan hari-hari yang perlu dilaluinya, seorang pakar holistik turut memberikan pandangannya tersendiri.
Lebih-lebih lagi ditambah pula dengan Lesti yang membesarkan bayi sulung mereka, Muhammad Leslar Al Fatih Billar yang kini baru berusia 9 bulan.
Pakar Holistik itu, Ni Kadek Hellen Kristy Winatasari menyarankan agar Lesti menukar nama anaknya yang merupakan gabungan namanya bersama suami jika tidak mahu terus terkesan dengan situasi hebat itu.
Terdahulu, nama Baby Leslar diambil daripada nama ibu dan bapanya, Lesti dan Billar yang mana ia merupakan saranan daripada peminat keduanya.
Melihat apa yang berlaku hari ini, pakar berkenaan bimbang jika si kecil itu akan mengalami trauma ketika membesar dengan nama tersebut.
Bahkan menurutnya lagi, penggunaan suku kata akhir nama bapanya itu juga bakal berkemungkinan menjadi beban hebat buat Baby Leslar di masa hadapan kelak.
Terdahulu, Lesti membuat laporan polis selepas dipukul oleh suaminya yang didakwa berlaku curang beberapa hari lalu.
Lesti yang tercedera segera mendapatkan rawatan dan membuat laporan polis sebaik menerima nasihat daripada keluarganya.
Semoga ada jalan terbaik buat kedua-duanya dan apa yang lebih penting lagi adalah memberikan ruang dan persekitaran yang sihat dan positif untuk Baby Leslar untuk membesar dengan baik.
Bermula dengan hanya sekadar suka-suka, atas sokongan ramai yang membantu perniagaan candy anak kepada selebriti Achey, Tiara Zinniriah, bapa penyayang itu menyumbangkan sebuah van jenazah untuk kegunaan semua.
Melalui Instagram, Achey memuat naik video ketika berkongsi hadiah itu yang merupakan hasil daripada sumbangan perniagaan Tiara.
Melalui perkongsian Achey, kereta jenis mpv yang dijadikan van jenazah itu adalah atas sumbangan semua orang yang membantu perniagaan anaknya di Tik Tok sehingga tular baru-baru ini.
“Seperti yang dijanjikan, belakang ini adalah achievement seorang anak yang bernama Nur Tiara Zinniriah Nasir.
“Alhamdulilah inilah adalah pencapaian atas sokongan anda semua yang sokong perniagaan candy Tiara untuk kita semua merasa.
“Sebuah mpv untuk kita semua,” kata Achey berkongsi.
Menerusi videonya kongsi Achey lagi, van jenazah itu tidaklah begitu memuaskan hati namun ia diberikan secara percuma sambil berharap dapat memudahkan urusan pada yang memerlukan.
Bukan itu sahaja, bahkan Achey sekeluarga juga turut menyediakan set kain kafan percuma buat keluarga waris yang kurang berkemampuan. Saham akhirat yang tinggi nilainya buat keluarga ini.
Meninjau diruangan komen, rata-rata peminat dan penyokong setia anak kecil itu turut mendoakan agar rezeki Tiara dan Achey sekeluarga merimpah luah.
Terdahulu, Achey melunaskan hasrat anaknya, Tiara untuk berniaga gula-gula di atas talian. Namun tanpa disangka-sangka perniagaan itu mendapat sambutan luar biasa dari orang ramai.
Imun tubuh yang rendah membuatkan bayi dan kanak-kanak antara golongan berisiko tinggi untuk dijangkiti pelbagai penyakit. Covid-19 yang sedang melanda seluruh dunia sekarang ini sememagnya menakutkan kita semua.
Berita harian hari ini melaporkan seramai lapan bayi di sebuah pusat jagaan di Tokyo dijangkiti COVID-19.
Bayi dan kanak-kanak ini dijangkiti wabak berbahaya ini selepas seorang petugas pusat berkenaan disahkan positif COVID-19.
Hospital Saiseikai Central, yang mengendalikan pusat itu, memaklumkan pada Rabu, kesemua kanak-kanak yang dijangkiti sudah dimasukkan ke hospital, manakala 21 lagi disahkan negatif dan berada di bawah pengawasan.
“Pada 16 April lalu, salah seorang petugas pusat ini disahkan positif COVID-19, menyebabkan ujian saringan dilakukan ke atas semua kanak-kanak,” kata jurucakap fasiliti itu dalam satu kenyataan ringkas hari ini.
Bagaimanapun, kanak-kanak yang dijangkiti tidak mengalami gejala demam panas malah berada dalam keadaan baik dengan pemantauan doktor di hospital.
Bukan itu sahaja, susulan daripada itu, ujian turut dijalankan ke atas 47 kakitangan lain yang kini melakukan kuarantin kendiri di rumah masing-masing.
Pusat jagaan tersebut juga menempatkan kanak-kanak yatim piatu atau mereka yang terpisah daripada ibu bapa kerana didera atau diabaikan.
Melihatkan perkembangan Covid-19 di seluruh negara, Jepun dilihat sebagai negara yang berjaya menghalang penyebaran meluas akibat COVID-19 dengan catatan jumlah positif yang terkawal.