Jika mahu dilentur buluh, biarlah dari rebungnya. Benarlah kata bidalan, untuk mendidik anak-anak seharusnya seawal usia mereka masih kecil lagi. Dengan asuhan yang betul, peribadi anak dapat dibentuk dengan baik.
Tidak kira status mahupun latar belakang, didikan ibu ayah sangat penting bagi memastikan anak-anak menjadi individu cemerlang dan sentiasa terbaik dalam apa jua yang mereka lakukan.
Baca Juga:
“Morning Sickness Setiap Hari.” Dah Hamil 7 Bulan, Nadia Aqilah Asyik Muntah
Tiga Tahun Jadi Anak Tunggal, Reaksi Si Abang Jumpa Adik Memang ‘Priceless’. Comelnya!
“Kalau Boleh Memang Nak Bersalin Hujung Tahun Ni.” Fazura & Fattah Rancang ‘Beri’ Fatima Adik!
Dato’ Sri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Sri Nur Shahida tidak perlu diperkenalkan lagi. Pasangan usahawan terkenal ini sangat dikenali bukan kerana kejayaan mereka dalam bisnes tetapi juga didikan yang diterapkan pada anak-anak.
Tidak memanjakan anak-anak dalam kemewahan, mereka lebih selesa untuk membesarkan anak-anak dalam kesederhaan. Mereka juga sering mengajar anak-anak untuk melakukan kerja rumah biarpun mereka mempunyai pembantu.
Salah seorang anak pasangan ini, Qadejah El Zahra, sangat disukai warganet kerana dapat dilihat dia seorang yang merendah diri dan gemar memasak. Malah menurut mereka, Qadejah atau lebih mesra disapa sebagai Cess nampak sangat mahir dan tidak kekok berada di dapur.
Salah satu video yang dikongsikan oleh Datin Sri Shahida di laman IG menunjukkan Cess sedang menyediakan masakan udang telur masin. Bermula dengan menggoreng udang sehingga menyediakan bahan tumisan untuk menu itu, Cess nampak sangat selesa.
Jom tengok Cess masak;
Step by step masakan yang dikongsikan itu juga sangat mudah untuk diikuti terutama untuk orang yang baharu belajar memasak. Di penghujung video, Cess sedang memegang hasil masakannya ketika anak sulung Dato’ Sri Aliff dan Datin Sri Shahida, Ammar Ahyan datang dan mengambil udang itu darinya. Mesti abang suka sangat bila adik masak kan!
Memang seronok tengok kelincahan Cess di dapur, biarpun baru saja berusia 13 tahun tetapi sangat pandai memasak. Memang kagum dengan ibu ayah yang melatih anak-anak untuk membuat kerja rumah sejak kecil. Itulah yang dapat melatih anak untuk lebih berdikari dan menghargai setiap yang mereka ada.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Anak belum lancar membaca? Belajar cara mudah nak ajar anak tanpa perlu rasa stres, daftar secara percuma di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-cepat-belajar/