Jika sebelum ini suami kepada pelakon Emma Maembong tampil berkongsi video ketika detik melahirkan anak sulung mereka, Shariq Gabriel bersempena sambutan Hari Ibu, kini sempena sambutan Hari Bapa pada Ahad lalu, Emma Maembong membingkiskan ucapan hari bapa buat suaminya, Muhammad Shazli Azhar menerusi satu hantaran video.
Menerusi perkongsian di Instagram anak mereka, @shariqgabriel, video yang dikongsikan itu ternyata amat menyentuh hati. Malah turut sama meruntun hati wargamaya.
Sayu melihat kesungguhan dan kegigihan seorang suami dan lelaki bergelar bapa yang banyak berkorban untuk anak sulung pasangan ini, Shariq Gabriel.
Perkongsian video itu merakam detik awal kelahiran Gabriel yang begitu memberi seribu makna pada pasangan ini. Suami Emma, Shazli dilihat menanam uri ketika bersalin begitu juga memandikan si kecil Gabriel sebaik baru lahir.
Biarpun tanpa pengalaman, namun suami kesayangan pelakon hebat ini nyata tidak kekok memandikan bayi mereka di awal kelahiran Gabriel.
Tidak hanya memandikan bahkan menjaga dan mendodoikan Gabriel ketika hendak tidur menjadi momen terindah pasangan ini. Satu usaha yang bukan sedikit bagi semua bapa di luar sana.
Jom sama-sama tonton video ini.
View this post on Instagram
Rata-rata pengikut si comel Gabriel di Instagram begitu terharu dengan perkongsian itu dan memuji kegigihan daddy Gabriel. Penuh suka duka dalam membesarkan anak mereka.
Sememangnya bukan hanya ibu yang banyak berkorban bahkan ayah juga turut sama berkorban masa dan tenaga demi memastikan si kecil mereka terjaga baik. Semoga Shariq Gabriel terus membesar dengan sihat dan membahagiakan ibu dan ayahnya.
Menarik: Kenang Kembali Detik Kelahiran Anak, Suami Kongsikan Emma Berjuang Di Labour Room
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?
Just daftar je kat SINI.
FREE je tau Webinar ni!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @shariqabriel
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI