
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan lagi. Oleh itu, masyarakat di seluruh Malaysia dinasihatkan untuk menjaga SOP jika terpaksa keluar rumah serta menjaga kebersihan ke tahap yang maksimum. Bukan sahaja ketika berada di luar rumah, kebersihan harus dititikberatkan di dalam rumah juga.
Bercerita tentang kebersihan dalam rumah, kebanyakan ibu pasti risaukan anak-anak kan? Biarpun anak-anak tidak dibawa keluar, kita tetap akan merasa risau akan penyebaran virus COVID-19 ini. Sebagai ibu, kita perlu ekstra peka dan berjaga-jaga supaya kesihatan anak terjamin!
Anak-anak yang sedang membesar sudah tentu sangat aktif. Biarpun tidak dapat keluar, imaginasi kreatif mereka akan mendorong anak-anak untuk terus bermain. Punyalah lasak, habis berpeluh-peluh satu badan! Waktu inilah ibu perlu memainkan peranan bagi memastikan kebersihan anak terjamin.
Jangan Risau, Ada Produk Yang Selamat & Lembut Untuk Melindungi Anak!
Terujanya bila sampai waktu mandi, memang jadi kegemaran anak-anak. Dalam keadaan sekarang, ibu perlu bijak memilih rangkaian produk terbaik untuk si manja. Selain memilih yang tidak merengsakan kulit anak, banyak lagi ciri-ciri lain yang perlu diberikan perhatian.
Ada produk berkualiti yang akan membantu ibu bagi memastikan anak-anak bersih dan bebas dari kuman. Rangkaian Follow Me Anti-Bacterial Kids adalah produk yang kita cari! Bukan sahaja gel mandian head-to-toe, tetapi juga ada sabun mencuci tangan dan hand sanitizer. Lengkap semuanya!
Apa Keistimewaan Follow Me Anti-Bacterial Kids Range Ini?
Selain mempunyai 99.99% perlindungan kepada bakteria, produk ini juga telah diuji oleh pakar dermatologi. Terbukti ia sangat lembut pada kulit anak dan mempunyai pH seimbang. Kandungan pH ini dapat mengatasi masalah kulit anak menjadi kering.
Produk ini juga sangat baik untuk anak-anak kerana ia bebas-5. Apakah itu? Ia bebas sabun (sangat elok untuk mengelakkan kerengsaan pada kulit), tidak memedihkan mata, bebas triclosan, paraben serta pewarna.
Dengan memilih rangkaian produk dari Follow Me ini, anak-anak akan lebih segar dan bersih. Ini memastikan mereka dapat melakukan pelbagai aktiviti dengan bebas dan menyeronokkan. Para ibu jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan produk berkualiti ini di pasaran segera. Inilah superhero yang kita perlukan!
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk ini, anda boleh kunjungi :
Klik SINI sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk ini.
Facebook: followmefollowlove
Youtube: FOLLOW ME MALAYSIA
Instagram: followmemalaysia
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tidak Mustahil Hidap Kanser Waktu Hamil, Penyusuan Mampu Rendahkan Risiko!

Penyakit kanser menjadi ketakutan bagi sesiapa pun. Kanser payudara dan kanser serviks semestinya menjadi satu igauan ngeri bagi semua wanita. Namun kanser, penyakit tanpa faktor dan sebab ini boleh dihidapi sesiapa sahaja tanpa ketahui apa punca sebenarnya.
Namun kenyataan daripada doktor pakar ini pastinya memberi sedikit kelegaan kepada wanita, lebih-lebih yang menyusukan anak.
Menurut Dr Sarinah Basro, Consultant Breast & Endocrine Surgeon, Avisena Specialist Hospital, memberi susu badan kepada bayi sekurang-kurangnya enam bulan dapat mengurangkan risiko mendapat kanser payudara.

Lebih lama seseorang wanita memberi susu badan, lebih kecillah risikonya untuk mendapat kanser payudara. Menyusu badan mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 4.3 peratus setiap tahun penyusuan.
Walaubagaimanapun, pengurangan risiko ini tidak terjadi kepada semua wanita, malahan ada wanita yang menyusu bayi lebih dari setahun pun tetap mendapat kanser payudara.
Malah Dr Sarinah Basro turut merungkai permasalahan kanser payudaya yang turut berlaku kepada ibu hamil.
“Secara umum, faktor sebenar penyebab kanser payudara tidak diketahui. Semua wanita berisiko mendapat kanser payudara, tetapi sesetengah wanita lebih berisiko daripada yang lain. Faktor- faktor yang meningkatkan risiko untuk mendapat kanser payudara adalah:
- Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser payudara (terutamanya ibu atau adik-beradik perempuan)
- Sejarah telah mendapat kanser pada satu payudara.
- Terdedah kepada kesan hormon estrogen yang berpanjangan seperti
– peningkatan usia
– mula datang haid awal (sebelum umur 12 tahun) atau putus haid lewat (selepas umur 50 tahun)
– tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada umur melebihi 30 tahun.
– pengambilan pil hormon gantian yang berpanjangan di kalangan wanita- wanita keputusan haid ( menopause)
- Obesiti atau kegemukan
Walaubagaimanapun, faktor risiko ini tidak terjadi kepada semua wanita, malahan mereka yang tidak punya faktor risiko juga boleh mendapat kanser payudara.
Wanita yang menghidap kanser ketika hamil adalah insiden atau satu kebetulan. Tiada punca dan kesan yang jelas yang dapat dikaitkan antara kanser dengan kehamilan. Beberapa kajian kanser payudara mendapati majoriti kanser payudara yang didiagnosis ketika hamil adalah reseptor hormon yang negatif. Ini bermaksud, ia tidak bergantung pada kadar tinggi hormon wanita yang hadir ketika mengandung.
Oleh itu, tiada bukti menunjukkan bahawa terdapat perubahan dalam wanita mengandung yang mendedahkan mereka kepada pembentukan kanser.
Risiko Rawatan Kanser Pada Ibu Hamil
Adalah berbahaya bagi ibu hamil untuk menjalani setiap rawatan kimoterapi dan sebagainya namun menurut Dr Sarinah lagi, setiap pesakit perlu menjalani rawatan yang sama seperti pesakit kanser yang lain.
Ibu hamil yang disahkan mengidap kanser payudara perlu mendapat rawatan sepertimana pesakit-pesakit yang lain. Rawatan yang diberikan adalah bergantung kepada tahap kanser payu dara itu. Walaubagaimanapu ia perlu disesuaikan dengan peringkat kehamilan untuk mengurangkan risiko terhadap bayi dan kandungan.
Antara risiko kemoterapi kepada janin adalah keguguran, kematian bayi dalam kandungan, kecacatan dan merencat perkembangan bayi atau kurang berat badan.
Oleh itu, rawatan kemoterapi ketika trimester pertama (< 12 minggu) cuba dielakkan kerana ia tempoh penting untuk pembentukan organ dalaman bayi dalam kandungan. Kemoterapi yang dilakukan ketika trimester kedua (12-24 minggu) dilaporkan selamat untuk pesakit hamil. Doktor juga akan cuba tidak melakukan rawatan kemoterapi pada penghujung trimester ketiga supaya tidak timbul komplikasi ketika hampir waktu kelahiran.
Teknik Penyusuan Perlu Tepat
Terdapat pelbagai aspek yang seharusnya diberikan perhatian ibu bagi memastikan kesihatan ibu terjamin. Antara hal yang perlu diberikan keutamaan adalah ketika proses menyusukan anak serta menjaga payudara itu sendiri agar dapat memberikan susu berkualiti disamping menjaga kesihatan ibu. Jangan lepas pandang, wajib berikan perhatian kepada teknik penyusuan misalnya supaya dapat mengelakkan sebarang risiko.
Penyusuan ibu juga perlu dilakukan secara berterusan sebagai salah satu langkah mengelakkan daripada kanser payudara. Hal ini perlu diketahui oleh semua wanita.
Satu hal yang perlu diberikan perhatian adalah mengenai teknik penyusuan yang tepat agak ibu terhindar daripada permasalahan ketika menyusu. Malah pelbagai risiko bakal mengundang jika penyusuan tidak dilakukan dengan sebaiknya.
Menurut Puan Suriayana Mohd Said, Nurse Manager Nursery dan Kaunselor Laktasi, Avisena Women & Children Hospital, ibu sering berdepan dengan masalah ketika menyusukan anak. Antara permasalahan yang sering dihidapi ibu adalah masalah merekah dan melecet.

“Jika merekah/melecet, ibu masih boleh meneruskan penyusuan. Sekiranya ibu merasa sakit atau terdapat luka berdarah dari puting, boleh rehatkan payudara tersebut daripada menyusu dan melakukan perahan sekurang-kurangnya 8 kali sehari dan mulakan penyusuan semula apabila puting sudah sembuh.
Jika susu perahan mengandungi darah adalah selamat diberikan tapi ada beberapa pengecualian dan perlu dielakkan memberi susu ibu jika dalam masa terdekat ibu pernah menghidapi jangkitan seperti hepatitis, sepsis atau penyakit bahaya yang lain. Bincang dengan doktor sebelum memberi anak susu bercampur darah.
Selain itu, ibu juga boleh dikaitkan dengan tiga permasalahan lain yang mengundang bahaya kepada ibu ketika menyusu.
Jangkitan kulat
- Jangkitan kulat mudah terjadi kepada puting atau kulit yang luka dimana medium yang lembab yang sesuai untuk pertumbuhan kulat.
- Tanda-tanda jangkitan kulat seperti merasa sakit semasa dan selepas penyusuan yang tidak pernah dialami sepanjang penyusuan. Sakit seperti pisau yang menusuk/ bersifat panas serta terbakar pada payudara. Puting dan kawasan areola menjadi keruping dan kemerahan. Terdapat tompokan putih pada mulut bayi yang menunjukkan si bayi mungkin terkena jangkitan.
- Jika ibu ada jangkitan kulat pada puting adalah selamat untuk menyusukan bayi dengan syarat ibu dan anak mendapat rawatan. Susu ibu mengandungi pelbagai antibody, anti-bacteria dan juga anti-kulat. Ibu perlu berjumpa doktor untuk mendapat ubat anti kulat dan bayi perlu diberikan oral anti-kulat sebagai pencegahan.
Bengkak susu
- Payudara yang bengkak, rasa sakit, nampak berkilat, merah. Terjadi disebabkan lewat memulakan penyusuan selepas bersalin, pelekapan salah, tidak menyusu dengan kerap. Ia boleh dicegah dengan menyusukan bayi seawal mungkin selepas kelahiran, dengan kerap mengikut permintaannya dengan posisi dan pelekapan yang betul.
Mastitis
- Mastitis keadaan dimana payudara mengalami keradangan dan boleh menjadi jangkitan. Ibu akan merasa sakit, demam dan tidak sihat. Sebahagian payudara bengkak, keras dan merah.
- Beza bengkak dan mastitis: bengkak berlaku pada keseluruhan payudara dan biasanya kedua-dua belah. Mastitis berlaku sebhgian payudara dan selalunya sebelah sahaja.
- Mastitis boleh berlaku kepada payudara yang bengkak/akibat saluran tersumbat.
- Boleh dirawat dgn antibiotik.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Perlu Keluar Duit Banyak Kalau Nak Bercuti, Kat Rumah Pun Boleh Kalau Kena Gaya!

Hujung minggu waktu yang ditunggu-tunggu untuk habiskan masa bersama keluarga. Setiap orang ada cara tersendiri untuk luangkan masa berkualiti bersama orang-orang yang disayangi. Ada yang pergi bercuti, ada yang piknik di pantai dan sebagainya. Ada juga yang lebih suka lepak dekat rumah sahaja. Sebenarnya ‘percutian’ di rumah juga bakal memberi kesan yang menyeronokkan kepada anda dan keluarga kalau kena gayanya. Aktiviti kat bawah ni kalau buat bersama dengan ahli keluarga yang lain pasti hari minggu anda tak bosan dan terisi. Tak payah keluar rumah, dapat jimat duit paling penting dapat eratkan hubungan yang ada.
1. Deko bilik anak-anak
Kadang-kadang anak-anak bosan tengok deko yang sama dalam bilik atau bilik permainan mereka. Jom susun semula perabot dan dekorasi yang ada untuk berikan nafas baru bagi ruangan tersebut. aktiviti macam ni bukan sahaja menjadikan bilik yang kecil kelihatan lebih teratur dan selesa, dengan melibatkan anak-anak tentang pemilihan warna bilik dan kedudukan barang dalam bilik mereka sedikit sebanyak dapat buatkan mereka rasa teruja dan tak kisah walaupun hanya berada di rumah pada hujung minggu.
2. Masak menu kegemaran keluarga
Memasak dengan keluarga adalah alternatif yang pastinya menyeronokkan untuk mengisi ‘percutian’di rumah. Pilih beberapa menu makanan yang disukai oleh kebanyakan ahli keluarga. Sebagai contoh, nasi ayam, spaghetti, kek keju atau hanya cucur bilis, itu sudah cukup buat anak-anak rasa seronok. Bahagikan tugas untuk anak-anak buat supaya mereka tak bosan atau sekadar memerhati. Bagi mak-mak yang ada anak kecil, jangan lupa awasi si kecil pula ya. Dengan cara ini juga anda secara tidak langsung mengajar mereka untuk lebih berdikari dan punya rasa tanggungjawab.
3.Kelas seni di rumah
Kanak-kanak memang suka buat aktiviti seni, melukis, mewarna, mereka gelang tangan sendiri, membuat slime dan sebagainya adalah salah satu aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh mereka. Persiapkan dengan barangan yang diperlukan bagi melancarkan aktiviti seni anda di rumah. Aktiviti sebegini memang bagus untuk penerokaan kreativiti si kecil di rumah.
4. Berkebun
Bagi rumah yang mempunyai laman yang luas dan besar, anda boleh menghias laman anda dengan tanaman hijau. Selain tanaman untuk mencantikkan laman tanaman herba juga boleh ditanam untuk kegunaan sendiri. Jangan lupa untuk menjemput anak turut serta dalam aktiviti anda kerana secara tidak langsung, mak dan ayah boleh mengajar si kecil bagaimana untuk menanam tumbuh-tumbuhan dan bunga hiasan pada mereka. Aktiviti ini sangat berguna untuk kanak-kanak, salah satunya adalah untuk mengajar kanak-kanak tentang tumbuhan hijau yang baik untuk kesejahteraan bumi. Antara trik yang boleh anda buat bagi menarik minat si kecil adalah dengan mengajak mereka untuk mengira bilangan bunga atau meneka warna bunga yang ada di laman, mereka tentu seronok!
5.Berkhemah
Puas dengan melihat halaman rumah lebih cantik dan bersih. Satu idea kreatif lain untuk menghabiskan sisa cuti dengan keluarga adalah dengan berkhemah di laman rumah. Sediakan khemah, bantal, mainan kegemaran dan peralatan bbq. Susun jadual seakan-akan perkhemahan sebenar di luar, waktu malam pula buat bbq bersama sambil menyanyi dan bercerita. Jangan lupa ubat nyamuk ya, barulah si kecil tak serik nak berkhemah lagi di luar tanpa gigitan nyamuk.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini Barang Yang Selalu Kita Salah Belikan Untuk Anak. Beri Perhatian!

Ibu bapa mana yang tidak mahu memberikan yang terbaik buat anak-anaknya? Kita pasti akan lebih cerewet ketika memilih produk dan kelengkapan anak. Bukan hanya memikirkan soal bajet, namun perkara paling utama yang perlu difikirkan adalah pastinya menyediakan kelengkapan dan produk terbaik, berkualiti serta serasi untuk si manja.
Dalam menentukan produk anak, misalnya lampin pakai buang yang dipakai anak setiap hari, sememangnya ibu bapa wajar meneliti beberapa perkara agar tidak tersalah memilih.
Jangan Salah Pilih Lampin Pakai Buang
Masalah ruam, alahan pada lampin pakai buang, melecet dan sebagainya merupakan masalah kulit biasa yang dihidapi anak-anak kecil kita. Biarpun biasa, masalah remeh ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia akan mengakibatkan kulit bayi menjadi tidak selesa malah mendorong masalah kulit lain berpanjangan.
Masalah ruam misalnya akan segera timbul sebaik bayi memakai lampin tidak serasi dengan kulit. Inilah yang ibu bapa patut elakkan dan pastikan pemilihan lampin buat anak benar-benar sesuai malah serasi dengan kulit bayi. Paling penting tidak langsung meninggalkan kesan pada kulit bayi.
Ada beberapa perkara dan tip yang patut ibu bapa awasi. Jadikan panduan ini dalam memilih lampin agar anak lebih selesa.
Pilih Lampin Serasi Kulit
Paling penting pilih lampin yang serasi dengan kulit anak anda. Bagi menguji keserasian kulit anak, walau hanya sekali anak membuang air kecil, ibu sudah boleh melihat samada ia kulit anak kemerahan atau melecet. Nilaikan sendiri. Jika tiada sebarang alahan, ia paling serasi untuk si kecil anda.
Daya Serapan Tinggi
Lampin yang mempunyai daya serapan yang tinggi hingga enam lapisan daya serapan misalnya dapat membuatkan bayi sentiasa kering. Ini pastinya buat bayi kurang risiko terkena alahan dan ruam pada bahagian ini. Bagi kulit anak yang sensitif sebaiknya pilihlah lampin jenis ini.
Elak Terlalu Ketat
Lampin yang terlalu ketat atau tidak sesuai dengan saiz anak akan menyebabkan kemerahan pada keliling pinggang serta bahagian celah kelangkang bayi. Keadaan ini seterusnya akan mengakibatkan alahan yang lebih serius kepada kulit bayi. Bayi mula rasa tidak selesa serta berkemungkinan terjadi keradangan yang serius.
Risiko Lampin Longgar
Namun sebaiknya elakkan juga lampin yang terlalu longgar kerana akan mengakibatkan kebocoran berlaku. Apabila kebocoran berlaku ketika bayi sedang nyenyak tidur pastinya buat bayi rasa tidak selesa malah bayi berdepan dengan kekotoran pada tempoh yang lama dan mengakibatkan masalah jangkitan kuman dan bakteria dari sisa air kencing.
Saiz Tepat
Saiz lampin anak juga perlulah tepat bagi mengelakkan sebarang kesan pada kulit anak. Pilih saiz lampin yang sesuai dengan anak mengikut berat dan umur mereka. Jika celah kelangkang anak mula menampakkan bekas kemerah-merahan, ia petanda lampin yang anda kenakan terlalu ketat dan perlu ditukar dengan saiz baru. Begitu juga pada bahagian pinggang.
Bukan hanya lampin pakai buang, dua produk lain iaitu tisu pelembap dan spray juga merupakan dua produk yang amat penting untuk memastikan kulit bayi bukan hanya bersih malah bebas daripada bakteria dan kekotoran yang berpotensi membuatkan bayi mudah mengalami keradangan pada kulit.
Jadikan Offspring Pilihan Anda!
Jenama Offspring antara salah satu jenama yang cukup diyakini di pasaran. Paling menarik bukan hanya menyediakan produk berkualiti tinggi malah diiktiraf beberapa badan antarabangsa termasuk Australian Allergy Certified, FSC Certified Sustainable Forest, Certified Allergy-Safe yang diuji dan diluluskan oleh German Dermatologists serta banyak lagi sebagai produk yang diyakini baik bagi kulit anak-anak kecil kita.
Chlorine Free Fashion Diapers
Chlorine Free Fashion Diapers, lampai pakai buang dari jenama Offspring ini bukan hanya cukup selesa malah paling utama ia direka dengan Duo-Layer Core yang menyerap lembapan dengan lebih cepat. Dengan daya serapan dua kali ganda ini membolehkan permukaannya kering dan bayi semakin bertambah selesa.
Bukan itu sahaja malah ia bebas klorin malah diperakui oleh Certified Sustainable Forest (FSC) serta sebagai produk yang selamat, bebas pengudaraan untuk kulit bayi disamping mengelakkan ruam dan kerengsaan pada kulit.
Bukan itu saja, paling menarik, lampin pakai buang Offspring ini direka dengan pelbagai corak comel dan cute termasuklah corak buah-buahan, daun-daunan serta beberapa corak yang pastinya meninggalkan kenangan paling manis ketika anak-anak masih kecil.
Berbanding lampin pakai buang lain, lampin pakai buang dari Offspring ini cukup unik. Tarikan untuk ibu bapa yang inginkan kelainan. Cantik!
Offspring Plant Based Wipes
Selain lampin pakai buang, tisu pelembap juga antara keperluan wajib untuk bayi. Offspring Plant Based Wipes antara produk yang cukup diyakini. Ia diformulasi daripada lebih 99 peratus air yang ditapis malah diperbuat daripada bahan-bahan organik yang terdiri daripada minyak zaitun organik, minyak bunga calendula, aloe vera dan juga chamomile. Bukan itu sahaja malah formulasi hebat ini juga turut diakui oleh EWG sebagai produk bebas toksid.
Pek dengan saiz 17x 20cm ini bukan hanya lembut bahkan ia tidak mudah koyak dan tahan lama kelembapannya. Dengan saiznya yang besar membuatkan penggunaannya lebih mudah untuk kegunaan pelbagai.
Bukan itu sahaja malah tisu pelembap ini juga diperbuat dengan 100 peratus Biodegradasi malah bebas klorin (tiada pemprosesan klorin selama penghasilan bahannya berbanding dengan polyster tisu (berasaskan plastik). Ia juga selamat pada mulut dan kulit bayi serta dibuat tanpa alkohol yang mengeringkan kulit bayi.
Rinse Free Bum Cleansing Spray
Ketika mempersiapkan bayi, pastinya tangan ibu tidak terlepas daripada terkena pelbagai kotoran seperti kesan air kencing dan sebagainya yang terlekat pada tangan ibu. Begitu juga dengan kulit bayi. Rinse Free Bum Cleansing Spray dari Offspring ini patut anda bekalkan di dalam beg bayi anda.
Spray kan sahaja dan pastinya ia lebih bersih. Paling menarik ia diperbuat tanpa alkohol, tanpa pewangi serta tanpa SLS dan paraben malah paling utama ia bersifat membersih dan melindungi kulit.
Dengan gabungan calendula organik, jus chamomile dan serta aloe vera pastinya membuatkan kulit terus selesa dan selamat.
Jadikan tiga produk ini antara produk terbaik wajib ada dalam kelengkapan bayi anda. Pastikan hanya yang terbaik, selamat dan diyakini untuk kulit si manja!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI