Tidak kesampian menjadi ibu, wanita hamil maut dalam kemalangan. Lebih memilukan, perginya ibu ini tidak hanya bersama bayi dalam kandungan, malah suaminya juga turut maut.
Dalam kemalangan di Kilometer 31, Jalan Kuala Terengganu-Setiu berhampiran Kampung Pakoh Jaya, Kuala Nerus, hari ini seolah-olah tahu ajal mereka akan tiba apabila masing-masing sudah membuat persiapan Aidilfitri untuk ahli keluarga mereka.
MENINGGAL DUNIA DI TEMPAT KEJADIAN
Dalam kemalangan 9.20 pagi itu, Siti Nur Shahila Asla, 26, dan suaminya, Hafiiz Mohd Ibrahim, 29, yang menaiki Proton Wira Aeroback meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah pada badan.
Sebelum itu, Allahyarham Siti Nur Shahila yang juga anak ketiga daripada empat beradik pulang ke rumah keluarganya di Felda Chiku 5, Gua Musang, Kelantan kelmarin dan sempat membeli pakaian raya untuk ibu, ayah dan adik lelaki.
Malah, Hafiiz yang bekerja sebagai mekanik juga sudah membeli pakaian raya untuk ibu, Esah Abas, 65, dan bapanya, Ibrahim Hashim, 65 sebelum pulang ke kampung isterinya.
Ads
Ibu kepada Allahyarham Siti Nur Shahila, Saripah Mohd, 53, berkata, dia tidak menyangka pagi tadi adalah kali terakhir dia melihat anak dan menantunya sebelum dikejutkan dengan kemalangan itu kira-kira 10 pagi tadi.
KEPULANGAN TIDAK DIKETAHUI KELUARGA. SEMPAT JAMAH HIDANGAN DIIDAM
Menurut ibu, kepulangan Allahyarham Siti Nur Shahila tidak diberitahu. Bakal ibu ini juga dikatakan sempat menjamah hidangan yang diingini iaitu sira tapai dan nasi dagang. Dia bagaimana pun tidak menunjukkan apa-apa perubahan.
“Pagi tadi, mereka hanya sempat minum dan bertolak dari sini pada 6.30 pagi. Bella (Siti Nur Shahila) ada minta saya masakkan sira tapai dan nasi dagang dan saya bersyukur kerana sempat menunaikan hajatnya.
Ads
“Bella tidak menunjukkan banyak perubahan dan kami tak tahu pun dia nak balik kampung, ” kata ibunya.
SEMPAT SEDIAKAN KEPERLUAN RAYA KELUARGA
Menurut ibu, Allahyarham juga sempat menyediakan keperluan hari raya buat keluarga. Tidak dinafikan kesedihan, apatah lagi Allahyarham dan suami tidak sempat bergelar ibu bapa.
“Malah, dia sempat membeli keperluan raya kami sekeluarga. Arwah ada bagi tahu dia akan beraya di rumah suaminya dahulu di Kuala Nerus,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu, hari ini.
Ads
Tambahnya lagi, dia terkilan kerana hajat anak dan menantu untuk bergelar ibu bapa tidak kesampaian.
Jenazah suami isteri itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Awang Lib, Kampung Padang Nenas, Kuala Nerus.
Selain Allahyarham Siti Nur Shahila dan Hafiiz yang terkorban dalam kemalangan itu, pemandu kereta Peugeot, Anuar Said, 59, dan isterinya, Kasliza@Che Kasliza Che Husin, 53.
Sementara anak kepada Anuar dan Kasliza, Nurul Nadirah, 14, yang cedera di muka dan kaki dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Rakaman klip video berdurasi kurang 3 minit memaparkan seorang wanita berambut merah jambu sedang memarahi dan memukul kanak-kanak di sebuah rumah menjadi tular di media sosial sejak awal pagi Jumaat, hari ini.
Menerusi perkongsian daripada portal Gempak, video yang dikongsikan di TikTok dan Instagram oleh selebriti media sosial menunjukan seorang wanita memukul kanak-kanak malang dengan menggunakan batang pada bahagian penyapu.
Kanak-kanak itu menangis sambil dipaksa makan dan dipukul berkali-kali di bahagian muka.
Aksi wanita yang sedang memukul kanak-kanak berkenaan turut disaksikan seorang lagi wanita yang duduk di meja makan.
“Tolong gunakan kuasa viral netizen bantu Aqil,” demikian tulis selebriti media sosial itu menerusi video yang dimuatnaik di Instagramnya bersama tanda pagar #justiceforalia.
Selebriti media sosial terbabit turut memaklumkan video itu telah dirakamkannya sendiri sebagai bahan bukti untuk laporan polis.
“I yang rakam video tu sendiri untuk bahan bukti report polis, Alhamdulilah polis bagi kerjasama dengan baik untuk pihak Alia.
“I akan jelaskan lebih terperinci lepas semua reda sebab sekarang I dekat balai dan masuk dalam siasatan. I harap sokongan dan kalian berdoa untuk kami,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram Stories
Sementara itu, menerusi video lain yang tular di TikTok, pengguna yang memuatnaik hantaran berkenaan turut berkongsi keadaan terkini Alia yang cedera dipukul di beberapa anggota badan.
Malah, laporan polis turut dibuat yang diwakili oleh AJK Pemuda UMNO Hulu Langat lewat malam Khamis.
Tujuan laporan ini dibuat bagi meminta pihak polis bertindak dan membuat siasatan daripada segi undang-undang terhadap penderaan budak perempuan berusia tiga tahun.
“Dengan ini kami akan berkongsi perkembangan lanjut, kes ini sangat baru, berlaku petang semalam.
Kami akan meneliti kes ini dalam masa ke semasa.
“Kami akan bertindak sekali untuk membantu beberapa mangsa yang ada bersama kami ketika ini” maklumnya.
“Saya hanya minta doa, bukan minta sumbangan” begitulah luahan kecewa Puan Nurul Erwani apabila ada manusia-manusia yang tidak bertanggungjawab menggunakan gambar Ainul Mardhiah untuk meraih dana demi kepentingan peribadi si pelaku.
Beberapa tangkap layar menunjukkan maklumat sumbangan kilat yang katanya akan disalurkan kepada adik Ainul yang kini berada di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) akibat jangkitan kuman yang menyerangnya beberapa hari lalu.
Ibu kepada dua cahaya mata ini merayu kepada seluruh warga Malaysia agar tidak terpedaya dengat hantaran-hantaran yang dibuat oleh scammer tersebut demi meraih sumbangan.
“Tolong jangan percaya! Tolong jangan percaya! Wahai scammer tolong lah jangan gunakan kesempatan ini untuk kaut duit orang.”
Tambahnya lagi, dia tidak pernah meminta sebarang dana orang ramai buat cahaya mata sulungnya itu.
“Saya sebagai mak dia tak ada tulis dalam posting saya untuk minta sumbangan. Saya cuma minta doa orang ramai sahaja.”
Puan Nurul Erwani sempat menasihati orang ramai supaya tidak berkongsi tentang dana penipuan ini dan segera maklumkan kepadanya jika terjumpa lagi hantaran yang berkaitan.
“Kalau jumpa di mana-mana posting berkaitan untuk minta sumbangan Ainul. Tolong jangan percaya ya semua! Minta semua alert dengan perkara ni.”
“Kalau ada dan saya jumpa, saya akan ambil tindakan lanjut. Terima kasih.”
Isteri Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada mengesahkan dirinya mengalami keguguran ketika usia kandungannya 14 minggu.
Menerusi video dikongsikan di Hlive, Shuhada berkata punca keguguran mungkin disebabkan tekanan yang dihadapinya.
“Shu nak khabarkan satu berita sedih, Shu mengalami keguguran baru-baru ini atas sebab satu, Allah dah takdirkan Shu tak dapat teruskan kandungan ini.
“Kedua Shu memang tak dapat nak kawal stres, Shu dah tak makan Shu punya ubat antri depresi. Jadi salah satu sebab juga la kenapa Shu tak dapat teruskan kandungan Shu.
“Shu alami keguguran ketika usia kandungan 14 minggu. Shu minta doa yang baik-baik untuk Shu dan anak-anak,” katanya.
Tambah ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, dia terpaksa mendedahkan berita ini agar tiada salah faham yang berlaku.
“Tujuan Shu beritahu berita sedih ini sebab tak nak perkara sama berulang. Sebab saya baru saja dapat berita dituduh sengaja melakukan keguguran secara haram.
“Jadi untuk elakkan lagi fitnah, pendapat daripada ahli keluarga dan peguam, Shu sepakat untuk keluarkan khabar berita yang sedih ini,” katanya.
Pada April lalu, Shuhada mendedahkan dia sedang hamil anak ketiga dan usia kandungannya sudah mencecah 10 minggu. Shuhada tindakannya berkongsikan mengenai berita kehamilan itu untuk mengelakkan fitnah.
Seramai 39 mangsa membabitkan guru dan kanak-kanak dari sebuah tadika yang terperangkap akibat kepala air di Gua Ikan, Dabong dekat sini berjaya diselamatkan semalam.