Jarang berkongsi situasi yang dihadapi di hospital bersama umum setiap hari, namun kes yang diterima seorang doktor di Hospital Melaka malam tadi menjentik hatinya untuk berbuat demikian.
(Follower Pa&Ma yang nak dapatkan barangan dengan harga murah dapatkan di SINI)
Jam di dinding menunjukkan waktu 3 pagi. Dr Tasha sedang bertugas sebagai pegawai perubatan di Hospital Melaka apabila dia menerima panggilan memerlukannya bersiap sedia menerima pesakit yang merupakan seorang wanita hamil.
Wanita berkenaan perlu melahirkan bayinya melalui kaedah pembedahan yang lazimnya jarang dilakukan seawal pagi ekoran kekurangan tenaga kerja kecuali ia merupakan kes kecemasan.
Namun itu bukan persoalannya kerana itu tugas hakiki Dr. Tasha sebagai seorang doktor pediatrik, tetapi kejutannya adalah wanita hamil itu merupakan salah seorang pesakit COVID-19!
Ia berikutan ujian Kit Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) yang dilakukan menunjukkan wanita itu positif!
Tulis Dr Tasha dalam posting Instagram miliknya 24 jam lalu, wanita berkenaan mengakui melakukan aktiviti ziarah Aidilfitri yang mana ada dalam kalangan saudara-maranya berada dalam keadaan kurang sihat, namun dia masih memilih untuk ‘mendekati’ mereka.
Wanita berkenaan turut didakwa tidak memakai pelitup muka, tidak menjaga jarak fizikal dan sekali gus tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.
Ads
“Kisah ini buat saya amat kecewa. Dia tidak boleh fikir bagaimana keadaan itu akan memberi kesan kepada bayinya,” kata Dr Tasha dalam perkongsian di laman Instagram peribadinya.
Dia mengakui begitu kecewa dengan sikap acuh tidak acuh pesakitnya itu.
“Jika dia positif, bayi yang dilahirkan terpaksa diasingkan sebaik dilahirkan, perlu menjalani beberapa siri ujian dan juga ujian swab.
“Bagaimana jika bayi itu juga positif? Tidakkah dia terfikir apa kemungkinan yang akan dihadapi oleh bayinya?,” katanya.
Dalam pada itu, menerusi khidmat pesanan di Instagram, Dr Tasha memaklumkan bayi yang dilahirkan itu berada dalam keadaan baik, namun perlu diberi perhatian setiap masa sekiranya disahkan positif COVID-19.
“Kita sama-sama doa agar bayi itu tidak positif. Ibunya pula berada dalam keadaan stabil meskipun positif COVID-19 dan turut berada di bawah pemerhatian khusus pihak hospital,” balasnya.
Ads
Luahnya, agak memenatkan apabila anda fikir anda seorang sahaja yang berperang menentang virus berkenaan sedangkan sesetengah pihak langsung tidak ambil pusing dan memainkan peranan mereka.
Jelasnya, ada segelintir pihak yang langsung tidak peduli usaha petugas barisan hadapan menghapuskan COVID-19 kerana terlalu asyik mendengar berita palsu yang tular, tidak mematuhi SOP, menipu untuk merentas negeri dan hasilnya menjadi penyebar virus.
“Kami tidak boleh melakukan (melawan COVID-19) secara sendirian, kami akan gagal jika anda tidak menjalankan tanggungjawab anda.
“Kepada semua yang membaca posting ini, saya merayu, jalankan tanggungjawab anda” katanya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Ads
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
WEBINAR AKU TAK TAKUT BERANAK
Sertai Webinar keibubapaan terbesar dianjurkan tahun ini. Pastikan anda bersama kami untuk bersama-sama mendapat ilmu dan peluang memenangi pelbagai hadiah.
Webinar PERCUMA ini membariskan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
🔸 27 JUN 2021
🔸 8.00 PAGI – 10.00 MALAM
🔸 Secara virtual di platfotm ZOOM
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone 📱
“Doktor, gigi susu anak saya jarang, umur baru 6 tahun, orang cakap kurang kalsium sebab tu jarang, nak kena pakai braces ke doktor?”
Adeh, budak kecik ada gigi susu yang jarang tu NORMAL, bukan disebabkan kurang kalsium dan tak payah susah-susah nak pakaikan braces, braces hanya untuk gigi kekal sahaja
Lagi pun gigi susu yang jarang sangat bagus, sebab ada ruang yang cukup untuk gigi kekal tumbuh dan gantikan gigi susu nanti
“Jangan risau, gigi susu yang jarang sangat bagus dan lebih mudah gigi kekal tumbuh di samping lebih SENANG berus gigi”
So, mak ayah jangan risau kalau gigi susu anak-anak jarang. Yang perlu dirisaukan, kalau gigi susu anak berlapi-lapis dan rapat pada umur 6 tahun ke atas
Yela, kalau susunan gigi susu pun dah berlapis, bayangkan bila gigi kekal dah tumbuh nanti, saiz gigi kekal besar, pastu tak ada space untuk gigi kekal nak menyelit walaupun gigi susu dah cabut
Possible ke gigi kekal berlapis juga?
Sangat possible gigi kekal anak-anak berlapis dan memang sangat possible kalau mak ayah pun ada set gigi yang berlapis
Dr Izaza nak ingatkan je, mulalah menabung untuk gigi anak-anak dari sekarang. Bukan je tabung untuk belaja, tabung untuk gigi pun dah kena ada, lagi-lagi yang ada potensi untuk pakai #bracespremium
Sudah bersalin 1 tahun 5 bulan luka caesarean terbuka dan berdarah semula adalah sesuatu yang tidak dijangka. Cemas dan cuak tak dapat dielak. Ini perkongsiannya.
Perkongsian daripada ibu ini boleh dijadikan pengajaran kepada ibu-ibu lain. Tidak bermaksud untuk menakut-nakutkan, tapi cukup menjadikan batas dan panduan. Kelahiran secara pembedahan tidak berbahaya tetapi cara penjagaan luka perlu dititikberatkan oleh ibu.
Puan Eyfa Mit menceritakan pengalamannya menghadapi situasi cemas apabila luka pembedahan caesarean semasa melahirkan anak lebih setahun yang lalu berdarah dan terbuka semula.
AKTIF BUAT BUAT KERJA RUMAH, ANGKAT BERAT-BERAT
Saya ceaser tahun 2017, anak pun dah 1 tahun 5 bulan. Sebelum ni kesan parut ceaser ok ok je. Tapi semalam jadi bengkak dan keluar darah coklat-coklat merah.
Sakit tak terkata. Saya dah pergi klinik dan doctor just cuci dan sapu satu gel pada luka tu. Mummy-mummy yang ceaser janganlah buat kerja berat-berat ok. Mungkin semalam saya terlampau aktif sental bilik air. Angkat-angkat rak yang berat .
PERNAH DIMASUKKAN KE ICU KERANA ADA DARAH BEKU
Sakit tak terkata. Masa mula-mula ceaser saya memang duduk ward oac ICU sebab ada darah beku 6cm. Untuk itu, doktor cadangkan untuk sedut darah beku tersebut tanpa bius. Tapa saya tak nak. Saya cakap biar dia keluar sendiri. Sepanjang pantang darah tu keluar je.
Bila appointment doktor kata dah tinggal 1cm je. Semalam dok kemas-kemas bilik, sental bilik air terus rasa mcm basah-basah kat bahagian atas bju . Tengok-tengok darah dah kuar. So mummy jgnla buat kerja berat-berat. Selalu suami yang buat tapi semalam tak tahu kenapa la rajin sangat dok sental bilik air bagai..ha ni makan dia.
KALAU DARAH BEKU TAK KELUAR, KENA BEDAH SEMULA Doktor benarkan saya pulang dan datang semula seminggu lagi. Doktor kata kalau bengkak tu keluar dari garisan yang dia mark tu, saya terpaksa di operate smula.
Tapi dalam masa seminggu darah beku tu keluar sendiri dekat lubang yang hujung tu. Saya jumpa doktor dan dia doktor cakap bguslah darah beku tu keluar sndiri. Doktor scan dan beritahu saya dah boleh discharge dan tiada apponitment lagi. Doktor kata luka pun dah cantik dan dah bercantum.
TAK SANGKA AKTIVITI KEMAS RUMAH PUN BOLEH BUAT LUKA TERBUKA Tak sangka hanya melakukan aktiviti kemas rumah..angkat itu ini tiba-tiba hari tu luka caesar terus terbuka dan mengeluarkan berdarah warna coklat dan merah. Sebelum tu memang tak ada masaalah.
Masa tengah sental bilik air saya ada rasa tempat luka tu rasa macam di tarik-tarik dan bisa. Saya duduk rehat depan kipas, tengok-tengok baju dan seluar dalam pada bahagian luka dah basah dengan darah.
RAWATAN DOKTOR
Dalam temuramah dengan Pa&Ma, ibu ini turut berkongsi info mengenai nasihat doktor yang diberikan kepadanya semasa mendapatkan rawatan.
Soal luka ceaser tadi tu, doktor pakar pesan walaupun dah 4 tahun ceaser sekalipun tetap kena jaga kawasan luka tu. Luaran nampak ok..tapi luka dalaman kita tak tahu kan? Sebab perut kita di belah 7 lapis bukan selapis dua.
JANGAN SAPU SEBARANG UBAT & MINUM PATI HARUAN Lagi satu doktor pesan jangan sesekali cuba sapu minyak gamat , minum pati haruan atau sapu apa-apa ubat pun dekat tempat luka.
JANGAN GARU LUKA Jangan garu tempat luka sebab boleh effect dekat luka dalam.
AMBIL VITAMIN C Doktor sarankan makan vitamin C sama ada yang jenis bancuh atau tablet. so mommies yang ceaser tu jaga diri baik-baik.
BAYANGKAN PERUT 7 LAPIS DIBELAH, DOUBLE TRIPLE SAKIT Tag husband korang untuk bg dia org sedar betapa sakitnya bersalin ceaser walaupun kadang-kadang sesetengah orang memperlekehkan orang yang beranak ceaser ni. Yang pastinya ceaser ni double triple sakitnya. Bayangkan 7 lapisan perut kita dibelah. Berapa banyak urat yang putus??? Allahu..
Pemain bola sepak negara, Mahali Jasuli menimang cahaya mata ketiganya selepas isterinya, Haliesah Rusman selamat melahirkan bayi lelaki ketiga mereka pada Jumaat lalu.
Melalui satu entri di instagram miliknya semalam, Mahali berkongsi khabar gembira itu sambil berkongsi beberapa keping gambarnya memegang bayi yang baru dilahirkan juga bersama isteri dan ketiga-tiga anaknya.
Malah kata pemain bola sepak itu lagi, anak ketiganya itu dilahirkan pada jam 3.30 pagi Jumaat lalu.
“Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan baby boy ketiga kami pada 4 December 2020, 3.30 pagi,” kongsinya ringkas menerusi instagram.
Dalam pada itu, Mahali juga turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasihnya pada isteri atas kelahiran bayi ketiga mereka itu.
Mahali yang kini menggalas tanggungjawab bersama pasukan Petaling Jaya City itu turut meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga atas kurniaan rezeki dari Allah SWT.
“Thanks my superwife. Love you @lisa_rusman.
“Syukur ke hadrat Allah atas kurniaan tidak terhingga ini,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rakan-rakan seperjuangan juga tidak ketinggalan selebriti tanahair serta pengikutnya di instagram turut mengucapkan tahniah di atas kelahiran cahaya mata ketiga itu.
Semoga kelahiran zuriat ketiga ini semakin mecambahkan rasa bahagia buat pasangan ini.
Terdahulu, Mahali mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Haliesah Rusman pada Ogos 2015. Hasil perkahwinan itu mereka kini dikurniakan tiga orang cahaya mata yang melengkapkan bahagia mereka.
Kisah menyayat hati seorang ibu mempertahankan hak pendidikan anaknya, seorang kanak-kanak autisme yang dipinggirkan selepas insiden di sekolah. Ketahui kronologi, perjuangan dan tindakan pihak berkuasa.