“Tak Kesian Ke Kalau Baby Lahir Nanti Positif Covid-19?” Wanita Hamil Mengaku Ziarah Hari Raya Punca Positif Covid-19

Share

Jarang berkongsi situasi yang dihadapi di hospital bersama umum setiap hari, namun kes yang diterima seorang doktor di Hospital Melaka malam tadi menjentik hatinya untuk berbuat demikian.

(Follower Pa&Ma yang nak dapatkan barangan dengan harga murah dapatkan di SINI)

Jam di dinding menunjukkan waktu 3 pagi. Dr Tasha sedang bertugas sebagai pegawai perubatan di Hospital Melaka apabila dia menerima panggilan memerlukannya bersiap sedia menerima pesakit yang merupakan seorang wanita hamil.

Wanita berkenaan perlu melahirkan bayinya melalui kaedah pembedahan yang lazimnya jarang dilakukan seawal pagi ekoran kekurangan tenaga kerja kecuali ia merupakan kes kecemasan.

Namun itu bukan persoalannya kerana itu tugas hakiki Dr. Tasha sebagai seorang doktor pediatrik, tetapi kejutannya adalah wanita hamil itu merupakan salah seorang pesakit COVID-19!

Ia berikutan ujian Kit Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) yang dilakukan menunjukkan wanita itu positif!

Tulis Dr Tasha dalam posting Instagram miliknya 24 jam lalu, wanita berkenaan mengakui melakukan aktiviti ziarah Aidilfitri yang mana ada dalam kalangan saudara-maranya berada dalam keadaan kurang sihat, namun dia masih memilih untuk ‘mendekati’ mereka.

Wanita berkenaan turut didakwa tidak memakai pelitup muka, tidak menjaga jarak fizikal dan sekali gus tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

“Kisah ini buat saya amat kecewa. Dia tidak boleh fikir bagaimana keadaan itu akan memberi kesan kepada bayinya,” kata Dr Tasha dalam perkongsian di laman Instagram peribadinya.

Dia mengakui begitu kecewa dengan sikap acuh tidak acuh pesakitnya itu.

“Jika dia positif, bayi yang dilahirkan terpaksa diasingkan sebaik dilahirkan, perlu menjalani beberapa siri ujian dan juga ujian swab.

“Bagaimana jika bayi itu juga positif? Tidakkah dia terfikir apa kemungkinan yang akan dihadapi oleh bayinya?,” katanya.

Dalam pada itu, menerusi khidmat pesanan di Instagram, Dr Tasha memaklumkan bayi yang dilahirkan itu berada dalam keadaan baik, namun perlu diberi perhatian setiap masa sekiranya disahkan positif COVID-19.

“Kita sama-sama doa agar bayi itu tidak positif. Ibunya pula berada dalam keadaan stabil meskipun positif COVID-19 dan turut berada di bawah pemerhatian khusus pihak hospital,” balasnya.

Luahnya, agak memenatkan apabila anda fikir anda seorang sahaja yang berperang menentang virus berkenaan sedangkan sesetengah pihak langsung tidak ambil pusing dan memainkan peranan mereka.

Jelasnya, ada segelintir pihak yang langsung tidak peduli usaha petugas barisan hadapan menghapuskan COVID-19 kerana terlalu asyik mendengar berita palsu yang tular, tidak mematuhi SOP, menipu untuk merentas negeri dan hasilnya menjadi penyebar virus.

“Kami tidak boleh melakukan (melawan COVID-19) secara sendirian, kami akan gagal jika anda tidak menjalankan tanggungjawab anda.

“Kepada semua yang membaca posting ini, saya merayu, jalankan tanggungjawab anda” katanya.

Kredit: Astro Awani

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI

WEBINAR AKU TAK TAKUT BERANAK

Sertai Webinar keibubapaan terbesar dianjurkan tahun ini. Pastikan anda bersama kami untuk bersama-sama mendapat ilmu dan peluang memenangi pelbagai hadiah.

Webinar PERCUMA ini membariskan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.

🔸 27 JUN 2021
🔸 8.00 PAGI – 10.00 MALAM
🔸 Secara virtual di platfotm ZOOM

Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone 📱

Jom jadi peserta terawal!

✍🏻 Daftar sebagai peserta di:
https://bit.ly/3yT61Ex

Jom daftar sekarang untuk berpeluang menang hadiah cabutan bertuah!_

Published by
NuFa