Kita sama-sama jaga anak namun tenaga dan masa yang digunakan isteri untuk anak-anak kita yang masih kecil tidak sama seperti kita. Ketelitian isteri dalam urusan hal anak-anak jauh melebihi suami. Jadi apa salahnya peruntukkan sedikit waktu untuknya berehat. Tak kesiankah pada isteri kita?

Menerusi instagram, Dr Say Shazril berkongsi tip untuk para suami agar lebih memahami isteri. Katanya, jangan terlupa untuk memberi perhatian pada isteri kerana itulah yang sebaiknya di lakukan dalam rumah tangga.

“Tak Kesian Ke Tengok Isteri Siang Malam Jaga Anak Kita?” -Dr Say Saran Tip Untuk Suami!

“Wahai suami, sesibuk mana pun kita, cubalah selitkan masa untuk keluar berdua bersama isteri kita.

“Anak nak campak mana? Doc senang la ade maid”. Nak seribu daya tak hendak seribu dalih. Boleh mintak adik-beradik tengokkan kejap ke dan kalau taknak susahkan family ada banyak reliable nanny service yang bayar per hour.

“Tak kesian ke tengok isteri kita bergelumang siang malam dengan anak kita? Saya tahu kita tengok jugak anak tu tapi tengok kita tak akan dapat menandingi ketelitian tengok-kan isteri kita.

“Tak Kesian Ke Tengok Isteri Siang Malam Jaga Anak Kita?” -Dr Say Saran Tip Untuk Suami!

IKLAN

“Wanita ni bila dah ada anak, mereka tak harap banyak pun dari lelaki mereka. Harapan mereka hanyalah agar suami masih sayang dan small gesture mengajaknya keluar berdua macam ni semestinya akan memberi mereka reassurance yang mereka harapkan,” katanya di instagram.

Tak Perlu Candle Light Dinner
Malah katanya lagi, kesederhaan dalam hidup itu penting. Tak perlulah bawa isteri dengan makan malam yang hebat sebaliknya dengan hanya keluar makan bersama atau lokasi yang pernah dituju sewaktu zaman bercinta dahulu, itu sudah memadai bagi isteri.

Isteri kita minta lebih atau dibelikan barangan mewah untuknya, cukup hanya sedikit masa sebagai menghargai dirinya sambil memberi ruang untuknya berehat daripada rutin harian. Begitu kongsi Dr Say. Dan inilah sebaiknya dilakukan oleh para suami.

“Tak Kesian Ke Tengok Isteri Siang Malam Jaga Anak Kita?” -Dr Say Saran Tip Untuk Suami!

“Tak perlu fancy-fancy candle light dinner bagai. Memadai dengan apa yang kalian biasa lakukan berdua sebelum kemunculan anak-anak be it tengok movie, makan kat mamak or just chilling around.

IKLAN

“As long as isteri kita tahu yang kita still care for her and the relationship, percayalah mereka akan tersangat gembira. Bak kata omputih, HAPPY WIFE LEADS TO A HAPPY LIFE” katanya lagi.

Sekadar informasi, Dr Say disatukan dengan isterinya, Dr Azura Abas 30 Mac 2014 dan kini pasangan sepadan ini dikurniakan seorang anak, Aezriel.

 

 

View this post on Instagram

 

Topic : Make Time For Her Wahai suami, sesibuk mana pun kita, cubalah selitkan masa untuk keluar berdua bersama isteri kita. “Anak nak campak mana? Doc senang la ade maid”. Nak seribu daya tak hendak seribu dalih. Boleh mintak adik-beradik tengokkan kejap ke & kalau taknak susahkan family ade banyak reliable nanny service yg bayar per hour macam @kiddocare.my. Tak kesian ke tengok isteri kita bergelumang siang malam dengan anak kita? Sy tahu kita tengok jugak anak tu tapi tengok kita tak akan dapat menandingi ketelitian tengok-kan isteri kita. Wanita ni bila dah ada anak, mereka tak harap banyak pun dari lelaki mereka. Harapan mereka hanyalah AGAR LELAKI MEREKA MASIH MENYAYANGI MEREKA & small gesture mengajaknya keluar berdua macam ni semestinya akan memberi mereka REASSURANCE yg mereka harapkan. Tak perlu fancy2 candle light dinner bagai. Memadai dengan apa yg kalian biasa lakukan berdua sebelum kemunculan anak-anak be it tengok movie, makan kat mamak or just chilling around. As long as isteri kita tahu yg kita still CARE FOR HER & THE RELATIONSHIP percayalah mereka akan tersangat gembira. Bak kata omputih, HAPPY WIFE LEADS TO A HAPPY LIFE. Malam ni sy bawak bini dinner @thechowkitkitchenandbar sat lepas tu jalan2 Petaling Street yeaaah.

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on

IKLAN

EPISOD 6 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK BIJAK IQ, PEMAKANAN @ GENETIK

Pemakanan anak memainkan peranan penting bukan sahaja untuk tumbesaran malah untuk IQ anak-anak. Namun, adakah faktor genetik mempengaruhi perkembangan IQ mereka?

“Tak Kesian Ke Tengok Isteri Siang Malam Jaga Anak Kita?” -Dr Say Saran Tip Untuk Suami!

Saksikan Episod ke 6, Journey Bersama JoviaNina pada 30 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.

“Tak Kesian Ke Tengok Isteri Siang Malam Jaga Anak Kita?” -Dr Say Saran Tip Untuk Suami!

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI