Selebriti popular, Anzalna Nasir berkongsi beberapa jenis pakaian berjenama yang dibeli khas untuk dua anak lelaki tercintanya.
Menurutnya, dia tidak kisah berhabis untuk anak-anak kesayangan demi tampak kemas dan bergaya selain merupakan terapi buat dirinya sebagai seorang ibu.
“Self therapy. I dont mind spending on my kids as long as they look good.”
Dia turut memuatnaik video berdurasi 3 minit sambil menunjukkan beberapa jenis pakaian berjenama milik anak-anak tersayang yang baru dibeli antaranya Versace, Kenzo, Balmain Paris, Dolce Gabbana, Boss.
Ads
Pakaian berjenama mewah tersebut masih lagi belum dibuka dan berbungkus elok. Terdapat lebih dari 10 helai pasang baju dengan pelbagai corak yang sangat cantik dikongsi untuk tatapan para pengikutnya di Instagram.
Melalui pencarian harga di laman sesawang Versace, harga bagi satu pasang baju untuk kanak-kanak antara RM1000 (Satu Ribu Ringgit) dan keatas.
Ads
Melalui ruangan Q&A di Insta Story pula ada warga maya tertanya-tanya adakah selebriti ini tidak rasa membazir membeli barangan berjenama mewah serta pendapat mengenai barangan tiruan.
“Tak rasa membazir ke beli baju-baju anak harga beribu? pernah beli yang fake tak?”
“Ada rezeki lebih kongsi dengan anak. Jangan berkira sangat. Anak pembawa rezeki. No fake stuff!”
Ads
Selebriti cantik yang juga merupakan ibu pada dua cahaya mata lelaki ini turut menasihati agar berbelanja mengikut kemampuan diri sendiri.
“Kesian anak kalau orang tahu buat malu sahaja lebih baik shopping ikut kemampuan diri walaupun tak berjenama”
Akibat daripada peningkatan wabak koronavirus (covid-19), pihak kerajaan Malaysia tengah mengeluarkan perintah kawalan pergerakan berkuatkuasa bermula 18 mac 2020 hingga 31 mac 2020.
Selepas sidang media yang disampaikan oleh Perdana Menteri, ramai mula melakukan pembelian panik di pasaranya. Bagi yang tidak mempunyai masa ataupun tidak berani untuk berada di tempat awam seperti pasaraya, anda boleh membuat pembelian secara dalam talian untuk membeli barangan runcit.
Ini senarai kedai online barangan runcit, boleh menjimatkan masa dan mengurangkan risiko terdedah dengan wabak covid-19.
Pastikan diri anda dan keluarga selamat di rumah semasa musim covid-19 ini! Berikut ialah senarai kedai barangan runcit secara dalam talian (online) yang anda boleh layari;
Lembah Klang
1. Mygroser –https://www.mygroser.com (Penghantaran terus setiap hari, 9 pagi hingga 9 malam setiap hari termasuk cuti umum, mempunyai kedai fizikal mereka sendiri, bilik penyimpanan sejuk dan kedai roti untuk memastikan kebersihan dan kesegaran)
2. Happyfresh –https://www.happyfresh.my (Penghantaran hari yang sama, pilihan dari pelbagai pasar raya di kawasan anda, setiap hari 10 pagi hingga 9 malam termasuk cuti umum)
3. Tesco –http://eshop.tesco.com.my (Penghantaran sehari selepas pesanan, 10 am hingga 10 pm setiap hari termasuk cuti umum, boleh juga ambil di kedai)
1. My Seafood Mart –http://myseafoodmart.com/ (2pm – 8 pm kecuali sesetengah cuti umum, lembah klang sahaja)
2. Fish Club –https://fishclub.my/ (Tempoh penghantaran 3-5 hari, Rabu, khamis dan Ahad (JB) and Khamis (KL /Penang)
3. Fish for It –https://www.fishforit.com.my (Penghantaran dalam masa 48 jam, dihantar ke Lembah Klang, seluruh negara mungkin)
4. Fresh Seafood Malaysia –https://www.freshseafoodmalaysia.com (Penghantaran pada waktu bekerja, ke Georgetown, Ipoh, Klang Valley, Negeri Sembilan dan Johor Bahru)
5. My Fishman –https://myfishman.com/ (11 am – 7 pm, Rabu – Sabtu to Sat, penghantaran seluruh negara)
Pada usia berapa bayi mula duduk? Boleh ke kalau ada parents yang melatih bayi duduk atau ia 1 tindakan tidak wajar?
Bergelar ibu bapa, pastinya anda berasa bangga apabila melihat si manja mencapai tahap perkembangan yang baik.
Antara salah satu perkembangan yang dinantikan ibu bapa adalah untuk melihat anaknya dapat duduk dengan baik.
Tetapi adakah anda tahu bila bayi akan mula duduk dengan sendirinya?
Bila bayi mula duduk?
Umumnya, seorang bayi akan belajar untuk duduk pada sekitar usia 6 bulan.
Walau bagaimanapun, ada sesetengah bagi sudah mula belajar untuk duduk seawal usia 4 dan 5 bulan.
Tapi ada juga bayi yang hanya mula belajar untuk duduk setelah usia 7 dan 8 bulan.
Ia adalah sesuatu yang normal. Ini kerana perkembangan setiap anak adalah berbeza dan ada rentaknya yang tersendiri. Sebagai ibu bapa anda tidak boleh membandingkan mereka.
Namun, bagaimana pula jika ada ibu bapa yang mahu melatih bayi duduk, boleh ke?
Kemahiran diperlukan sebelum bayi mula duduk
Sebelum menjawab persoalan mengenai melatih bayi duduk, berikut adalah kemahiran yang diperlukan sebelum bayi mula duduk dengan sendirinya:
Sekitar usia 2 bulan
Si manja boleh mengangkat dan menahan kepalanya pada posisi 45° sambil meniarap untuk beberapa minit.
Sekitar usia 3 bulan
Pada usia ini, bayi sudah boleh mengangkat kepala dan dadanya pada posisi 45° sambil meniarap. Keadaan kepala si manja lebih stabil berbanding sebelumnya.
Sekitar usia 4 bulan
Bayi sudah dapat mengangkat kepalanya sehingga 90° sambil meniarap. Si kecil juga mungkin sudah mencuba untuk duduk dengan bantuan.
Sekitar usia 5 bulan
Pada tempoh ini, anak anda akan mula mengangkat keseluruhan badannya semasa sesi tummy time.
Si kecil juga sudah boleh berguling. Dengan sokongan, mereka juga akan dapat mengekalkan kestabilan kepala ketika duduk.
Sekitar usia 6 bulan
Si manja sudah boleh duduk dengan bantuan. Malahan mereka juga sudah mampu berguling ke kiri dan ke kanan.
Sekitar usia 7 bulan
Kebanyakan bayi boleh duduk sendiri tanpa sokongan. Bahkan si manja mungkin sudah boleh mengangkat bahagian atas badan mereka.
Sekitar usia 8 bulan
Sudah mampu untuk duduk tegak tanpa bantuan. Pada waktu ini, anak anda mungkin mampu menggerakkan bahagian atas badannya dengan mudah dan seimbang.
Jangan terkejut, jika si manja sudah cuba-cuba untuk berdiri dengan bantuan pula.
Cara untuk melatih bayi duduk
Sudah tentu anda boleh melatih bayi duduk. Namun ada caranya.
Tummy time
Penting untuk anda memberikan masa secukupnya untuk bayi melakukan tummy time.
Apabila si manja sudah boleh mengawal kepalanya, baringkan dia secara meniarap.
Pada permulaan, letakkan dia meniarap di atas pangkuan atau perut anda.
Setelah bayi sudah semakin kuat, biarkan dia untuk berbaring di permukaan yang selamat untuk tummy time.
Back time
Tummy time langkah penting untuk menguatkan leher dan otot bahagian atas badannya. Manakala back time dapat menguatkan otot abdomen, dada dan belakang badan.
Baringkan bayi secara menelentang dan berikan dia mainan. Anda mungkin dapat melihat anak cuba untuk berguling.
Pegang bayi dalam posisi lurus
Anda boleh melatih bayi duduk dengan meletakkan mereka dalam posisi duduk. Tetapi pastikan badan si manja diberikan sokongan sepenuhnya.
Bantuan tambahan
Anda boleh gunakan pelbagai alatan tambahan atau mainan untuk membantu si manja duduk.
Gunakan bantal sebagai pelapik ketika bayi duduk di atas ribaan anda. Berikan mainan di hadapan si manja dan bantu mereka mencapainya.
Posisi melatih bayi duduk
Terdapat beberapa posisi yang boleh dicuba untuk membolehkan bayi mula duduk sendiri:
Duduk di pangkuan
Biarkan bayi duduk di riba anda dan alihkan sokongan tangan daripada badan atas ke badan bawah. Gerakkan tangan anda daripada bahagian dada ke bahagian pinggul bawah si manja.
Posisi ini sesuai untuk bayi berumur 3 hingga 6 bulan.
Duduk di kerusi
Anda boleh gunakan kerusi untuk membolehkan bayi mula duduk. Kaedah ini sesuai untuk si manja yang sudah mula untuk duduk tetapi masih perlu melakukan kestabilan bahagian badan atas.
Duduk di lantai antara kaki
Sesuai untuk bayi berusia 4 hingga 5 bulan. Bayi akan mendapat sokongan daripada dada dan kaki anda.
Duduk di lantai dengan bantal
Letakkan bantal di sekitar bayi dan mainan di hadapan mereka. Biarkan dia mencapai mainan tersebut.
Posisi tripod
Biarkan bayi duduk dengan kedudukan kaki terpisah dan letakkan mainan pada jarak yang boleh dicapai.
Biarkan bayi menggunakan kekuatan bahagian belakang badannya untuk mencapai mainan tersebut. Sesuai untuk bayi berusia 4 hingga 6 bulan.
Duduk dalam bakul pakaian
Untuk melatih bayi duduk, letakkan mereka dalam bakul pakaian atau kotak. Ia membolehkan si manja mendapat sokongan kiri dan kanan.
Posisi cincin
Sesuai untuk bayi usia 6 hingga 8 bulan. Letakkan bayi duduk di lantai dengan kaki terbuka tetapi bertemu di tapak kaki.
Ada beberapa senaman yang boleh dilakukan untuk membolehkan bayi mula duduk tetapi jangan berlebihan.
Jika anda menyedari kadar perkembangan si manja terbantut atau perlahan, dapatkan pemeriksaan
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pening kepala juga dibuatnya bila anak masih lagi batuk-batuk walaupun sudah mencuba beberapa jenis ubat. Bukan salah ubat tetapi mungkin ubat yang diberikan tidak serasi dengan tubuh anak kita.
Selain mencari ubat yang sesuai, mama boleh juga cuba petua ringkas ini untuk kurangkan batuk anak. Mana tahu cara ni berkesan dekat anak kita.
Melalui perkongsian Jes Tham dalam Facebook miliknya, beliau menunjukkan cara mudah dan berkesan yang dipercayai boleh menyembuhkan batuk yang berlarutan dengan hanya menggunakan buah oren!
Menurut beliau, petua ini diperolehi daripada pakar perubatan dari negara China dan Taiwan dan sesuai untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa. Apa-apapun keberkesanannya bergantung pada kesesuaian individu. Namun tidak salah mencuba kan!
Caranya:
1. Potong buah oren bahagian atas dan bawah.(seperti dalam gambar)
2. Cucukkan bahagian atas buah oren tersebut dengan garpu atau chopsticks, agar garam dapat meresap dengan cepat ke dalam buah oren nanti.
3. Letakkan secubit garam pada bahagian atas buah oren tersebut dan sapu rata.
4. Kukus selama 2 jam dan minum jus tersebut.
Rasanya sedikit masin dan pahit. Buat dan minum sampai batuk berhenti.
Sumber Facebook: Jes Tham
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!