Kehamilan

“Tak Kisah Boy Atau Girl” Seronok Layan Permintaan Isteri, Issey & Anak Teruja Nak Sambut Ahli Baru!

Share

Bakal menerima kelahiran cahaya mata sulungnya sekitar bulan Ogos nanti, pelawak dan penyampai radio, Issey memaklumkan keadaan isterinya yang kini hamil empat bulan itu berada dalam keadaan baik dan sihat.

Namun kata Issey menerusi satu petikan, dia kini berpeluang merasai beberapa alahan yang dialami isterinya itu termasuklah hilang selera makan.

Paling menarik kata Issey, isteri kesayangannya itu kini tidak boleh makan makanan berasaskan ayam. Namun katanya, sebolehnya sebagai suami, dia akan melayani apa sahaja permintaan isterinya, lebih-lebih lagi ketika sedang hamil.

” Alhamdulillah isteri saya sihat je ketika ini. Usia kandungan dah masuk empat bulan lebih.

” Buat masa sekarang, isteri saya tiada mengidam apa-apa cuma sekarang ini dia tak nak makan ayam. Saya pun pelik. Nak dekat dua bulan tiada ayam dekat rumah.

” Saya sendiri tak tahu kenapa dia macam tu. Sekarang dia lebih suka makan ikan dan daging. Seafood pun boleh cuma ayam je dia tak lalu.

” Jadi kalau saya nak makan ayam, saya akan makan di luar. Saya tak kisah pun semua tu. Orang mengandung ni kita layan je apa kehendak mereka,” katanya berkongsi.

Berkongsi rasa terujanya, kata Issey dia tidak kisah mengenai jantina anak yang dikandung isterinya itu asalkan bayinya sihat.

“Kalau tanya saya, sebolehnya saya nak baby girl. Tapi saya tak kisah dan saya serahkan semuanya pada Allah. Saya reda apa-apa sahaja.

” Lelaki atau perempuan tak penting, yang penting anak itu selamat dan sihat.
“Kalau tanya saya secara peribadi, saya nak baby girl sebab sekarang saya ada seorang anak perempuan, sekurang-kurangnya dia ada kawan untuk bermain. Dua abang dan adik,” kongsinya.

Biarpun sudah memiliki tiga orang anak tiri, namun kata Issey dia dan ketiga-tiga anaknya cukup teruja untuk menerima kehadiran orang baru dalam keluarga mereka.

” Tiga beradik ni pun seronok menanti kelahiran adik baru yang akan datang ni,” kongsinya lagi.

Terdahulu, Issey dan isterinya, Noor Aimi Mohamed Jamel mendirikan rumah tangga pada 22 Disember 2019 di Kota Bharu, Kelantan.

Artikel berkaitan: Famili Makin Bertambah, Isteri Hamil 4 Bulan, Issey Teruja Bakal Timang Cahaya Matang Sulung

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: Media Hiburan & @isseyfazlisham

Published by
SRM