Biarpun mainan yang anda belikan itu mahal harganya, malah boleh bercakap atau bergerak dengan sendiri pastinya tidak sama dengan bermain bersama anak-anak yang sedang membesar. Selain mencipta bonding bersamanya, bermain bersama anak juga sebenarnya dapat membantu otak anak berkembang dengan baik.
Bukan itu sahaja, menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Psychological Science, ia turut akan merangsang perkembangan bahagian otak tertentu, anak dan juga ibu bapa.
Saintis dari Princeton University, Amerika Syarikat, dapat melihat fenomena aktiviti perkembangan otak beberapa responden yang terdiri daripada bayi dan juga individu dewasa.
Analisis daripada kajian tersebut mendapati bahawa otak bayi dan individu dewasa mengalami pelbagai aktiviti saraf yang sama ketika aktiviti bermain bersama anak dilakukan. Aktiviti saraf naik dan turun pada masa yang sama setiap kali kedua-duanya berkongsi mainan dan melakukan hubungan mata secara langsung.
Apabila komunikasi berlaku, seperti ketika waktu bermain bersama si kecil, otak bayi dan ibu bapa mengalami keadaan yang dikenali sebagai feedback loop.
Pada ketika feedback loop berlaku, otak ibu bapa sebagai individu dewasa dapat meramal bila si kecil akan ketawa. Manakala otak bayi pula meramal saat ibu bapa akan bercakap dengannya.
Tanpa anda sedari, otak si kecil seakan ‘memberikan arahan’ kepada otak anda ketika bermain bersamanya. Interaksi ketika bermain bersama si kecil ini akan berlaku secara berterusan dan menjadi lebih kuat jika terdapat hubungan mata dan penggunaan alat mainan.
Ads
Apakah jenis permainan sesuai ketika bermain bersama si kecil?
Tabiat bermain bersama anak adalah satu perkara baik yang sangat digalakkan. Tetapi aktiviti itu pastinya akan menjadi bosan jika tidak menggunakan permainan yang bersesuaian mengikut usia si kecil.
Anda amat disarankan untuk memilih permainan mengikut peringkat usia anak bagi mendapatkan manfaat yang optimum. Jadi apakah jenis permainan yang sesuai untuk bermain bersama anak?
Menurut American Academy of Pediatrics, terdapat beberapa jenis permainan yang boleh anda cuba, antaranya:
Baru lahir hingga usia 6 bulan
Cara paling mudah untuk bermain bersama bayi ketika usia ini adalah dengan memberikan respons setiap kali dia tersenyum. Melalui ekspresi muka dan suara anda, ia dapat membantu melatih kemampuan sosial dan emosinya.
Untuk menjadikan ‘interaksi’ anda berdua semakin meriah, anda boleh membuat bunyi atau suara seperti si manja anda. Ia akan kelihatan seperti anda sedang berborak bersamanya.
Ads
Apabila si kecil berusia beberapa bulan, anda boleh bermain bersama bayi dengan menunjukkan mainan yang mempunyai warna dan tekstur berbeza. Letakkan si kecil pada kedudukan yang selesa dan membolehkan si manja melihat perkara yang berlaku di sekelilingnya.
Usia 7 hingga 12 bulan
Pada ketika ini, biarkan si kecil untuk merangkak dan bergerak dengan bebas. Namun, pastikan persekitaran sekitarnya selamat.
Sekiranya si manja menjatuhkan sesuatu permainan, cuba dekatkan mainan tersebut agar ia boleh mengambilnya sendiri. Anda juga boleh menggunakan cermin untuk membolehkan si kecil melihat ekspresi wajahnya sendiri.
Usia 1 hingga 2 tahun
Pada tempoh ini, anda harus memberikan si kecil ruang untuk meneroka dunia. Anda boleh memberikan si manja mainan kayu (wood block), sudu atau sebarang mainan yang boleh mengasah kreativitinya.
Ads
Tetapi pada tempoh ini, sebaiknya elakkan daripada memberi sebarang gajet kepada si kecil untuk mengajaknya bermain bersama. Ini adalah untuk mengelakkan daripada berlaku ketagihan gajet kepada si manja.
Anda juga boleh membiarkan si manja untuk bermain dengan bayi seusia dengannya. Selain, itu anda juga boleh mengajar si kecil bermain permainan pretend play seperti makan, minum, tidur dan sebagainya.
Bermain bersama anak adalah langkah terbaik untuk menyokong perkembangan si manja. Luangkan masa bersama si kecil sekerap yang boleh. Ia dapat membantu tumbesaran bayi anda untuk membesar dengan sihat, gembira dan aktif.
Usahawan, Raden Ahmad Faizal Datuk Yaakob yang dikenali sebagai Raf Yaakob mendedahkan sisi kebapaanya melalui temu bual dalam Pa&Ma Gala Award 2023.
Menurut suami kepada Mawar Rashid, selebriti popular, dia mengakui dalam kelembutan namun tetap ada ketegasan mendidik anak-anak dan pendidikan agama paling dititikberatkan baginya dan isteri.
“Secara jujur, Raf ingat kata-kata arwah bapa sebelum meninggal “G, adik cukup ke bapak bagi semua ni”. Perasaan tu sangat sedih, bila membesarkan anak-anak Raf rasa, cukup ke apa yang Raf bagi pada diaorang. Raf amat pentingkan cukup ke pendidikan agama pada mereka, sebab nanti akan disoal cukup ke pendidikan agama yang kita bagi pada anak.”
“Apa yang kita ajar pada anak-anak sekarang memang berlandaskan didikan arwah ayah. Apa yang arwah bapak ajarkan pada kami, kami ketengahkan kepada anak-anak. Jadi apa yang baik kita ikut.”
Seorang Bapa Yang Lawak
Macam Raf dengan anak-anak memang bercakap soft dengan anak. Tapi bab melawak memang Raf, Raf obses bila anak gelak. Jadi ikan dugong, ikan paus itu semua Raf lah bukan Mawar.
Saya ada lima orang anak. Pelbagai peringkat umur, dua ke fasa yang 12 dan 8 tahun, yang bawah 4 tahun dan 2 tahun, last 8 bulan. Yang sulung saya berikan sedikit kebebasan. Anak kecil biasanya kita akan explain pada mereka, tak say no.
Tambah ayah kepada 5 cahaya mata ini, dia mengakui menjadi seorang ayah bukan tugas yang mudah kerana perlu membimbing anak dan isteri menuju ke syurga.
“Jujur Raf cakap bila dah ada anak 5, memang rasa down. Rutin sebagai ayah memang sibuk. Kadang-kadang mengeluh sebab tak ada me time. Macam isteri, Raf bagi Me Time. Its ok untuk kita buat tanggungjawab lebih, sebab kita suami kan.”
“Setiap kali down, Raf akan ingat..jaga isteri dan anak ini satu amanah. Ada masa kita kena ketepikan keeinginan kita demo kebahagiaan mereka. Istilah kita beli beras, tak perlu terlalu pegang dengan benda itu sebab tanggungjawab kita nak abwa anak isteri ke syurga itu berat.”
“Kita harapkan isteri patuh, dengar cakap tapi pernah tak kita cermin diri kita untuk mereka ikut? Perbanyakkan ilmu agama, banyak baca macam mana Nabi didik isteri dan anak.”
Ikuti perkongsian penuh Raf Yaakob sebagai penerima Anugerah Best Papa Millennial, Pa&Ma Gala 2023 di bawah ini.
Masuk tahun kedua pemergian pelawak terkenal, Allahyarham Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan atau Abam. Satu-satunya anak arwah bersama bersama isteri tercinta Siti Nurhidayah Mohd Ali iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey kini sudah berusia 3 tahun.
Menerusi perkongsian balu arwah abam, Hidayah berkongsi momen membawa Hamzah ke pusara bapanya yang terletak di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sungai Pusu, Gombak, Kuala Lumpur.
“Abang hari ni sayangg bawak anak Kita datang jumpa abgg.”
Namun kata-kata dari Hidayah membuatkan ramai sebak kerana baginya, rindu yang paling menyakitkan adalah rindu pada orang yang telah tiada.
“Kepergianmu membuat diriku mengerti bahawa Rindu yang paling menyakitkan adalah rindu orang yang telah Tiada’.. Al-fatihah suamiku Tercinta Syed Umar Mokhtar. Kau tetap dihatiku selamanya cinta syurga”
Perkongsian tersebut pastinya membuatkan warganet berasa hiba melihat anak kepada Allahyarham Abam yang kini mulai membesar tanpa kehadirannya di sisi.
Dapat dilihat juga Hidayah mencium batu nisan yang tertera nama arwah suami bagi melepaskan rindu setelah pemergiannya kira-kira dua tahun lalu.
Rata-rata wargamaya terasa sebak melihat video perkongsian Hidaya di Tanah Perkuburan tersebut.
Bila bergelar seorang ibu, automatik kita akan ada ‘super power’ yang mampu lakukan apa sahaja demi keluarga. Kadang-kala tak terfikir mampu lakukan segalanya untuk yang tersayang.
Setiap ibu pasti ada ‘struggle’ tersendiri, itulah yang dikongsi oleh pelakon, Ozlyn Wati yang berkongsi rutin seharian sebagai ibu yang bekerja.
Orang selalu tanya, Ozlynn.. tidur pukul berapa bangun pukul berapa.. nampak energy tu sentiasa ada.. bhaiiii jadi Ozlynn waty tak mudah ye.
Bangun seawal 4am.. (kadag babas gak kul 4.30am.. penah la dalam setahun 2-3 kali sesar kul 5am.. bersilat la aku kat dapur tu..)
Aku jenis masak semua sendiri.. so ni contoh apa yang aku cakap kat live tiktok semalam masa buat karipap.
Roti bakar tu dalam ada kaya dan cheese.. luar aku sapu butter yang very light salted.. selalu brand lurpak or maybe boleh je pakai planta kalau takde.
Tu kira aku menipu tau.. sebab nak cepat.. pagi tadi almost 5am aku baru sedar.. pastu mandi sat terus masak.. goreng karipap untuk en somi bawak bekal keje tadi.. so untuk lunch box bebudak aku buat udang goreng kunyit buh la sayur sikit kira macam menipu nak bagi cepat..
Dan mesti ada buah.. so bila bebudak balik rumah pukul 4petang dari sekolah.. menu dorang pon berubah.. supaya dorang tak bosan dengan lauk kat sekolah.
So aku masak chicken curry tak ada santan.. udang goreng cili api dengan sayur baby sawi tu.. done!!!! Malam nanti kita rembat dorang tido awal.. so aku boleh la kemas-kemas settle apa yang patut so aku pon tdo awal..
Tapi kalau aku shooting kalau abes malam pon.. semua menu tetap aku masak cuma lauk lunch aku akan masak pada pukul 7am.. nanti suami aku balik dia pon panaskan lauk tak pun Dorthy pon boleh panaskan.. aku shooting ke, meeting ke, g opis ke, outstation ke, tetap settlekan rumah dulu.
Tapi selalunya mak-mak ni memang kuat semangat lebih lagi untuk anak-anak dan suami.. kadang demam pun tetap gagah fikir untuk depa.. kan.. saya bangga dengan semua mak-mak tak kira yang bekerja atau surirumahtangga.. tetap tiada masa rehat ye.
Rata-rata melalui pengalaman yang sama dan turut berkongsi kisah sendiri. Apa-apa pun semua ibu adalah ibu yang hebat di dunia.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.