Biasanya jika kita sudah dikurniakan dengan dua orang anak perempuan pada awalnya, sudah tentu akan memasang impian untuk mempunyai anak lelaki pula untuk kali ketiga.
Siapalah kita untuk melawan takdir Allah SWT. Apabila disahkan hamil anak ketiga, mengandung sembilan bulan, yang keluar akhirnya anak perempuan juga.
Meski di hati terselit sedikit rasa kecewa namun ketentuan Ilahi ini harus kita terima dengan redha. Rezeki anak urusan Dia Yang Maha Esa. Pasti ramai ahli keluarga atau teman yang berkata “Lahhhh.. rezeki kau dapat anak dara lagi.”
Sumber foto: Facebook Noor Alia Nazlia Iqbal
Harapnya kita tidak teremosi dengan luahan sebegitu. Hakikatnya pasangan yang memiliki tiga orang anak perempuan punya kelebihan yang tersendiri malah disebut oleh Rasulullah s.a.w.
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah,kesusahan dan kesenangan mereka,nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”
Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka,melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Daripada Aisyah R.A dari Rasulullah SAW baginda telah bersabda yang maksudnya:
“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik,nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)
Daripada ayat-ayat ini kita boleh melihat betapa kelebihan memiliki ramai anak perempuan. Apatah lagi jika ibu bapa menjaga serta mendidiknya mengikut landasan yang betul dan anak itu sendiri patuh pada suruhan agama. Ia boleh menjadi pelindung ibu bapa daripada api neraka.
Isu memaakai beg berjenama ke sekolah biarpun hanya Darjah 1 menjadi topik perbualan hebat di media sosial. Ada mak ayah yang bersetuju jika berkemampuan namun sebahagian besarnya menolak mentah-mentah kerana merasakan ia langsung tidak perlu malah membazir.
Semuanya bergantung kepada mak ayah itu sendiri. Namun perkongsian OT, Pn Maryam Jamadi ini sedikit sebanyak membuka mata kita. Ada masalahnya, kita boleh memilih untuk mendidik anak diketika anak masih kecil. Namun semuanya terpulang kepada mak ayah itu sendiri. Dengarkan perkongsian menarik dari beliau.
BELIKAN ATAU AJARKAN?
“Buat apa membazir beli pensil sampai RM6 sebatang, boleh dapat sekotak pensil batang.” Dahulu masa zaman sekolah rendah, pernah ada zaman pensil tekan “Shaker”. Waktu itu siapa yang ada pensil tekan itu dikira kaya.
Iyalah, duit sekolah saya sehari RM2. Pensil tekan itu harganya RM6. Ada kawan-kawan yang ada sampai 5 batang pensil tekan itu. Siapa yang ada pensil itu biasanya akan berkumpul sambil “shake-shake” pensil masing-masing.
Adalah rasa terpinggir sebab tak ada pensil itu tetapi saya tahu setiap kali minta mak ayah belikan benda bukan-bukan yang bukan keperluan, selalunya memang tiada harapan. Kalau nak juga kena kumpul duit sekolah.
Cuba beritahu nak sertai bengkel jawab kertas soalan, kursus ataupun kem, pasti akan dapat.
Beli buku pun sama biasanya jarang ayah tak belikan. Jadi, saya memang suka pergi kedai buku sebab mesti dapat beli apa-apa.
Walaupun sampai ke sudah saya tak ada pun pensil Shaker, tetapi bila dah besar, saya rasa baguslah mak ayah jarang nak tunaikan untuk beli sesuatu yang bukan keperluan. Kalau nak juga, pakai duit sendiri.
Sejak saya darjah 3 macam itu, setiap kali cuti sekolah akhir tahun kami adik beradik akan kerja di kedai makan mak ayah. Dapatlah gaji RM20 sehari. Memang rasa kaya habislah, kerja sehari umpama duit sekolah 2 minggu.
Kerja pun bukan apa sangat, biasanya kerja cuci cawan, mop lantai, cedok ais dan hantar air. Pernahlah ada pengalaman tertumpahkan air dekat pelanggan lepas itu menangis dalam tandas sebab takut.
Duit hasil dari kerja itulah kami beli benda bukan-bukan, biasanya beli/ sewa komik Doraemon. Ataupun makan sushi, beli coklat dekat Jusco (sekarang ini Aeon). Lagi satu beli Dingdang atau Tora datang lagi!
Saya juga selalu tertinggal trend terkini, sebab jarang tengok rancangan realiti ataupun dengar radio lagu-lagu terkini. Kalau kawan di sekolah cerita, biasanya banyak mendengar sahaja.
Bila dah rasa lali tertinggal trend, saya jadi tak kisah pun orang lain ada benda yang saya tak ada apatah lagi nak paksa mak ayah belikan sesuatu yang bukan keperluan.
Contohnya zaman “handphone”, orang lain pakai telefon canggih, saya pula sampai zaman universiti pakai brand Nokia yang paling asas itu. Internet pun tak ada.
Ayah tak pernah belikan “handphone”, biasanya kami beli sendiri pakai duit kumpul ataupun kerja. Tapi ayah belikan kamera digital untuk saya abadikan kenangan zaman universiti.
Orang lain ambil gambar dekat telefon terus upload dekat Facebook. Saya pula ambil gambar guna kamera digital, malam-malam cucuk USB transfer ke laptop baru upload ke Facebook ataupun blog.
Jadi, sehingga sekarang saya masih guna aplikasikan keperluan vs kehendak untuk mengawal nafsu membeli. Lebih suka beli sesuatu yang praktikal ataupun berbaloi dari pandang brand.
Kasut biasanya ada 1 sahaja ikut jenis, kasut sukan 1, kasut kerja ada 2. Sepanjang berkahwin sampai sekarang, pernah beli beg tangan 1 kali sahaja. Set pinggan ada 1 sahaja.
Nak beli apa-apa tunggu rosak dahulu. Kalau dah tak sabar nak beli baru, bagi orang lain yang lama ataupun jual.
Tak pernah ada rasa kekurangan sebab saya tahu apa yang saya lebih mahu. Saya lebih pentingkan gadget keperluan rumah dari terikut-ikut trending. Sebab saya fikir dari saya habiskan RM500 untuk beli beg, lebih baik saya masukkan dalam menyimpan lagi untuk beli vacuum cordless paling canggih yang ada di pasaran.
Biasanya suami sayalah yang paksa saya beli sebab perasaan takut nak berbelanja itu terbawa-bawa sampai ke hari ini.
Dalam masa yang sama, tak ada masalah pun dengan orang lain yang lebih suka habiskan duit ke pakaian, emas atau kereta. Masing-masing ada minat, prioriti dan cara sendiri untuk “reward” diri.
Anak saya ada juga cerita tentang kawan-kawan tadikanya ada keychain cantiklah, mainan best yang dia tak ada. Biasanya dia pun nak juga. Tapi saya tetap cakap,
“Kawan Eva ada keychain tu, Eva ada keychain Unicorn” “Kita tak boleh ada semua benda yang orang lain ada” “Kalau Eva nak Mummy beli beg ini, beg yang Eva ada kena bagi orang lain dahulu” “Kasut Eva elok lagi, kalau dah tak muat atau rosak baru kita cari yang baru”
Kita pun kenalah tunjuk contoh yang baik, janganlah beg sekolah anak kita beli satu untuk setiap tahun tapi kita pula setiap bulan bertukar beg tangan.
Bukannya kedekut tak mahu belikan tetapi saya percaya yang apa yang saya lakukan ini dapat membantu anak dalam kehidupannya di masa akan datang.
1. Beli ikut kemampuan, jangan meminjam ataupun berhutang sesuatu bukan keperluan.
2. Lawan diri dari beli sesuatu yang kita sebenarnya tak perlu.
3. Tak perlu terikut orang lain, ukur baju di badan sendiri.
4. Bersyukur dengan apa yang kita dah ada.
5. Ada benda yang kita ada, ada benda yang orang lain tak ada.
6. Nak beli apa-apa perlukan duit. Duit pula bukan datang tiba-tiba, perlu kerja.
Satu-satunya benda yang kami jarang tak belikan adalah buku. Setiap kali ke kedai buku biasanya kami akan beri anak pilih sekurang-kurangnya 1 buku.
Masa anak saya umur 3 tahun ke bawah memang ambil masa untuk beri anak faham tetapi sekarang mudah sangat. Lagi-lagi bila dia dah pandai tengok harga. Jarang dah dia minta beli benda yang dia dah ada. Kalau ada pun, dia tak sedih bila tak dapat.
Biarlah anak belajar sekarang daripada perasaan nak ada semua benda yang orang lain ada, terbawa sampai ke dewasa. Waktu itu mungkin sudah terlewat untuk kita betulkan mindset anak.
Tentang kes beg sekolah baru-baru ini, mungkin ada mak ayah yang belikan juga sebab tak mahu anak rasa terpinggir atau tersisih melihat kawan-kawan pakai. Tetapi bagi saya kita boleh jadikan situasi itu menjadi pembelajaran berguna untuk anak.
1. Beritahu yang kawan yang tidak mahu berkawan dengan anak hanya disebabkan anak tak pakai beg jenama mahal bukanlah kawan yang baik. Kawan yang baik tak akan ajak orang lain tak kawan dengan anak hanya disebabkan beg sekolah.
2. Ajar anak juga jangan pandang seseorang mengikut status kewangan. Tetapi pentingkan adab dan budi bahasa. Dalam kehidupan, tak guna ada beg mahal tetapi kurang adab.
3. Ingatkan anak tentang kenangan beli beg sekolah dia sekarang, betapa gembiranya dia saat kita belikan beg sekolah itu.
4. Kira bersama dengan anak, dengan harga RM100 beli beg baru semata-mata nak sama dengan orang lain, kita boleh beli atau lakukan perkara lain. Contohnya harga tiket kanak-kanak untuk ke Zoo Negara RM18, umpama 5 kali pergi Zoo Negara! Lainlah cerita kalau beg anak sedia ada sudah rosak.
5. Senaraikan barang yang mungkin anak ada tapi kawan-kawan tak ada. Beritahu yang tak ada masalah untuk jadi lain dari orang lain selagi tidak buat salah.
6. Selalu berikan anak pilihan dan dia perlu bertanggungjawab dengan pilihan itu. Contohnya dah beli beg gambar Frozen, tak ada peluang nak tukar beg lain selagi masih elok. 🤭
Jadi, kalau saya berada di situasi anak menangis sebab terpinggir dia tak ada beg sama jenama dengan kawan lain. Saya akan pilih ajarkan anak bersabar dan lihat dari sudut yang lain berbanding terus belikan yang baru. Kalau nak beli baru tunggu tahun depan apabila beg yang dipakai sekarang sudah rosak. Kalian?
Point penting saya, tak salah untuk mewahkan anak kalau memang mampu. Tak perlu kecam mak ayah yang belikan anak barangan berjenama mahal.
Tetapi dalam masa yang yang sama, anak perlu juga belajar yang dalam hidup ada benda kita ada orang lain tak ada dan sebaliknya.
Panjang pula cerita saya hari ini, sebenarnya pelik juga ada isu ini, dahulu masa saya zaman sekolah cuma bandingkan kartun sahaja.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sesetengah wanita dikurniakan kelebihan walaupun sudah mempunyai anak namun saiz badan langsung tak berubah dan kekal langsing seperti zaman belum berkahwin.
Bahkan ada yang anak sudah semakin besar sampaikan ramai keliru ia bukan kelihatan seperti ibu dan anak sebaliknya kakak dengan adik.
Pelakon yang pernah popular dalam filem Congkak ketika zaman kanak-kanak, Erynne Erynna kini sudah bergelar ibu kepada seorang anak perempuan diberi nama Medina, 2 tahun.
Mesra dengan panggilan Erynne, baru-baru ini pelakon tersebut memuat naik satu video pendek bersama anaknya. Namun apa yang menarik perhatian peminatnya adalah gaya pemakaian simpleh ibu muda ini.
Dengan fesyen pakaian yang sopan, ramai memuji penampilan Erynne yang santai dan lebih mengagumkan mereka kerana wajah pelakon ini masih kekal ‘baby face’.
Mereka terkejut melihat wajah Erynne yang kelihatan sama ketika melakonkan watak dalam filem Congkak.
Rata-rata warganet mengatakan pelakon ini dan anaknya kelihatan seperti adik-beradik. Pengikut Erynne memuji nya yang sentiasa kelihatan awet muda.
Pakai Harness Untuk Keselamatan Anak
Selain daripada penampilan Erynne yang simple, tindakan Erynne menggunakan harnes untuk keselamatan anaknya di tempat awam turut mendapat perhatian.
Ramai yang memuji tindakan Erynne dan turut mengakui pemakaian harnes banyak membantu ibu bapa mudah mengawal pergerakan anak di tempat awam berdasarkan pengalaman masing-masing.
Dipuji Ramah & Humble
Erynne yang kini masih aktif berlakon turut dipuji kerana sangat ramah dan suka membalas komen-komen peminat di Instagram.
Rata-rata peminat tersebut sudah mengikuti lakonan Erynne sejak dia kanak-kanak lagi dan sangat mengagumi bakat lakonannya.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Lapan pasangan kembar buat cikgu selalu keliru gara-gara semua belajar satu sekolah. Sebuah Sekolah Rendah Bahasa Inggeris Model Kerajaan di Aizawl, Mizoram di timur laut India telah menarik perhatian orang ramai selepas tular kisah lapan pasangan kembar belajar di sekolah tersebut.
Persamaan dimiliki kembar tersebut sering kali mengelirukan guru-guru. Kadangkala mereka tersilap menghukum salah seorang pasangan kembar yang tidak membuat kerja sekolah.
Guru Besar, H Lalventluanga berkata, kemasukan lapan pasangan kembar itu sekali gus memecah rekod sekolah itu, yang sebelum ini pernah merekodkan pendaftaran empat pasangan kembar.
Lapan pasangan kembar bergambar dengan guru di Sekolah Rendah Bahasa Inggeris Model Kerajaan di Aizawl, Mizoram di timur laut India. Foto Agensi
Lapan pasangan kembar bergambar dengan guru di Sekolah Rendah Bahasa Inggeris Model Kerajaan di Aizawl, Mizoram di timur laut India. Foto Agensi
“Kebetulan semua kanak-kanak kembar ini dimasukkan ke sekolah ini bersama-sama.
“Kami gembira apabila mengetahuinya ketika perbincangan dengan kakitangan bahawa kami mempunyai lapan pasangan kembar dalam satu sekolah,” katanya sambil menambah mereka mempunyai empat pasangan kembar pada tahun lepas.
Menariknya, Lalventluanga juga mempunyai anak kembar tidak seiras di sekolah sama di mana anak lelakinya bernama Remruatdika dan yang perempuan, Lalzarzovi, akan berusia lima tahun pada 21 Julai depan.
Situasi sama turut berlaku di Sekolah Arena di Udaipur, Rajasthan di mana 14 pasangan kembar belajar di sekolah sama. –
Pengacara yang cukup terkenal dengan bait-bait puitis, Fedtri Yahya meluahkan rasa bangga namun sedikit hiba terpaksa melepaskan anak sulungnya untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah asrama penuh.