Walau ada lauk pauk sarat di atas meja, hidangan telur goreng sentiasa jadi pilihan anak. Satu biji wajib sehari. Begitu anak-anak kita.
Sebelum mak ayah nak beri anak telur, apa kata kenal pasti jenis telur terlebih dahulu agar telur ini tak memudatkan pada anak-anak. Perkongsian Dr Mazliana Mazlan ini, mak ayah kena ambil tahu.
Saya tak pernah pun tahu yang telur ayam ada banyak jenis sebenarnya.
Bila ambil tahu tentang pemakanan sihat, rupanya telur pun ada macam-macam label. Yang mana sebelum ni saya tak rasa nak ambil tahu pun. Tak pernah nak belek pun sebelum beli telur.
🥚 Telur kaya dengan protein 🥚 Telur naikkan kadar kolesterol baik 🥚 Telur banyak omega 3 yang bagus untuk otak dan minda anak-anak 🥚 Telur ada choline yang baik buat ibu mengandung untuk perkembangan otak bayi 🥚 Telur bantu turunkan berat badan 🥚 Telur ada antioksida lutein and zeaxanthin yang baik untuk mata
Banyak lagi manfaat telur.
Tapi, kena lah pandai pilih telur yang mana kita nak bagi anak, supaya telur tu tak mudaratkan, tapi bawa kebaikan walaupun pada kulit anak eczema, insyaAllah.
Kita boleh ambil telur setiap hari. Tak buat kolesterol tinggi dan masalah jantung. Ini salah faham yang perlu kita betulkan.
Cuma, kena belajar sikit je cara untuk pilih telur yang baik supaya kita dapat khasiat yang optimum dari telur yang sebenar.
Telur sama jugak macam ayam. Boleh cari yang tanpa antibiotik dan tanpa hormon.
Ads
Kalau dapat cari telur dari ayam free range yang berkeliaran jalan sana sini tak dikurung, dan tak diberi dedak GMO, itu lebih baik insyaAllah.
Saya cuba kawal sebaiknya apa yang ada di dapur, sebab itu adalah makanan harian saya dan keluarga. Kalau di luar, saya makan je nasi lemak sambal sotong dan telur rebus. Gitu.
Saya kongsi gambar pilihan telur yang lebih baik, mana tahu ada yang tengah mencari kan. Boleh cari di pasaraya Jaya Grocer, Aeon, Lotus, Mydin dan sebagainya.
Telur free range berkeliaran, makan makanan yang ada di tanah. Tak ada antibiotik, tak ada hormon.
Ads
Telur free range. Bila bebas berkeliaran, ayam tu mesti happy kan. Jadi telur pun makin sihat.
Telur tanpa antibiotik dan hormon.
Telur free range, tanpa antibiotik dan hormon.
Telur tanpa antibiotik.
Ads
Telur ni ayam nya diberi makan dedak selenium organik. Bukan telur organik tau. Yang ni senang sikit nak jumpa.
Telur ayam kampung. Yang ini pun agak senang nak jumpa berbanding yang lain.
Sama-sama kita cuba k, cari pilihan makanan yang lebih baik untuk keluarga.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Epal yang dipotong selalunya akan menjadi lebam dan kelihatan kurang menarik. Apabila terlalu lama disimpan dan tidak dimakan, epal juga menjadi kurang rangup. Bila sudah lebam dan kurang rangup tentu tiada siapa sudi menjamahnya.
Bagi mengelakkan pembaziran ada beberapa tip yang boleh dipraktikkan. Melalui perkongsian Lailatul Munira Zainuddin empat petua ini boleh kita gunakan jika mahu mengupas dan memotong epal.
EMPAT PETUA ELAK BUAH EPAL LEBAM LEPAS POTONG WALAUPUN TERDEDAH
Boleh guna cara 1 dan 2 kalau bawa bekal buah, lepas letak dalam bekas bertutup- simpan peti sejuk di bahagian chiller.
1. Air garam
Sediakan air biasa, tambah secubit garam kemudian rendam hirisan epal ke dalam air tersebut sekejap. Saya rendam dalam 5 minit saja, kemudian toskan. Garam tu jangan banyak sangat sebab nanti buah epal akan masin. Agak-agak saja.
2. Madu
Selain daripada petua yang saya biasa gunakan, ada lagi beberapa petua yang saya ingin kongsikan. Yalah, mungkin ada orang tak suka rasa masin garam pada buah epal. Jadi, bolehlah menggunakan madu.
Caranya pun mudah. Cuma campurkan 2 sudu madu dengan segelas air biasa. Kemudian, rendam potongan epal ke dalam campuran itu selama beberapa minit. Lepas itu, toskan dan sudah boleh dihidangkan.
3. Jus lemon
Hanya perlu perah sedikit jus lemon ke dalam air. Kemudian, rendam potongan epal beberapa minit dan toskan sebelum dihidang.
4. Pisau tajam dan limau nipis
Gunakan pisau tajam untuk memotong epal. Tapi sebelum itu, sapu atau lengserkan pisau dengan limau nipis. Kemudian baru potong epal seperti biasa.
Petua ini pun boleh digunakan untuk mengelakkan kita ‘menangis’ masa nak potong bawang. Cubalah! Kalau tak ada jus lemon, boleh juga gantikan dengan jus limau nipis atau apa-apa jus buah yang bersifat sitrus seperti oren atau nanas. Petua ini juga boleh digunakan untuk buah pear, lai, pisang, atau buah-buahan lain.
Melihat saiznya yang comel pasti anak-anak teruja. Namun perlu berhati-hati dengan saiz comel baby nenas yang berlambakan di pasaran. Pemanis tiruan yang terkandung di dalamnya sememangnya kurang sesuai untuk kita. Jadi berhati-hati.
Malah menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan, baby nenas ini mengandungi pemanis tiruan tanpa khasiat. Hati-hati!
Hati-hati kalau anak nak makan nenas. Elakkan beli baby nenas, kemungkinan ianya ada pemanis tiruan tanpa khasiat cylamate.
Cyclamate ni pengganti gula. Manis dia 30 – 50 kali ganda lebih dari gula. Letak sikit pun dah cukup untuk beri rasa manis.
Cylamate bukan je takde langsung nutrisi buat anak tau, tapi akan beri kesan buruk jika diambil.
Yang sebenarnya, cylamate dah diharamkan di beberapa buah negara. Tapi baru ni dalam Malaysia sendiri pun, masih dijumpai baby nenas yang ada kandungan cylamate.
Kita hati-hati ya. Lebih baik cari nenas saiz biasa, dari biarkan anak makan baby nenas yang kemungkinan ada kandungan cylamate.
Real food tu baik. Bagus sangat untuk anak. Tapi manipulasi sektor pemakanan zaman sekarang, merisaukan sangat.
Real food pun kena pandai pilih. Kita cuba sama-sama ya.
Terdahulu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) memaklumkan bahawa terdapat 11 sampel buah nanas kecil atau baby nanas telah dikesan mengandungi bahan pemanis zat, siklamat.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, menurut KKM, siklamat merupakan sejenis pemanis tanpa zat yang memberikan rasa manis 30-50 kali lebih daripada gula biasa.
Berdasarkan Codex General Standard for Food Additives (GSFA), penggunaan siklamat adalah dibenarkan dalam makanan tertentu seperti jem, jeli, dan lain-lain.
Namun begitu, penggunaan siklamat adalah tidak dibenarkan terhadap buah-buahan segar, termasuklah yang telah dikupas atau sedia untuk dimakan. Ini juga disokong dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.
“Doktor, anak saya ni sangat memilih bab makan. Apa yang saya boleh buat supaya dia makan?”
Kadang-kadang, anak tak nak makan sesuatu makanan tu bukan kerana tak suka rasa makanan itu, tetapi tidak suka teksturnya atau cara penyediaannya.
Berkongsi mengenai hal ini, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan menjelaskan ibu bapa mesti jadi lebih kreatif sebab setiap anak penerimaannya berbeza. Yang penting pemakanan anak itu mesti cukup nutrisi untuk perkembangan yang baik.
Ada yang tak suka makan nasi, tapi dia makan ketupat, dan bubur nasi.
Ada yang tak makan ayam dalam sup, tapi dia makan ayam goreng garing.
Ada yang tak makan kubis goreng, tapi dia makan kubis dalam kuah lodeh.
Ada yang tak makan buah tembikai, tapi sangat suka jus tembikai.
Ada yang tak suka langsung makan ikan, tapi suka hirup kuah laksa.
Ada yang tak makan cendawan dalam lauk, tapi makan “mushroom soup”.
Ada yang tak suka makan buah pisang, tapi berebut kalau dapat cekodok pisang.
Kita tak boleh paksa anak kita suka makan semua benda, tapi kita boleh cuba cari makanan apa yang anak kita suka.
Maka, jika anak tak suka sesuatu makanan, kita cubalah tukar cara penyediaan makanan itu. Gunakan daya kreatif kita. Cuba pujuk dan puji.
Hidang cantik-cantik, hias comel-comel, pelbagaikan menu, dan yang penting sekali ibu bapa pun kena makan sekali apa yang dihidangkan untuk anak.
Contohnya, kalau ibu bapa pun tak makan sayur, memang susahlah nak ajar anak makan sayur. Ibu bapa kenalah belajar makan sayur.
**Bagi menjimatkan masa penyediaan makanan, mama boleh klik SINI untuk dapatkan DeRoyal 3 in 1 Cordless Chopper & Mixer padaa harga berpatutan. Jika menggunakan kod PNMGSP5, layak lagi dapat diskaun RM5
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.