Siapa yang mengalami alahan teruk di awal kehamilan pasti tahu berapa seksanya hendak makan. Lagi-lagi bila tak lalu makan nasi sedangkan perut rasa lapar yang amat. Boleh menitis airmata. Betul tak?
Kalau tak lalu makan nasi atau tak sukakan baunya, ada caranya. Menurut Dr Zubaidi Haji Ahmad, menggantikan minuman tambahan untuk wanita hamil adalah sebaiknya daripada tidak mengambil sebarang jenis makanan.
MINUMAN TAMBAHAN UNTUK WANITA HAMIL
Ramai yang keliru tentang pemakanan yang perlu diambil ketika hamil sebab kita sudah biasa dengan sistem pemakanan yang salah.
Contohnya ada wanita hamil yang tidak berselera untuk makan, lalu mengunyah makanan yang tiada khasiat seperti jeruk atau jajan.
Sesekali mengambil makanan seperti itu mungkin tidak menjejaskan kesihatan ibu dan anak dalam rahim, tetapi jika diamalkan secara berterusan sudah tentu akan menjejaskan kesihatan anak yang sedang membesar dalam rahim.
Susu untuk ibu hamil yang paling popular ialah susu lembu segar. Kecuali mereka ada masalah diabetis, boleh memilih susu kurang lemak.
Seperti yang kita ketahui, wanita hamil memerlukan kalori yang banyak bersama nutrien yang lain seperti vitamin dan mineral yang lain.
Jadi jangan lupakan susu setiap hari dalam menu harian kita. Tak suka susu putih boleh gantikan dengan susu coklat yang ternyata lebih sedap. Tepuk dada tanyalah selera anda. Pastikan anda sihat sepanjang kehamilan.