Seorang dari 10 wanita mungkin akan mendapat endometriosis. Endometriosis adalah keadaan di mana tisu yg menyerupai lapisan dalam rahim (endometrium) terdapat di luar rahim seperti tempat di sekitar rahim, ovari, dan tiub fallopian.
Di dalam perkongsiannya melalui laman Faceook, Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan, menceritakan lebih lanjut tentang penyakit ini.
Endometriosis – Penyakit Hantu 👹?
Endometriosis adalah keadaan di mana tisu yg menyerupai lapisan dalam rahim (endometrium) terdapat di luar rahim seperti tempat di sekitar rahim, ovari, dan tiub fallopian. Sangat biasa ditemui – 1 dalam 10 wanita mengalaminya. Kalau mak atau adik beradik perempuan ada endometriosis ni, selalunya anda akan ada juga.
Masalah endometriosis ini akan mempengaruhi kesihatan reproduktif wanita. Boleh menimbulkan kesan jangka panjang pada kesihatan emosi dan aktiviti harian seseorang wanita.
Apakah simptom-simptom endometriosis?
Simptom biasa yang dialami pesakit termasuklah sakit pada pelvis, haid yang tak teratur atau kadang-kadang banyak. Untuk mereka yang dah berkahwin, mengalami kesakitan ketika membuat hubungan seks dan sesetengahnya ada masalah kesuburan. Ada pesakit mengalami sakit berkaitan dengan usus, pundi kencing, bahagian belakang, peha atau sebahagian kaki. Walaupun begitu, ada je orang yang ada endometriosis ni takda apa-apa simptom langsung.
Lazimnya sakit disebabkan endometriosis ni berlaku dalam corak atau pola yang sama – jadi teruk sebelum atau semasa period. Ada perempuan yang mengalami sakit setiap masa tapi ada sesetengah perempuan pula, sakitnya datang dan pergi. Sakit ini akan hilang atau jadi berkurangan apabila wanita ini mengandung.
Artikel Menarik: [Mulut Bersih, Gigi Elok Boleh Buat Wanita Subur. Suami Pun ‘Mendekat’]
Apa sebabnya endometriosis?
Sebab sebenar tidak diketahui, sehinggakan cikgu saya di Universiti pun menggelarkan endometriosis ini sebagai “PENYAKIT HANTU” – maksud beliau tiada siapa yang faham apa sebenarnya penyakit endometriosis.
Walaubagaimanapun kita faham bahawa tisu atau sel endometrium yang berada di luar rahim ini akan memberikan respon yang sama seperti dinding rahim terhadap perubahan hormon yang berlaku pada setiap kitaran haid. Maka jika berlakunya luruhan dinding rahim pada setiap kitaran haid, perkara yang sama berlaku juga pada sel-sel tisu rahim yang berada di luar rahim ini.
Pendarahan ini menyebabkan sakit, inflamasi, pembentukkan parut dan seterusnya merosakkan organ-organ dalam pelvis. Sama konsepnya macam bila kita ada luka terkoyak, parut akan terbentuk kemudiannya sebagai langkah semulajadi penyembuhan, sama gak apa yang berlaku pada mereka yang ada endometriosis ini cuma proses ini berlaku dalam rongga pelvis. Takde lah nampak parut tu kat luaran.
Endometriosis boleh terjadi pada :
*( boleh rujuk gambar untuk senang faham )
🌼Ovaries ( boleh membentuk kantung yang dikenali sebagai endometrioma atau ‘chocholate cyst’ ) – bukan sebab makan coklat jadi cmni ye
🌼Dalam peritoneum ( lapisan yg menyelaputi pelvis dan abdomen )
🌼Pada Tiub fallopian
🌼Pada rahim, belakang atau sekitar kawasan rahim
🌼Kawasan antara vagina dan rektum
Endometriosis boleh terjadi pada dinding dalam rahim dinamakan adenomyosis dan amat jarang berlaku pada usus dan pundi kencing. Kadang-kadang merata tempat lain pun boleh ada endometriosis, tapi JARANG berlaku.
Macam mana doktor tahu seseorang tu ada endometriosis?
Susah nak diagnos seseorang tu ada endometriosis atau tak. Kenapa?
Sebabnya simptom endometriosis ini berbeza antara individu, bukannya sama.
Symptom endometriosis boleh menyerupai sakit disebabkan oleh penyakit-penyakit lain seperti irritable bowel syndrome atau pelvic inflammatory disease. Lain rawatannya
Ada je orang yang ada endometriosis tidak menunjukkan apa-apa symptom
So, bila berjumpa Dr, ada beberapa soalan yang biasa ditanya.
🌸Sakit tu ada pattern ke, ada kene mengena dengan apa-apa seperti period ?
🌸Mcm mana period ? – sakit ke atau banyak ke?
🌸Kalau melakukan hubungan seks – ada sakit ?
🌸Ada masalah ketika nak buang air besar atau kecil ketika period?
🌸Susah nak mengandung ke? Lebih lebih lagi ada symptom-symptom yang saya da ckp tadi
Artikel Menarik: [Batuk Dah Makin Teruk, Nak Makan Ubat Tak Berani. Boleh Ke Makan Madu?]
Kemudian doktor akan menjalankan pemeriksaan untuk mengesan mana puncanya sakit tu. PASTIKAN anda ada peneman (chaperone) semasa pemeriksaan. Tak kira doktor tu doktor perempuan ke doktor laki. MESTI ADA CHAPERONE.
Mungkin lepas pemeriksaan, anda akan menjalani pemeriksaan ultrasound – pelvic ultrasound scan
Biasa saya akan buat scan dari bawah transvaginal untuk mereka yang dah berkahwin atau pernah lakukan hubungan seks untuk melihat rahim dan ovari dengan lebih dekat. Boleh la nampak kalau ada ‘cyst’ pada ovari.
Kalau ada cyst yg menyebabkan sakit ini, doktor akan berbincang utk pembedahan laparoskopi membuang cyst. Pembedahan ini bukan sekadar nak buang cyst, selain itu boleh melihat keseluruhan rongga pelvis dan abdomen untuk endometriosis. Kalau perlu sedikit sampel diambil untuk analisis makmal.
Kalau dah confirm endometriosis, apa rawatan akan diberikan?
Artikel Menarik: [Tak Ada Istilah ‘Accident’, Kena Pandai Rancang Bila Waktu Sesuai Nak Tambah Anak]
🍄Rawatan ubatan untuk mengawal rasa sakit
🍄Rawatan pil hormon
🍄Pembedahan – laparoskopi atau laparotomi (bergantung kepada tahap endometriosis)
Apa-apa pun bukan semua pilihan rawatan boleh diberikan kepada pesakit. Tahap endometriosis dan keadaan keseluruhan pesakit perlu diambil kira sebelum apa-apa rawatan diberikan. Sila berbincang dengan doktor terlebih dahulu
Satu lagi, endometriosis ni masalah kaum perempuan sahaja. Brader-brader kat luar sana jgn ler risau tak tentu hala. Walaupun sakit org perempuan, kena gak amek tahu utk tambah ilmu. Ok bro?
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI