Bosan juga asyik nak makan juadah raya kan? Tekak teringinkan sesuatu yang masam, pedas dan panas-panas. Selain sup, salah satu resipi kegemaran rakyat Malaysia adalah tomyam.
Dah masuk hari ketiga ni, kalau boleh nak makan sesuatu yang lebih ‘ringan’ yang boleh potong segala rasa lemak hidangan raya seperti masak lodeh, rendang, lemang dan sebagainya. Nak hidangkan pada tetamu pun okay.
Seperti yang dikongsikan oleh Afy AL Habibi, resipi bihun tomyam ini pekat dan sedap dibuat hirup. Untuk membuatnya juga tidak sukar, tapi ada bahan rahsia yang menjadikannya kesedapan luar biasa.
Ikuti perkongsiannya ini;
Resepi Bihun Tomyam Piawww
Peminat tomyam ramai tak? Selepas dapat buat resepi tomyam ala Siam yang pekat sedap ni, cikgu tak tukar lain dah. Masa taip ni pun telan air liur banyak kali. Ahaa sedap sangatttt. Kegemaran suami juga. Dia hirup kuah sampai berpeluh-peluh dahi. Habis licin semangkuk.
Tengok gambar pun terliur kan. Aha. Macam biasa, resepi cikgu ada tambah satu dua bahan untuk memberi kesedapan yang luar biasa.
Silakan resepi istimewa cikgu.
1. Sediakan bahan-bahan di bawah:
– 3 helai daun limau purut – 4 tangkai cili padi – 1 biji bawang besar Holland – 4 ulas bawang putih – 1 keratan batang daun ketumbar – 3 hiris nipis lengkuas – i inci halia (diketuk) – 2 batang serai dihiris pendek (diketuk hujungnya) – 1 biji tomato
2. Panaskan satu sudu besar minyak. Masukkan terlebih dahulu bawang putih. Selepas naik bau, barulah masukkan semua bahan di atas tadi kecuali tomato.
Tomato ditumbuk sehingga hancur. Barulah masukkan sekali. *Rahsia memekatkan kuah*
3. Sediakan pes seperti dalam gambar. Cikgu campur sekali perencah asam pedas. Selain warna tomyam cantik, rasanya juga sedap.
– 1 pek asam pedas Adabi – 1 pek tomyam Adabi – 1 sudu besar Thai Tom-Yum
Ads
4. Masukkan kesemua pes tadi. Kacau dan biarkan seketika.
5. Kemudian, masukkan terlebih dahulu ayam yang telah dipotong. Tutup periuk seketika.
6. Biarkan ayam separuh masak. Seterusnya masukkan 3 gelas air. Terus masukkan sayur pilihan. Cikgu suka kobis bunga je.
7. Rahsia seterusnya, masukkan satu senduk sos cili Life untuk kelainan rasa. Sebelum tu tambahkan perahan asam limau nipis sebiji. Tak suka masam, kurangkan.
8. Untuk perasakan tomyam secukup rasa, cikgu masukkan garam dan gula.
Siapa tak suka rasa manis dalam tomyam tak payah letak ye.
9. Selepas kuah mendidih, masukkan sotong. 2 minit sebelum tutup api, barulah masukkan udang dan fishball.
10. Untuk menaikkan rasa tomyam seperti makan kat kedai Siam, taburkan setangkai daun ketumbar.
Ads
11. Boleh juga masukkan lagi sekali daun limau purut dan cili padi untuk mendapatkan warna yang cantik.
12. Sedia dihidangkan bersama bihun yang telah dicelur.
Makan Tomyam, Elak Kanser?
Menurut sebuah artikel di portal Mingguan Wanita, “Beruntung siapa yang rajin makan tom yam. Sebab bahan-bahan yang terkandung dalam masakan tom yam ini didapati mempunyai banyak khasiat antaranya boleh menghalang pertumbuhan tumor dan pertumbuhan kanser. Namun, ada cara makan yang betul untuk dapatkan tom yam yang benar-benar berkhasiat.”
Ini dinyatakan oleh Dr Suri Roowi, Saintis merangkap Timbalan Pengarah Program Perekaan Makanan dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dalam temubualnya bersama radio IKIMfm.
Dr Suri Roowi memfokuskan kajian mengenai makanan yang kaya dengan antioksidan. Yang mana usahanya ini untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kebaikan makanan yang kaya antioksidan.
“Ada satu kajian yang dibuat di Universiti Kasetsart, Thailand dan Universiti Kyoto, Jepun tentang tom yam mendapati bahan-bahan dalam tom yam boleh menghalang pertumbuhan tumor dan kanser berbanding makanan lain.
Tambah beliau lagi, “Siapa rajin makan tom yam sebenarnya dia lebih rendah risiko alami kanser usus besar. Syaratnya bahan-bahan tom yam yang digunakan mestilah menggunakan sumber-sumber asli seperti daun limau purut, serai dan sebagainya. Dan semasa nak memasak, kenalah kurang kurangkan penggunaan MSG.”
Antara Bahan Masakan Dalam Tom Yam Yang Anti Kanser:
Daun Ketumbar
Menurut Dr Suri, antara bahan-bahan dalam tom yam sangat memberi peranan dalam aktiviti anti kanser adalah daun ketumbar. Yang mana, daun ketumbar ini sangat bagus kerana ada sifat antioksidan. Tumbuhan ini bagus untuk orang yang mengalami masalah diabetes (kencing manis) terutama untuk mengawal gula dalam darah. Daun ketumbar juga bermanfaat untuk mereka yang ada masalah saraf.
Serai
Dari kajian menunjukkan bahan citral dalam serai ini bertindak sebagai anti kanser terutama kanser usus besar, kanser ovari dan kanser payu dara.
Kajian ke atas serai ini banyak melibatkan sel. Yang mana semasa kajian dibuat, saintis akan tanam sel dalam satu bekas dan menggoncangkan bekas tersebut. Kemudian, dikaji dengan memasukkan satu minyak dalam sel. Dan hasilnya kelihatan sel-sel kanser itu mati.
Daun Limau Purut
Dalam masakan tom yam juga terdapat daun limau purut. Daun ini kaya antioksidan. Kajian terkini menunjukkan bahawa daun limau purut boleh bertindak sebagai anti kanser. Yang mana, kajian itu telah dilakukan ke atas tikus.
Temu Kunci
Bagi sesetengah pengguna, selain penggunaan lengkuas, mereka juga memasukkan temu kunci dalam masakan tom yam. Ini banyak dilakukan oleh masyarakat Vietnam. Sebenarnya temu kunci ini ada banyak manfaat kesihatan iaitu anti kanser dalam kanser pankreas. Yang mana, khasiat ini banyak ditemui dalam rizom temu kunci.
Kalau pergi ke Kelantan pastinya ramai yang akan cuba kuih akok. Istimewanya kuih ni, teksturnya yang lembut dan menjadi kegemaran pelbagai lapisan masyarakat. Bagi yang menggemari kuih akok ini, anda dah boleh buat sendiri untuk keluarga.
Cara membuatnya mudah kerana bahan utama adalah telur. Tak perlu nak cari acuan akok pun. Guna tray muffin je dan bakar dalam oven dah boleh hasilkan kuih yang sedap ni. Resipi yang dikongsikan oleh Puan Nor Azliza Mohamed boleh dicuba.
Mommy serve akok pandan oven baked kat anak2 n family sbb depa request.. Sedap giler katanya, rasa lembut + aroma pandan tu MashaAllah xtau nk describe pe lg. Ok ni mommy edit resepi akok pandan utk semua ya?? Enjoyyy lovelies.
🌺 AKOK PANDAN 🌺
– 150g gula melaka
– 100ml air
– 2 sb gula pasir
– 1 helai pandan disimpul
* masak gula melaka + air + gula + daun pandan…
Apabila air gula telah larut, off api…ketepikan…
– 200ml santan
– 5,6 helai daun pandan ~ potong kasar
– 6 bj telur
– 2 sb tepung gandum
– 1/2 sk garam
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau pergi membeli-belah ke pusat perabot dan kelengkapan rumah terkenal, Ikea ramai yang akan singgah ke kafenya untuk menikmati kesedapan hidangan bebola daging atau meatball nya yang sangat terkenal.
Sejak menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah tentulah lama kita tak dapat merasai hidangan meatball Ikea. Anak-anak pun ada yang dah menyebut teringin nak makan meatball Ikea apatah lagi di bulan Ramadan ni, sudah pasti macam-macam keinginan seleranya.
Mama pun apa lagi, cubalah buat sendiri meatball di rumah. Perkongsian resipi meatball macam di Ikea daripada Zan Zafirah Zainal yang dikongsi di facebook Masak Apa Hari Ini (MAHN) mendapat perkongsian tinggi daripada netizen.
Kisah semalam teringin nak makan meatball IKEA sebelum mula puasa Ramadhan. Tinggal kat luar negara ni memang tak dapat nak beli meatball kat IKEA macam kat Malaysia nun. Maka, kena buat sendiri. Nasib baik IKEA share resepi rahsia dorang. Ikut sebijik sama macam dalam resepi, cuma of course tak guna pork mince ya, ganti pakai halal beef mince 100% sahaja.
Resepi ada dalam gambar pertama. Selamat berpuasa semua!
Untuk yang tak dapat baca resepi dalam gambar, berikut saya sertakan resepi:
750g daging cincang
100g serbuk roti
1 biji bawang besar – cincang halus
1 ulas bawang putih – cincang halus
1 biji telur
5 sudu besar susu full cream
Garam dan lada hitam
1. Campur semua bahan di atas sampai sebati. Bulatkan jadi bentuk bebola daging.
2. Simpan dalam peti beku 20 minit sebelum masak.
3. Goreng sebentar atas kuali sampai sedikit perang.
4. Masukkan dalam oven selama 30 minit, suhu 180 darjah celcius (oven biasa) atau 160 darjah celcius (fan force oven)
40g mentega
40g tepung gandum
2 kiub pati daging
300ml air
2 sudu kecil kicap lemak manis
1 sudu kecil Dijon mustard
150ml krim masakan/dairy whipping cream
1. Cairkan mentega. Masukkan tepung dan kacau untuk 2 minit.
2. Masukkan kiub pati daging, hancurkan.
3. Masukkan air sambil kacau oerlahan untuk elakkan berketul.
4. Masukkan kicap, dijon mustard dan krim.
5. Kacau sampai pekat dan tidak berketul.
Resepi ni saya dapat dari official page IKEA Australia. Ada beberapa perubahan yang saya buat:
1) Tak guna pork mince (daging babi). Hanya beef mince sahaja 750g.
2) Tak guna vegetable stock dan beef stock. Gantikan dengan 2 kiub pati daging dan 300ml air.
3) Untuk soy sauce (kicap), saya guna kicap lemak manis.
2. Siap gentel meatball. Lenguh juga nak buat ni. Pastikan kepal dengan padat meatball ni supaya tak pecah masa nak masak. Simpan kejap dalam peti beku, lebih kurang 20 minit nak bagi keras sikit.
3. Goreng kejap dalam kuali. Tak perlu letak minyak banyak, sikit je sebab meatball ni keluarkan minyak semasa masak.
4. Dah nampak brown sikit, terus masukkan dalam oven. Kalau guna kuali yg tangkai besi macam ni, boleh masuk terus dalam oven. Kalau kuali tangkai plastik, jangan tau. Tak pasal-pasal cair nanti.
7. Tambahkan air 300ml. Pastikan masuk sikit-sikit dan kacau supaya tak berketul.
8. Ini penting untuk dapatkan rasa kuah sama macam kat IKEA. Dijon mustard. Pastikan Dijon ye, bukan mustard kuning biasa tu. Saya tak pasti kat Malaysia ada jual kat mana. Mungkin pasaraya besar ada jual.
9. Masukkan kicap. Saya guna kicap lemak manis. Tak guna kicap masin sebab kiub daging dah masin.
Bila anak sudah mula ke sekolah, stok makanan untuk anak ke sekolah pastinya sudah disediakan lebih awal lagi. Donat antara menu ringkas dan mudah untuk anak bawa ke sekolah.
Apa kata kita sediakan donat frozen, lembut dan gebu macam span, seperti yang dikongsikan oleh Pn Zurina Kifli ini. Memang lembut!
Uli tangan pun boleh. In shaa Allah ekstra gebu dan ekstra lembut. Yang penting kena rajin menguli hingga doh cantik.
DONAT GEBU MACAM SPAN
Sukatan cawan minum teh
Perapan Yis :
1 1/2 cawan air suam, isikan dalam gelas besar @mangkuk. Nanti yis berbuih takut melimpah
2 sudu makan gula pasir
1 sudu makan yis Mauripan
1@2 biji kuning telur gred A@B yang dibuang pusat, kacau-kacau dahulu (rahsia lembut gebu)
Satukan air suam dan gula, kacau hingga gula larut.
Masukkan yis dan kacau-kacau sekejap, biarkan 15 minit atau hingga berbuih. Bila yis dah berbuih campurkan kuning telur dan kacau sebati. Siap.
Bahan lain:
4 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam halus
2 sd makan shortening
2 sd makan marjerin @ (kalau tak ada shortening boleh letak 3 sd makan marjerin, cairkan dan biar sejuk)
2@3 sudu makan susu tepung Nespray
1 sudu teh baking powder
1 sd teh Bread Softener @sebarang pelembut roti yang ada.
**Saya guna 2 cawan tepung gandum + 2 cawan tepung high protein (tepung roti).
** Ayakkan tepung, kemudian satukan kesemua bahan kedalam mangkuk besar@talam besar.
** Sedikit air biasa jika perlu.
** Saya letak pelembut serbaguna Cream Super
Gaul rata hingga sebati tepung bersama bahan-bahan lain dalam bekas besar. Tuangkan perapan yis yang dah berbuih, gaul rata dan uli hingga sebati. Tambah sedikit air jika doh terlalu keras dan rasa berat.Kalau dah rasa ok tak perlu tambah air lagi, ikut tahap resapan tepung. Doh mesti lembut melekit-melekit sedikit.
Terus uli dengan cara tarik tolak doh seperti memberus baju hingga doh yang melekit bertukar menjadi licin.
Boleh juga masukkan doh ke dalam plastik bersih dan ramas-ramas sekali sekala picit-picit hingga doh menjadi licin dan tak melekit.
Keluarkan doh dari plastik dan terus uli lebih kurang setengah jam hingga doh licin, elastik dan terasa lembut ringan. Doh dah tak melekat-melekat pada tangan.
Tutup bekas doh dengan tudungnya@kain lembap @ plastik. Perap doh lebih kurang 1 jam hingga naik 3 kali ganda.
Apabila doh dah cantik kembang, tekan-tekan @tumbuk perlahan untuk buang angin dan bentukkan dengan bentuk disukai. Samada bentuk donat biasa @bentuk hati @bentuk bunga. Sentiasa lumurkan tepung pada tangan supaya doh tak melekat-melekat pada tangan.
Dah siap bentuk rehatkan lebih kurang 30 minit, bergantung suhu ruang. Dulang bekas letak donat mesti ditabur tepung agar donat tidak melekat pada dasar apabila hendak digoreng. Jangan sampai doh terover kembang tau, nanti donat mengecut lembik dan serap banyak minyak bila digoreng.
Panaskan minyak dan goreng donat dengan api sederhana perlahan, balikkan sekali atau 2 kali sahaja hingga masak kedua-dua bahagian untuk dapatkan ring putih pada tepi donat. Jangan kerap balikkan donat nanti hilang ring putih tu.
Api pulak jangan kuat sangat nanti donat garing mengejut, luar nampak terlalu garing tapi dalam tak masak sepenuhnya. Angkat donat dan toskan minyak, boleh lapik bekas dengan tisu dapur. Apabila donat dah suam bolehlah salutkan dengn gula@susu tepung+gula@coklat.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.