Apabila kita pulang ke kampung, seharusnya kita merasa seronok. Tak kisahlah jika kita balik ke kampung sendiri mahupun rumah mertua. Auranya bila kita balik ke rumah orang tua, sukar diungkapkan dengan kata-kata. Melihat wajah tua ibu ayah dan menghirup udara segar di kampung, itulah pengalaman yang membuatkan kita tak ernah bosan untuk pulang ke kampung.
Lain pula ceritanya dengan lelaki ini. Dia sayangkan keluarga mertuanya, tapi ada sesuatu yang menyekat dia untuk pulang ke kampung mereka. Dia menyimpan perasaan tidak tahu nak bercerita dengan siapa, mahu diluahkan pada si isteri takut pula berkecil hati.
Nama aku Kamal. Maaflah aku tak tahu nak cerita dengan siapa. Isteri aku suka baca Pa&Ma, kebetulan pula aku tengok ada runagan untuk pengakuan. Aku pun curi-curi hantar pada Pa&Ma kisah aku ni. Semoga admin siarkan kisah ni. Sebab aku tak tahu apa lagi nak buat.
Aku berkahwin dengan isteri aku nak masuk setahun. Kami bahagia walaupun masih belum dikurniakan rezeki untuk isteri aku mengandung. Jangan salah faham ya, aku sayangkan isteri aku. Jadi bila kita dah tak ada anak ni, selalu jugalah kami balik kampung. Bosan-bosan, baik pergi jenguk orang tua. Jadi aku dengan isteri akan gilir-gilir. Kalau bulan ni kampung aku, bulan depan kampung dia pulak. Aku okay, tak ada masalah sebab aku memang suka balik kampung pun.
Bawa Masuk Kasut, Makan Tak Basuh Pinggan
Isteri aku ni anak ketiga dari lima beradik. Abang-abang dia dah kahwin. Bawah dia ada dua orang lagi adik lelaki. Isteri aku ni kira anak perempuan tunggal. Memang manja dengan mak ayah dia. aku kahwin dengan isteri aku ni sebab orangnya lembut, baik.
Wajahnya pun manis, tidaklah secantik Lisa Surihani atau Maya Karin tapi muka dia wajah Melayu asli. Pada aku, memang cantik. Di rumah pun dia rajin. rajin mengemas, rajin memasak. Serba serbi rajin, beruntung aku.
Tapi bila balik kampung, isteri aku selalu mengeluh. Baru mengemas, bersepah balik. Adik-adiknya belum berkahwin. Selalu sepahkan rumah. Dah besar kot, ada akal. Boleh fikir nak kemas sendiri bila dah buat sepah. Tapi tak, aku kesian jugak dengan isteri aku ni. Asal balik kampung je kerjanya mengemas.
Ibu mertua ku ni dah tak berapa larat, jalan pun lambat-lambat. Sakit lutut. Tak boleh nak mengemas macam orang muda. Yang mana larat dia buat, selebihnya dia harapkan anak-anak lelaki dia. Tapi hampeh!
Ads
Korang bayangkan, kalau dia dah pakai kasut tapi tertinggal barang dalam bilik. Selamba je dia masuk dengan kasut ke dalam rumah. Luar rumah aku kawasan bertanah. Pernahsekali tu, hari baru lepas hujan. Dia punya sedap bawak masuk kasut dia yang bertanah lumpur tu masuk ke rumah.
Isteri aku baru mop lantai kot. Jadi aku tegur, cakap janganlah buat macam tu. Aku dimarahnya balik. Lepas tu merajuk, sehari tu tak balik rumah. Lepak rumah member. Kesian aku tengok isteri aku. Aku pun ambik mop, tolong dia bersihkan semula kesan tapak kasut tu.
Satu lagi perangai pelik adik-adik isteri aku ni, malas basuh pinggan. Lepas siap makan, bash tangan. Tinggal pinggan atas meja. Kira sujud syukurlah kalau dorang angkat letak dalam sink. Kadang-kadang kalau lapar tengah malam, masak megi. Dengan segala periuk, senduk dia main tinggal macam tu je. Lepas makan, tinggal depan tv. Lepas tu masuk tidur. Esoknya isteri aku yang kutip kemas. Hangin betul aku!
Bilik Air Berlumut
Ini satu lagi hal. Asal aku balik je kampung, bilik air confirm berlumut. Pijak lantai, confirm tersungkur kalau tak berhati-hati. Aku tahulah, sebab pernah jadik kat aku. Tak memasal pecah bibir!
Dorang kat rumah ni, suka guna sabun ketul untuk mandi. Masalahnya, tak letak elok. Dibiarkan basah kena air, cair jadinya. Bila dah cair tu berlendir. Nak pakai pun jadi geli.
Ads
Puas dah isteri aku belikan sabun dalam botol. Tapi yang ini sakit hati jugak, bayangkan sebotol besar tu tak sampai tiga hari licin. Dorang ni mandi guna sabun ke buat minum? Nak beli malas, dah kita belikan habis dorang membazir. Hari tu aku dalam bilik, tiba-tiba dengar suara isteri aku. Dari yang aku dengar, waktu tu dia berubah jadi naga.
Tu aku malas nak masuk campur, aku dengar dia dok membebel kat adik-adik dia. Jadi tak naklah aku mengeruhkan keadaan. Aku tunggu je dalam bilik. Bila masuk bilik, aku tanya kenapa. Terus dia menangis. Dia kata, tak tahan perangai pengotor adik-adik dia tu.
Katanya dari dulu perangai tak berubah. Kesian kat isteri aku, siapa tak sayang bini oiii! Aku pun pujuk dia dan janji dengan dia nanti sebelum balik rumah kami, aku akan tolong dia kemas apa yang patut.
Baju Berlonggok Tak Dibasuh
Ini satu hal lagi. Baju kotor tu kalau susun, boleh jadi setinggi Gunung Kinabalu. Mertua aku ni dah tua, tak larat sangat nak buat kerja berat. Anak-anak bujang dia semua sihat tubuh badan. Tolonglah kan? Ini tidak, dibiarkan berlonggok.
Sakit hati bila tengok. Isteri aku pula, setiap kali balik je kampung itu benda pertama dia tengok. Baru sampai kampung, aku tengok dia terkial-kial asingkan baju untuk dibasuh.
Aku pun tak nak isteri aku rasa penat, waktu nak sidai tu aku tolonglah. Aku pun lelaki, basuh baju ni antara benda yang aku tak berapa suka. Waktu bujang dulu pun, aku hantar dobi aje. Tapi bila dah kahwin ni, aku nampak benda ni semua meletihkan. Tak sampai hati nak biarkan orang rumah aku buat sendiri.
Ads
Itu tak kira yang baju-baju dalam bilik. Berterabur. Itu pun isteri aku pergi kutip. Tolong basuh, tolong lipat. Bila dah basuh, pandai je adik-adiknya pakai. Tak ada rasa bersalah. Aku tak suka cakap banyak, ini masalah keluarga dia. Yang mana boleh tolong, aku tolong.
Isteri aku selalu meluah perasaan kat aku. Katanya tak larat dah. Sejak dulu, dia je yang mengemas rumah. Buat semua kerja. Waktu emak dia muda dulu, ada juga kawan nak tolong buat sama. Mujur abang-abang tak semalas adik dia kata. Tapi itulah, abang-abang ipar aku pun dah tak duduk kampung, dah kahwin. Jadi memang tak ada siapa yang boleh diharap untuk buat kerja rumah.
Isteri aku kata, bilik air berlumut macam tu risau juga. Kalau yang jatuh tu adik-adik, tak apa. Biar dorang rasa. Tapi kalau yang jatuh tu emak atau ayah yang dah tua tu? Kadang-kadang aku nampak juga ayah mertua aku ni nak membantu. Tapi isteri aku tak bagi. Betul lah tu apa dia buat, tak mahu emak ayah dia susah (ni buat aku bangga kahwin dengan dia).
Patutlah isteri aku ni macam ‘berat’ bila aku ajak balik kampung dia. Dua tiga hari je, lepas tu nak balik. Sebelum balik, dia dah kemas semuanya. Dia lagi excited nak balik rumah mak aku. Of course aku happy, tapi aku tak nak lah sampai dia membelakangkan keluarga dia.
Masalahnya aku ni, aku nak bantu dia. Tapi tak tahu macam mana. Aku boleh tolong dia buat semua kerja tu, tak ada masalah. Cuma kalau boleh, aku nak adik-adik dia berubah perangai. Aku pun buntu sebab dok fikir apa cara untuk buat dorang ni sedar. Tolonglah bagi idea kat aku, sebab aku tak sampai hati tengok keadaan rumah mertua aku setiap kali balik ke kampung.
Sekiranya anda ada cerita atau pengalaman menarik untuk dikongsikan, sila klik KONGSI CERITA.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan bahawa jumlah pengeluaran Akaun Fleksibel KWSP telah mencapai RM10.78 bilion sehingga 30 September 2024.
Merujuk jawapan bertulis disiarkan di laman sesawang Parlimen pengeluaran ini melibatkan 3.86 juta ahli, bersamaan dengan 29.4 peratus daripada keseluruhan ahli KWSP di bawah umur 55 tahun.
Akaun Fleksibel atau Akaun 3 diperkenalkan untuk membantu ahli KWSP menangani keperluan kewangan jangka pendek yang boleh menjejaskan kesejahteraan semasa persaraan sekiranya tidak dipenuhi.
“Simpanan dalam akaun ini boleh dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut keperluan ahli, terutama ketika kecemasan.
“Secara tidak langsung, pengeluaran melalui Akaun Fleksibel ini boleh meningkatkan aliran tunai dan membantu ahli ketika keadaan mendesak,” kata MOF.
Kenyataan itu sebagai menjawab pertanyaan Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) mengenai sejauh mana keberkesanan Akaun 3 dalam membantu pencarum yang berada dalam keadaan terdesak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menyediakan diri untuk menduduki peperiksaan yang besar seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memerlukan para pelajar untuk mengikuti kelas tambahan dan sebagainya. Namun kali ini berbeza kerana pandemik yang berlaku telah menyukarkan anak-anak untuk keluar rumah atas faktor keselamatan.
Oleh itu, Astro Tutor TV telah mengambil inisiatif untuk anak-anak dapat belakar di rumah dalam keadaan yang lebih santai dan mudah. terdapat dua program yang bakal ditayangkan pada November ini yang mengetengahkan konsep belajar secara menyeronokkan dan tidak stres.
Dengan inisiatif ini tak perlulah ibu bapa merasa risau anak-anak tidak bersedia untuk menduduki SPM. Selain hiburan anak-anak juga dapat belajar daripada guru-guru berpengalaman yang berkongsi tip pembelajaran yang mudah serta memupuk disiplin mereka untuk belajar.
GENG RAJIN BELAJAR
Bermula pada 2-6 November akan datang, Astro Tutor TV akan menayangkan sebuah program yang dinamakan Geng Rajin Belajar. Dalam program ini,anak-anak dapat belajar bersama selebriti remaja seperti Wafiy, Mia Sara dan Erissa. Selepas letih belajar, anak-anak akan dihiburkan dengan nyanyian atau perkongsian nasihat peribadi.
Di dalam program ini, mereka bertiga akan menjadi teman belajar anak-anak serta memberi motivasi untuk mengulangkaji dengan lebih fokus. Program ini akan disiarkan setiap hari bermula dari tarikh yang dimaklumkan di saluran Astro Tutor TV 603 pada jam 3.00 petang.
PELAN A+ SPM
Jika program Geng Rajin Belajar mengetengahkan konsep mengulangkaji bersama selebriti kegemaran anak-anak, lain pula dengan program Pelan A+ SPM. Untuk program ini, anak-anak berpeluang untuk belajar bersama guru-guru terbaik dalam setiap subjek. Mereka akan berkongsi tip, teknik serta soalan ramalan untuk membantu anak-anak skor dalam peperiksaan SPM.
Guru-guru terpilih merupakan tenaga pengajar yang berkaliber dan berpengalaman untuk subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah. Menarik kan? Program ini akan mula ditayangkan pada 13-28 November 2020 di saluran Astro Tutor Tv 603 pada jam 10.00 pagi setiap Jumaat dan Sabtu.
APA KELAINAN PROGRAM-PROGRAM INI?
*Dapat akses ke tip peperiksaan untuk subjek-subjek ini dari guru-guru hebat dengan hanya menonton rancangan ini di Astor Tutor TV.
*Selain di TV, anak-anak juga boleh menonton melalui komputer riba atau telefon pintar di AstroGo.
*Ia PERCUMA!
*Bukan sahaja berkongsi tip untuk menguruskan masa dan belajar, tetapi program-program ini akan ‘bersama’ anak-anak untuk mengulangkaji dan membuat semakan.
Jangan ketinggalan untuk mengikuti dua program ini dan beri galakan kepada anak-anak supaya mereka lebih bersemangat untuk belajar. Sesi belajar sekarang tidak perlu sesukar atau memberi beban seperti dahulu, tetapi tambahkan elemen yang menyeronokkan supaya anak-anak tidak merasa bosan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas Pelakon Puteri Aishah disahkan positif Covid-19, kali ini seorang lagi pelakon, Ashraf Muslim yang sama-sama mengikuti penggambaran di luar negara juga turut disahkan positif virus tersebut.
Dalam perkongsian yang dibuat oleh Ashraf di akaun Instagramnya, dia memaklumkan bahawa dirinya sah dijangkiti Covid-19 sejak 12 April yang lalu.
Jelasnya tiada kata yang dapat digambarkan apabila menerima keputusan tersebut, namun dia reda dengan ketentuan Allah SWT.
Pelakon ini turut menitipkan ucapan maaf buat ahli keluarga, sahabat, rakan-rakan wartawan. Dia juga meminta mendoakan yang terbaik untuk dirinya dan juga pesakit lain.
Ashraf juga menyatakan rasa rindu pada isteri-isteri dan anak-anaknya. Malah meminta ahli keluarganya itu mendoakan dirinya supaya cepat baik daripada virus Covid-19.
Dalam perkongsian itu juga, Ashraf memuat naik satu video yang menunjukkan dirinya dijemput oleh petugas yang lengkap memakai PPE menaiki ambulans untuk dibawa ke hospital Sungai Buloh bagi tujuan rawatan dan kuarantin.
Assalamualaikum…Tanggal 12hb April 2020 menjadi jawapan bagi AM ttg keputusan Sample covid19. Yer.. saya dijangkiti virus Covid19. Sewaktu itu walaupun sebak didada bila mendapat tahu jawapan tapi saya redha dgn pilihan Allah.. ada hikmah disebaliknya. Dtg perasaan nervous dan mcm2 perasaan timbul bila masuk dalam ambulance.. (itu yg sampai berpeluh2 tu). Maafkan saya ahli keluargaku, sahabat2 dan rakan-rakanku. Dan please tolong doakan yg baik utk saya dan pesakit-pesakit disini dan juga kita semua, semoga Allah jauhkn wabak ini dan tidak berterusan lagi serta sihatkan kita semua. Disini juga saya memohon maaf kepada rakan-rakan wartawan yg cuba menghubungi saya sebelum ini, yerlah..harap faham dgn situasi saya sekarang ni. Tak lupa juga pada frontliners doktor2, MA, nurse2 dan mereka yg terlibat , terima kasih u all are our hero.. and to mama, ibu , sarah, adam, anas dan safiyyah doakan ayah sungguh-sungguh supaya clear dr covid ni cepat yer.. supaya kita dapat jumpa ramai-ramai. Ayah rindu sangat.. tp jangan risau yer ayah ok kat sini sihat dan bole solat dan baca quran mcm biasa. Sama-sama kita berperasangka baik pada Allah.. hanya DIA yg berikan penyakit dan dari DIA jua yg memberikan kita kesembuhan.. Allahualam.
Assalamualaikum wbt.
Ashraf dan kumpulan produksi berlepas ke Scotland pada 9 Mac lalu sebelum kes penularan Covid-19 mula serius dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dikuatkuasakan. Sebelum ini, lapan tenaga kerja pasukan produksi termasuk pengarah, Rahila Ali dan pelakon Puteri Aishah dan Puteri Rayyana Rayqa turut disahkan positif.
Dalam pada itu dalam Ashraf dilihat memberi komen dalam sebuah live yang dibuat oleh Izzue Islam semalam dan memohon orang ramai untuk bantu hospital dan wad tempat dia dirawat dengan barangan asas seperti air mineral, makanan dan sejadah. Tambahnya mereka di sana sering melakukan solat berjemaah dan sering berkongsi ilmu yang bagus di sana.
Sama-samalah kita doakan agar Ashraf dan team produksi serta pelakon lain yang disahkan positif ini kembali sembuh. Semoga semuanya dapat pulang ke pangkuan keluarga tersayang.
Cuti sekolah ini pasti ada yang mengambil kesempatan nak khatankan anak. Memang tak dinafikan kaedah sekarang buatkan luka pada tempat khatan sembuh dengan cepat, tapi untuk ibu yang pertama kali nak jaga anak berkhatan, tentu ada gusarnya.