Cucu adalah anugerah yang paling dihargai dan dinanti-nantikan oleh datuk serta nenek. Mereka akan dimanjakan serta ditatang bagaikan minyak yang penuh. Kalau cucu-cucu dimarahi anak mereka, boleh mengamuk datuk dan neneknya. Ketika usia sudah meningkat, datuk dan nenek tidak mahu marah-marah lagi.
Cucu pun akan dimanjakan serta setiap keinginan mereka akan dipenuhi. Walaupun begitu, bukan semua cucu merasai kasih sayang yang sebegitu dari datuk dan nenek mereka. Wanita ini berkongsi bagaimana ibunya sendiri pilih kasih dan memberi layanan yang berat sebelah terhadap anak-anaknya berbanding cucu yang lain.
Hi semua. Assalamualaikum. Nama saya Amira. Maaf kalau penulisan saya mengganggu kalian. Ini cuma luahan perasaan saya, sebagai seorang anak yang terasa hati dengan ibu saya sendiri. Entah mengapa, layanannya kepada anak-anak saya sangat berbeza berbanding cucu yang lain. Sudah lama saya memendam perasaan ni.
Baik, saya mulakan cerita. Saya berkahwin dengan suami saya sejak 10 tahun yang lalu. Anak sulung saya sekarang umurnya 8 tahun manakala adik-adiknya 6 tahun dan 4 tahun. Sesungguhnya anak-anak saya inilah hidup saya. Mereka anak yang baik, saya dan suami sayangkan mereka sepenuh hati kami.
Kisah ini bermula sejak saya melahirkan anak sulung saya. Tidak dinafikan, kulit anak saya sedikit gelap. Tapi pada saya, dia comel seperti bayi-bayi lain. Tapi ibu saya tak rasa macam tu. Katanya saya degil, waktu hamil banyak langgar pantang sampai ‘terkenan’. Ibu tuduh saya banyak makan kicap dan selalu buat kopi untuk suami, sebab tu anak gelap (atau bahasa kasar, dia selalu panggil anak saya hitam legam macam bontot kuali).
Waktu anak saya kecil, dia tak faham lagi. Kalau balik kampung, dia akan berlari-lari nak salam dan peluk neneknya. Tapi ibu saya buat tak nampak, lagi-lagi kalau cucunya yang lain pun ada sama. Bukan saya tak nampak, ibu kadang-kadang tolak anak saya. Sampai hati dia, sedangkan cucunya itu darah daging dia jugak.
Ads
Bila dah masuk usianya 6 tahun, anak dah mula faham. Dah tahu yang neneknya tak sukakan dia. Anak selalu tanya pada saya, kenapa nenek tak sayang dia. Saya tak faham, sebab semua anak-anak saya memang ibu takkan pegang atau manjakan. Dilayan endah tak endah. Saya fikirkan mungkin dia cuma tak suka anak sulung saya saja, tapi tidak.
Ketiga-tiga anak saya, semuanya ibu tak suka walaupun yang si bongsu tu kulitnya cerah. Saya buntu, di mana silapnya kami satu keluarga. Dengan saya dan suami pun ibu dah makin ‘jauh’. Nampak sangat bezanya, sebab dengan anak menantu yang lain, dia layan baik saja. Sampaikan saya pun naik malas nak balik ke kampung sendiri!
Beberapa bulan yang lepas(sebelum PKP), sempatlah kami sekeluarga balik ke kampung. Saja balik nak menjenguk ibu dan belikan barang keperluan untuk rumahnya. Kebetulan waktu tu, adik saya pun balik sekali. Memang ibu tak kisah langsung dengan kami. Anak-anak saya nak bersalam dengan dia, dia boleh tolak macam tu je. Sampai jatuh anak bongu saya.
Waktu itu saya nekad, saya angkat anak bongsu yang sedang menangis. “Mak ni kenapa? Bertahun-tahun Mira bersabar dengan mak. Makin lama, makin melampau. Apa salah kita orang mak? Sampai macam ni sekali mak bencikan anak-anak Mira?.” Saya menangis meluah rasa, biarpun suami menahan saya dari bercakap, tapi saya dah tak tahan.
“Mira malu tau mak. Mak dah tua, tapi macam ni perangai mak? Zam ni tak pernah sekali burukkan mak. Tak pernah sekali halang Mira balik jenguk mak. Tapi kalau macam ni keadaannya setiap kali kita orang alik, Mira malu dengan Zam dan anak-anak Mira. Kalau mak dah meluat sangat dengan Mira dan family Mira, sumpah Mira takkan balik dah sini!.”
Lega lepas saya luahkan segalanya. Ibu terdiam tak cakap apa. Yang saya nampak dia menangis. Tak tahulah menangis kerana menyesal atau kerana anaknya menderhaka pada dia. Saya tahum saya salah. Sebab tengking ibu dan marahkan dia, tapi saya dah tak tahan. Waktu tu juga, saya minta suami untuk bawa kami balik. Sudah lah kampung saya agak jauh dari rumah kami, suami pun dah letih. Jadi saya cadangkan untuk bermalam dulu di hotel.
Rasanya dah hampur lima bulan saya tak balik ke kampung selepas kejadian hari tu (salah satunya sebab PKP) dan memang saya tak rasa nak balik. Call atau Whatsapp ibu pun tak ada. Saya dah malas. Bertahun-tahun saya dan keluarga dihina ibu bila dia buat tak tahu pada kami. Entah apa silapnya, saya tak tahu. Ya, betul mungkin anak-anak saya tak secomel cucunya yang lain. Tapi bila soal belajar, anak-anak saya cerdik. Tak ada kekurangannya anak-anak saya. Mereka tak minta dilahirkan berkulit gelap.
Ads
Suami ada juga nasihatkan saya untuk call ibu dan tanya khabar. Tapi saya malas. Saya cakap cukuplah, selagi ibu tak sedar salah dia, saya takkan balik ke kampung. Beberapa hari lepas, ayah ada call dan tanya khabar kami sekeluarga. Saya jawab panggilan ayah, kerana ayah tak pernah membezakan semua cucunya.
Saya tak ada bertanya tentang ibu, tapi ayah beritahu yang dia rindukan semua anak menantu serta cucunya. Termasuk keluarga saya. Tapi saya minta maaf pada ayah, saya beritahu tak mungkin saya akan balik dalam masa terdekat ni. Hati saya remuk, masih sakit dengan perbuatan ibu. Ayah faham dengan keadaan saya dan minta supaya saya maafkan ibu, tapi saya belum sedia.
Saya minta kalian yang membaca cerita saya ni untuk doakan saya. Moga-moga hati saya pulih segera dan saya dapat maafkan ibu saya. Saya juga ada buat dosa padanya, saya juga rindukan dia. Tapi saya trauma, tak mahu pisang berbuah dua kali. Saya risau ibu akan ‘belakangkan’ kami lagi. Saya mohon agar kalian semua doakan yang baik-baik buat saya dan ibu. Terima kasih.
Sekiranya anda ada sebarang cerita atau pengalaman yang ingin dikongsikan, sila klik KONGSI CERITA
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bapa kepada bayi yang dibekukan jenazahnya, Safwan Roshdy meluahkan rasa pilunya selepas apa yang menimpanya bayi dan dirinya sekeluarga.
Akui Safwan lagi, dia sudah pun memberikan penjelasan kepada pihak hospital namun mereka tetap berkeras menahan isteri dan mayat bayinya atas alas an bil perubatan belum dibayar.
Menerusi satu temubual di kediaman Peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar, bapa ini meluahkan rasa hatinya.
“Apa salah aku, apa dosa anak aku. Aku tahu anak aku tidak sempurna tapi kenapa kau buat aku sampai macam ni?
“Pada pendapat saya jika isteri saya ditahan di hospital pun, cukuplah lepaskan anak saya untuk dikebumikan. Tapi tidak, mereka tetap tahan isteri dan anak saya,” katanya sayu.
Apa yang lebih menyedihkan bila mana pihak hospital didakwa membuat kenyataan fitnah terhadap dirinya dan isteri.
Peguam mewakili Safwan, Ahmad Zaharil menyatakan pihaknya mengenal pasti beberapa pemilik akaun media social yang menyebarkan fitnah terhadap anak guamnya, termasuk dakwaan bahawa Safwan tidak berkahwin.
Ahmad Zahiril melakukan semakan status perkahwinan anak guamnya melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islan Perlis (Jaips) yang mengesahkan kesahihan siji tersebut.
Terdahulu, bayi Muhammad Adham yang dilahirkan tidak sempurna dibekukan oleh pihak hospital kerana ibu bapanya tidak mampu menjelaskan kos kelahiran di sebuah hospital swasta.
Siapa yang tidak kenal dengan si comel, Nur Khawla Soleha anak kepada pasangan selebriti Ernie Zakri dan Syamel yang sememangnya sering tampil dengan aksi dan keletahnya yang menghiburkan.
Terbaru, Khawla atau nama timangannya Lala mencuri perhatian semua apabila kelihatan tersipu malu mendengar pesanan daripada penyanyi Aziz Harun.
Menerusi satu perkongsian video di TikTok Syamel, Aziz menyanyikan lagu Ketipak Ketipung Raya serta menitipkan pesanan khas buat Khawla.
“Hai Lala (Khawla), uncle Aziz ni. Uncle Aziz nak nyanyikan lagu untuk Lala boleh?
“Dengar cakap mommy and daddy okey. Jumpa nanti Lala. Bye, I love you,” kata Aziz Harun kepada anak si comel Lala.
Di dalam video tersebut, Khawla dilihat seperti tidak senang duduk kerana terlalu malu menutup kedua mukannya dan cukup gembira dengan video itu.
Bukan itu sahaja bahkan Khawla juga meminta bapanya memainkan video Aziz berulang kali. Memang comel!
“Daddy, Lala nak uncle Aziz. Daddy, Lala nak lagi,” katanya yang cukup comel.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan reaksi Khawla yang tersipu malu dan turut memahami situasi yang dirasainya.
Umum mengetahui tentang penghijrahan pelakon Datin Lisa Surihani yang kini tampil menutup aurat sepenuhnya.
Malah penampilan terkininya sering mendapat pujian daripada wargamaya dan tidak kurang juga yang suka melihat wajah Lisa yang lebih natural tanpa sebarang make up yang dikenakan.
Menurut Lisa, 36, dia akui sudah tidak kisah lagi mengenai penggunaan peralatan make up, malah dia berasa sudah malas untuk menata rias wajahnya ketika keluar ke mana-mana.
“Saya sebenarnya dah malas nak fikir sangat pasal make up apabila pergi keluar, kadang rasa tak suka pun nak pakai.
“Kalau ada komen netizen yang kata lebih suka saya tanpa make up, saya tidak berapa nak pasti berkenaan itu.
“Saya sendiri tidak fikir terlalu terperinci berkenaan isu mengunakan atau tidak menggunakan make up semua ini,” katanya.
Lisa ditemui ketika sesi pelancaran musim terbaharu program Next To Neelofa yang bertempat di Astro Bukit Jalil, baru-baru ini.
Selesa mengikuti aktiviti ibadah, mengaji dan kelas agama
Lisa yang juga merupakan salah seorang tetamu jemputan dalam program yang dihoskan oleh usahawan popular, Neelofa itu turut berkongsi mengenai cara melatih dirinya untuk terus beristiqomah.
“Alhamdulillah jalan untuk saya dibuka dengan mudah, walaupun sibuk uruskan anak-anak, tetapi ada sahaja waktu untuk saya melakukan beberapa aktiviti ibadah seperti mengaji dan memasuki kelas agama.
“Apabila bercerita mengenai Istiqomah, itu bukan perkara mudah, hati kita sentiasa berbolak balik namun perlu juga sentiasa mendoakan antara satu sama lain.
“Insyallah dengan berdoa pada Allah, segala urusan kita dipemudahkan.
“Untuk saya kalau nak terus istiqomah, kena ada minat dan disiplin, tanpa kedua-dua perkara itu agak sukar untuk seseorang terus beristiqomah mencari reda Allah,” tambahnya.
Kredit : gempak.com
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.