Saat anak sudah mula makan, ibulah insan paling teruja menyiapkan makanan untuk anak. Pelakon jelita, Elisya Sandha turut merasa teruja bila mana anak sulungnya, Bunga Elhaq kini sudah pun mula diberikan makanan pejal pada usianya empat bulan lagi.
Teruja bercampur dengan rasa tanggungjawab untuk memberikan makanan terbaik buat Bunga, Elisya memaklumkan dirinya kini mahu berehat seketika daripada sebarang aktiviti lakonan bagi memberi tumpuan kepada anaknya, Bunga Elhaq yang kini sudah mula makan.
Malah kongsi Elisya lagi, biar pun punya pembantu, buat permulaan ini sebolehnya dia mahu memberikan sendiri makanan buat buah hatinya yang tersayang.
“Saya ingin memberi tumpuan kepada Bunga yang kini sudah boleh mula makan. Saya agak kurang percaya bila orang lain yang beri dia makan.
“Saya yang kena masak dan suapkan. Pada masa sama, saya juga beri tunjuk ajar kepada pembantu rumah saya.
“Lagipun, usia Bunga baru lima bulan. Jadi, saya risau kalau orang tersalah suap atau dia tersedak. Nanti nak salahkan siapa pula?
“Bunga mula makan pada usianya empat bulan. Memang agak cepat juga. Makanan pertamanya adalah bubur nasi kosong,” katanya berkongsi.
Berkongsi rasa terujanya, kata Elisya dia juga kini sedang melalui fasa yang mencemaskan sebagai ibu buat pertama kalinya. Malah katanya, ada waktunya dia tidak boleh tidur malam bila memikirkan anaknya yang kini sudah mula makan.
“Saya telah sampai ke fasa yang cemas sebagai ibu pertama kalinya. Saya masih ingat, ada waktunya saya tak boleh tidur waktu malam bila fikirkan jika saya perlu berinya makan pada usia 4 bulan.
“Lepas banyak buat research akhirnya saya rasa “sudah tiba masanya” bila dia berumur 4 bulan 13 hari.
“Semuanya berjalan lancar dan kami dah terbiasa dengan rutin sekarang. Bunga sayang mommy, mommy harap mommy melakukan perkara yang betul dan mommy hanya mahukan yang terbaik untuk awak,” kongsinya.
Melalui video yang dikongsikan olehnya melalui Instagram, Elisya juga turut berkongsi antara menu-menu yang disediakan buat Bunga begitu juga ketika menyuapkan buah hati tersayangnya itu.
“Bunga’s first solid food.. rice (tekak melayu). Approved by her paediatrician dr ✅,” kongsinya lagi.
View this post on Instagram
Terdahulu, Elisya dan suaminya, Uzair Haqimy telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 21 Ogos tahun lalu. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang lahir pada 18 Jun lalu.
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.
Klik DAFTAR segera di https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI