
Aksi anak kecil meniru orang lain atau orang dewasa memang mencuit hati dan boleh buat orang terhibur.
Namun, ia tak lagi lucu dan comel bila yang anak tiru itu adalah perbuatan tak senonoh.
Sentiasa ingat, anak masih belajar tentang dunia dan otaknya juga masih berusaha faham tentang cara dunia berfungsi. Maka ,amat biasa anak meniru tanpa tahu baik atau buruk perbuatan tersebut.
Bila anak mula tiru kelakuan buruk orang lain, ini apa yang ibu ayah boleh lakukan untuk tangani masalah ini. Ikuti perkongsian yang dikongsi oleh Puan Uswatun, Konsultan Tangisan & Tidur Bayi Malaysia.
Semoga tip membantu😊
Kredit: Baby Language
Artikel: Bagus Untuk Anak! Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Risiko Kena Kanser Paru-Paru Sangat Tinggi Pada Anak Dan Isteri Seorang Perokok Kata Doktor Pakar!

Isi Kandungan
ToggleRupanya risiko kena penyakit berbahaya seperti kanser paru-paru sangat tinggi pada anak dan isteri seorang perokok. Kesan bahaya asap rokok bukan hanya pada orang yang menghisap itu sendiri tetapi rupanya pada orang lain yang berhampiran dengannya. Kalau suami seorang perokok maka anak-anak dan isteri adalah mangsa paling hampir mendapat risiko sangat bahaya.
Ini bukan cakap kosong tanpa fakta tetapi ia adalah kajian yang banyak dilakukan seperti diberitahu oleh Dr Che Aminuddin Hashim, Pakar Respiratori sebuah hospital. Menurut beliau ada banyak bahaya besar jika duduk dengan seorang perokok.
Katanya lagi, kajian menunjukkan bahawa orang yang merokok memang berisiko (sangat bahaya) terdedah pada pelbagai penyakit.
“Seorang yang hisap 20 batang rokok sehari selama 20 tahun meningkatkan peluang untuk dia kena penyakit asma yang teruk sangat tinggi. Karbon (akibat asap rokok) akan terkumpul di hujung paru-paru. Yang “bestnya” faedah orang merokok ni karbon terkumpul di dalam paru-paru dan tak boleh keluar.”
“Bila dia hembus asap rokok akan keluar dan jadi “second-hand smoke” (asap rokok yang lebih bahaya) sebab bila hembus asap keluar ia akan campur dengan kotoran dari dalam paru-paru penghisap rokok itu.
Perokok hisap asap “fresh” tapi menghembus keluar asap yang bercampur dengan bakteria dan kotoran. Jadi anak-anak dan isteri yang berada berdekatan dengan perokok akan mendapat “second-hand smoke” dan berhadapan dengan RISIKO LEBIH TINGGI nak kena kanser paru-paru berbanding dengan isteri dan anak-anak yang suami/ayah tidak merokok!”
“Ini orang dah buat kajian dan ia adalah FAKTA!” tegas beliau lagi.
Bahaya yang kedua
Bila hisap rokok, asap yang dikeluarkan akan melekatkan kesan pada barangan yang berasaskan fabrik seperti kain, karpet, sejadah dan perabot-perabot rumah yang guna fabrik. Bila anak-anak bermain di tempat yang tercemar dengan asap rokok ini, mereka akan tersedut kesan asap tadi.
Kajian menunjukkan bahawa asap yang melekat itu boleh mengakibatkan kanak-kanak ini mudah terkena asma bila besar nanti. Jadi penyakit akibat merokok ini memang sangat bahaya.
Sama juga dengan kesan menghisap vaping. Walaupun nikotin dalam VAPE sedikit tetapi Vape mengandungi bahan kimia atau pewarna untuk menyedapkan rasa Vape tersebut yang boleh menimbulkan tindak balas juga dengan udara dalam paru-paru dia hembus tu menyebarkan persekitaran yang masih tidak segar.
Asap hembusan Vape juga boleh membahayakan orang di sebelah yang menghidunya.
Dalam paru-paru kita sebenarnya ada bermacam kotoran yang berkumpul, jadi asap yang keluar bersama dengan penghisap rokok mestilah yang tercemar.
Menurut beliau, kerajaan sudah keluarkan larangan merokok di semua kedai makan walaupun yang tidak berair-cond cuma perlaksanaan undang-undang ini masih belum dimulakan lagi buat masa sekarang.
“Ada orang tanya saya, kenapa ada orang merokok sampai umur 80 tahun dan tak sakit apa pun?
Ya betul sebab paru-paru setiap orang berbeza, ada yang tahan asap, ada yang tak boleh tahan. Yang tak boleh tahan asap, saya akan nasihat awal-awal, kalau nak hisap juga mudah dapat sakit dan akan masuk wad hospital!” katanya lagi.
Sumber: Zonkuliah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bukan Saja-saja Anak Buat Sepah, Meragam & Buat Mak Ayah Marah. Ini Rupanya Punca Dan Apa Yang Boleh Dilakukan!

Anak mula buat bising, sepah, mengada-ngada dan berusaha keras untuk membuat adiknya menangis, ibu ayah kena semak balik cara berikan perhatian kepada anak, cukupkah sebenarnya?
Perkongsian daripada kaunselor Puan Farhan ini diharapkan boleh membuka mata kita semua sebagai ibu bapa supaya menjadi lebih baik.
Jangan menyalahkan anak semata-mata kerana kenakalannya, selalu ‘buat hal/ buat perangai’ sebaliknya periksa kembali cukupkah perhatian yang mereka dapat daripada ibu bapa. Adakah layanan sambil lewa yang diberi memadai sedangkan gajet dan telefon sentiasa di tangan.
Berikut ialah perkongsian beliau;
Tanda anak dahagakan perhatian
Kalau anda perasan anak anda, biasanya ada anak yang jenis try hard utk dapatkan perhatian anda.
Namun, biasanya usaha anak ini sentiasa di salah erti.
Anak yang terlalu berusaha untuk dapatkan perhatian ibu dan ayah ini sering dilihat sebagai anak yang sering melakukan masalah dan kekacauan.
Anak yang dahagakan perhatian biasanya akan melakukan perkara perkara seperti dibawah:
- Memotong percakapan anda.
- Sering menganggu perbualan telefon.
- Sering membuat bising.
- Suka buat sepah.
- Manja mengada-gada contohnya walaupun anak itu sudah umur 5 tahun, namun masih minta untuk dipakaikan baju.
- Berusaha membuat adik menangis/Melakukan sesuatu kepada adik (pukul/conteng muka adik).
- Menangis tanpa sebab yang jelas.
- Sengaja buat kesalahan yang memang diketahui akan membuatkan ibu dan ayah marah
- Mereka reka cerita (Contohnya memberitahu mereka demam walaupun mereka tidak demam pun).
- Suka buat sesuatu untuk impress ibu dan ayah. Contoh mereka cuba untuk panjat pagar atau berusaha masak sesuatu di dapur.
Semua tanda-tanda diatas itu biasanya ditafsirkan dengan cara yang berbeza oleh ibu dan ayah.
Apa yang akan difokuskan adalah kesalahan yang dilakukan berbanding mesej sebenar disebalik itu.
Jadi, apakah sebenarnya punca anak terlalu dahagakan perhatian sehingga mereka sanggup lakukan apa sahaja?
Sebenarnya, anak yang berusaha sungguh-sungguh untuk meraih perhatian ibu dan ayah ini berpunca dari perasaan anak anak itu sendiri yang merasakan bahawa kurangnya perhatian yang diterima dari ibu dan ayah.
LAYANAN SAMBIL LEWA
Pemahaman anak itu kadang berbeza. Walaupun kita rasa kita dah beri perhatian, namun ada kalanya ia dilakukan secara lewa.
Contohnya melayan anak sambil bermain telefon atau membuat kerja.
Apabila anak merasakan ibu dan ayah tidak berminat, mereka akan melakukan sesuatu untuk meraih perhatian itu. Walau kadang kadang apa yang diterima adalah kemarahan. Namun kemarahan itu menandakan ibu dan ayah mereka memberi perhatian. Mereka berjaya membuatkan ibu dan ayah berpaling pada mereka dan terpaksa menyelesaikan apa yang mereka sudah buat.
3 TIP ELAK ANAK TERLALU DAHAGA PERHATIAN & KASIH SAYANG
Jadi, apa yang kita boleh lakukan untuk membantu anak anak kita agar tidak terlalu dahaga kasih sayang.
1. Sentiasa berusaha untuk respon kepada apa yang anak cuba sampaikan/mahu.
Contohnya anak ajak anda bermain.
Kalau anda sibuk, jangan katakan ” Jangan kacau ibu boleh?”
Tetapi sebaliknya katakan.
“Tunggu sekejap ya, ibu siapkan ni sekejap nanti kita main sama sama tau, tak sabar ibu nak main sama sama”
Tunjukkan pada anak effort dan keterujaan anda untuk bersama dengan anak anak walaupun anda sebenarnya sibuk.
2. Berikan pujian kepada perkara baik anda lakukan.
Biasanya kalau anak buat baik kita tak notice. Pandang pun sebelah mata.
Tapi bila anak mula buat sesuatu yang kirang baik kita akan mula pusatkan perhatian kita pada anak dan marah mereka.
Jadi why not, mulai sekarang anda peka dan beri perhatian pada anak anda saat mereka melakukan perkara yang baik.
Kesannya, mereka tidaklah akan cuba sedaya upaya melakukan sesuatu yang tidak baik semata mata mahukan anda beri perhatian kepada mereka.
3. Sentiasa ada special time bersama anak.
Special time itu tak perlu lama pun. 10 minit pun cukup. Duduk bersama anak, berbual bual dan mendengar apa yang mereka mahu katakan. Peluk dan cium anak anak. Gosok belakang mereka.
Special time ini boleh dilakukan secara beramai ramai dan juga ada masanya ia perlu dilakukan seorang demi seorang.
Contoh anda ada anak 3 orang, jadi kak long akan ada special time dengan anda, begitu juga dengan kak ngah dan adik.
Semua usaha ini perlu untuk mengelakkan anak anda menjadi sorang yang terlalu dahagakan kasih sayang sehinggakan mereka try hard untuk berbuat sesuatu yang tidak baik semata mata untuk menarik perhatian ibu dan ayah.
Sumber: Puan Farhan
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Selalulah Peluk Anak Lelaki! Biar Manja Dengan Kita, Baru Membesar Jadi Hebat

Ketika anak lelaki masih bayi, kita selalu memeluk mereka. Bayi lelaki atau bayi perempuan sama saja bagi kita.
PELUKLAH ANAK LELAKI
Apabila anak lelaki membesar sebagai kanak-kanak, kita memeluk mereka apabila pulang dari kerja kerana masing-masing rindu lama tidak berjumpa. Kita peluk mereka apabila melayan kecomelan mereka.
Kita peluk mereka apabila kita bergembira dan bermain bersama mereka. Kita peluk mereka jika menangis. Kita peluk mereka sebelum tidur kerana sayu hendak berpisah buat sementara.
Ayah dan ibu, teruskanlah memeluk anak lelaki apabila mereka meningkat remaja kerana kajian* mendapati anak lelaki perlu dipeluk dua hingga tiga kali lebih kerap berbanding anak perempuan untuk menghasilkan paras hormon oxytoxin yang sama. Hormon inilah yang akan mengeratkan lagi perhubungan antara ibubapa dan anak.
Jika mereka merasa segan untuk dipeluk di khalayak ramai, peluklah mereka sebelum meninggalkan rumah. Tetapi jika mereka biasa dengan pelukan yang tidak putus dari kecil, mereka tidak akan terkesan dengan senyuman sinis rakan.
“Boys need two things that we tend to forget about when we focus only on their physical abilities and their higher activity levels: They need more touch and more conversation.”
Michael Thompson PhD., ‘Raising Cain’.
Kredit: Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)
*School of Sociology, Social Policy and Social Work, Queens University, Belfast.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI