Mengandung kali ini tak ada mabuk langsung. Itu yang dikongsikan oleh isteri kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Shahida.
Shahida yang kini mengandungkan anak kelima dan kandungannya mencecah lima bulan menganggap kehamilan ini rezeki baginya walaupun pada awalnya telah mengalami keguguran setelah disahkan hamil anak kembar.
Namun rezeki masih berpihak kepada pasangan itu apabila satu lagi janin terselamat dan sudah mempunyai denyutan jantung.
Walaupun di peringkat awal kehamilan telah diuji dengan kehilangan satu kembar, Shahida akui sangat bersyukur Allah permudahkan urusan hami. Allah tu adil!
“Mengandung kali ini langsung ada mabuk. Cuma awal mengandung muka naik jerawat terlalu banyak.
Ads
“Jika mengandungkan Yusoff dulu, alahan teruk sangat hingga apa yang dimakan akan keluar balik. Harapnya kali ini kandungan baik-baik saja dan sihat sehingga melahiran nanti.
“Cuma yang risau walaupun makan banyak, berat tetap sama hingga doktor pun bising,” kongsinya.
Ads
Peminat Teka Baby Girl!
Terbaru, dalam satu perkongsian Shahida jelas nampak ‘baby bump’ di perutnya yang makin membesar.
“Dr kegemaran, nak bersalin je mesti cari Datin Dr Suhaiza. Last checkup before nak jalan jauh. Dr cakap jangan banyak jalan, uri dah ke bawah. InsyaAllah dipermudahkan,” tulisnya.
Posting tersebut meraih perhatian pengikutnya di Instagram yang rata-rata cuba untuk berteka-teki mengenai jantina cahaya mata kelimanya itu.
Sumber : Shahida Rashid
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hamil dan menyusu dalam bulan Ramadan tentu tidak mudah. Pengalaman yang diceritakan oleh blogger dan instafamous Yuyu Zulaikha ini boleh dijadikan panduan.
Yuyu yang kini sedang hamil anak ketiga muncul dalam rancangan TV Pa&Ma episod 11: Puasa & Hamil. Ibu ini rupanya sudah menempuhi pengalaman dua kali kehamilan dalam bulan puasa iaitu ketika hamil anak kedua & yang terkini anak ketiga.
ALAMI TEKANAN DARAH RENDAH & MUDAH PITAM
“Yuyu pernah ada pengalaman hamil masa bulan puasa sebanyak dua kali. Tapi pada kedua-dua kehamilan saya alami darah rendah & mudah pitam. Jadi agak sukar untuk berpuasa,” kata Yuyu.
Ketika hamil anak kedua, Yuyu cuba untuk menunaikan rukun Islam ketiga ini. Katanya sayang untuk meninggalkannya. Dia mahu merealisasikannya dan mencuba.
“Saya cuba berpuasa pada hari pertama, boleh. Namun pada hari kedua Ramadan, terus jadi macam nak pitam. Hari ketiga pun sama. Doktor pun nasihatkan supaya saya tak berpuasa sebab hb rendah dan darah rendah, “ kata Yuyu mengimbau Ramadan tiga tahun yang lalu.
RAMADAN KALI INI, YUYU CUBA PELBAGAI TIPS
Pengalaman lalu mengajarnya untuk lebih bersedia menempuhi cabaran berpuasa. Ibu kepada Habib Muhammad dan Affan Muhammad kini sedang sarat hamil anak ketiga turut berkongsi tip yang diamalkan selain makanan seimbang.
“Jadi, untuk kandungan ketiga ini saya cuba puasa juga. Sekarang ni saya dapat banyak tips. Contohnya orang cakap minum susu, makan pisang, kurma dan roti untuk dapatkan tenaga yang berpanjangan. Itu antara yang saya amalkan semasa sahur. Tapi kalau tak boleh saya tak paksa diri. Saya juga nak jaga diri dan kandungan,” kata Yuyu.
MENYUSU & HAMIL DI BULAN RAMADAN
Selain itu, Yuyu juga ada pengalaman menyusukan anak pertamanya ketika hamil anak kedua dalam bulan puasa. Apa yang dilakukan ialah dia cuba untu berpuasa berselang seli untuk menggandakan jumlah penghasilan susu ibu.
“Bila saya berpuasa setiap hari susu jadi drop. Saya cuba untuk berpuasa secara berselang seli. Hari ini puasa, esok tak. Sebab dulu tak biasa dan tak tahu tips. Jadi pada kehamilan kali ini saya prepare awal.
SUAMI JAGA ANAK & URUS RUMAH
Blogger ini juga mengakui suami, Izwan Safuan banyak membantu sepanjang di bulan Ramadan. Apatah lagi kandungan ketika ini kandungan semakin sarat.
“Suami menjaga sendiri anak-anak. Kebanyakan kerja rumah juga suami yang lakukan buat sepanjang bulan Ramadan,” kata Yuyu tentang suaminya ketika melalui kehamilan kali ini.
“Kita sebagai suami kalau boleh bantu isteri ringankan segala beban. Kalau saya, sebolehnya sepanjang bulan puasa saya nak isteri saya rehat. Tapi bagi suami yang keluar bekerja, boleh bantu sedikit selepas balik kerja. Misalnya kemas rumah, cuci pinggan mangkuk, supaya isteri tak perlu banyak bekerja dan boleh berehat,” kata Izwan.
PEMAKANAN DIPANTAU SUAMI
Bertuah Yuyu kerana suaminya bukan sekadar menguruskan anak dan kediaman, malah suaminya turut memantau pemakanannya.
“Dari segi pemakanan, sayalah yang akan sentiasa pantau. Saya akan tengok apa yang dia makan. Pagi apa yang dia makan. Petang tu kita dah siap awal-awal. Memang isteri nak cuba puasa tapi jaga-jaga dari awal supaya kita tak terlambat.
“Manalah tahu dia tak larat saya sediakan makanan siap-siap. Sebab waktu tak larat, isteri saya akan terus rasa nak pengsan,” kata Izwan.
Bagi anda yang ingin mengetahui lanjut tentang puasa dan kehamilan, pandangan daripada pakar serta perkongsian daripada ibu bapa yang lain, boleh ikuti siaran ulangan rancangan TV Pa&Ma jam 9.00 malam, 21 Mei 2019 di Astro Prima & Astro Prima HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Aktres, Datin Elvina Mohamad berkongsi berita gembira dengan mengumumkan kehamilan cahaya mata kedua melalui sebuah posting di laman Instagram miliknya.
Menerusi posting tersebut, pelakon berusia 28 tahun itu memuat naik sekeping gambar ketika bercuti di Tokyo Disneyland, Tokyo, Jepun bersama keluarga kecilnya.
“Kami tak sabar untuk berjumpa ahli keluarga baharu tidak lama lagi! #babynumberTWO (bayi nombor dua). Karl (anak pertama) akan menjadi abang,” tulisnya.
Gambar berkenaan memaparkan suaminya Datuk Haniff Borhan dan anak mereka, Karl Mateen memegang bahagian perut pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu yang menampakkan bentuk ‘baby bump’.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikut meluahkan kesyukuran dan mengucapkan tahniah selain mendoakan Elvina dipermudahkan segala urusan.
Alhamdulillah tahniah!
Seri ibu mengandung
Tahun lalu, Elvina reda apabila hasrat untuk menimang anak kedua tidak kesampaian selepas mengalami keguguran ketika kandungan memasuki usia tiga bulan.
Untuk rekod, dia dan suami mendirikan rumah tangga pada 18 Mac 2018 dan dikurniakan putera sulung tersebut yang kini berusia empat tahun.
Sumber: IG Elvina Mohamad; OMM
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap kali ibu hamil menerima Buku Pink ibu hamil atau nama rasminya Buku Rekod Kesihatan Ibu, ramai yang tidak menyangka betapa pentingnya dokumen kecil ini dalam perjalanan kehamilan dan selepas bersalin. Ia bukan sekadar buku catatan biasa, tapi menjadi rujukan utama petugas kesihatan bagi memastikan ibu dan bayi menerima pemantauan, nasihat dan rawatan terbaik sejak awal kehamilan hingga usia awal kanak-kanak.
Namun, ada satu bahagian kecil dalam buku ini yang sering mencetuskan persoalan iaitu ruangan “Tahap Pendidikan Ibu”. Ramai yang tertanya-tanya, kenapa perlu tahu tahap pendidikan? Adakah petugas kesihatan nak menilai kita?
Hakikatnya, ruangan itu bukan bertujuan untuk ‘menilai’ atau ‘menghakimi’, tetapi sebagai panduan penting kepada petugas kesihatan dalam memahami latar belakang ibu. Ini membantu mereka menyesuaikan cara penerangan, kaunseling dan pemantauan kesihatan mengikut tahap kefahaman dan keperluan setiap individu.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), catatan ini digunakan untuk mengenal pasti profil risiko kesihatan seseorang ibu. Kajian juga menunjukkan tahap pendidikan mempunyai kaitan rapat dengan gaya penjagaan diri semasa hamil dan kesedaran tentang kesihatan anak.
Contohnya:
Tahap pendidikan juga memberi gambaran kepada petugas kesihatan tentang kesedaran kesihatan keluarga secara menyeluruh. Antara aspek yang sering dikaitkan ialah:
Selain itu, maklumat ini juga membantu petugas kesihatan mengesan lebih awal risiko komplikasi atau kawasan yang mempunyai akses rendah terhadap maklumat kesihatan. Dengan itu, tindakan susulan dapat dibuat dengan lebih cepat dan berkesan — memastikan keselamatan ibu dan bayi sentiasa diutamakan.
Buku Pink ibu hamil bukan sekadar dokumen wajib, tetapi lambang komitmen sistem kesihatan negara terhadap kesejahteraan ibu dan anak. Mama, jangan risau atau rasa rendah diri bila lihat ruangan “Tahap Pendidikan” dalam Buku Pink tu ya. Ia bukan untuk membanding-banding, tapi untuk memastikan setiap ibu tak kira latar belakang pendidikan mendapat layanan, bimbingan dan rawatan terbaik.
Kerana setiap helaian Buku Pink menyimpan satu tujuan besar bagi memastikan ibu dan bayi kekal sihat, selamat dan disayangi sepenuhnya. 💗