Rumah tangga mana yang tidak pernah dilanda badai? Diuji dengan pelbagai cabaran sehingga ada masanya terjadi pertelingkahan antara pasangan suami isteri. Sangat penting buat setiap pasangan untuk mengawal diri dan emosi serta segera mencari penyelesaian kepada masalah yang melanda.

Selain sikap menghormati dan toleransi sesama kita, ibadah harian yang dibuat juga dapat membantu mengekalkan keharmonian rumah tangga.

Tak Mahu Ada Yang ‘Menyondol’ Rumah Tangga? Ini Doa Terbaik Untuk Diamal Selalu

Selain solat dan berdoa seperti biasa, apa kata anda selitkan sekali doa khas untuk menjaga kesejahteraan perkahwinan? Doa yang Pa&Ma ingin kongsikan ini membantu memberi kebahagiaan dalam hubungan suami isteri serta memastikan rumah tangga dihindari godaan dari luar.

AMALKAN DOA HEBAT INI!

Tak Mahu Ada Yang ‘Menyondol’ Rumah Tangga? Ini Doa Terbaik Untuk Diamal SelaluSurah Thaha ayat 39 yang bermaksud: “Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku.”

IKLAN

Artikel Menarik: [Sebelum Tidur, Suami Isteri Kena 0-0 Dulu. Baru Terang ‘Nur’ Rumah Tangga]

Doa ini boleh diamalkan untuk mengikat kasih sayang antara suami dan isteri. Cara untuk mengamalkannya: Setiap kali bersua dengan pasangan, bacalah ayat ini. Untuk kesan yang lebih baik, hendaklah diamalkan selalu membaca di hadapannya. Tidak perlu dibaca dengan kuat, memadailah sekadar dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu, agar dikasihi ramai orang, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali selepas solat sebanyak tiga kali.

Tak Mahu Ada Yang ‘Menyondol’ Rumah Tangga? Ini Doa Terbaik Untuk Diamal Selalu

IKLAN

Selain berdoa dan menyerahkan segalanya kepada Allah SWT, suami isteri harus berbaik sesama sendiri dan berkasih sayang selalu. Setiap pasangan perlu saling menghormati dan memastikan setiap hak pasangan mereka dipenuhi.

Artikel Menarik: [HARAM Sebar Cerita Dalam Kain Di Socmed. Orang Buruk Sangka, Tambah Dosa!]

Allah SWT telah menemukan kita dengan pasangan (jodoh) dan berdoalah agar dia yang terbaik untuk melengkapi hidup kita. Dan semoga pasangan kita dapat terus bersama meniti kebahagian di dunia dan di akhirat bersama beserta anak-anak.

DOA UNTUK KEBAHAGIAAN SUAMI ISTERI
Jagalah amalan seharian kita dan lindungilah hubungan dengan pasangan dengan saling mendoakan untuk kebaikan bersama.

IKLAN

Tak Mahu Ada Yang ‘Menyondol’ Rumah Tangga? Ini Doa Terbaik Untuk Diamal Selalu

Sumber: Pesona Pengantin

Jom sertai komuniti ibu Pa&Ma Moms To Be. Anda boleh ikuti forum, ajukan soalan-soalan kepada doktor dan menggunakan pelbagai tools di sini. Sign up di https://momstobe.majalahpama.my

Tak Mahu Ada Yang ‘Menyondol’ Rumah Tangga? Ini Doa Terbaik Untuk Diamal Selalu

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI