Mesti ada ibu yang tak sabar tunggu bayi menginjak usia 6 bulan sebab nak bagi makan. Dalam fikiran tu macam-macam nak cuba masak. Ada yang dah siap save resipi bubur dan puri.
Namun bila dah sampai masanya bayi pula menolak semua makanan yang ibu dah buatkan, dan paling tak tahan siap buat muka nak muntah.
Apabila dah macam ni, ibu mula kecewa dan jadi putus asa nak bagi anak makan. Akhirnya biarkan anak minum susu semata-mata.
Ingat ya jika anak tak makan sebarang makanan pelengkap walaupun dah melepasi umur 6 bulan si kecil berisiko untuk mengalami beberapa masalah seperti kekurangan nutrisi, lewat perkembangan dan beberapa perkara lagi.
Perkongsian dari Puan Marlisa Azura Abdul Ghani mengenai caranya memperkenalkan makanan pada anaknya pada usia 6 bulan mungkin boleh dijadikan panduan.
Saya nak share kepada ibu-ibu yang tengah pening fikir nak masak apa untuk bayi kesayangan tu.
Pertama sekali mulakan dengan bubur kosong lepas tu boleh campur dengan puri buah dan sayur.
Selepas itu mulakan balik bubur kosong supaya bayi dapat sesuaikan diri dengan rasa tawar, manis, masam, pahit. Sebenarnya bayi dah kenal dengan rasa-rasa macam ni melalui susu ibu (apa yang kita makan itu yang bayi rasa) cuma kita pelbagaikan lagi supaya anak kita besar nanti tak memilih makanan.
Selepas usia anak 7 atau 8 bulan cuba tambah protein pula ye. Yang penting follow 4 days rules, cuba bagi sikit-sikit sesudu dua (janganlah sampai semangkuk) dan jangan tambah gula atau garam tau.
Kena ingat makanan utama bayi masih susu ibu, makanan ni cuma makanan tambahan / pelengkap bayi yang berusia 6 bulan ke atas sahaja. So keep going on your breastfeeding ok!
Sumber: Marlisa Azura Abdul Ghani
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bila Dapat Direct Macam Setahun Tak Menyusu. Baru Faham Dilema Mak Menyusu Bekerja
Kemelut biasa ibu menyusu yang akan mula kerja selepas habis cuti pantang adalah risau anak tak mahu menyusu dengan botol bila tinggal pada panegasuh. Keadaan ini sentiasa jadi dilema semua ibu kan?
Ada yang berjaya ajar anak masa dalam pantang, ada juga dah cuba tapi anak tetap tak mahu susu letak dalam botol. Dah macam-macam puting tukar dan cuba namun hasilnya tetap menghampakan.
Begitu juga yang dilalui oleh Tasha Manshahar yang menghadapi dilema anak tak mahu botol dan selesa direct feed. Disebabkan anak tak mahu susu botol dan minum sikit je, bila balik dan dapat direct feed ibarat macam tak dapat menyusu setahun.
View this post on InstagramA post shared by @ tashamanshahar on
Tolak botol
Muammar buat masa ni belum nk ebm dlm botol. Dulu masa dalam pantang, bila org sebut pasal “pam susu” I ingatkan buat stok byk-byk macam yang selalu kita nampak dalam iklan tu. And org kata jgn buat stok pulak masa dalam pantang sbb nti oversupply.
Saya pening dan gave up, and stop pam (ni pun ada kisah why I gave up), so I just direct feed, siap fikir nanti naik kerja mix jelah. Simply because I takde knowledge pasal breastfeeding ni dan taktahu macam mana nk apply pada Muammar. And masalah timbul bila Muammar dah terlalu terbiasa direct feed, dia reject bottle.
Rupanya masa tengah dalam pantang dan sepanjang cuti bersalin boleh je kita pam utk stimulate susu keluar, masuk botol and bg baby minum. Tak perlu buat stok pun masa dalam pantang. Selang2 dengan direct feed. So baby akan pandai direct feed, pandai botol dan biasa dengan rasa susu ibu dalam botol. Jadi kalau dorg biasa dari lahir, inshaAllah takde masalah botol, frozen ebm ke chilled ebm ke susu fresh ke. So baby akan ikut apa kita set utk dia. Kena explore jugak. Orang kata, lain baby lain demand dia.
View this post on InstagramA post shared by @ tashamanshahar on
Dah mula terima botol tapi bersyarat
Muammar dah ok dgn botol (when im not around 😂). Frozen ebm Muammar mmg tknk, sbb kata ibu-ibu lain, susu frozen ni rasa dia dah lain sikit. Jd mereka cadangkan utk I chill kan aje (susu tahan 3 – 4 hari dlm chiller). Means, pam harini, utk stok selama I bekerja esok harinya. I was happy jugak bila dapat tahu benda ni sebab i rasa masalah Muammar taknak susu pam akan selesai.
Tapi…belum. I baru masuk kerja seminggu lebih ni. Im exploring Muammar nak ebm yang macam mana. Yang suam, yang suhu bilik. Cara simpan. Cara panaskan. Kalau susu fresh yang baru pam terus masuk botol, dia boleh minum dgn syarat bukan I yg susukan, and I tak boleh ada berdekatan. Kalau yg chilled, even i takde dekat rumah pun, mcm payah dia nk minum.Bila dapat direct macam setahun tak menyusu
I rasa ralat sebab Alhamdulillah susu I ada and cukup untuk Muammar. Harini pam dkt tempat kerja boleh dapat stok untuk 1 hari setengah atau 2 hari. Macam harini, my SIL bagitahu, Muammar minum sikit je susu I dalam botol, 1oz je. Tp better daripada dia tak minum langsung. Balik kerja, mmg I direct feed macam biasa, and of course Muammar minum sungguh2 macam setahun tak menyusu (and ni mmg perangai dia sejak dilahirkan ke muka bumi ini 😂).
Tp I notice, kalau I takde dekat rumah dia boleh je minum walaupun sikit. Maybe he takes time utk biasakan sbb dia dah biasa df. Sebelum bersalin, I tekad nak susukan full 2 tahun, lepastu masa cuti bersalin I plan nak mix pulak, ni dah naik kerja tiba2 rasa nak cuba balik untuk bg fully bf, atleast for 6months (hopefully more). Tolong doakan i dan Muammar. Masih dalam proses trial and error. Betul lah kalau breastfeed baby ni, mmg perlukan support dari family, terutama husband, dan juga babysitter! Tak semua babysitter sudi nak handle susu badan ni sbb mmg agak renyah sikit nak handle. Syukurlah, my in laws sangat supportive dan positive untuk sama-sama cuba mana yang terbaik untuk Muammar. Thank you!
Sumber: ig tasha manshahar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bertuahnya Muhammad ‘Ali! Kehadirannya Ditunggu Sejak 3 Generasi Dalam Keluarga Alif
Bertuahnya! Bagi penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar mendedahkan anak ketiganya Muhammad ‘Ali yang dilahirkan pada 19 September lalu adalah cahaya mata yang dinanti-nantikan keluarganya.
Kata Alif, sepanjang tiga generasi kebanyakan ahli keluarga sebelah ibunya terdiri daripada saudara-mara perempuan melainkan Alif sendiri.
“Dalam generasi ketiga dia menjadi anak lelaki pertama. Adik beradik ibu saya semuanya perempuan dan sepupu saya juga semua perempuan.
“Manakala, adik-beradik saya juga semua perempuan, sama juga anak saudara saya. Saya satu-satunya anak lelaki.
ARTIKEL LAIN [Panduan Bersihkan Najis Anak. Berguna Untuk Ada Anak Kecil. Tak Ragu, Solat Pun Sah]
“Jadi kelahiran Muhammad ‘Ali buatkan ramai teruja dan cahaya mata lelaki yang ditunggu-tunggu ramai sejak sekian lama,” kongsi Alif.
View this post on Instagramfloat like a butterfly, sting like a bee.. rumble young man rumble…💪🏽♥️
A post shared by Alif Satar™️ (@alifsatar) on
Berkongsi semula detik kelahiran anak lelaki pertamanya, cerita Alif dia hampir terlupa dengan hari jadinya yang jatuh pada tarikh sama dengan waktu kelahiran ‘Ali.
“Alhamdulillah anak lelaki saya memberikan satu kegembiraan yang berbeza dalam keluarga kami kerana dia lahir sama dengan tarikh hari jadi saya.
“Pada hari itu saya sudah tak fikir apa selain melihat isteri saya bertarung nyawa dan menantikan anak saya dilahirkan.
“Tepat pukul 11.21 malam, ‘Ali dilahirkan secara normal namun dimasukkan dalam Unit Rawatan Rapi selama lima hari kerana demam kuning,” ujarnya.
View this post on Instagrampagi yang bau kuat dengan minyak telon😂♥️♥️♥️
A post shared by Alif Satar™️ (@alifsatar) on
Alif dan isteri Sha Dila Halid mendirikan rumah tangga pada September 2014 dan dikurniakan cahaya mata perempuan Alisha Anugerah, 4, dan Ariana Mecca, 2 tahun.
Sha Dila pernah mengalami keguguran pada awal tahun ini namun disahkan hamil semula tidak lama selepas itu.
Sumber: Gempak & ig Alif Satar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pembesaran Anak Boleh Terbantut Jika Mengalami Alahan Susu
Pembesaran anak tidak normal mungkin salah satunya disebabkan mengalami alahan susu. Susu lembu adalah makanan utama bayi dan sesetengah kanak-kanak. Masalah alahan lebih jelas pada mereka yang bertindak balas terhadapnya.
Biasanya masalah ini lebih ketara bagi anak yang tidak dapat menyusu dengan susu ibu kerana beberapa faktor.
Alahan susu lembu boleh menunjukkan pelbagai petanda. Adalah penting untuk mengenali petanda-petanda tersebut supaya dapat di diagnosis pada peringkat awal.
Bagaimana mengesan alahan tersebut?
Tanda dan gejala akan timbul dalam jangka masa 6 bulan pertama. Terdapat dua jenis tindak balas utama :
- Serangan gejala nafas berbunyi, muntah,gatal ,ruam / bintat (urticaria), bengkak pelupuk mata dan bahagian lain badan(angioedema) dan tindak balas seluruh badan(anaphylaxis) yang cepat dan menyerang secara tiba-tiba.
- Tindak balas yang lewat adalah perkara yang lebih biasa dan ia mengakibatkan gejala termasuk berak cair, najis berdarah, muntah, perut memulas dan pembesaran terbantut (poor growth)
Dapatkan nasihat doktor untuk diagnosa kerana tanda-tanda ini juga biasanya timbul dalam penyakit lain.
Apa kemungkinan masalah yang timbul dari alahan susu lembu?
Masalah yang mungkin timbul termasuk:
- Mempunyai risiko tinggi mengalami alahan seperti asma dan ekzema
- Penyakit usus disebabkan alahan susu lembu menyebabkan anak tidak membesar.
- Kekurangan zat makanan boleh berlaku sekiranya penukaran susu bukan berasaskan susu lembu tidak dilakukan pada peringkat bayi.
- Kemungkinan berlaku kematian akibat serangan teruk (anaphylaxis)
Bagaimana alahan terhadap susu lembu dirawat?
- Bagi kes alahan susu lembu yang teruk, ubatan seperti epinephrine/adrenaline dan antihistamin adalah perlu.
- Elakkan pengambilan semua makanan berasaskan susu lembu.
- Ibu yang menyusukan anak mereka juga dihalang dari mengambil makanan berasaskan susu lembu.
- Bayi yang diberi susu formula disyorkan menukar kepada susu yang berasaskan soya atau yang diproses menjadi separa hadam (chydrolysate based formula). Bagi kes yang teruk tukarkan kepada susu yang berasaskan asid amino dan ini mungkin boleh membantu.
- Vitamin D dan tambahan kalsium mungkin perlu jika anak anda tidak mengambil susu.
- Susu lembu mungkin boleh diberikan semula kepada anak anda dengan pengawasan doktor.
Apakah cara mencegah alahan susu lembu?
- Memberi susu badan sepenuhnya selama 6 bulan adalah digalakkan kepada bayi yang mempunyai sejarah ahli keluarga yang mengalami alahan seperti asma,ekzema untuk melewatkan gejala jika bayi anda ada alahan pada susu lembu.
- Sekiranya bayi anda terpaksa diberi susu formula, susu yang telah diproses menjadi separa hadam (chydrolysate based formula) adalah pilihan yang terbaik.
Sumber: www.myhealth.gov.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI