Mesti ada ibu yang tak sabar tunggu bayi menginjak usia 6 bulan sebab nak bagi makan. Dalam fikiran tu macam-macam nak cuba masak. Ada yang dah siap save resipi bubur dan puri.
Namun bila dah sampai masanya bayi pula menolak semua makanan yang ibu dah buatkan, dan paling tak tahan siap buat muka nak muntah.
Apabila dah macam ni, ibu mula kecewa dan jadi putus asa nak bagi anak makan. Akhirnya biarkan anak minum susu semata-mata.
Ingat ya jika anak tak makan sebarang makanan pelengkap walaupun dah melepasi umur 6 bulan si kecil berisiko untuk mengalami beberapa masalah seperti kekurangan nutrisi, lewat perkembangan dan beberapa perkara lagi.
Perkongsian dari Puan Marlisa Azura Abdul Ghani mengenai caranya memperkenalkan makanan pada anaknya pada usia 6 bulan mungkin boleh dijadikan panduan.
Saya nak share kepada ibu-ibu yang tengah pening fikir nak masak apa untuk bayi kesayangan tu.
Pertama sekali mulakan dengan bubur kosong lepas tu boleh campur dengan puri buah dan sayur.
Selepas itu mulakan balik bubur kosong supaya bayi dapat sesuaikan diri dengan rasa tawar, manis, masam, pahit. Sebenarnya bayi dah kenal dengan rasa-rasa macam ni melalui susu ibu (apa yang kita makan itu yang bayi rasa) cuma kita pelbagaikan lagi supaya anak kita besar nanti tak memilih makanan.
Selepas usia anak 7 atau 8 bulan cuba tambah protein pula ye. Yang penting follow 4 days rules, cuba bagi sikit-sikit sesudu dua (janganlah sampai semangkuk) dan jangan tambah gula atau garam tau.
Kena ingat makanan utama bayi masih susu ibu, makanan ni cuma makanan tambahan / pelengkap bayi yang berusia 6 bulan ke atas sahaja. So keep going on your breastfeeding ok!
Sumber: Marlisa Azura Abdul Ghani
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Dengar Cakap Ayah Berbanding Ibu? Bukan Silap Asuhan Tapi Ini Puncanya
Anak kalau dengan ayah semua dengar & cepat nak buat. Ibu jangan rasa kecil hati atau putus asa, ini mungkin puncanya.
Ibu dan bapa mempunyai perbezaan personaliti yang ketara. Seorang bapa lebih bersahaja, ringkas dan sporting manakala ibu pula lebih teliti. Justeru, ini menyebabkan anak-anak lebih menyukai personaliti bapa mereka berbanding ibu.
Perkongsian daripada ibu ini di Facebook mendapat perhatian warganet. Ia mendapat lebih 1,800 reaksi dan 1.800 perkongsian. Berikut perkongsian beliau;
Topik kali ni tentang kenapa anak-anak kalau bapak cakap sekali, terus dia dengar. Tapi kalau mak cakap, sampai berbuih mulut, mata terjegil, telinga berasap pun dia belum tentu nak ikut.
Akhirnya, kuliah kami membawa kepada beberapa rumusan.
#1.Bapa suka main dengan anak
Betul tak? Yang suka layan anak main siapa? Bapak. Suami kami orang ni la.
Walau cengey kot mana pun bapak, dia juga lah yang sabar layan anak main. Dari main lasak-lasak sampailah ke main masak-masak. Bapak yang main.
Mak pergi mana masa ni?
Buat kerja rumah.?
Dikala bapak layan anak main bayblade, mak jemur baju. Dikala bapak layan anak main Saidina, mak lipat baju. Dikala bapak layan anak main cikgu-cikgu, mak cuci jamban.
Jadi, siapa best?
Bapak!
#2. Dengan bapa apa nak pun dapat, dengan mak semua tak boleh
Suami aku jenis bawa anak pergi kedai DIY, kemudian keluarkan pekeliling, “Ambik mainan yang bernilai RM20 ke bawah. Abah tunggu sini. 10 minit lagi jumpa kat sini semula”.
Maka, anak aku dengan penuh gembira akan cari mainan seperti yang diluluskan bajet poket abah dia. Tapi diiringi rasa tanggungjawab juga.
“Bawah 20 ringgit”.
“Jumpa lagi 10 minit”.
Diberi kepercayaan adalah satu perasaan besar dan bangga dalam diri anak-anak. Anak suka orang percaya dia. Dia akan balas kembali dengan rasa percaya yang sama.
Cuba kalau mak~~
“Eh, tu dah ada”.
“Mahal sangat tu”.
“Tu takda faedah”.
“Tak payah, baik bagi mak beli sayur”.
Habis, siapa best?
Bapak!
#3. Bapa enjoy the momment, mak fikir 20 tahun akan datang
Ayah tak banyak fikir akibat.
Sekarang, masa sekarang.
Anak nak tolong bakar sampah, jom!
Anak nak mandi lambat, takpa.
Anak nak makan megi, sekali sekala.
Anak tidur pakai seluar jeans, ok.
Kalau mak ni~~
Bila anak memanjat, kita takut jatuh kepala pecah. Karang anak perempuan nak main beyblade, kita takut dia jadi tomboi. Jap lagi anak nak main basikal kat luar rumah, kita takut nanti kena langgar.
Serba tak boleh.
Jadi, siapa best?
Bapak!
# 4. Bapa jarang marah, sebab tu sekali sekala marahnya berkesan
Budak-budak ni adalah sejenis makhluk yang bijak. Dia pandai latih diri ikut keadaan.
Kalau dah hari-hari mak marah, anak pun imun dah. Tak kisah. Dah biasa. Ayah-ayah ni kan jarang nak marah. Sesekali marah, anak memang la takut. Sebabnya, ada impak.
Jadi, siapa best?
Bapak!
#5. Bila marah, bapaktak membebel. Mak kalau boleh nak bagi ceramah sampai malam
Bapak ni lelaki. Lelaki ni vocab dia sikit. Cakap yang perlu je. Jadi, arahan dia ringkas dan tepat. 10 kali kena ulang pun, tetap masih ringkas lagi. Dah dia memang jenis tak banyak cakap.
“Pergi mandi”.
“Meh makan”.
“Jom solat”.
“Bila nak buat?”.
Mak pun gitu juga. Tapi, biasanya cuma sampai suruhan ke 3. Kalau ke 4, haaaa… tunggulah kau. Cair la taik telinga kau lepas tu.
Jadi,siapa best?
Bapak!
#6. Emosi bapa konsisten
Jarang kita dengar bapak naik angin kalau dia cakap dengan anak. Dengan muka kering-kering macho, bapak masih boleh berada di fasa emosi yang sama. Dia mampu tenang sampai ke sudah.
Mak cepat nak naik angin. Pasalnya satu la aku rasa, kita ni banyak benda lain nak buat. Nak cepat. Payah nak tunggu-tunggu ni. Tak sabor!
#7. Bapa tak banyak drama
Mana ada pernah dengar bapak kata~~
“Kamu ni tak kesian kat abah ke?”.
“Sampai hati kamu tak dengar”.
“Kamu tak sayang abah ke?”.
Mana ada!
Dia bukan kisah pun.
Kita la tu yang banyak drama tu. Sikit-sikit nak kecik hati. Sikit-sikit nak touching. Sikit-sikit nak merajuk. Anak taknak makan ikan goreng kita pun nak sedih.
Ceit!
Jadi, siapa best?
Bapak!
Dan secara psikologinya~~
Budak-budak ni akan dengar, ikut, patuh dan taat pada sosok yang dia senangi dan menyenangi dia.
Yang main dengan dia, layan dia, boleh kawtim dengan dia, boleh bagi apa dia nak, boleh berlebih kurang, boleh buat dia seronok.
Sebab tu di usia begini~~
Dia dengar cakap cikgu.
Dia suka nak main dengan kawan.
Sebab golongan ni tak macam mak.
Lebih dari guru disiplin kadang tu.
Jadi salahkah kita?
Tak!
Kita adalah penstabil keadaan.
Ying-Yang.
Kalau semua boleh, tak bagus juga.
Kalau semua sporting, rosak juga.
Kalau semua nak ikut, bahaya juga.
Jadi adakah kita tak best?
Tak!
Kitalah mak yang best dalam tak best!
Asal jangan jadi naga selalu sangat dah
la mak. Takut lubang idong kau berasap. Huduh tau!?
Sumber: Siti Suryani Yaakop
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bayi Sudah Berusia 6 Minggu? Ini Antara Perkembangan Yang Ibu Patut Tahu
Apa agaknya perkembangan bayi usia 6 minggu yang patut ibu ketahui ya? Jangan bimbang, dalam perkongsian artikel ini ada jawapannya.
Pada minggu kedua dalam bulan yang pertama, bayi anda mungkin mempunyai keupayaan untuk bertindak balas dalam cara yang tertentu seperti merenung, menangis atau berdiam diri.
Sokongan untuk bayi anda.
Kebanyakan pakar tidur cadangkan meletakkan bayi anda di tempat tidur semasa mereka masih terjaga, tetapi mengantuk. Jadi bersedialah untuk bayi anda berikan ganjaran kepada semua penjagaan anda dengan senyuman yang berseri-seri, tanpa gigi, hanya untuk anda. Ini akan membuatkan hati anda cair.
Pada minggu kedua dalam bulan yang pertama, bayi anda mungkin mempunyai keupayaan untuk bertindak balas dalam cara yang tertentu seperti merenung, menangis atau berdiam diri.
Kesihatan dan Keselamatan
Apa yang patut saya bincangkan dengan doktor? Bergantung kepada kesihatan si kecil anda, doktor akan menjadualkan pemeriksaan.
Walau bagaimanapun, jika anda membawanya ke doktor minggu ini, sila berunding dengan doktor anda mengenai isu-isu berikut:
- Jika bayi usia 6 minggu anda mendapat berat badan secara perlahan-lahan atau mempunyai sebarang penyakit
- Jika anda mempunyai sebarang keraguan yang timbul dalam tempoh dua minggu yang lalu tentang kesihatan, tingkah laku, tidur bayi anda, masalah penyusuan
Apakah yang patut saya tahu?
Berikut adalah beberapa perkara yang anda perlu tahu:
Pemakanan bayi usia 6 minggu
Jangan bimbang jika anda tidak dapat menyusukan bayi. Bayi menyusu botol, termasuk bayi anda, sihat, gembira, dan berat badan yang mencukupi, jika mereka mendapat formula yang cukup.
Terlalu banyak formula yang boleh membawa kepada bayi terlalu montel yang juga boleh membawa kepada masalah lain. Jika mereka telah meludah, sakit perut atau berat badan berlebihan, mereka mungkin akan mengambil terlalu banyak auns.
Pakar kanak-kanak akan memberitahu anda berapa banyak susu formula mereka perlu dapatkan pada setiap bayi. Juga, pada peringkat ini, doktor mungkin menetapkan beberapa vitamin dan nutrien seperti vitamin D dan zat besi.
Kedudukan tidur bayi usia 6 minggu
Apabila ibu bapa meletakkan bayi tidur, belakang memang merupakan kedudukan pilihan. Kajian telah menunjukkan bahawa tidur belakang kurang demam, kurang masalah tidur tersumbat, dan kurang jangkitan telinga dan lebih cenderung meludah pada waktu malam. Mulakan tidur bayi anda pada belakangnya dengan segera, supaya mereka terbiasa dan berasa selesa dalam kedudukan itu dari awal.
Pernafasan bayi
Kadar pernafasan normal yang baru lahir adalah kira-kira empat puluh kali setiap minit semasa terjaga; apabila bayi anda tidur, walau bagaimanapun, ia boleh melambatkan kepada dua puluh kali seminit.
Tetapi apa yang membimbangkan anda ialah bagaimana corak pernafasan bayi tidak teratur semasa dia sedang tidur. Bayi anda mungkin bernafas dengan cepat, dengan nafas yang cepat dan cetek yang berulang, bertahan 15 hingga 20 saat, dan kemudian berhenti seketika selama kurang daripada 10 saat, dan kemudian bernafas lagi.
Jenis corak pernafasan ini dipanggil pernafasan berkala, adalah normal dan dikawal oleh pusat kawalan pernafasan belum matang bayi anda di dalam otak.
Kebersihan tali pusat bayi usia 6 minggu
Jangkitan tali pusat jarang berlaku, terutamanya jika anda menjaga kawasan pusat dan pastikan bayi anda bersih dan kering. Jika anda perasan kemerahan kulit di sekitarnya atau tali pusat atau kawasan dari rembesan dari bahagian bawah saraf, terutama apabila bau tali pusat, anda perlu segera bawa bayi anda ke doktor.
Jika bayi anda terkena jangkitan, doktor akan menetapkan antibiotik untuknya. Tali pusat biasanya kering di luar dan jatuh dalam tempoh satu atau dua minggu selepas bayi dilahirkan.
Apabila tali pusat jatuh, anda mungkin perasan darah yang sedikit atau sedikit cecair seperti aliran darah. Ini betul-betul normal dan tidak perlu dibimbangkan.
Walau bagaimanapun, jika tali tidak menutup sepenuhnya dan tidak mengeringkan dalam tempoh dua minggu selepas tali pusat jatuh, untuk penjagaan dan bantuan yang tepat pada masanya.
Kredit: Hello Doktor
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bayi Baharu Lahir Menangis Bukan Sebab Lapar Sahaja, Jururawat Ini Jelaskan Puncanya
Bayi baharu lahir memang kerap menangis. Ramai beranggapan bayi lapar susu tetapi lepas kerap disusukan kenapa masih menangis lagi.
Dalam keadaan ibu kalut dan panik, ada pula yang mencadangkan agar diberikan bayi susu formula kerana alasannya bayi tak cukup susu ibu, sebab tu asyik menangis je.
Akhirnya ibu muda yang baru pertama kali melahirkan anak mempunyai tanggapan yang bayi baharu lahir asyik menangis disebabkan tak cukup minum susu ibu dan perlu di ‘top-up’ dengan susu formula.
Menurut Puan Nor Azniza, Jururawat Klinikal Avisena Specialist Hospital kalau ramai ibu yang masih beranggapan sedemikian makanya ia bermakna ramai ibu menyusu anak yang masih kurang berpengetahuan.
Ini penjelasan daripada beliau mengapa bayi baharu lahir kerap menangis. Yang baru bergelar ibu dan bakal menjadi ibu, diharap dapat memahami dengan jelas maklumat ini supaya tidak timbul lagi salah faham tentang bayi menangis sebab tak cukup susu ibu!
Masih ramai yang kurang pengetahuan. Masih ramai yang beranggapan bayi menangis kerana lapar.
Anak saya dah almost 2 tahun masih nak duduk bawah ketiak saya 24 jam.
Dia akan menangis, bila saya ke tandas, nak buat kerja rumah, hingga dia puas bonding dengan saya.
Almaklumlah saya ibu bekerjaya. Bila dapat luang masa dengan mak dia, dia akan pulun bonding sampai puas.
Bayangkan bayi baru lahir dengan keadaan penglihatan yang kurang jelas hanya boleh rasa hangat ibu, bau ibu, suara ibu.
Persoalan yang selalu diberi kepada saya.
“Jika susu saya cukup, kenapa bila saya beri susu formula dia berhenti menangis dan tidur”
Kebiasaan bayi baru lahir, 5-7 ml susu sudah mencukupi untuk mengenyangkan mereka.
Bila bagi susu formula melalui botol, kebiasaan bayi mampu minum hingga 30 – 90 ml sekali minum.
Perut mereka mengembang hingga maksima. Sudah tentu ia membuat bayi tidur. Otaknya kurang aktif kerana tubuh tertumpu untuk menghadamkan susu tersebut.
Itu memang fitrah. Kita pun kalau terlebih makan pun mengantuk.
Jadi ibu, tanggungjawab kita bukan hanya bagi makan pada anak. Tapi kepada emosi,psikologi bayi kita. Apa yang bayi kita perlukan?
“Selesa dan rasa selamat”
Apa yang bayi rasa selesa dan selamat?
“Hisapan dari breast ibu, dakapan dan kehangatan tubuh ibu”
Sumber: Nor Azniza
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI