Tak Mahu Anak Kena Ruam Lampin, 4 Jam Sekali Patut Tukar Pampers. Jangan Biar Sampai Penuh!

Share

Sebelum kita nak salahkan lampin punca anak ruam dan naik merah-merah, sepatutnya ibu bapa kena kenal pasti punca-punca kesalahan dari kita sendiri.

“Eh kesalahan apa pulak tu?”

Perkongsian dari Puan Aizah Zarirah ini dapat memberi sedikit penjelasan kepada ibu bapa yang mungkin tak sedar kesilapan yang dilakukan.

  1. Guna krim lampin yang salah

Penggunaan krim yang salah salah satu punca terjadinya ruam!

Memang sekarang semakin banyak jenis krim untuk merawat ruam lampin bayi di pasaran untuk kita pilih. Tetapi sebagai ibu bapa, kita kenalah bijak membaca kandungan pada label belakang. .

Pastikan krim yang kita pilih ni bebas dari bahan yang berbahaya.

Lepas tu semak lah mana tau jada di antara bahan di dalam krim tersebut menyebabkan kulit bayi kitanaik ruam. Kadang-kala kulit bayi kita lebih baik jika tidak dipakaikan apa-apa krim.

2) Tak membersihkan kotoran dengan betul

Ini punca ruam lampin bayi yang ramai ibu bapa terlepas pandang, kadang kala kita cuci sambil lewa, paling malas pun cuci pakai tisu basah je.

Ya memang air kencing bayi bukanlah terlalu kotor. Tetapi kulit bayi sangat sensitif.

Bukan tu je, cara membersihkan bayi lelaki dan perempuan pun berbeza. Bagi bayi perempuan, pastikan kekotoran tidak termasuk ke dalam vagina mereka dengan membersihkan dari arah depan ke belakang dan bukan sebaliknya.

3) Salah bagi makanan pejal

Kita memang teruja kalau anak kita dah mula boleh makan makanan pejal. Terasa macam nak bagi mereka cuba semua benda!

Tapi pernah tak kita pikir dan ingat kembali, adalakah selepas mula makan makanan pejal, bayi kita mula naik ruam lampin?

Mereka mungkin alergi terhadap sesuatu makanan yang diberikan kepada mereka. Sebab itulah penting untuk kita memerhatikan reaksi dan perubahan anak kita selepas mencuba makanan yan baru. Praktikkan ‘4 days wait rule’ ketika perkenalkan makanan pada bayi kita.

Dengan ini, kita boleh mengelak alahan anak sambil memastikan anak tak terkena ruam lampin bayi lagi.

4) Jarang tukar lampin

Akak ada juga perhati sesetengah ibu bapa ni, selagi lampin tak bergayut ke bawah tak adanya nak pergi tukar.

Sepatutnya tukar lampin ni kena dengan kerap. At least 4 jam sekali. Jangan fikir membazir semua tu untuk kebaikan anak kita.

5) Jangan guna bedak talkum

Jangan guna bedak talkum. Ia tidak akan melindungi daripada ruam lampin dan boleh menyebabkan geseran dan keradangan kulit bayi.

Pakaikan lampin secara longgar supaya ada ruang untuk udara mengedar sekeliling punggung bayi kita.

Sumber: Aizah Zarirah

Published by
Wan Amy