Bersempena ulang tahun kedua, penyanyi Lesti Kejora dan suaminya, Rizky Billar sepakat menukar nama anak sulung mereka iaitu Muhammad Leslar Al Fatih Billar ke nama yang lebih indah.
Memetik laporan Suara.Com, Lesti dan Rizky sepakat menggantikan nama Leslar yang merupakan gabungan nama Lesti dan Billar itu bagi mengelakkan rasa kurang senang buat anak-anak mereka kelak.
Malah menurut kata Lesti, diketika nama itu dipilih buat anak sulung, mereka tidak memikirkan untuk punya anak lagi. Bimbang nama itu membuatkan anak-anak lain cemburu, keduanya sepakat menukar nama lain.
Lesti dan Rizky sepakat memilih nama Muhammad Levian Al Fatih Billar bagi menggantikan nama lama. Menurut pasangan berkenaan, nama Levian itu telah difikirkan sejak kelahiran anak pertamanya itu lagi.
“Saya rasa kalau ada anak kedua nanti takkan nak guna nama Leslar juga. Itu yang saya tukar nama dia.
Ads
“Maksud nama Levian juga membawa makna yang baik iaitu seorang yang kuat, bijak dan mudah mendekati orang ramai,” katanya.
Sementara itu Rizky juga berharap agar nama baharu anaknya itu akan memberi harapan yang besar buat anak sulungnya itu kelak.
Terdahulu, si comel Muhammad Levian Al Fatih Billar selamat dilahirkan pada 26 Disember 2021 melalui pembedahan caesarian. Levian juga dilahirkan secara pramatang kerana terdapat komplikasi kerana Lesti terlalu keletihan.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Rezeki dikelilingi orang yang baik-baik. Selebriti, Betty Rahmad dipuji wargamaya kerana menyantuni pembantu rumahnya dengan baik.
Menerusi Instagramnya, Betty memuat naik videonya bersama anak kesayangannya, Ardy Wira yang menemukan pembantu rumahnya dengan anaknya yang lebih lima tahun tidak bertemu.
Menurut Betty pertemuan itu sebenarnya dirancang pada awal September lalu namun terdapat sedikit halangan.
“Hadiah untuk orang baik. Alhamdulillah selepas 5 tahun lebih Bibik tak jumpa anaknya, Allah izinkan mereka bertemu,” tulis Betty menerusi kapsyennya.
Tambah Betty lagi, pertemuan itu bagi menghilangkan rasa rindu buat anak pembantunya sekian lama. Tambah pula bagi mengenang kebaikan pembantunya yang bekerja dengan baik dan ikhlas.
“Sepatutnya awal bulan hari tu dah datang, tapi tak lepas di immigration sana. Mungkin mereka ingat dia datang untuk bekerja bukan bercuti.
“Kita cuba sekali lagi Alhamdulillah this time lepas. Tapi kali ni anaknya naik flight dengan saudara sampai Penang, dari Penang naik bus ke KL.
“Semoga pertemuan ni dapat hilangkan rindu bibik pada anak. Yang kerja seikhlas hati & banyak tolong family saya selama ni. I’m so happy for her. Kita semua berhak rasa bahagia & dihargai,” tulisnya dikapsyen.
Perkongsian Betty itu sudah semestinya dipuji wargamaya malah turut tersentuh dengan video pertemuan ini.
Jarang-jarang berkongsi tentang kisah anak daranya di laman sosialnya, kemunculan puteri tunggal kesayangan penyanyi dan penyampai radio Zayan, Mawi mencuri perhatian ramai.
Siapa sangka puteri tunggal Mawi dan pelakon Ekin, Cahaya Malaika sudah meningkat remaja dan kini sudah pun berusia 12 tahun.
Menerusi satu video yang dimuat naik Mawi Bersama Cahaya, anak kecil itu kini sudah pandai merias wajah dan menjaga penampilan diri.
“Dah pandai berbedak,” tulis Mawi menerusi kapsyennya.
Cahaya yang ketika itu sedang memakai bedak kompak kelihatan tersipu malu apabila menyedari dirinya dirakam bapanya.
Wajah ayunya yang semakin membesar dilihat cukup cantik sempurna, mewarisi kecantikan daripada kedua-dua ibu dan bapanya.
Malah penampilan sopan, berhijab serta tutur katanya yang sopan tambah sejuk mata yang memandang.
Biarpun berstatus anak selebriti namun penampilan gadis kecil molek ini sederhana. Tak hairanlah dipuji ramai.
Meninjau diruangan komen rata-rata wargamaya memuji penampilan Cahaya yang saling tak tumpah seperti bapanya. Iras wajahnya cukup ayu dan cantik.
Tidak lagi berharap anak kedua
Baru-baru ini, kepada portal berita Mawi dan Ekin berkongsi bahawa masing-masing tidak lagi berharap kehadiran cahaya mata baharu atas faktor usia.
“Kami dah pasrah dan reda. Lagipun, Cahaya tidak mahu adik lagi.
“Dia okay sebab kembar saya Ain ada dua anak yang hampir sebaya dengannya. Jadi, hidup dia tidak sunyi,” katanya.
Ekin pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali sebelum kelahiran Cahaya.
Terdahulu Mawi dan Ekin mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2008. Pasangan ini menyambut kelahiran Cahaya Malaika pada Februari 2012.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Badan rasa kuat dan yakin untuk berpuasa tetapi bila memikirkan janin dalam kandungan, ibu mula goyah. Bagi ibu-ibu hamil yang masih terfikir-fikir, ini saranan dari Dr Afida Sohana Awang Soh dari Klinik Pakar Wanita, Metro IVF Klang.
Soalan favourite yang saya terima di klinik sepanjang minggu ini, adalah berkenaan berpuasa; samada dibolehkan semasa hamil/menyusu, atau tidak.
“Sesungguhnya Allah ‘azza wa jalla meringankan setengah solat untuk musafir dan meringankan puasa bagi musafir, wanita hamil dan menyusui.”
Hadis riwayat An Nasai no. 2275, Ibnu Majah no. 1667, dan Ahmad 4/347. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan sahih.
Menurut Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan dalam tulisan beliau di http://www.muftiwp.gov.my/…/irsyad-fatwa-umum/1969-31 beliau berpendapat yang perempuan yang hamil dan menyusukan anak jika berbuka kembali kepada dua keadaan sahaja iaitu:
1. Kalau semata-mata kerana bimbang diri sendiri bolehlah dia berbuka dan qadha sahaja.
2. Kalau kasihankan kepada janin dan juga anak yang disusukannya maka bolehah dia berbuka dan membayar fidyah.
Ha! Mudah dan terang penjelasan yang ada. Islam itu mudah, cuma jangan dipermudah-mudahkan! Ada sebab mengapa keringanan ini diberikan.
Jom kita tinjau dari segi perubatan pula. Terdapat perubahan pada physiology pada bakal ibu yang mungkin membuatkan puasa itu menjadi sedikit payah, dan dalam keadaan tertentu, merbahaya.
Kita ulangkaji Biologi sekejap! Dari segi Physiology:
* Pengaliran darah ibu meningkat 10 kali ganda semasa hamil. Ini menyebabkan jumlah darah bertambah lebih 1.5L dari jumlah biasa,
* dan, kadar degupan jantung ibu menjadi lebih tinggi
* Perlu diingat juga, kadar degupan semakin meningkat jika kurang air, (dan nadi bayi juga meningkat)
MasyaAllah! KUATNYA PERTAMBAHAN KERJA JANTUNG SEORANG IBU YANG HAMIL!
* Tekanan darah ibu semasa hamil pula berubah. Ianya menjadi rendah pada awal kehamilan, menyebabkan Ibu mudah merasa pitam. Sekiranya ibu tidak minum air secukupnya (dehidrasi), tekanan ini boleh menjadi lebih rendah. Ibu akan merasa lebih lemah!
* Darah ibu membekalkan gula kepada bayi.
* Semasa berpuasa, kandungan gula di dalam darah ibu yang hamil adalah lebih rendah, menyebabkan ibu merasa lebih cepat letih
* Jika kandungan gula menjadi sangat rendah, ia boleh menyebabkan ibu menjadi loya dan muntah-muntah, lebih-lebih lagi pada peringkat awal hamil.
* Darah ibu semasa hamil adalah lebih pekat bagi melindungi ibu daripada pertumpahan darah yang berlebihan semasa bersalin.
* Tapi, ini juga meninggikan risiko mendapat darah beku (venous thromboembolism, atau VTE)
* Risiko ini meningkat jika ibu kurang air, atau tubuh mengalami kegersangan/hypovolaemia
* VTE adalah sangat merbahaya dan boleh membawa maut!
* Perubahan hormon semasa hamil memperlahankan pergerakan makanan yang hadam di dalam usus, menyebabkan najis menjadi lebih keras dan masalah sembelit
* Masalah ini boleh bertambah lagi jika tidak minum secukupnya.
Mungkin bakal ibu berasa takut pula bila membaca perubahan Physiology dan implikasinya ini kan?
Tapi sebenarnya, bukan tidak boleh berpuasa. Cumanya, ibu perlu mendapatkan nasihat doktor dan pakar, minum air secukupnya, dan juga beringat untuk tidak berlebihan dalam menjalani puasa.
Jika berasa letih atau tidak larat, jangan paksa diri! Dalam masa yang sama, ada kondisi yang membuatkan ibu hamil itu tidak digalakkan berpuasa sama sekali:
1. Ibu yang mepunyai risiko VTE yang sederhana atau tinggi
2. Ibu yang tidak sihat atau muntah-muntah (lebih-lebih lagi jika kerap muntah dalam semester pertama)
3. Ibu yang mempunyai penyakit kencing manis dan memerlukan rawatan metformin atau insulin
4. Ibu yang mempunyai kehamilan berisiko tinggi seperti (pre-eclampsia, penyakit autoimmune, penyakit jantung)
5. Ibu yang janinnya mempunyai masalah pembesaran (IUGR) atau kurang air ketuban (oligohydramnios)
6. Ibu yang masih di dalam 6 minggu pertama selepas bersalin (risiko VTE paling tinggi semasa ini)
Berpuasa semasa Menyusu Bayi:
* Tiada bukti signifikan yang berpuasa pada bulan Ramadhan mengurangkan susu ibu.
* Tapi kadangkala Ibu tidak dapat menahan lapar semasa menyusu, dan khuatir kesihatan diri atau bayi boleh terjejas.
Yang penting,
* Berbincang dengan doktor!
* Minum air secukupnya. Boleh gunapakai tips KKM seperti dalam gambar
* Banyakkan makanan yang tinggi protein supaya kenyang lebih lama
* Jangan paksa diri!
Moga bermanfaat dan Selamat Berpuasa buat semua!
Mohon maaf zahir batin!
Semoga Ramadhan ini membawa keinsafan kepada diri kita, dan semoga barakah Ramadhan menyelubungi dunia, supaya kita semua dapat hidup dalam keamanan dan ketaqwaan.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.