Pelawak dan pengacara Nabil Ahmad meluahkan rasa syukurnya bila mana anak sulungnya, Naera Mikayla menyatakan keinginanya untuk tampil bertudung.
Akui Nabil, dia dan isterinya Nazirah Ayub tidak pernah memaksa anak sulung mereka yang kini berusia 11 tahun itu untuk bertudung namun memberikan sokongan buat Mikayla.
Malah akui Nabil lagi, dia tidak mahu berkongsi perkara itu kerana bimbang jika anaknya diuji kembali tidak bertudung satu hari nanti.
“Pada mulanya masa dia minta pakai tudung, saya dan isteri terkejut sebab dia baru darjah lima.
Ads
“Saya tak pernah meminta dia memakai tudung. Asalkan pakai apa yang dia selesa. Tapi Alhamdulillah saya gembira,” kongsinya.
Sebagai tanda sokongan, bapa penyayang ini turut membelikan setiap warna tudung yang menjadi kegemaran anaknya.
“Saya sebenarnya tiada niat berkongsi mengenai hal ini kerana saya sangat takut nanti bila Allah uji dia sekiranya ingin membuka semula tudung.
Ads
“Jadi saya biar sahaja. Saya bagi sokongan dan belikan setiap warna tudung yang dia mahu,” katanya.
Dalam pada itu, Nabil sentiasa berdoa serta berharap agar anak perempuannya itu kekal istiqamah dalam menutup aurat serta tidak mengikut jejak langkahnya yang agak lambat dalam mendalami agama.
Ads
“Saya tidak mahu anak-anak ikut seperti bapa (merujuk kepada dirinya) mereka. Saya dulu tak baik, bapa mereka nakal. Belajar agama pun lambat. Dapat hidayah pun lambat.
“Jadi kalau boleh saya tidak mahu anak-anak saya melalui fasa buruk itu. Biar mereka melalui laluan yang betul. Apa yang boleh saya buat adalah berterusan mendoakan mereka untuk kekal istiqamah,” katanya.
Terdahulu, Nabil dan Zira Ayub mendirikan rumahtangga pada 2011. Mereka dikurniakan dengan tiga orang cahaya perempuan, Naira Mikayla, dan Layla Medyna dan Mishall Imani.
Pengalaman menyusukan anak sememangnya meninggalkan kenangan yang cukup manis buat semua ibu. Payah dan penat namun terasa amat berbaloi bila mana melihat anak mengukir senyuman selepas kekenyangan.
Bagi personaliti media sosial, Dr Fatin Liyana, pengalamannya menyusukan dua cahaya matanya, Ajda dan Nolan amat meninggalkan kesan mendalam dalam hidupnya namun bersyukur bila Allah mengurniakan susu yang melimpah ruah buat kedua anaknya.
Kata Dr Fatin, anak sulungnya yang lahir tidak cukup bulan ketika itu mengajar dirinya untuk menjadi ibu yang lebih baik, lebih-lebih lagi proses menyusukan anaknya yang lain dari orang lain.
“Ajda sekarang dah 5 tahun, Nolan 3 tahun. Ajda ni special sebab dia baby pramatang, masa lahir dia ada masalah dengan suckling tak pandai menyusu. Dia masuk nicu, dia memang tak pandai nak menyusu. Kalau bagi breast dia tak reti nak hisap, botol dan shrink pun tak pandai.
“Jadinya waktu lahir tu memang bagi melalui tiub sahaja. Setiap 2-3 jam saya masa tu dekat HUKM, saya akan turun ke ward untuk feeding dia. Kami buat physio jugak untuk rangsang dia menyusu.
“Bila balik rumah dia dah pandai sikit minum pakai botol susu, tapi still tak pandai nak breastfeed. Waktu Ajda pula saya hanya pam sahaja, penat sangat rasanya sebab terpaksa ikuti rutin basuh botol, pam setiap beberapa jam, ulang perkara yang sama.
“Saya rasa waktu tu saya rasa sangat penat, sebab bersungguh nak bagi anak minum susu badan. Sebab satu je sebab kita tahu susu badan ni ada banyak khasiat, ada antibodi dan semua nutrisi yang diperlukan oleh baby. Seboleh-bolehnya saya nak cuba bagi anak susu.
“Dan alhamdulillah anak kedua saya Nolan, saya dapat susukan dia dengan baik hingga sekarang usianya dah tiga tahun. Sama saja, dulu anak pertama dan kini anak kedua alhamdulillah susu saya banyak. Alhamdulillah Allah bagi rezeki, susu melimpah-limpah, banyak sangat.
“Cumanya, sebab banyak sangat saya alami masalah bengkak susu. Dua kali pantang mesti pergi klinik sebab ada masalah bengkak susu sebab susu banyak sangat. Masa Ajda lagi lah, asyik pam sentiasa sebab kalau tak pam mesti bengkak dan sakit. Susahnya saya rasa waktu tu.
“Untuk Nolan saya rasa mudah sangat, bila dia nak susu saja, saya bagi sahaja sambil baring. Tak payah bangun, tidur pun lebih lena,” kata Dr Fatin bercerita.
Pilih makanan yang menggembirakan
Dianugerahkan dengan susu yang melimpah, pasti ada petua yang diamalkan oleh doktor muda ini. Namun kata ibu kepada dua orang cahaya mata inilah berkat pemilihan makanan yang menggembirakan hidupnya ketika dalam pantang hinggalah sekarang.
“Saya tak ada apa-apa petua, pada saya kita jena jaga kita punya well being. Bila kita happy, cukup makan kita akan positif dan susu memang ada.
“Kalau dalam pantang, pertama sekali pada saya jangan duduk dalam gelap. Pagi-pagi tu bangun buka tingkap dan pintu bagi matahari masuk. Siapkan diri kita, mandi pagi-pagi pakai cantik-cantik. Kita makanlah kenyang-kenyang.
“Macam saya dulu, apa sahaja favourite food saya, itulah milk booster saya. Macam saya dalam pantang saya suka makan nasi, lauk tak berapa sangat tapi nasi saya makan banyak. Susu saya memang banyak. Lagi satu saya suka makan yogurt dan coklat waktu dalam pantang. Saya makan benda yang buat saya happy. Tak adalah banyak tapi buat rasa-rasa.
“Saya jaga pengambilan air, minum air memang banyak sampai 2 hingga 3 liter. Sebab kita buat susukan, kita tak boleh minum sikit. Nanti badan akan rasa lesu, tekanan darah jadi rendah, so benda tu tak bagus. Kalau kita minum lebih, untuk badan cukup, buat susu pun cukup,” katanya berkongsi.
“Bengkak susu memang buat air mata saya mengalir”
Namun satu hal yang tidak dapat dilupakan olehnya sepanjang menyusukan anak dari awal hingga kini adalah pengalamannya mengalami masalah bengkak susu pada kedua-dua pengalaman penyusuannya. Setiap kali pantang pasti masalah ini menghantui dirinya.
” Saya boleh terima sakit bersalin tapi breast bengkak saya memang tak boleh terima. Lepas pembedahan masa lahirkan anak pun saya tak menangis, tapi masa bengkak susu memang air mata saya mengalir.
” Waktu itu saya buat macam-macam treatment, panggil orang urut dan cuba juga rawatan guna kobis untuk surutkan bengkak. Saya makan juga ubat-ubatan seperti antibiotik, ponstan dan sebagainya.
” Saya memang tak boleh lupakan pasal bengkak susu ni. Dahlah sakit lepas tu nak susukan anak pulak. Memang sakit.
” Bagi saya pada ibu-ibu kalau baru belajar nak menyusukan, please dont be to hard on yourself. Jangan ingat kita baru belajar menyusu kita dah sukses.
” Dulu saya rasa saya macam ibu yang gagal bila anak saya tak pandai menyusu, saya pun tak pandai nak susukan anak.
“Kita sentiasa belajarlah benda baru dan jadikan pengalaman yang lalu contoh macam saya tak berjaya susukan anak pertama dan akhirnya saya berjaya untuk kedua.
” Kita pun kena terima yang baby pun tengah belajar, kita cuba sebaiknya perlahan-lahan dan pastikan dia sentiasa cukup susu dengan cara yang betul. Tapi jangan putus asa.
” Bonding dengan anak memang sangat rapat, kita rasa sayang sangat dengan anak dan anak pun sama. Lepas tu anak jarang sakit. Betullah orang kata liquid gold, memang tak ternilai harganya” kongsi lagi.
Berita baik buat BF Mommies & Mom To Be!
Pa&Ma akan mengadakan webinar penyusuan ‘Mama Tak Penat Menyusukan Anak’. Webinar penyusuan terbesar ini bakal mengumpulkan lebih 1000 peserta pada 5 September 2021.
Lebih menarik, webinar ini akan membawakan secara ekslusif barisan panel hebat Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa dan Pn Asiah Maharam.
Tidak ketinggalan, penampilan istimewa Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang juga akan berkongsi journey penyusuannya. Juga peluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah. Apa tunggu lagi, segera mendaftar sebagai peserta sekarang. Webinar ini adalah PERCUMA, khas buat bf mommies di luar sana!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit foto: @dr_afl
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sesuatu kemalangan yang berlaku memang tak dapat dijangka, namun sudah semestinya seorang bapa ingin berada di sisi anak tersayang jika berlaku kecemasan. Itulah yang dialami oleh pelakon saat dirinya dikuarantin setelah disahkan positif Covid-19 pada April yang lalu.
Pelakon ini mengakui terkilan dan sedih apabila gagal melaksanakan tugas sebagai ketua keluarga sepanjang dirawat sebagai pesakit Covid-19.
Kongsi Ashraf, kemalangan yang berlaku kepada salah seorang anaknya ketika dia dikuarantin di hospital benar-benar mencemaskan.
“Saya akan risau apabila ada antara ahli keluarga saya sakit ketika mana saya sedang dikuarantin di hospital kerana COVID-19.
“Misalnya salah seorang anak saya terpaksa menerima 40 jahitan mikro di jarinya akibat tersepit pintu dan insiden itu berlaku ketika saya dalam wad.
“Agak takut sebenarnya apabila saya dalam keadaan sedemikian dan tak boleh menjalankan tanggungjawab saya sebagai ketua keluarga.
“Memang ketika itu ada rasa terkilan dan sedih,” katanya kepada portal hiburan, Gempak.
Tidak berjumpa keluarga lebih 2 bulan
Jelas Ashraf, pengalaman sebagai pesakit COVID-19 benar-benar membuka matanya dan belajar banyak perkara tentang kehidupan.
“Saya berada di luar negara selama sebulan sebelum pulang ke Malaysia dan menjalani kuarantin selama dua minggu.
“Kemudian saya dimasukkan ke hospital kerana positif COVID-19 selama 25 hari dan meneruskan kuarantin sendiri pula.
“Bayangkan lebih 2 bulan saya tak bertemu dengan keluarga dan memang sangat sedih sampaikan menangis sebab rindu.
“Sepanjang tempoh itu saya melalui satu perjalanan baharu bahawa bukan COVID-19 yang perlu kita takutkan tetapi amalan dan iman kita kepada Allah.
“Ini dugaan Allah supaya kita sedar sejauh mana kita dengan-Nya,” tambahnya.
Selepas pulih dari COVID-19, Ashraf kini kembali aktif mempromosikan filem lakonannya Ada Apa Dengan Dosa.
Ashraf melakonkan watak sebagai pendakwah terkenal Ustaz Hariz yang dibayangi dosa-dosa silamnya yang pernah berzina dan punyai anak luar nikah.
Filem terbitan Pencil Pictures & Records itu dibintangi Wanna Ali, Fasha Sandha, PU Riz, Adam Corrie dan Fauziah Nawi.
Semoga setiap pesakit yang terkesan dengan virus ini akan disembuhkan dan dapat pulang ke pangkuan keluarga. Ingatlah kita masih belum menang walaupun kerajaan sudah memberi sedikit kelonggaran untuk rakyat.
Dia sendiri seorang bapa, sudah tentu mudah tersentuh melihat penderitaan bayi kecil ini, Ainul Mardhiah yang menderita ketumbuhan kanser.
Anak kecil berusia 8 bulan ini diduga dengan barah dan kini terpaksa menahan ketumbuhan pada bahagian lidah yang membesar.
Kisah bayi bernama Ainul Mardhiah menjadi tular mendapat perhatian daripada jutawan kosmetik Datuk Sri Aliff Syukri. Dalam status terkini, bapa kepada lima anak ini menyuarakan hasrat untuk bertemu dengan si kecil ini sendiri.
Apa nama adik ini, siapa kenal adik ni…
Kalau boleh nak jumpa sendiri, nak bantu apa yang perlu
Pernah tak terfikir, kenapa doktor jarang ambil MC walaupun dah nampak jelas tak sihat? Kalau orang biasa, demam sikit terus pergi klinik, dapat ubat,...