Tak Mahu Anak Minum Susu Formula, Dr Ezulia Gigih Buat Stok 3 Bulan Sebelum Ke Oversea

Share

Bukan mudah bagi seorang wanita hamil untuk berdepan situasi pandemik Covid-19 yang mengancam seluruh dunia. Namun pengalaman itu telah dilalui oleh Dr Tengku Ezulia Binti Tengku Nun Ahmad, seorang Pakar Bedah Telinga, Hidung, Tekak tahun lalu.

Dr Tengku Ezulia antara salah seorang daripada 20 penerima Anugerah Pa&Ma Gala Moms tahun ini. Pemilihan beliau sebagai penerima anugerah ini kerana semangat yang tinggi dalam dirinya sebagai seorang wanita bekerjaya dan ibu kepada anak tiga anak kecil.

Kehamilan yang sangat mencabar

Menceritakan pengalaman hamil kali kedua yang juga anak kembar, Dr Tengku Ezulia berkata ia pengalaman dan cabaran hamil yang sememangnya agak berlainan berbanding ketika mengandungkan anak sulung. Tambah lagi bila dapat tahu ada dua orang dalam rahim.

“Hamil kali kedua sememangnya mencabar kerana saya hamil kembar dan hospital tempat saya bertugas merupakan salah sebuah hospital yang merawat pesakit Covid ditambah pula perlu memakai PPE.

“Pengalaman hamil dan terpaksa juga merawat pesakit yang ada masalah demam, selesema, batuk, sakit tekak dan sukar bernafas satu tanggungjawab besar. Jika dilihat gejala ini turut mempunyai persamaan simptom Covid-19 dan prosedur melibatkan pemeriksaan hidung, tekak antara yang perlu dilakukan setiap hari,” ujar Dr Tengku Ezulia ketika berkongsi kisahnya di Live Pa&Ma Gala Moms.

Menurut Dr Tengku Ezulia lagi, mujurlah perjalanan kehamilan kembar dipermudahkan walaupun hari-hari berdepan risiko yang boleh memudaratkan diri. Walaupun kelahiran kedua ini secara pembedahan kerana bayi songsang, alhamdulillah semuanya sihat.

“Saya boleh katakan anak lelaki kembar saya ini adalah bayi PKP kerana sejak dari awal kandungan sehingga usianya dah 9 bulan memang hanya berada di rumah saja,” katanya.

Menceritakan mengenai anak kembar yang diberi nama Nik Areq Al-Birran dan Nik Arez Al-Birran, Dr Tengku Ezulia berkata, kedua-duanya mudah untuk dibezakan. Ini kerana si abang lebih kecil berbanding adik. Manakala kulit adik lebih cerah dari abang serta personaliti mereka seorang lebih aktif, seorang lagi chill je.

Bagaimanapun, tak dinafikan pernah juga tertukar antara mereka bila waktu tidur. Terkadang panggil adik sebagai abang dan abang pula adik. Tapi bila tengok betul-betul baru perasan.

Buat stok susu 3 bulan untuk anak  

Sementara itu, bercerita mengenai perjalanan menyusukan anak dengan susu ibu, Dr Tengku Ezulia ada kisahnya yang tersendiri. Di sebalik kesibukan sebagai doktor pakar, bab menyusukan anak beliau sangat bersungguh-sungguh.

Kongsinya, semasa kelahiran anak sulung, memang tiada ilmu untuk menyusukan anak tetapi yang membanggakan beliau adalah anak sulung itu yang mengajarnya erti penyusuan sebenar.

“Masa mula-mula lekapan, dia dah pandai hisap sehingga rasa enjoy sangat. Rezeki juga waktu itu susu meriah dan memang dapat berikan secara eksklusif.

“Di saat susu sedang meriah dan si kakak waktu itu berusia 10 bulan, dapat tawaran menyambung pengajian ke New York. Waktu itu dah mula rasa sedih sebab takut tak dapat berikan susu padanya.

“Namun atas semangat yang diberikan suami, saya mengambil keputusan untuk membuat stok susu selama 3 bulan sebelum berpisah dengannya. Dari awal saya dah belikan satu freezer khas dan hantar susu yang dipam ke kampung kerana mak yang akan menjaga anak,” ujarnya.

Semasa berada di New York saya tetap melakukan rutin mengepam dan simpan stok susu. Alhamudulillah perancangan saya itu berjaya kerana saya tak mahu putus susu apabila pulang semula ke Malaysia. Memang rasa mencabar, tetapi jika kita betul-betul mahu mesti akan berjaya.

Dalam perkembangan lain, ketika ditanya mengenai kerjaya anak-anak apabila besar, Dr Tengku Ezulia memang mengharapkan untuk anak-anak meneruskan kerjaya sebagai doktor.

“Cuma sebagai ibu, dia tidak akan memaksa jika anak-anak mempunyai minat yang lain. Ini kerana kerjaya doktor memerlukan minat yang tinggi dan bukanlah secara paksaan.

“Walaupun saya dan suami doktor pakar, apa sahaja minat dan kehendak anak, kami akan sokong dan tidak akan hadkan pada bidang yang sama,” akhirinya.

Mama jom rileks jap, klik link ni!

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.

Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy