Lazimnya, kanak-kanak memilih gajet untuk mengisi masa lapang. Tetapi tidak bagi kanak-kanak ini berlainan, walau pun dilahirkan di bandaraya, dia memilih untuk melakukan aktiviti kanak-kanak kampung iaitu berkhemah dan memancing.
Perihal kanak-kanak yang dikenali dengan nama Mikail Harith atau Along ini dikongsi oleh bapa saudaranya di Twitter. Along yang berusia 6 tahun dibesarkan tanpa penggunaan gajet seperti telefon pintar.
Kanak-kanak lelaki ini sudah terbiasa dengan kerja-kerja rumah seperti membantu memasak, menggosok pakaian sendiri, menjaga adik yang masih kecil. Dia juga suka dengan aktiviti luar.
Bapa saudaranya, Zharif Ramli mengatakan anak saudaranya itu telah diajar untuk meneroka hidup sendiri. Bapanya sering membawanya melakukan aktiviti seperti kanak-kanak kampung seperti berkhemah dan memancing walau pun dilahirkan di bandaraya Shah Alam.
Ketika pulang ke kampung di Kedah, Along tidak kekok untuk membantu datuknya menyiram pokok dan mencangkul. Kata Zharif lagi, menggosok pakaian ialah aktiviti biasa bagi Along. Dia adalah anak lelaki sejati. Semoga menjadi anak yang soleh.
Ramai yang mengagumi si kecil ini dan ibu bapanya yang berjaya mendidiknya tanpa gajet. ternyata membesarkan anak tanpa gajet itu tidak mustahil.
Sumber: Zharif Ramli