Setiap kali ambil anak di pusat asuhan atau di rumah pengasuh, periksa tubuh badan dan tingkah laku anak. Jangan terlepas bab ini! Tingkah laku anak setiap hari sebenarnya mungkin petanda untuk dia memberitahu kepada kita.

Anak di dera dalam diam mungkin sesuatu yang kita mahu elakkan. Namun kita jangan menidakkan hal ini berkemungkinan terjadi. Jadi sebagai ibu bapa yang peka dengan perkembangan anak kita, sebaik anak diambil daripada pusat asuhan, periksa tanda-tanda yang dkongsikan oleh Dr Redza Zainol ini pada anak. Penting!


Saya betul-betul tergamam bila kawan terdekat saya kongsikan cerita ni. Bulan lepas, dia baru dapat tahu anaknya didera di sebuah pusat asuhan kanak-kanak. Sebab anaknya ni terlalu aktif, dia dicubit di badan sampai kulitnya merah dan lebam-lebam.

Tak Mahu Ke Rumah Pengasuh, Makin Murung, Periksa 5 Tanda Ni Pada Anak!

Awalnya, dia fikirkan mungkin si kecil tu cuma terjatuh. Langsung tak terdetik fikiran yang bukan-bukan. Tapi lepas salah seorang pengasuh tu akhirnya mengaku dia yang dera, kawan saya ni terus jadi trauma. Hancur hati dia.

Sebenarnya dia paling kecewa sebab dia lambat nak kesan tanda-tanda yang anak dia ni dah didera. Sepanjang minggu, anaknya banyak termenung dan jadi sangat pendiam. Bila berborak, nampak dia tak fokus dan matanya cuma pandang tembus muka mak ayah tanpa perasaan.

Bila dia bersemuka dengan pengasuh, barulah tahu perkara sebenar. Kawan saya ni orangnya berpelajaran tinggi dan memang jaga anak sebaik-baiknya.

Tak Mahu Ke Rumah Pengasuh, Makin Murung, Periksa 5 Tanda Ni Pada Anak!

Yang buat saya sebak bila dia cakap apa guna belajar tinggi-tinggi tapi tak perasan pun anak sendiri kena dera. Allahu, saya cuma mampu mendengar je.

Ads

Saya nak kongsikan 5 tanda anak kita mungkin didera di tempat asuhan.

Mimpi buruk yang berulang-ulang.
– selalunya anak tak dapat tidur malam yang nyenyak.
– perkara yang menakutkan anak tu sentiasa menghantui anak sampai masuk ke dalam mimpi.

Regress
– maksudnya perkembangan anak tiba-tiba merosot.
– Anak umur 5 tahun, tiba-tiba berperangai macam umur 2-3 tahun.
– Contohnya: terkencing waktu malam, takut pada gelap dan menghisap ibu jari.

Tak Mahu Ke Rumah Pengasuh, Makin Murung, Periksa 5 Tanda Ni Pada Anak!

Pampers anak sentiasa penuh bila kita ambil anak dari tempat asuhan.
– Boleh jadi pengasuh kita jenis tak prihatin dan jarang tukarkan lampin anak.
– Satu lagi tandanya ialah ruam lampin yang berpanjangan.

Ads

Anak tiba-tiba jadi memberontak dan impulsif (sangat kurang sabar).
– ini cara anak melindungi diri sendiri setelah didera berkali-kali.

Menjadi sangat takut bila nak dihantar ke pusat asuhan atau sangat takut bila ditinggalkan seorang diri.
– mak ayah akan perasan anak jadi lebih “clingy” berbanding biasa. Dia akan ikut je mak ayah ke mana-mana.

Tak Mahu Ke Rumah Pengasuh, Makin Murung, Periksa 5 Tanda Ni Pada Anak!

Note

  • Kesan lebam pada lengan (warna merah) boleh terjadi bila si pelaku memegang kuat pada lengan anak ketika mendera anak. Untuk anak umur bawah 9 bulan, kecederaan selalu ada pada bahagian muka. Boleh jadi ditampar dan dicubit.
  • Peha anak selalu jadi sasaran si pelaku.

    Peha akan dicubit, ditampar, digenggam kuat-kuat dan paling sedih dipulas sampai patah tulang kaki (tulang femur).

Bantu saya #sebarkan pada mak ayah yang lain. Biar kita semua jadi lebih peka dengan tanda-tanda kecil ni.

Ads

Kadang-kadang anak kita tak tahu cara nak mengadu. Kitalah yang kena bantu mereka.

PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA

Tak sabar nak tengok keletah comel Jeanelle setiap minggu? Pa&Ma Musim ke-8 kembali lagi di kaca tv menemani anda! Kali ini, kami membawakan edisi Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Jom kosongkan malam Rabu anda dengan menonton gelagat mereka pada jam 9 malam, hanya di Astro Ria saluran 104 & 124. Set kalendar anda sekarang yaa !

Tak Mahu Ke Rumah Pengasuh, Makin Murung, Periksa 5 Tanda Ni Pada Anak!

#PaMaJourneyBersamaJovianNina
#AstroRIA
#MajalahPAMA

Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents 

Baca: Konon Nak Wangi Lepas Mandi, Rupanya Bahaya, Henti Sapu Bedak Pada Anak!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI