Kerisauan susu drop waktu puasa menjadi dilema kebanyakan ibu menyusu. Memang mengikut hukum Islam, ibu menyusu termasuk dalam golongan yang diberi kelonggaran untuk berbuka puasa sekiranya boleh memudaratkan diri sendiri atau bimbang susu untuk anak berkurangan.

Namun ramai ibu menyusu memilih untuk tetap menjalani ibadah berpuasa kerana merasakan ia tidak akan memudaratkan diri mereka asalkan tetap mematuhi panduan betul pemakanan ketika berbuka puasa dan bersahur.

Kaunselor Laktasi bertauliah, Puan Nad Masrom berkongsi langkah yang patut diamalkan oleh semua ibu menyusu yang berpuasa supaya mereka kekal bertenaga dan dapat terus menyusukan anak tanpa masalah.

Tips tersebut adalah berdasarkan pengalaman dirinya sendiri yang tetap berpuasa semasa masih menyusukan anak.

TIPS BERPUASA BAGI IBU MENYUSU:

Tak Mahu Susu Drop Waktu Puasa, Ibu Menyusu Wajib Patuhi 7 Langkah Ini
1. Waktu sahur, ambil makanan yang berat seperti nasi dan WAJIB makan kurma untuk bekalan tenaga yg lebih lama. Dan berusahalah untuk sahur pada masa yg lewat seperti dianjurkan supaya ibu tak terlalu lapar.

2. Selepas sahur (sebelum masuk subuh), boleh mengepam untuk sesi pertama. Dan sekiranya ada masa lagi sebelum azan, minumlah segelas air suam selepas mengepam.

IKLAN

3. Sesi mengepam lakukan macam biasa waktu bekerja (3-4 jam sekali). Disebabkan Kak Nad balik kerja pukul 2pm, jadi Kak Nad hanya mengepam dua kali di tempat kerja.

4. Bila balik rumah, sekiranya betul-betul tak larat, boleh berikan EBM kepada baby (dengan bantuan suami atau orang lain).

5. Masuk waktu berbuka, makanlah kurma dahulu kerana kurma memberikan tenaga yang lebih cepat.

IKLAN

6. Minum air yang mencukupi pada waktu malam untuk menggantikan bendalir dalam badan yg telah digunakan. Bawa botol air sentiasa (sambil tengok tv/letak tepi katil) supaya mommies ingat sentiasa untuk minum. Ini adalah penting untuk pastikan bekalan air dalam badan mommies mencukupi sewaktu berpuasa keesokan hari.

7. Dan mommies boleh mengepam pada waktu malam untuk bekalan stok keesokan hari.

Dan ingatlah mommies tentang satu perkara: kalau susu mommies DROP sebenarnya bukanlah disebabkan faktor mommies berpuasa tu.

IKLAN

Tapi disebabkan mommies rasa letih terutama bila baru nak mula berpuasa dan menyebabkan hormon oksitosin (salah satu hormon susu) juga drop.

Jadi sangat penting untuk mommies kekal bertenaga, bersahur, minum air yang mencukupi sepanjang malam & kurangkan pengambilan makanan-makanan yang akan mengurangkan air dalam badan seperti; kafein, makanan yang terlalu berminyak, dan makanan pedas.

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI