“18 Januari genap umur Aamina enam bulan tapi tidak sangka dia pergi secepat ini meninggalkan kami sekeluarga,” kata Siti Madihah Muhammad, 33, ibu kepada Tengku Aamina Tengku Mohd Ikhwan yang disahkan maut di sebuah taska di Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Bukit Jalil, pada Khamis lepas.
Menceritakan semula detik hitam itu, Siti Madihah berkata, anak keduanya itu dihantar ke taska yang terletak di bawah rumahnya dalam keadaan sihat dan ceria jam 6.45 pagi.
Menurutnya, pada jam 4.45 petang dia menerima panggilan telefon dari klinik swasta tidak jauh dari taska berkenaan yang memaklumkan supaya segera ke pusat perubatan berkenaan untuk melihat keadaan anaknya.
“Saya yang baru tiba di rumah cemas selepas mendapat perkhabaran itu sebelum bergegas ke klinik berkenaan untuk melihat keadaan Aamina.
“Tidak lama selepas itu, baru pemilik taska menghubungi dan memaklumkan Aamina sudah tiada (meninggal dunia). Saya terus menghubungi suami memaklumkan kejadian,” katanya kepada Metro.
Ditemui dalam keadaan terlangkup masa tidur
Ads
Siti Madihah berkata, berdasarkan maklumat yang diberikan pemilik taska, arwah anaknya itu tidur jam 2.30 petang namun ditemui dalam keadaan terlangkup dan tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke klinik.
Katanya, doktor memaklumkan Aamina sudah meninggal dunia ketika sampai untuk menerima rawatan kecemasan di klinik berkenaan dan dalam keadaan pucat.
“Saya terkilan kejadian ini berlaku kerana sepatutnya pengasuh perlu memantau bayi di bawah jagaan mereka kerana Aamina sudah pandai meniarap.
“Saya dan suami reda dengan kejadian ini namun masih berharap keadilan untuk Aamina selain membiarkan siasatan lanjut dilakukan polis,” katanya.
Ads
Jenazah Aamina dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 di Putrajaya jam 4 petang semalam selepas selesai bedah siasat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
Malam sebelum kejadian enggan tidur, bangun main
Sementara itu, menurut laporan Astro Awani pula, beliau kesal kejadian menimpa bayinya itu meskipun baru seminggu menghantar dua anaknya termasuk mangsa di taska berkenaan.
Jelasnya Siti Madihah, malam sebelum kejadian Aamina dikatakan enggan tidur selepas menyusu.
“Malam sebelum kejadian, dia (Aamina) tidak tidur selalunya dia menyusu dan akan tidur.
Ads
“Malam itu dia tidak tidur, dia hendak main, dia masih bangun meniarap hendak main dengan saya. Saya tidak fikir apa-apa, saya ingat mungkin dah tidur lama sebelum itu.
“Rupanya, itu petanda dia hendak main dengan Mama dia sebab esok dia dah tiada, saya redha Aamina pergi,” ujarnya lagi.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon, dalam kenyataannya mengesahkan pihaknya menerima laporan terbabit dan polis sedang menyiasat punca sebenar kematian.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul begitulah nasib keluarga Puan Liya dan En Johan ini apabila Johan diuji dengan kemalangan gas meletup di bengkel tempatnya bekerja.
Akibat daripada kemalangan itu, kaki kanan Johan dipotong sehingga paras peha. Kaki kiri pula dua jari turut dipotong kerana telah hancur.
Namun kehidupan mesti diteruskan, Johan tetap berusaha mencari rezeki walaupun keadaanya baru sahaja pulih. Kisah Johan ini dikongsi oleh sabahat mereka iaitu Puan Aida dengan niat untuk membantu menaikkan lagi tempahan yang diambil oleh keluarga ini.
Salam semua rakan-rakan fb yang budiman…
Sesiapa yang nak buat tempahan jahitan yang mudah-mudah seperti langsir atau sarung bantal boleh la pm puan Aish Ayum atau liya ya… sebab suaminya sudah mula mengambil sikit-sikit tempahan sekarang.. boleh juga kita semua membantu serba sedikit kepada keluarga Puan Liya dan En Johan untuk memulakan kehidupan yang baru..
Untuk makluman mereka yang masih tidak tahu, suami Puan Liya adalah Oku disebabkan tragedi gas meletup dibengkel pada awal PKP tahun lepas dan kesan dari peristiwa tersebut kaki beliau telah dipotong sebelah hingga paras pangkal peha..
sekian terima kasih..
with Azman Abdullah ❤️ Aida
Menurut Aida, Johan hilang punca pendapatan sejak mengalami kemalangan gas meletup di bengkel tempatnya bekerja.
Aida memuatnaik kisah berkaitan rakannya itu sebagai makluman untuk orang-orang berdekatan yang ingin mendapatkan perkhidmatan menjahit langsir atau sarung bantal. Aida tidak menyangka bahawa kirimannya itu menjadi tular sehingga mendapat 6.3 ribu perkongsian di Facebook.
FOLLOWERS PA&MA DAPATKAN BARANGAN DENGAN HARGA MURAH DI SINI
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini. Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?Just daftar je kat sini
FREE je tau Webinar ni!!
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
, kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang terjatuh dan terperangkap di dalam perigi sedalam 32 meter ditemui dalam keadaan tidak bernyawa oleh pasukan penyelamat Maghribi, hari ini.
Kanak-kanak malang itu terjatuh ke dalam terowong berkenaan sejak lima hari lalu, memaksa pasukan penyelamat bertungkus-lumus menjalankan operasi menyelamat namun ia berakhir dengan menyayat hati.
Kematian Rayan disahkan susulan kenyataan dikeluarkan pihak Raja Maghribi, Raja Mohammed VI yang menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.
“Susulan kemalangan tragis mengorbankan nyawa kanak-kanak, Rayan Oram, Raja Mohammed VI memanggil ibu bapa kanak-kanak itu yang maut selepas terjatuh ke dalam perigi,” menurut kenyataan terbabit.
Rayan jatuh ke dalam perigi kosong sedalam 32 meter di kampung Ighrane yang terpencil di wilayah Chefchaouen, Selasa lalu.
Terdahulu, pasukan penyelamat dilaporkan berjaya mengeluarkan mangsa dari perigi terbabit pada waktu malam selepas melakukan penggalian sejak beberapa hari lalu.
Ibu bapa kanak-kanak itu turut dilihat menuruni cerun digali pasukan penyelamat sebelum kembali ke permukaan dan menaiki ambulans sehingga menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai yang menantikan perkembangan operasi berkenaan.
Susulan itu, orang ramai yang menanti perkembangan operasi terbabit dilihat mula bersurai. Tiada kenyataan rasmi dikeluarkan sehingga media tempatan melaporkan kenyataan pihak istana.
Sepanjang operasi menyelamatkan Rayan, pihak berkuasa sebelum ini menyatakan mereka tidak dapat menentukan nasib kanak-kanak malang terbabit.
Rayan dilaporkan terjatuh dalam perigi berkenaan pada petang Selasa lalu, yang mana insiden itu mengundang simpati masyarakat Maghribi dan dunia keseluruhannya.
Perigi hanya seluas 45cm
Perigi hanya seluas 45 sentimeter itu terlalu sempit untuk penyelamat turun menyelamatkan kanak-kanak itu dan meluaskannya terlalu berisiko, sekali gus jentera membuat cerun ke dalam bukit untuk menyelamatkan kanak-kanak itu dari bahagian tepi.
Operasi itu menjadi bertambah rumit disebabkan campuran pelbagai jenis batu dan tanah berpasir, sekali gus meningkatkan risiko tanah runtuh.
Sepanjang operasi menyelamatkan kanak-kanak terbabit, pasukan penyelamat terpaksa menggunakan jentera bagi menggali lubang berhampiran perigi sebelum mengorek terowong untuk sampai ke lokasi mangsa.
Usaha itu terpaksa dilakukan secara berhati-hati bagi mengelakkan sebarang gegaran yang mungkin menyebabkan runtuhan. – AFP
(Credit pic to owner)
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak sulung peranannya sangat besar, mengajar seorang wanita bagaimana menjadi seorang ibu buat kali pertama. Kadangkala tidak sangka pantasnya masa berjalan, si kecil makin membesar.
Datin Dr Halina sebak melihat anak sulungnya, Sophea Isabella makin membesar. Betapa cepatnya masa berlalu, tanpa disedari anak semakin menginjak ke usia remaja tidak lama lagi.
Isteri kepada angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar ini dalam posting Instagram menyatakan perasaannya terhadap anak sulung.
Ibu kepada 4 orang anak ini mengakui Bella anak yang patuh dan rajin, tidak banyak drama dan konflik sama sepertinya sewaktu kecil. Paling menyentuh hati ialah Bella berjanji untuk menjadikan ibu sebagai teman rapatnya.
Follower Dr Halina tersentuh dan mengakui apa yang diutarakan iaitu jarang berkongsi gambar dengan anak sulung dan anak sulung ialah anak yang paling menyenangkan. Malah mengatakan anak perempuan adalah teman rapat terbaik ibu-ibu.
Sebak, jarang kongsi perihal anak sulung
Ibu akui Dr Halina anak yang taat & tidak banyak cakap
Anak perempuan selamanya akan menjadi teman rapat ibu
Ikuti Pa&Ma Musim Keempat bersama dengan Fad & Sya. Episod ke-5 minggu ini akan mengutarakan tip pakar & perkongsian daripada ibu bapa berkenaan tajuk Komplikasi Awal Kehamilan. Nak tahu apa tips yang dikongsikan? Jangan lupa saksikan pada 9 April 2019, jam 12 tengah hari dan ulangan 9 malam di Slot Dewi iaitu Astro Prima & Astro Prima HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tindakan yang boleh kita buat apabila dipukul, dikasari dan dicederakan. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.