“18 Januari genap umur Aamina enam bulan tapi tidak sangka dia pergi secepat ini meninggalkan kami sekeluarga,” kata Siti Madihah Muhammad, 33, ibu kepada Tengku Aamina Tengku Mohd Ikhwan yang disahkan maut di sebuah taska di Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Bukit Jalil, pada Khamis lepas.
Menceritakan semula detik hitam itu, Siti Madihah berkata, anak keduanya itu dihantar ke taska yang terletak di bawah rumahnya dalam keadaan sihat dan ceria jam 6.45 pagi.
Menurutnya, pada jam 4.45 petang dia menerima panggilan telefon dari klinik swasta tidak jauh dari taska berkenaan yang memaklumkan supaya segera ke pusat perubatan berkenaan untuk melihat keadaan anaknya.
“Saya yang baru tiba di rumah cemas selepas mendapat perkhabaran itu sebelum bergegas ke klinik berkenaan untuk melihat keadaan Aamina.
“Tidak lama selepas itu, baru pemilik taska menghubungi dan memaklumkan Aamina sudah tiada (meninggal dunia). Saya terus menghubungi suami memaklumkan kejadian,” katanya kepada Metro.
Ditemui dalam keadaan terlangkup masa tidur
IKLAN
Siti Madihah berkata, berdasarkan maklumat yang diberikan pemilik taska, arwah anaknya itu tidur jam 2.30 petang namun ditemui dalam keadaan terlangkup dan tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke klinik.
Katanya, doktor memaklumkan Aamina sudah meninggal dunia ketika sampai untuk menerima rawatan kecemasan di klinik berkenaan dan dalam keadaan pucat.
“Saya terkilan kejadian ini berlaku kerana sepatutnya pengasuh perlu memantau bayi di bawah jagaan mereka kerana Aamina sudah pandai meniarap.
“Saya dan suami reda dengan kejadian ini namun masih berharap keadilan untuk Aamina selain membiarkan siasatan lanjut dilakukan polis,” katanya.
IKLAN
Jenazah Aamina dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 di Putrajaya jam 4 petang semalam selepas selesai bedah siasat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
Malam sebelum kejadian enggan tidur, bangun main
Sementara itu, menurut laporan Astro Awani pula, beliau kesal kejadian menimpa bayinya itu meskipun baru seminggu menghantar dua anaknya termasuk mangsa di taska berkenaan.
Jelasnya Siti Madihah, malam sebelum kejadian Aamina dikatakan enggan tidur selepas menyusu.
“Malam sebelum kejadian, dia (Aamina) tidak tidur selalunya dia menyusu dan akan tidur.
IKLAN
“Malam itu dia tidak tidur, dia hendak main, dia masih bangun meniarap hendak main dengan saya. Saya tidak fikir apa-apa, saya ingat mungkin dah tidur lama sebelum itu.
“Rupanya, itu petanda dia hendak main dengan Mama dia sebab esok dia dah tiada, saya redha Aamina pergi,” ujarnya lagi.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon, dalam kenyataannya mengesahkan pihaknya menerima laporan terbabit dan polis sedang menyiasat punca sebenar kematian.
Pasangan selebriti, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen pertama kali membawa anak keduanya, Alisa Aisyah 3 tahun bercuti keluar negara.
Menurutnya, akibat Covid-19 mereka sekeluarga sudah 3 tahun tidak keluar negara untuk bercuti dan ini merupakan percutian yang dirancang saat akhir.
“Pertama kali terbang keluar selepas 3 tahun lamanya. Sekarang masa untuk percutian keluarga and it’s gonna be snow much fun!”
Pemilik jenama Cakenis ini memberitahu, anak keduanya, Alisa pertama kali merasai pengalaman bercuti keluar negara dan bermain salji.
“Ini trip pertama kali Alisa ke luar negara”
Pelakon cantik ini sempat berkongsi video serta beberapa foto percutian mereka di laman Instagram namun tidak mendedahkan tempat percutian buat masa ini.
Video mereka sekeluarga menaiki helicopter persendirian ke pergunungan salji untuk bermain salji membuatkan ramai teruja dan tumpang gembira kerana pengalaman tersebut sangat ‘mahal’.
carlsamsudin Alhamdulillah ❤️ Rezeki Keknis and keluarga lain dari yang lain betul.
tiarajacquelina I’m so JEALOUS😍😍😍 have fun
jasryn.jasme Mewahnya rezeki ❤️❤️
ainaa.mirapenang Betul2 private travel ni 😍
alisme__ Last minute plan dia sampai terkeluar Malaysia tau. aku punya last min paling jauh belakang rumah je . Itupun tah2 tak keluar langsung 😂
Dapat pengasuh yang baik dan jaga anak seperti anak sendiri satu rezeki bagi ibu bapa yang bekerjaya. Namun nak dapatkannya bukan mudah kerana perlu betul-betul mencari agar tak silap memilih.
Disebalik itu juga masih ada ibu bapa yang bukan sengaja nak hantar pada pengasuh yang tak sepatutnya tetapi kerana mulut manisnya, ibu bapa seolah percaya dan harapkan yang terbaik sepanjang di bawah penjagaannya.
Namun disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Melalui apa yang dikongsikan oleh seorang ibu, Siti Nadirah kepada dua anak berusia 2 tahun 8 bulan dan 10 bulan ini, kes yang berlaku pada anaknya ini wajar dijadikan pengajaran buat ibu bapa dan berhati-hatilah memilih pengasuh.
Anak didera fizikal dan emosi
Jangan jadi macam saya. Anak saya 2 orang perempuan seorang baby 10 bulan seorang lagi toodler nak masuk 3 tahun. Post ini agak panjang.
Pengasuh pertama tukar sebab jauh dan asap rokok, pengasuh kedua resign sebab dapat kerja, pengasuh ketiga ni, tukar sebab anak saya didera physically & emotionally. Saya nak cerita yang pengasuh ketiga ni.. Saya memang tak sangka perkara ni terjadi pada saya, dan pelakunya memang saya tak sangka-sangka. Mangsanya adalah anak-anak saya sendiri. 2 bulan je hantar pada pengasuh ketiga ni.
Selepas je pengasuh kedua resign, sy cari pengasuh ketiga, mcm biasa dari group pengasuh kawasan. Saya pilih makcik X ni semata2 sebab dekat dengan rumah, senang untk pergi dan ambil. Sy memang tak kenal makcik X dari sesiapa. Jiran-jiran pun sy x berapa kenal sbb sy perantau dkt kawasan ni.
Hari pertama suai kenal tu sepatutnya sy dah nmpk dh perkara ni.. Tp silap sy, saya buta. Semasa berjumpa, 90% benda keluar dari mulut makcik ni adalah dia burukkan babysitter lain dkt kejiranan tu, dan ibu bapa lain yg hntr anak ada dia.. Semua buruk.. Mungkin dia nk tunjuk pd sy yg dia babysitter terbaik dkt taman tu, dan dia bnyk pengalaman jaga dan dah jmpa macam-macam perangai ibu bapa. Disebabkan sy dan suami terdesak nk babysitter baru dgn cepat, kitaorg tak fikir apa ambil je babysitter ni.. Langsung tak ada bandingkan atau cari yg lain jugak untuk dapatkan yang baik.
Anak mula tak mahu pergi rumah pengasuh
Mula hantar anak – Hari pertama hantar anak, anak sy yg 2 tahun siap bye2 sy lagi, sambil kiss masa tinggal. A good start. Tp bila nak hantar esoknya jauh beza, anak sy monyok je, dah xde bye2 dah. Semakin hari makin parah la drama di pagi2 xnk pergi rmh pengasuh tu.. Tp sy fikir positive mungkin anak sy ni still xleh move on dari pengasuh sblm ni sbb dia dah start kenal org. Bila tnya makcik X, dia cerita confidently mcm my babies are doing very well. Biasa la budak2 memg mcm tu katanya. Sy pun ckp dgn suami okay kite bg sikit masa pada anak2 untk adapt.
Suami balik ambil tiap petang anak menangis
Pengasuh ni selain jaga 2 anak saya ada jaga budak lain juga. 2 baby kembar (11bln) dan seorang budak perempuan 3thn lebih. Setiap kali sy hntr anak, bdk2 ni berbaris tido dpn tv. Bila sy nk masuk kereta, makcik X akan hntr sy ke depan pintu. Dia akan start nk ajak sembang.. Mcm biasa, burukkn parents2 lain dn anak2 asuhan dia pernah jaga. Mula2 sy layan je maybe dia nk meluah perasaan kot xde org nk bersembang… Tp dia bercerita feeling betul smpai budak2 nangis dlm rumah pun dia biarkan. Makcik X ckp, ‘biasa la kembar tu memg mcm tu buka mata je nangis, biar je dia’. Ini pun still pekakkan telinga sepatutnya dah tahu pengasuh ni lain macam. Tiap kali suami ambil anak-anak waktu petang, anak sy akan menitis air mata menangis.
Anak kedua patah kaki di rumah pengasuh
Things start to be serious bila my baby 10 bln patah kaki dekat rumah dia. Padahal belum berjalan atau merangkak pun lagi anak sy ni. Bila tnya makcik X, dia ckp dia tak tahu. Sy lagi sekali try bersangka baik maybe betul dia tak tahu. Tp masa ni hati dah start rasa tak sedap hati dgn makcik ni… Doktor ckp ini bukan nmpk mcm kesan dera, tp lebih pada kecuaian mungkin. 2 minggu saya tak hntr anak saya kerumah makcik X sbb neneknya volunteers nk jaga kt rumah. Anak sy yg besar bukan main happy lagi sepanjang 2 minggu. Sepanjang ni, sikit pun tak ada minta maaf dari makcik X. Siap mesej tnya, kakaknya xnk hntr ke nnti lama sgt tak hantr jadi lemak katanya. Sy rasa bahasa makcik ni agak kurg ajar tp sy still jawab elok2 sbg tnda hormat org tua.
Macam kesan cubit di kiri & kanan peha
Skrg baby sy dah sembuh selepas bersimen kaki 2 minggu. Duit melayang jgn ckp la. Dah la insurance tak full coverage. Hmm… So hari isnin lepas start hntr balik kakak dan adik ke rumah makcik X. Drama pagi2 dan petang macam biasa. Tp hari Isnin tu ada pulak yang mencurigakan saya. Ada bnyk kesan lebam dekat celah kangkang si kakak mcm kena cubit. Kiri dan kanan. Sy pasti kesan tu tak ada sebelum hntr sbb pagi tu sy mandikan masa pakaikn pampers memg xde kesan tu. Tnya pengasuh dlm wasap mlm tu jgk, sekali lagi tak tahu! Katanya mungkin lari2 terlanggar. Tp ini celah kangkang mcm mne terlanggar pulak. Tak masuk akal. Sy malas dah nk argue dan iyakan je makcik tu.
Esoknya masa hantar, makcik tu sy bagi salam pon dah xnk jawab dah muka pon xnk pandang buat2 busy dgn bnda lain. Sy memg dah nekad ckp dengan makcik X tu minggu ni last sy hntr. Tp sy ckp elok2, sy bagi alasan, neneknya nk jaga. Muka dia memg dh nmpk tak happy. Tp dia ckp its okay itu hak sy. Sy pergi kerja dgn rasa risau tinggalkan anak dekat dia.
Petang bila suami nak fetch anak2, baru nmpk perangai dia yg sebenar. Bagi salam tak jwb. Muka memg masam. Masa ambil tu, kakaknya tengah mewarna dgn kawan yg tiga tahun lebih tu… Makcik X ckp pd husband ‘gelongsor tu bawak balik semak je kt cni’. Suami sy tersentak dn terkial2 la dismantle mainan anak tu masuk dlm kereta. Masa kemas2 tu, dengar makcik X ckp ada budak lg sorg tu ‘Apa tengok2?!, kalau xnk mewarna simpan je semak je’ dgn nada tengking. (budak ni dari awal sy tgk jenis pendiam je, tak bercakap, tak bermain sgt, sgt2 passive). Suami sy terkejut memg mcm ni ke rupanya cara makcik X melayan anak2 kami jugak selama ni smpai anak2 sy ketakutan nk pergi rumah pengasuh. Balik suami cerita semua pada sy, memg sah xkan hantar dh anak esoknya.
Percaya pada naluri ibu bapa jika rasa ada tak kena
Tadi sy dan suami collect barg anak2 dri rumah dia, bayi kembar dia biarkan dlam rumah dlm walker, dan makcik X dekat luar smbil mengumpat2 xtau pasal siapa dgn jiran sebelah. Sy salam makcik tu, terima kasih, bayar gaji beberapa hari dia jaga bulan ni dan pergi. Leganya rasa masayAllah memg nk sujud syukur. Anak2 mcm faham gembira sakan masa dah balik rmh.
Pengajaran untk parents2 lain, cari pengasuh selidik betul-betul org tu.. Percayakan naluri awk especially bila nmpk anak dah tak behave normally bila dgn pengasuh. Jgn just nk cari pengasuh yg murah atau dekat dgn rumah sehingga abaikan aspek-aspek yg lebih penting.
Anak maut digilis treler, hasrat berpakaian sedondon hitam di pagi Aidilfitri tidak kesampaian.
Bapa Muhammad Jamathir Ahmad Nordin, 32, menyatakan hasrat sekeluarga bersama-sama untuk memakai pakaian raya berwarna hitam, pada tahun ini tidak kesampaian.
Anaknya Nurul Jannatun Assyifa Muhammad Jamathir, 9, teruja dengan pakaian tersebut apabila baru sahaja sampai minggu ini.
Mangsa digilis treler ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah di Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang, pagi Rabu.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada jam 11.25 pagi.
Beliau berkata, kemalangan tersebut melibatkan sebuah treler yang melanggar motosikal dinaiki mangsa bersama seorang wanita berumur 54 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun.
“Wanita yang juga pengasuh kepada kedua-dua kanak-kanak tersebut mengambil mereka dari sekolah dan dalam perjalanan pulang.
“Pengasuh dan kanak-kanak lelaki tersebut masing-masing cedera ringan, manakala kanak-kanak perempuan maut di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Rabu.
Morni berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, manakala wanita dan kanak-kanak lelaki itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan lanjut.