Apa yang anda makan semasa tempoh berpantang akan mencerminkan kesihatan anda kemudian hari. Oleh itu, anda perlu mengetahui amalan pemakanan yang betul semasa menjalani tempoh berpantang.
Melalui perkongsian dari Kak Engku Bidan Bersalin, pemakanan antara aspek yang amat penting dalam rawatan semasa pantang bersalin. Keperluan ini perlu diutamakan kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon dalam badan anda. Jika tidak dikawal dan dijaga pemakanan dalam tempoh berpantang, anda akan mengalami pelbagai masalah kesihatan yang akan mengganggu penyembuhan dalaman dan luaran anda.
Lazimnya pada awal minggu pertama, digalakkan makan makanan yang kering untuk tujuan mengecutkan rahim. Pastikan waktu makan anda tepat untuk mengelak perut masuk angin. Jika anda mengambil nasi, makan semasa nasi masih panas dan ambil dalam kadar yang sederhana.
Jangan mengambil makanan dalam jumlah yang banyak dalam satu masa. Jika masih lapar, anda boleh makan secara kerap. Untuk minum petang pula, anda boleh makan biskut tinggi serat (elakkan mengambil roti kerana kandungan yis yang tidak elok untuk proses pengecutan rahim).
Apabila memasuki minggu kedua dan seterusnya, anda sudah boleh mulai makan makanan yang berkuah seperti sup ikan, sup sayur dan buah-buahan supaya anda mendapat khasiat yang seimbang dalam pemakanan anda.
Semasa dalam pantang juga makanan yang dilarang makanan adalah bersifat sejuk, berangin, gatal dan berbisa. Minuman berais tidak dibenarkan. Ini adalah antara amalan pantang larang yang mesti dilakukan semasa berpantang untuk menyembuhkan dan menyegarkan kembali badan selepas menjalani proses bersalin.
Elakkan Makanan Berlemak
Semasa berpantang kuantiti dan kualiti makanan yang diambil akan memberi impak besar terhadap berat badan dan kesihatan anda. Jadi, anda dilarang untuk mengambil makanan yang boleh menggemukkan sewaktu berpantang. Anda disyorkan mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan ulam-ulaman di samping masakan yang menggunakan pelbagai jenis rempah ratus yang terbukti dapat memulihkan kesihatan dan mengurangkan masalah berat badan yang anda alami ketika ini.
Melancarkan Proses Penghadaman
Halia dipercayai memiliki sifat panas dan kering. Sekiranya anda kerap mengambil makanan yang mengandungi banyak halia sepanjang berpantang, anda sebenarnya telah membantu diri untuk memecahkan angin, menghilangkan sejuk badan dan melancarkan proses penghadaman.
Atasi Masalah Kemurungan
Salah satu jenis ulam-ulaman yang terkenal di kalangan ibu berpantang ialah daun pegaga. Daun ini disifatkan sebagai tonik saraf kerana fungsinya yang membantu merehatkan dan menambahkan ingatan. Antara kelabihan lain yang ada pada daun pegaga ialah ia dapat mengatasi kemurungan yang mungkin timbul disebabkan oleh masalah fizikal selepas bersalin.
Ads
Pembuang Angin
Bagi masyarakat india, sayur sawi menjadi keutamaan bagi wanita india yang berpantang. Ini kerana pengambilan sayur sawi bertujuan untuk membuang angin. Sebaik-baiknya sayur ini dicelur terlebih dahulu dan dimakan bersama nasi panas.
Penambah Pengeluaran Susu
Pengambilan peria, pegaga, lobak putih dan cekur manis oleh ibu berpantang dapat mengatasi masalah kesukaran membuang air besar dan menambah penghasilan susu ibu. Sekiranya kerap diamalkan ia dapat membersihkan dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh.
Kecantikan Wajah
Dalam usaha mengekalkan kesegaran tubuh, makanlah ikan haruan dan tenggiri sebagai makanan tambahan (boleh dibuat sup). Selain dapat melicinkan dan menegangkan kulit tubuh, ia membantu menyembuhkan luka dalaman dan luaran tubuh. Ia terjadi hasil daripada kandungan asid amino dan lemak yang ada pada kedua-dua jenis ikan ini. Apa yang lebih menarik ialah daging ikan-ikan ini yang bebas kolesterol akan membuatkan wajah kelihatan lebih berseri.
Ads
Lawas Buang Air Besar
Dengan mencampurkan perahan air asam jawa ke dalam sebarang jenis hidangan ibu berpantang, ia dapat memudahkan anda untuk membuang air besar selain daripada menyegarkan tubuh anda.
Hindari Kembung
Seelok-eloknya setiap hidangan dimakan bersama nasi putih yang baru sahaja dimasak. Tujuannya ialah untuk memastikan khasiat dan kesegarannya berkekalan. Oleh itu, elakkan daripada memakan nasi sejuk kerana dikhuatiri boleh menyebabkan kembung perut.
Minuman Penambah Tenaga
Bagi mengembalikan semula tenaga tubuh, anda digalakkan untuk minum air rebusan serai (dititik), halia, kulit kayu manis dan lada hitam. Dengan meminum air rebusan ini setiap pagi dan malam, badan anda akan kembali menjadi ringan dan tambah bertenaga.
Caesarean : Kurangkan Lada Hitam
Tujuan utama penggunaan lada hitam dalam penyediaan masakan ibu berpantang ialah untuk memanaskan badan. Namun yang demikian, bagi ibu berpantang yang melahirkan anak secara ceaserean, anda kurang digalakkan untuk mengambil lada hitam dalam kuantiti yang banyak.
Ads
Anti Oksidan
Terdapat pelbagai jenis ulaman berkhasiat yang sesuai dimakan semasa berpantang antaranya daun pegaga, cekur, pucuk mengkudu, ulam raja, kunyit hidup, daum kesum seta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan untuk menyegarkan dan membuang toksin dalam badan.
Pengambilan Cecair
Wanita selepas bersalin tidak dibenarkan mengambil air dalam jumlah yang banyak bagi mengelakkan perut menjadi buncit, peranakan kembang, melambatkan pengecutan rahim, faraj mudah longgar serta berair terutama jika minum air sejuk atau air batu. Pengambilan air dibenarkan secara kerap tetapi dalam jumlah yang sedikit dalam satu masa. Air penting untuk proses penyembuhan dan mengalakkan pengeluaran susu ibu.
Pemakanan Ikan
Makan ikan segar dan tidak gatal seperti haruan dan ikan sardin yang segar (bukan dalam tin). Ikan haruan juga dipercayai dapat memulihkan luka luaran dan dalaman (bersalin caesarean). Elakkan juga ikan berbisa dan gatal seperti ikan kembung, cencaru, tongkol, bawal hitam, terubuk dan parang. Kesannya menyebabkan kegatalan, timbulnya reaksi alahan dan boleh menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.
Pengambilan Sayuran Dan Buahan
Setiap buah-buahan pula, ia mempunyai khasiat tersendiri antaranya buah oren yang mengandungi banyak vitamin C yang membantu pemyembuhan luka disamping fiber untuk melawaskan air besar. Manakala elakkan makan sayuran menjalar, sejuk dan berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, bayam, kacang panjang, petola, petai, jering dan terung.
Minuman seperti tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, nangka, cempedak dan pisang nangka, antara minuman jenis yang sejuk dan tajam. Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi.
Kecutkan Rahim
Kunyit yang sering diminum sebagai jamu terutamanya oleh ibu yang berpantang berupaya mengecutkan rahim dan mencuci darah. Selain itu, jika kunyit dimakan bersama nasi selama 40 hari, anda mampu mengembalikan kecergasan tubuh dan menyembuhkan luka dalaman.
Selamat melahirkan bayinya pada 19 Mei lalu, Instagram pelakon dan pengacara Ain Edruce sudah semestinya diintai oleh seluruh peminatnya. Mana tidaknya, masing-masing tidak sabar menantikan wajah comel puteri sulung artis yang sentiasa ceria ini.
Melalui Instastorynya, Ain turut berkongsi beberapa video tidak kurang juga berkongsi gambar bayinya tanpa menunjukkan muka. Dengan persalinan serba merah jambu, nampak begitu comel.
Malah kata Ain juga, kini baru dia tahu pengalaman menjadi ibu. Tidak sampai seminggu menjadi ibu, kata Ain dia sudah tahu apa itu ertinya tidak cukup tidur malah tidak dapat membezakan malam dan siang. Begitu selorohnya menerusi Instastorynya.
Terbaru menerusi satu hantaran di Instagramnya, sebagai tanda penghargaan kepada pihak hospital terutama jururawat yang menjaganya dengan baik sepanjang berada di hospital berkenaan, Ain membingkaskan ucapan terima kasihnya melalui sebuah video ‘room tour’.
“Cara nak happy kan nurse-nurse dekat @sunwaymedical. Kesian dorang penat jaga Ain dari pagi sampai malam. So, kita shoot ala-ala room tour konon depan dorang.
“Seronok ehh siap gelak-gelak semua.
“Pregnancy experience Ain dekat @sunwaymedical best sangat-sangat. Next anak nak sini lagi (ni pujian ikhlas dari hati) takut orang kata aku promoter pulak kang,” katanya berseloroh.
Namun bukan berkisahkan keadaan bilik atau keselesaan bilik yang menjadi tarikan wargamaya bahkan keceriaan Ain ketika merakam setiap sudut di biliknya itu menjadi perhatian.
Mana tidaknya, aksi dan gelagat Ain yang aktif tidak menggambarkan keadaan yang baru lepas melalui proses melahirkan anak. Aktif dan cukup ceria. Namun itulah yang perlu kita lakukan. Semuanya demi menjaga emosi kita selepas bersalin.
Kata wargamaya, Ain dilihat tidak seperti wanita selepas bersalin. Aktif dan cergas begitu juga dengan mood yang happyy go lucky biarpun baru melalui detik sukar dalam hidupnya.
“Semoga aku lepas mengandung, nak bersalin and lepas bersalin happy go lucky macam Ain”.
“Confused betul dah bersalin ke belum ni”.
“Bertenaganya makan apa la agaknya ni”.
“Relaks bethol lepas bersalin”.
“Serius tak nampak macam lepas bersalin”.
“Tah Ain ni bersalin ke tak. Macam takde apa berlaku pun”.
Kesakitan yang dialami bukan bermaksud kita tidak mampu untuk ceria, lebih-lebih lagi untuk menggembirakan orang lain di sekeliling.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @ainedruce
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masih ada individu yang terkeliru atau tertukar di antara kondisi yang dikenali sebagai mata juling dengan mata malas.
Kenyataannya, kedua-dua keadaan kesihatan ini adalah berbeza sama sekali meskipun ia berlaku pada organ mata juga.
Untuk mengetahui apa beza simptom, punca dan risiko mata juling dengan mata malas, teruskan membaca artikel ini.
Definisi mata juling & mata malas
Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, adalah wajar untuk kita semua berkenalan dengan definisi penyakit mata ini terlebih dahulu.
Sesuai dengan namanya, kedua-dua keadaan kesihatan ini boleh berlaku pada mata serta akan menjejaskan penglihatan penderitanya.
Mata juling
Turut dikenali sebagai Strabismus, ia merupakan kondisi di mana kedua-dua belah mata tidak melihat pada arah yang sama.
Untuk lebih faham, ia akan menyebabkan sebelah mata menunjuk ke sebelah lain manakala sebelah lagi menunjuk ke sebelah lain.
Contohnya, mata kanan sedang menunjuk ke atas tetapi mata kiri pula menunjuk ke bawah.
Bukan sahaja kondisi ini akan menjejaskan penampilan malah penglihatan kerana mata penderita akan fokus kepada 2 imej yang berbeza.
Mata malas
Juga dikenali sebagai Amblyopia, ia merupakan kondisi di mana otak anda mengutamakan satu mata dan mengabaikan mata lain.
Ia berlaku disebabkan wujud satu mata yang ‘lemah’ dan ‘malas’ sekali gus menyebabkan otak tidak menganggapnya berfungsi dengan normal.
Akibatnya, ia akan membuat sebelah mata itu terlihat berbeza dan seakan terapung sahaja.
Bukan sahaja kondisi ini akan menjejaskan penampilan malah penglihatan kerana mata penderita terpaksa bergantung kepada 1 belah sahaja.
Simptom kondisi ini terjadi?
Berikut adalah simptom-simptom kondisi Strabismus & Amblyopia:
Mata juling
Posisi anak mata yang berbeza
Penglihatan terjejas
Penglihatan berganda
Penurunan persepsi kedalaman imej
Sering sakit mata
Kerap pening kepala
Mata malas
Satu mata terlihat berbeza
Satu mata seakan terapung
Penglihatan terjejas
Penglihatan berganda
Penurunan persepsi kedalaman imej
Cenderung terlanggar objek
Punca kondisi ini berlaku?
Berikut pula adalah punca-punca kondisi Strabismus & Amblyopia:
Mata juling
Kondisi mata ini berlaku akibat kerosakan saraf mata ataupun otot mata tidak mampu untuk bekerjasama dalam satu pasukan.
Wujud beberapa faktor risiko lain yang boleh menjadi dalang termasuklah:
Genetik
Golongan kanak-kanak
Kecederaan pada mata
Kondisi rabun jauh
Kondisi mata malas
Kondisi cerebral palsy
Strok
Mata malas
Kondisi mata ini berlaku akibat masalah perkembangan pada otak yang menyebabkan saraf ke mata tidak berfungsi dengan baik.
Ada beberapa faktor risiko lain yang mungkin menjadi dalang termasuklah:
Genetik
Golongan kanak-kanak
Kecederaan pada sebelah mata
Kekerapan guna sebelah mata
Kekurangan ambil vitamin A
Kerabunan
Glaukoma
Persoalannya, apakah risiko penyakit ini pada mata penderita? Adakah benar ia banyak terjadi kepada golongan kanak-kanak?
Risiko penyakit ini pada mata anda
Untuk pengetahuan anda, kedua-dua jenis penyakit mata ini memang benar banyak berlaku kepada golongan kanak-kanak mahupun bayi atau remaja.
Namun itu bukanlah bermakna orang dewasa tidak berisiko terutamanya buat mereka yang mempunyai sejarah ahli keluarga dengan penyakit sama.
Sekiranya tidak dirawat dengan kadar segera, ada kemungkinan besar bahawa kondisi ini akan kekal sehingga anda tua kelak.
Ada juga risiko di mana akan berlaku pelbagai lagi masalah pada aspek penampilan serta penglihatan seperti kerabunan dan kebutaan.
Bolehkah kedua-duanya dirawat?
Sebenarnya, cara untuk merawat 2 kondisi mata yang berbeza ini adalah hampir serupa sahaja. Ia adalah seperti berikut:
#1. Penggunaan cermin mata/kanta lekap
Sekiranya masalah mata juling atau mata malas anda itu adalah didalangi oleh kerabunan, maka cermin mata atau kanta lekap mungkin boleh membantu.
#2. Penyuntikan steroid
Kondisi strabismus yang disebabkan oleh kemerosotan otot mata mungkin boleh diselesaikan dengan menyuntik steroid ke dalam otot yang bermasalah.
#3. Penggunaan eye patch
Kondisi amblyopia mungkin boleh dirawat dengan cara mengenakan eye patch ini pada mata yang dominan untuk melatih penggunaan mata yang lemah.
#4. Penggunaan eye drop
Kondisi amblyopia juga boleh dirawat dengan cara mengenakan eye drop ini pada mata yang dominan untuk melatih penggunaan mata yang lemah.
#5. Pembedahan mata
Sekiranya sudah tiada pilihan lain lagi, maka penderita mungkin terpaksa menjalani pembedahan mata bersama pakar untuk memperbaiki dan membetulkan kondisi mata juling atau mata malas.
Sebaik-baiknya, sila dapatkan konsultasi daripada doktor bagi mengenal pasti masalah mata anda.
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apabila kanak-kanak mengalami masalah cirit birit, kembung perut pasti ibu bapa menyangka anak mereka mempunyai alahan terhadap susu.
Mungkin ada ibu bapa yang terkeliru antara intoleransi laktosa dengan alahan kepada susu lembu.
Sebenarnya kedua-duanya adalah perkara yang sangat berbeza. Sebagai ibu bapa, anda perlu mengenalpasti keadaan anak anda sama ada mereka alah terhadap susu lembu atau mereka sebenarnya mempunyai intoleransi laktosa.
Intoleransi laktosa adalah simptom yang disebabkan oleh penghadaman laktosa dalam usus manakala alahan susu lembu disebabkan tindak balas imun tubuh terhadap protein susu.
Intoleransi laktosa terjadi apabila tubuh tidak dapat menyerap laktosa. Laktosa ialah sejenis gula yang terdapat secara ekslusif di dalam susu dan produk tenusu.
Sesetengah tubuh kanak-kanak hanya dapat menyerap laktosa yang telah dicernakan dalam bentuk yang lebih ringkas iaitu glukosa dan galaktosa.
Proses pencernaan ini memerlukan tindakan enzim laktase. Enzim laktase terdapat pada sel-sel di usus kecil kanak-kanak. Kerosakan atau kecacatan pada dinding sel-sel usus kecil mereka boleh menjejaskan jumlah enzim laktase.
Biasanya kanak-kanak akan berasa tidak selesa selepas mengambil susu dan produk tenusu. Simptom akan kelihatan seawal 30 minit hingga 2 jam selepas pengambilan.
Sesetengah individu mungkin dapat bertoleransi terhadap laktosa lebih baik daripada individu lain.
Kebanyakan reaksi intoleransi laktosa berlaku serta-merta, tetapi reaksi alahan tertangguh juga biasa berlaku. Anak anda mungkin akan mengalami dua keadaan iaitu:
Intoleransi usus
Sakit perut
Kembung
Cirit-birit berair
Sendawa berlebihan
Perut berangin
loya
Alahan
Pertambahan masalah melibatkan ekzema dan dermatitis atopik di seluruh dunia meningkat kepada dua kali ganda dalam dekad yang lalu.
Namun dengan pengambilan Similac Total Comfort, ia dapat membantu mengatasi masalah yang dialami oleh kanak-kanak yang mempunyai masalah penghadaman atau intoleransi laktosa. Ia dilengkapi dengan formula Dual Immune Blend Plus dan mudah dicerna oleh sistem penghadaman serta mengandungi protein hidrolisis separa untuk pencernaan yang lebih baik ditambah dengan 2′-FL untuk mengurangkan risiko alergi pada kanak-kanak.
Similac Total Comfort juga diperbuat daripada 5 campuran untuk penjagaan usus yang baik.
Pelepasan Simptom GI yang pantas & berterusan
Prebiotik untuk menyokong kesihatan usus dan Sebilangan Hidrolisis 100% Whey Protein pra-dicerna untuk penyerapan yang lebih mudah.
98% formula bebas laktosa mengurangkan kepekaan laktosa.
Bebas Palm Olien mencegah sembelit dan Nukleotida pada tahap TPAN dan mengurangkan 63%.
Pencegahan Alergi
2′-FL menyokong sistem imuniti dan menurunkan risiko allergi.
Nukleotida pada tahap TPAN menyokong pematangan sistem imun.
Protein Whey 100% yang dihidrolisis sebahagiannya juga mengurangkan risiko atopik dermatitis.
Sebagai ibu bapa, elakkan amal sikap tunggu dan lihat sekiranya kanak-kanak kelihatan semakin lemah, cirit-birit terlalu kerap, pucat, bibir kering kerana ia mungkin petanda kanak-kanak sudah mengalami dehidrasi dan dapatkanlah rawatan pakar. Jika anak anda mempunyai masalah intoleransi laktosa, segera bertukar kepada Similac Total Comfort kerana ia dapat membantu mengatasi ini.
Untuk maklumat lebih lanjut layari ke laman web Similac Total Comfort di sini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!