Dalam kita sibuk bergembira meraikan hari raya dengan baju baru, rumah cantik, perhiasan rumah baru masih ada lagi yang tetap bersyukur meraikan hari raya walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan. Menurut perkongsian daripada pengguna Facebook, Tuan Abd Ghani Haron dia berkongsi sebuah cerita dimana sepasang suami isteri yang serba kekurangan sedang memilih baju terpakai buat anaknya kerana mereka tidak mampu.
Sebuah kisah akhir Ramadhan buat renungan
Pasangan suami isteri itu berpakaian lusuh Mengendong Anak Tak Berbaju
Petang menjelang 1 syawal yang lalu, kami menerima kunjungan sebuah keluarga kecil yang datang untuk memilih pakaian terpakai yang digantung di bawah bumbung di luar pagar. Pasangan suami isteri itu tampak berpakaian lusuh, si suami mengendong anak lelaki yang tidak berbaju, manakala si isteri memegang tangan anak perempuan lingkungan usia 8 tahun.
Membelek helaian baju yang digantung
Mereka begitu tekun membelek helaian baju yang digantung. Sekejap-sekejap kedengaran tawa riang anak perempuan kecil itu bila ibunya mengacu baju ke badannya..barangkali gembira beroleh pakaian baru yang sesuai. Saya dan isteri kebetulan berada di luar rumah selepas melawat ibu kami. Isteri saya menegur mereka dan bertanya dari mana mereka datang. Nyata mereka datang dari sebuah kawasan perumahan flat di sungai petani yang jaraknya hampir 20km dari rumah kami.
Ads
Tak Mampu Beli Pakaian Baru Untuk Anak-Anak
Bila ditanya kenapa datang begitu jauh, jawapan si ayah membuat saya bungkam. “Kak, saya tak mampu nak beli pakaian baru untuk anak-anak sempena hari raya ini. Cukuplah saya dapatkan pakaian terpakai ni untuk gembirakan hati anak kami, lagipun baju-baju di sini nampak masih elok untuk dipakai”.
Kita Lupa Mensyukuri Nikmat Sedangkan Ada Lagi Manusia Serba Kekurangan
Kata- kata ini membuat saya merenung betapa seringkali kita lupa untuk mensyukuri nikmat yang dikurniakan, meminta-minta untuk mendapatkan yang lebih, sedang ada manusia yang serba kekurangan memanjatkan syukur yang amat pada rezeki yang tidak seberapa di mata kita. Sedang kita asyik mendongak memandang ke langit, cemburu melihat apa yang tidak mampu dicapai, kita lupa menunduk ke bawah merenung apa yang di bumi, mensyukuri apa yang telah dikecapi.
Ads
Kita Merungut Tak Boleh Beraya Sakan, Tapi Keluarga Ini Bahagia Memilih Pakaian Terpakai
Ketika kita merungut tidak boleh beraya dan bergaya sakan dengan baju raya tahun ini dek kerana pkp, keluarga ini cukup bahagia memilih gantungan pakaian terpakai untuk menyambut hari raya. Seolah tiada gundah di hati mereka pada riak wajah yang gembira melayan anak-anak memilih baju terpakai. Demikianlah rasa cukup apa yang ada yang melahirkan ketenangan pada jiwa-jiwa yang bersyukur.
Allah berfirman dalam Surat Ibrahim ayat 7 berikut:
Ertinya: Dan (ingatlah juga) tatkala Tuhan kalian memaklumkan, “Sesungguhnya jika kalian bersyukur (atas nikmat-Ku), pasti Kami akan menambah (nikmat) kepada kalian; dan jika kalian mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangatlah pedih.”
Ads
Dari Abu Hurairah berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Pandanglah orang yang berada dibawah kalian, jangan memandang yang ada di atas kalian, itu lebih baik membuat kalian tidak mengkufuri nikmat Allah” (HR. Muslim)
Kekayaan Hakiki Adalah Hati Yang Sentiasa Berasa Cukup
Ingatlah pesan Rasulullah SAW kepada umatnya: “Kekayaan (yang hakiki) bukanlah dengan banyaknya harta. Namun kekayaan (yang hakiki) adalah hati yang sentiasa berasa cukup.” ( hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Muhasabah Diri
Ayuh kita muhasabah diri, sudahkah kita melafazkan syukur hari ini kepada Allah, atas nikmat nafas yang dihela, nikmat mata yang boleh melihat, nikmat tangan yang boleh memegang, nikmat kaki yang boleh berjalan, nikmat pakaian yang menyamankan, nikmat kereta yang memudahkan pergerakan, nikmat rumah untuk perlindungan. Berhentilah merungut pada perkara yang tidak dimiliki, mulalah menghitung nikmat yang lupa untuk disyukuri.
Untuk makluman, Projek sedekah pakaian terpakai ini telah berlangsung hampir 9 tahun. Ia telah menjadi saksi beribu-ribu pakaian bertukar tangan. Beribu-ribu hati yang gembira dan berbunga menyarung pakaian hasil sumbangan anda para dermawan. Sehingga kini, kami masih menerima sumbangan pakaian terpakai untuk disedekahkan. Malah ada juga yang menyumbangkan periuk, pinggan mangkuk, kasut, buku cerita dan kelengkapan bayi seperti stroller dan child car seat. Sumbangan boleh disampaikan dengan datang sendiri ke rumah Cikgu Ghani ( sebelum jam 6petang) di Tikam Batu atau poskan ke alamat 318B, Kg Masjid, 08600, Tikam Batu, Kedah. Semoga sumbangan kecil kita ini terus dapat menggembirakan hati mereka yang memerlukan. InsyaAllah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pemain bola sepak terkenal, Aidil Zafuan memanjatkan rasa syukur di atas kelahiran bayi perempuannya hari ini.
Berita gembira tersebut dikongsi olehnya di laman Instagram pada satu jam yang lalu.
“Alhamdulillah isteri saya telah selamat melahirkan baby girl pada 27.12.2021”
Pemain pertahanan Johor Darul Takzim (JDT) itu juga mengucapkan terima kasih di atas doa ramai buat dia dan isterinya, Zarema Zainal.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan isteri”
Setakat ini Aidil masih belum mendedahkan nama serta wajah bayi perempuanya itu.
Rata-rata warga maya mengucapkan tahniah kepada Aidil dan isteri di atas kelahiran bayi permpuan mereka.
Hasil perkahwinan Aidil dan Zarema, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki dan satu perempuan iaitu Ayden Zeeyad, Ayres Zachary.
Sebelum ini Aidil Zafuan pernah mendirikan rumahtangga bersama pelakon, Rita Rudaini namun hanya bertahan selama lima tahun. Mereka bernikah pada 2008 dan bercerai pada September 2013.
Hasil daripada perkahwinan itu Rita dan Aidil Zafuan dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 12, dan Airit Qaqa, 10.
Kredit: Aidil Zafuan
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bahaya ada di mana-mana. Bunga api yang disangka tidak berbahaya rupanya boleh meletup. Ibu ini tidak menjagka bunga api boleh menyebabkan kecederaan pada anaknya. Hati-hati mama papa!
Dalam kejadian yang berlaku malam Jumaat lalu, ibu, Intan Diana langsung tidak menjangka bunga api boleh menyebabkan kecederaan kepada anaknya yang berusia 4 tahun. Perkongsian ibu ini mendapat 2,600 perkongsian di Facebook.
Ingatkan. Bunga api ni tak bahaya..tapi bahaya
Meletop wei ank den main.
Dengar bunyi meletup.. Eh macam. Mercun plak.
Tak tahu la masuk angin ke… Telebih dos ke..
Citenye tak payah la lepas ni beli bunga api, Tak pasal-pasal jadi gini.
SAPU SESUATU YANG SEJUK SEMENTARA KE HOSPITAL
Selepas menyedari kejadian, Intan dalam keadaan cemas menyapu tangan anaknya menggunakan marjerin yang sejuk. Ia bertujuan menyejukkan kawasan melecur sementara membawa anaknya ke hospital.
“Selepas letupan, saya letak planta yang sejuk dari peti ais. Saya tak bolhe nak fikir apa. Saya fikir benda sejuk dalam peti ais
“Orang kata letak susu pekat sejuk pun bole. Tapu tak ada susu pekat, jadi saya ambil je la planta. Janji sejukm sementara saya nak bawa anak ke hospital, ” kata Intan ketika dihubungi Pa&Ma.
RAWATAN DI HOSPITAL
Intan juga turut mengimbau detik cemas yang berlaku. Semuanya berlaku sekelip mata dan tidak dijangkakan.
“Sampai hospital dapat rawatan, anak diberi ubat tahan sakit dan luka dicuci. Nurse letak gel antibiotik tak silap saya. Lepas doktor cek, saya dicadangkan memabwa anak ke klinik kesihatan setiap hari untuk mencuci luka pada tangan anak itu” katanya.
HARAP JADI PENGAJARAN KEPADA IBU BAPA LAIN
Ibu ini juga turut berharap apa yang berlaku kepada anaknya ini menjadi pengajaran buat ibu bapa lain.
“Saya kongsikan perkara ini supaya nk sesama beringat mak ayah diluar sana. Bunga api pun bole meletup. Yang merasakan bunga api ini tak berbahaya boleh lah beringat supaya apa yang terjadi pada anak saya tidak berlaku kepada orang lain.
“Walau pun memang kami pantau anak bermain, bakarkan bunga api. Tapi memang bahaya bunga api ni, boleh meletup sendiri!,” kata Intan kepada wartawan Pa&Ma.
WARGANET BERPENDAPAT BUNGA API BAHAYA
Sementara itu, kebanyakan komen daripada warganet memberikan pandangan mengatakan bunga api boleh mengundang bahaya kerana boleh menyebabkan letupan.
Syiera Insyirah “Bunga api jenis ni memang bahaya kak.. Last sy main masa darjah 3. Boleh patah n terbang masuk dlm baju Smpai skrg tobat x main dah.”
Juraidah Arshad “Jangan dibeli kan lagi..benda dah lma..belerang tu masuk angin. Boleh meletop..baik kan la dulu tangan anak tu..nanti satu kerja tak boleh nak buat. Nak raya ni..”
Qemar Loy “anak aku pun penah kene Intan Diana, kuar api dr blkg tempat pegang tuu..bunga api masuk angin dah tuu.”
Asaniah Khamis “Anak akak kena tahun lepas, siap masuk habuk belerang lagi dalam kulit tapak tangn sebab bunga api tu meletup.”
Samarinda Jentayu “Tak payah la bli n beri ank main bunga api xade faedah nye pn,bunga api ni boleh mngundang sesak nafas sbb asap yg tebal,beringat sblm kne,malang x berbau,pe2 pn smoga cpat sembuh ye dek”
Faisha Isaac “Anak yang lelah jangan bagi main bunga api ni or jauhkan dia dari hidup asap ni…dia blh suffocate dan pengsan…saya yg tua ni pun tak boleh bau.”
TIP MERAWAT ANAK MELECUR TAHAP 1
Melecur boleh menyebabkan kesakitan yang teramat sangat. Kulit yang terkena melecur akan kelihatan kemerah-merahan atau menggelupas, melepuh, atau bengkak. Di dalam keadaan yang lebih teruk, kulit akan kelihatan keputih-putihan.
1. Alihkan anak dari punca yang menyebabkan melecur itu.
2. Lalukan air mengalir (suam atau suhu biasa) ke atas kulit yang melecur itu paling kurang 20 minit, sehingga bahagian tu dah tak rasa sakit. Ini adalah untuk mengelakkan kecederaan tisu ke lapisan lebih dalam.
Seorang bayi perempuan dalam keadaan masih bertali pusat ditemui dalam tong sampah di kawasan kediaman One Tebrau, Jalan Setanggi, Taman Seri Setanggi di sini pada 1 Oktober lalu.
Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah (JKM) Johor Bahru, Adnan Md Yassin berkata, bayi perempuan yang masih mempunyai kesan darah dipercayai baru dilahirkan itu ditemui seorang pengawal keselamatan di kawasan kediaman tersebut.
“JKM menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.50 petang pada hari berkenaan berkaitan penemuan bayi berkenaan dalam tong sampah ‘Roll On Roll Off’ (RORO)
“Pengawal keselamatan itu curiga apabila mengesan objek yang bergerak dalam tong sampah dan mendapati itu adalah bayi.
“Pemeriksaan mendapati bayi itu adalah perempuan, masih bertali pusat dan tidak memiliki uri dipercayai dipotong sendiri oleh ibu kandungnya,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Menurutnya, tubuh bayi tersebut kemerahan dan awalnya disangka kesan gigitan semut namun apabila diteliti itu kesan baharu dilahirkan.
Beliau berkata, pihaknya tidak menemukan sebarang dokumen berkaitan bayi mahupun ibunya di lokasi berkenaan.
Katanya, bayi berkenaan kemudian dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini bagi mendapatkan rawatan sesuai.
Adnan berkata, bayi berkenaan dibenarkan keluar dari HSA pada Rabu dan kini ditempatkan di Rumah Perlindungan Kanak-kanak Johor menerusi subseksyen 25(2) Akta Kanak-kanak 2001.
“Bayi berkenaan dinamakan sebagai Lilyan Aleena dan kini berusia 12 hari. JKM ingin meminta bantuan orang ramai bagi mengesan waris bayi berkenaan yang kini dalam keadaan sihat,” katanya.
JKM katanya, berharap keluarga bayi berkenaan tampil bagi membincangkan masa depannya dengan secepat mungkin.
Bagi maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian Pelindung kanak-kanak JKM, Zaid Ikhwan Lim di talian 07-2232606, 07-2232607 atau 0111-7535394.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.