“Tak Mampu Beli Makanan Sedap, Ayah Kumpul Makanan Yang Dibuang Di Hotel” Luah Yatie Sendayu Tinggi

Share

Bapa kepada pengasas kosmetik yang terkenal, Dato’ Sri Aliff Syukri dan Hayati Sendayu Tinggi, Kamarzaman Kamaludin telah meninggal dunia semalam akibat komplikasi jantung.

Instagram Yatie, Aliff Syukri & Bonda Rozita telah dipenuhi dengan kisah-kisah arwah bapanya yang dikatakan sangat baik ketika hayatnya, sentiasa mendahulukan kehendak anak-anak dan tidak pernah merunggut susah. Begitulah besarnya pengorbanan seorang ayah. Namun, kisah yang dikongsi oleh Yatie amat menyayat hati kerana beliau jarang berkongsi tentang kisah susahnya bersama keluarga.

Saya jarang letak gambar abah. Tp hari ni lepas semua selamat dikebumikan, terimbas gambar raya tahun sudahnya. Sy masih x blh terima abah dah x ada. Sy cuba belajar redha. Abah jumpa dulu arwah Ani

Alhamdulillah abah berjaya tgk kesemua anak2 nya ( anak dgn isteri kini ) mandikan beliau. Itulah hajat arwah sebenarnya. Utk tgk anak2 dia sekali berkumpul

Sy sedih. Sebak. Tapi tersangat tersentuh sbb arwah meninggal dlm keadaan tersenyum lebar. Badannya juga tak ada sedikit najis pun. Memandangkan doktor tak sempat buat pembedahan lanjut, badannya elok dari luka


Abah sy org susah. Jadi guard di hotel. Tak mampu belikan sy dgn adik @aliffsyukriterlajaklaris makanan sedap2. Dia kumpul dr makanan yg dibuang dr hotel. Letak dlm tisu utk bagi kami berdua setiap kali kami berjumpa. Itu je yg dia mampu bagi selain sedikit duit poket. Sy pernah mogok nak jam tgn. Padahal duit abah ada tu je smpi cukup bulan

Minta walkman. Abah tolak gaji 6 bulan. Sedikit pun x pernah marah sy sbb arwah teramat penyabar orgnya. Spjg sy kenal abah, tak akan keluar dr mulut dia cerita buruk org lain. Semua org keliling dia baik katanya

Jauh sekali meminta sy & adik duit walau sesak mcm mana pun. Oh abah, kalaulah keluarga kita spt keluarga normal yg lain.. kami akan berikan apa shj. Tp Allah lbh hebat mencaturkan hidup kita semua.

Rata-rata netizen sebak dengan luahan beliau dan ramai yang mendoakan semoga arwah tenang di sana.

Sumber: Yatie Sendayu Tinggi

Published by
NuFa