Rasa sayu bercampur rasa bimbang pada anak sulung yang pertama kali ke sekolah adalah hal yang biasa dilalui ibu-ibu. Bimbang anak tidak pandai bergaul atau menangis ketika di sekolah.
Pelakon cantik manis, Anzalna Nasir turut berdepan emosi yang sama bila pertama kali menghantar anaknya, Eidrees ke sekolah.
Perasaan bercampur baur malah bimbang untuk berpisah seketika dengan anaknya. Itulah yang dilalui Anzalna.
Melalui Instagram, ibu kepada dua cahaya mata ini berkongsi kisah kebimbangan hatinya sehingga rela menunggu depan sekolah.
“Separation anxiety. Perasaan takut berpisah dengan anak but I need to be strong and hanya mampu berdoa sepanjang dalam kereta walaupun sebenarnya tak pergi mana pun!,” ujarnya berkongsi.
Bahkan kata Anzalna lagi, dek kerana kebimbangan hati pada anaknya itu, dia rela menunggu depan sekolah sambil mengintai aktiviti anaknya di sekolah.
Ads
Pun begitu kata Anzalna dia amat bersyukur anak lelakinya, Eidrees anak yang cukup berani malah pandai bergaul dengan rakan-rakan.
Paling terharu kata Anzalna, Eidrees beritahu dia tidak menangis cuma teramat rindukan ibu dan ayahnya.
“I dengan @hanif_zaki dok intai dia.
“Kejap daddy intai pastu mommy pula intai nak tengok dia cry atau tidak.
Ads
“Alhamdulillah he is a brave boy. Dia bagitau dia tak menangis cuma dia rindu kat mommy, daddy and Emirhan dan dia tak lupa makan lunch mommy bekalkan.
“Mummy emo terukkkk.. mak mak sahaja faham perasaan ni kan,” kongsi Anzalna lagi.
Memahami perasaan yang dialami ibu jelita ini, ramai mak-mak yang turut berkongsi rasa dan meluahkan rasa hati mereka malah turut berkongsi pengalaman masing-masing.
Sebagai parents, kita perlu peka dengan keselamatan anak. Sama ada di rumah mahupun ketika di bawa keluar, bahaya ada di mana-mana. Lengkapi diri dengan ilmu pertolongan cemas supaya kita tidak panik sekiranya berdepan dengan situasi tak diingini. Jom, serta e-workshop Stay Safe: Bahaya Di Mana-Mana, Lindungi Anak Anda sekarang!
Bila mengandung selalunya isteri yang akan tanggung semua dari awal kehamilan sampailah ketika bersalin dan berpantang, tambah pula bila anak ramai dan masih lagi kecil, orang kata kalau tak kuat mental boleh koyak.
Ada ramai anak memang seronok, meriah dengan kasih sayang dalam keluarga. Tapi bukan semua yang berkehendakkan begitu. Beranak ramai atau sikit bukan bergantung kepada kekuatan mental semata-mata, tapi itu juga adalah ketetapan Allah.
Seperti yang dikongsikan oleh En. Azlan Noor dalam postingnya yang mana dia menekankan apabila sang isteri hamil, suami juga ada peranan penting untuk sama-sama lalui tempoh kehamilan sehinggalah isteri selamat melahirkan, berpantang dan seterusnya membesarkan anak-anak.
Ujian Mengandung Tiap Orang Tak Sama
Saya lelaki, tapi saya faham satu perkara.
Beranak ramai atau sikit ni bukan ditentukan oleh mental kuat atau tak.
Semua tu ketetapan Allah kerana ujian ibu mengandung, bersalin dan berpantang ni tak sama setiap orang. Berbeza setiap anak.
Hanya yang lalui sendiri je yang tahu, keperitan yang dirasai dari awal hingga berpantang.
Ada kawan cerita. Lepas pengalaman bersalin anak kedua, dia dah serik untuk mengandung dan beranak lagi.
Masa mengandung anak kedua tu, dia kena alahan teruk, muntah-muntah sampai kena tahan wad. Semasa berpantang, baby dia menangis non-stop selama 3 bulan.
Dengan diri sendiri belum terurus, sakit bersalin belum hilang, luka belum kering, tenaga hilang belum berganti, nak kena bersabar dengar tangisan anak. Koyak teruk mental kawan saya tu.
Setiap hari air mata tumpah. Setiap hari nangis seorang diri masa mandi untuk legakan hati.
Berubat? Dah tak tau nak berubat di mana.
Doktor? Dah tak tahu nak gi doktor mana.
Dah tak tahu nak buat apa dah.
Sampai satu tahap, satu hari tu anak nangis non-stop. Dia mesej suami,
“Boleh tak nak simbah je baby ni?”
Mujur Allah masih sayang dia dan anak dia, tak jadi apa-apa perkara buruk. Suami berjaya tenangkan dia dan kembalikan kewarasan.
Suami Kena Hadap Sama
Di sini kita belajar bahawa suami juga main peranan bantu dalam hal ni.
Sebenarnya, mengandung, bersalin, berpantang ni, bukan isteri je yang perlu menanggung.
Yang silapnya, ramai fikir isteri je yang kena hadap semua tu.
Dari mula mengandung sampai berpantang, orang lelaki boleh teruskan hidup seperti biasa. Boleh keluar ngeteh dengan kawan sampai lewat malam. Tinggalkan isteri dengan baby dengan alasan susu cap gantung dah ada tak perlu bancuh. Sumbat terus keluar.
Bukan! Bukan macam tu.
Maaf cakap, dulu pun saya fikir macam tu jugak. Tapi selepas lihat sendiri betapa seksanya Surihati saya melahirkan tiga zuriat kami, saya faham suami selaku orang paling rapat lah yang kena main peranan bantu isteri lalui fasa dari mengandung sampai pulih sepenuhnya semula.
Kalau Nak Anak Ramai
Jika nak isteri beranak ramai
Isteri tengah mual dan muntah, tolonglah gosok dan usap belakang dia. Biar lega. Picit kepala dengan minyak, biar hilang pening.
Isteri kena tarik mengkarung malam-malam, tolonglah betulkan kaki dia. Kendurkan semula urat betis tu. Sapu dan gosok minyak biar kurang rasa tegang otot tu.
Isteri dah mula rasa sakit contraction tu, tolonglah berada di sisi, pegang kedua tangan dia, bagi kata-kata semangat. Lap peluh yang menitik di dahi dia.
Isteri dah disorong masuk wad bersalin tu, tolonglah ada di tepi katil bacakan surah, doa dan zikir. Lihat sendiri badan isteri terangkat-angkat, dada turun naik tahan seksanya saat zuriat anda nak lalui bukaan kecil tu. Amati sendiri betapa banyak darah isteri yang telah tumpah. Betapa letih dan lelah nak lalui semua ni.
Isteri dalam pantang, tolonglah beri sepenuh perhatian kepada isteri. Pakaikan dan ikat barut. Masakkan lauk berpantang. Carikan tukang urut. Bakar dan tungkukan. Pakaikan stokin.
Isteri nak menyusu, tolonglah bagi sokongan dan semangat. Buat urutan dibelakang badan. Tolong hilangkan bengkak susu. Bantulah sendawakan dan tidurkan baby.
Tak Minta Banyak, Nak Suami Faham & Ambil Berat
Banyak? Tak banyak pun.
Semua tu benda yang para isteri kena lalui. Semata-mata nak beri zuriat dan keturunan buat suami.
Kalau rasa penat dan tak mampu,
Ketahuilah….
Isteri juga penat untuk lalui semua ini. Namun sayangnya Allah kepada wanita bergelar isteri, Dia jadikan mereka kuat dan tabah untuk harungi semua ini.
Isteri tak minta pun ditukarkan suami yang kena memgandung ,bersalin dan lalui semua tu.
Isteri hanya minta suami yang faham, ambil berat.
Untuk sama-sama berpayah tempuhi saat sukar ini.
Untuk sama-sama berperit harungi saat jerih ini.
Untuk sama-sama bina keluarga bahagia yang diimpikan selama ini.
Itu sahaja.
Silakan follow saya —> Azlan Noor untuk baca posting-posting terbaru setiap hari. TQ.
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.
Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangis pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan meninggal dunia dengan kesan kecederaan di badan dalam kejadian dekat Sungai Siput, Perak semalam (25 Julai).
Meninggal dalam perjalanan ke hospital
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata pihaknya menerima maklumat itu pada 7.10 pagi.
Beliau berkata, mangsa yang tidak sedarkan diri menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke Hospital Sungai Siput.
“Proses bedah siasat yang dilakukan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh mendapati ada kesan kecederaan pada beberapa bahagian badan mangsa akibat objek tumpul,” katanya.
Polis tahan ibu bantu siasatan
Mior Faridalathrash berkata, susulan kejadian itu, ibu kandung mangsa berusia 30 tahun yang bekerja sebagai jururawat ditahan bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Mangsa adalah anak tunggal dan tinggal bersama ibunya yang bercerai sejak enam bulan lalu.
“Ibu mangsa direman selama tujuh hari sehingga Isnin depan dan kita akan menjalankan siasatan lanjut jika ada individu lain terbabit dalam kes ini,” katanya.
Menangis pada hari pertama sekolah adalah kebiasaan yang akan berlaku pada hari pertama sekolah. Ibu ayah jangan judge anak & panik, mesti tahu punca anak menangis.
Hari pertama persekolahan anak mendebarkan bukan sahaja kepada si anak tetapi ibu ayah. Tidak dinafikan dalam bangunan sekolah nanti akan kedengaran tangisan dari kanak-kanak di sana sini dan pelbagai aksi pujuk memujuk akan berlaku.
Perkongsian daripada Puan Puan Marina Mohd Nor, Pengetua Tadika Ilmiah Bonda, Subang Bestari ini diharapkan dapat membantu anda memahami sebab kanak-kanak menangis pada hari pertama sekolah.
ANAK-ANAK MENANGIS TIDAK SEMESTINYA MEREKA TIDAK SUKA
Saya, Teacher Marina selaku pengetua Ilmiah Bonda ingin kongsikan antara faktor yang menyebabkan anak-anak menangis di hari pertama persekolahan.
4 PUNCA KANAK-KANAK MENANGIS PADA HARI PERTAMA SEKOLAH
#1. BELUM MENGENALI ORANG SEKELILING
Ada ramai kawan-kawan yang tidak dikenali. Ini memberi kejutan besar kepada anak-anak. Kerana dia sedang dikelilingi oleh guru-guru dan kawan-kawan yang dia tidak pernah jumpa dan tidak kenal. Tiba-tiba anak-anak akan rasa terlalu asing dan takut.
#2. MENANGIS UNTUK MENGHILANGKAN RASA TAKUT
Ada kawan-kawan yang menangis. Apabila melihat atau berada di situasi yang penuh dengan suara tangisan, sedikit sebanyak perasaan mereka jadi berbaur. Jadi kanak-kanak itu akan meniru aksi menangis kawan-kawan lain untuk hilangkan rasa takut mereka.
#3. IBU AYAH HANYA HANTAR DI PAGAR SEKOLAH
Ibu bapa hantar di pagar sekolah sahaja tidak seperti semasa pendaftran, ibu dan ayah serta adik beradik lain masuk ke tadika dan menemani mereka bersama mereka di sekolah.
#4. MENGANTUK & LAPAR
Rasa mengantuk dan rasa lapar juga adakala faktor yang menganggu emosi kanak-kanak.
IBU AYAH JANGAN PANIK, LAKUKAN 3 PERKARA INI
Sekiranya perkara ini terjadi kepada anda, Puan Marina menyarankan supaya melakukan 3 perkara ini. Hal ini akan membantu meringankan tugas guru untuk memujuk anak-anak kecil ini.
Jadi jika berlaku situasi anak menangis di hari pertama persekolahan nanti, ibu, ayah, atok, nenek, uncle, mak cik jangan panik.
Ini antara cara ibu ayah boleh bantu ringankan kerja guru di sekolah;
#1. BERI LUANG MASA ANAK UNTUK BONDING DENGAN GURU
Guru-guru sudah bersedia dan terlatih untuk mengawal situasi ini, segera serahkan anak-anak kepada guru bertugas. Dan berikan mereka ruang masa untuk mengenali, bercakap dan berduaan dgn guru mereka.
#2. SEDIAKAN PAKAIAN EKSTRA & TUALA
Ada juga situasi, anak-anak akan menangis hingga muntah dan basah baju. Ibu bapa boleh mudahkan kerja guru dengan menyediakan baju salin dan tuala dalam beg mereka.
#3. ELAKKAN BERBUAL LAMA DENGAN GURU DI PAGAR SEKOLAH
Anak-anak sudah bersedia hendak ke sekolah, tetapi mereka perlukan masa. Beri masa guru-guru dan anak-anak menyesuaikan diri. Ibu bapa elakkan berbual dengan guru terlalu lama di pagar sekolah pada hari tersebut.
Kita semua mahu yang terbaik, kita perlu ingat bahawa di tadika guru bukan sahaja mengajar, mereka membantu kanak-kanak mengawal emosi, ajar anak-anak membuat keputusan, pastikan keselamatan anak-anak kita.
Jadi, mudahkan proses anak-anak kita belajar bersama guru-guru. Pengalaman yang dilalui oleh anak-anak adalah proses.
Doakan Allah permudahkan urusan menuntut ilmu anak-anak kita dan urusan guru-guru anak-anak kita.
Pesanan kasih mesra dari saya. Share bersama ibu bapa lain, semoga bermanfaat.
Siapa je yang tak nak hubungan suami isteri sentiasa bahagia, penuh kasih sayang dan rasa dihargai, kan? Setiap pasangan pasti impikan rumahtangga yang penuh...