Penyanyi terkenal, Ernie Zakri berkongsi pengalaman hamil anak pertama dan habit yang paling disukainya ketika usia kandunganya sudah mencecah 7 bulan.
“Setakat ini Alhamdulillah saya tak ada mengidam benda yang pelik, semuanya yang mudah-mudah sahaja. Cuma saya rasa habit yang saya perlu stop ialah mengunyah ais.
Ads
“Benda begini saya tak pernah buat sebelum ini, saya pun kurang minum ais sebab menyanyi. Tetapi waktu mengandung ni, benda itu jadi macam snek dan minta ais setiap hari. Selalunya orang akan tanya nak keropok? Tapi suami akan tanya nak ais?” katanya.
Dijemput sebagai menyanyi bersama kumpulan Sa.Ya semalam, Ernie gembira apabila diberi peluang untuk beraksi di atas pentas walaupun usia kandungan kini sudah mencecah tujuh bulan.
Ads
“Of course penat dan rasa mengah itu dialami oleh semua ibu hamil. Tapi waktu trimester pertama dan kedua saya memang banyak berehat, jadi apabila dapat bekerja saya rasa gembira,” katanya.
Ads
Ernie dan Syamel mendirikan rumah tangga pada 26 Mac lalu. Pasangan itu mendedahkan bakal menimang cahaya mata sulung perempuan tidak lama lagi.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai mama papa, pastinya kita mahukan yang terbaik untuk si manja. Kita akan mencuba yang terbaik untuk memberi perlindungan kepada mereka termasuklah kesihatan kulit si manja. Memandangkan kulit bayi sensitif, ia mudah mengalami kekeringan dan iritasi yang menyebabkan kegatalan dan rasa tak selesa.
Biarpun begitu, dalam kesibukan dengan kerja harian mungkin ada antara kita yang terlepas pandang tentang hal ini. Tahukah mama papa dengan menjaga kesihatan kulit si manja juga sebenarnya bonding time yang baik untuk dibuat dengan mereka.
Oleh itu, penggunaan produk tertentu yang berkualiti sangat penting untuk membantu mama papa meluangkan masa dengan anak dan pada masa yang sama menjaga kesihatan kulit si manja dengan berkesan.
Antara cara mudah untuk memastikan kesihatan kulit si manja:
1. Pakaikan bayi pakaian nipis
Dengan mengenakan pakaian nipis sebenarnya dapat mengelakkan peluh yanng melekat pada kulit. Apabila badan anak terlalu berpeluh, ia sebenarnya boleh menyebabkan ruam dan kulit menjadi kemerah-merahan serta kegatalan.
2. Mandikan anak dengan kerap
Bagi mengelakkan tubuh si manja selalu berpeluh dan kotor, mama papa boleh mandikan anak dengan kerap. Elakkan penggunaan sabun atau gel mandian yang tidak sesuai dengan kulit bayi. Perkara ini akan menyebabkan kulit si manja menjadi kering dan kasar.
3. Pilih produk terbaik
Ini salah satu perkara paling penting. Apabila memilih produk untuk si manja, carilah yang berkualiti. Pemilihan bukan sekadar membuat pemban harga, tetapi carilah jenama yang terbaik dan diyakini ramai.
Mama papa tak perlu rungsing, pilihlah Cetaphil Baby! Produk ini sangat lembut terutamanya untuk kulit sensitif yang menjamin 5- jenis perlindungan kulit bayi secara sihat. Dengan konsep We Do Skin, You Do You Cetaphil ingin memastikan kualiti masa mama papa bersama si manja bukan saja untuk bonding time tetapi melindungi kulit pada masa yang sama!
Apakah itu 5- jenis perlindungan kulit bayi?
* Tidak menyebabkan iritasi dan lembut untuk kulit bayi
* Menenangkan dan melembutkan kulit bayi
* Ia hipoalergenik
* Melindungi serta memelihara kelembapan dalam kulit bagi mengelakkan masalah kulit kering
* Mengelak masalah kurang air dan iritasi yang melemahkan pelindung kulit
Cetaphil Baby Gentle Wash & Shampoo
Bagi memastikan kebersihan dan keselesaan kulit secara semula jadi, gunakan produk ini kerana ia:
– Terbukti secara klinikal untuk membersihkan rambut dan kulit kepala yang diformulasikan untuk kulit sensitif
– Hipoalergenik dan mempunyai pH seimbang
– Sesuai untuk bayi baru lahir
– Telah diuji oleh Pakar Dermatologi dan Pakar Oftalmologi
– Lembut dan tidak memedihkan mata serta melembutkan kulit dan rambut si manja
Cetaphil Baby Daily Lotion
Lengkapi penjagaan kulit si manja dengan olesan lembut losyen ini kerana ia:
– Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan hidrasi pada kulit bayi selama 24 jam
– Formula tanpa iritasi ini direka untuk melegakan dan menyuburkan serta melembap dan melindungi kulit bayi anda daripada kekeringan
– Diuji oleh Pakar Dermatologi sesuai untuk kulit sensitif bayi
– Diformulasi dengan shea butter untuk melembapkan serta melindungi kulit si manja dari menjadi kering
Pelakon, Shakilla Khoriri berkongsi video di mana dia sedang mengambil anak perempuanya, Ameena di lobby bangunan setelah Ameena selesai beraya bersama Fizi Ali.
Menurut Shakilla, dia berasa ralat kerana satu-satunya anak perempuan tercinta terpaksa bergilir-gilir beraya setelah dia dan Fizi Ali mengambil keputusan berpisah secara baik.
“Tahun kedua beraya dalam keadaan macam ni. I feel bad for her. Really”
Tambahnya lagi, dia sentiasa berpesan kepada Ameena agar menjaga tingkah laku serta menghormati sesiapa sahaja walaupun baru diusia 4 tahun.
“Takpa this year beraya dengan daddy. Aku harap anak kecil ni ingat setiap pesan mak dia. Sebab aku bersusah payah mendidik dan mengajar banyak perkara. Ameena makin besar, anak yang bijak. Mata kepala dia melihat apa yang dia lihat. Dia bercakap apa yang dia tahu. Mengikut contoh apa yang dia rasa BETUL yang orang buat depan dia.”
Shakilla turut mendedahkan dia tidak pernah memutuskan silaturahim Ameena dengan Fizi Ali walaupun sudah berpisah.
“Begitu lah anak-anak ni membesar.”
“Aku tak besarkan Ameena dengan perasaan dendam dengan siapa-siapa.”
Akhirnya Ammar pergi jua, Allah sebaik-baik perancang. Pemergian Ammar Zulhairy atau lebih dikenali sebagai adik Ammar yang menghidap dua kanser pada Mac lalu disahkan meninggal dunia pada jam 5.05 petang Sabtu.
Ammar yang baharu berusia empat bulan menderita dua kanser iaitu tumor Maglinant Rabdhoid dan tumor otak setelah menjalani pemeriksaan mesin pengimbas tomografi berkomputer (CT Scan).
Menurut perkongsian mummy Ammar di instagram ieraaqila, Ammar telah pergi menghadap penciptanya pada Sabtu petang di sisi ibu bapanya dalam keadaan yang sangat tenang.
“Assalamualaikum semua, anak kesayangan kami (our beloved) Ammar Zulhairy sudah pulang ke negeri abadi tepat jam 5.05 petang di samping mummy dan abi dengan sangat-sangat tenang.
“Redha okay semua? Ammar sayang awak (love you) 3,000,” luahnya.
Sebelum ini, pada 31 Mac lalu, mummy Ammar telah berkongsi yang doktor merawat Ammar memaklumkan bahawa tiada rawatan yang boleh dijalankan ke atasnya dan Ammar dijangka mempunyai masa enam bulan sahaja untuk hidup.
Doktor menasihatkan supaya Ammar dibawa pulang ke rumahnya dan menghabiskan masa bersama-sama keluarga.
Walaupun perit untuk dilalui, tapi persediaan itu telah dibuat oleh kedua ibu bapa Ammar dengan berusaha untuk mengembirakan anak syurganya itu.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!