Kunci bahagia dalam rumah tangga sudah pastinya adalah saling mengambil berat dan paling penting pastinya tanggungjawab dan amanah buat pasangan dilaksanakan dengan sebaiknya. Penceramah bebas, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid turut berkongsi tip rumah tangga malah menitipkan pesanan khas buat para suami.
Menurut perkongsian Ustaz Don di Instagramnya, keperluan seorang isteri haruslah dipenuhi terlebih dahulu kerana ia kewajipan seorang suami. Dan adakalanya suami tidak perasaan dalam hal sebegini.
Inilah yang dikongsikan oleh bapa kepada empat cahaya mata ini lagi. Jom ikuti pesanan beliau.
4 KEPERLUAN ISTERI YANG PERLU DIPENUHI DAN RAMAI SUAMI TAK PERASAN
1-Keperluan fizikal Ini asas. Rumah, pakaian, makan minum dan kebajikan. Tidak perlu mewah, mencukup sekadar ada sehingga membuatkan isteri rasa selamat, selesa, tenang dan tenteram.
Ads
2-Keperluan akal Merujuk kepada ilmu pengetahuan. Isteri perlu dididik dengan pelbagai ilmu terutamanya ilmu agama. Kalau suami tidak dapat mengajar sendiri, berilah izin atau galakan kepada isteri untuk hadir ke majlis ilmu, daftarkan ke mana-mana seminar untuk dia menambah ilmu.
3-Keperluan emosi Ini merujuk kepada mengisi tangki emosi isteri dengan memberi kasih sayang sewajarnya, memberi perhatian, menjadi pendengar yang baik, tidak membebani isteri dengan kerja rumah, bertolak ansur dengan kepenatannya, sama-sama menguruskan anak-anak.
Ads
4-Keperluan mental Antara keperluan mental adalah dalam bentuk sokongan perasaan, pemahaman situasi, kebersamaan dikala ada tekanan dan meredakan kebimbangan isteri dengan apa jua ketakutan yang dia hadapi.
Dan paling penting dalam keperluan mental adalah keperluan untuk meraikan. Meraikan apa? Meraikan hari istimewa yang ada kaitan dengan isteri termasuklah meraikannya sempena Hari Wanita pada bulan Mac ini.
Ads
Jadi kepada para suami, atau sesiapa sahaja, sentiasa ambillah peluang untuk meraikan pasangan kita, kawan kita atau diri sendiri.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pasangan pelakon Datin Almy Nadia dan Datuk Fizz Fairuz dah berkahwin sejak 26 April 2014. Mereka dikurniakan empat cahaya mata perempuan iaitu Nur Afrina Arianna, Nur Afrina Aurora, Nur Afrina Ayra dan Nur Afrina Aryssa.
Dah lebih 11 tahun hidup bersama, kisah rumah tangga mereka masih buat ramai tersenyum bila isu berat badan Almy dibangkitkan secara bersahaja.
Almy memang ada niat nak kurus. Tapi Fizz pula tak izinkan. Katanya, kalau Almy makin kurus, nanti ‘hilang’ semua bentuk yang dia suka. Melalui sesi LIVE di TikTok, Almy berkongsi mengapa suaminya tidak suka jika dia kurus.
“Ma, janganlah kurus… nanti dah tak ada bontot. Bonggol-bonggol I nak peluk, nak gigit-gigit.”
Suami lebih suka yang ‘gebu-gebas’
Fizz bukan main-main. Dia betul-betul tak nak Almy ‘sekeping’. Katanya, Almy cantik begitu, dan dia suka isteri dia macam tu. Tak kisah pun walau ramai wanita berlumba-lumba nak nampak slim. Bagi Fizz, cinta dia bukan pada bentuk badan, tapi pada orang yang dia kahwini lebih satu dekad lepas.
Belum masanya untuk fokus kurus
Almy sendiri akui dia belum bersedia untuk fokus turunkan berat. Bukan sebab malas, tapi dia masih menyusukan anak. Bila menyusu, selera jadi luar biasa.
“Betul saya masih menyusu. type saya kalau saya susukan anak mesti saya gemuk sebab saya akan makan.”
Apabila Almy menyatakan hasratnya untuk menguruskan badan, Fizz minta isterinya untuk sabar dan tunggu anak besar sedikit memandangkan dia masih menyusukan anak.
“Boleh nak kurus, tapi sabar tunggu anak-anak besar. Anak tengah menyusu lagi apa semua.”
Bila suami terima seadanya
Dalam dunia yang selalu tekan wanita untuk sentiasa cantik, sentiasa slim dan sentiasa perfect, kisah kecil antara Almy dan Fizz ni jadi reminder yang sweet. Ada suami yang tak kisah pun bentuk badan isteri berubah. Yang penting, dia tetap nampak isteri dia lawa, masih nak peluk, gigit-gigit, macam dulu. Memang suami terbaik!
“Macam-macam yang isteri nak. Nak itulah, inilah” Selalu kita dengar ungkapan dan rungutan sebegini. Tak perlu merungut bila isteri nakkan sesuatu sebaliknya cubalah penuhi setakat yang mampu.
Menunaikan hajat dan permintaan isteri itu menenangkan suami dan hal ini turut diakui oleh seorang suami, The Faiz Ibrahim yang berkongsi kisah menarik.
Benar, tak salah memenuhi keinginan dan permintaan isteri kerana itu menenangkan.
Apa yang aku belajar dengan arwah abah aku, kalau isteri kita nak makan itu, nak pergi tempat tu, bawa je dia pergi selagi tak melampaui kemampuan.
Dulu aku pelik jugalah, setiap Sabtu dan Ahad, Abah rajin teman Mak pergi berurut lah, pergi cari laksa lah, pergi pasar malam lah walaupun aku tahu Abah tak suka pergi tempat-tempat macamtu.
Dan bila dah kahwin ni baru aku sedar, bila kita cuba penuhi apa yang isteri kita idamkan, hati kita akan automatik rasa tenang dan bahagia.
Macam isteri aku ni ha, dia mengidam nak makan ayam goreng, aku angkut dia terus pergi beli.
Sebab orang perempuan ni kalau dah cakap nak something melebihi 3 hari tu, maksudnya dia betul-betul nak dan benda tu boleh buat dia happy.
InshaaAllah bila kita gembirakan isteri kita, Allah jaga kita. Sesungguhnya kita tak tahu berapa lama Allah bagi isteri kita ini sebagai pinjaman.
Mak pesan, jangan pernah anggap isteri itu sebagai bebanan, tapi anggaplah sebagai anugerah, inshaaAllah kau akan rasa hidup kau Allah mudahkan.
Sebagai parents, kita perlu peka dengan keselamatan anak. Sama ada di rumah mahupun ketika di bawa keluar, bahaya ada di mana-mana. Lengkapi diri dengan ilmu pertolongan cemas supaya kita tidak panik sekiranya berdepan dengan situasi tak diingini. Jom, serta e-workshop Stay Safe: Bahaya Di Mana-Mana, Lindungi Anak Anda sekarang!
Sesebuah pasangan itu saling melengkapi antara satu sama lain, suami dan isteri masing-masing mempunyai keperibadian yang tak sama. Cara dibesarkan dan didikan seseorang itu pula bergantung kepada ibu ayah mereka.
Kredit foto: Emy Haznida
Kebiasaannya, anak lelaki dididik untuk menjadi anak yang berdikari dan sentiasa menyelesaikan masalah sendiri. Anak perempuan pula dimanjakan dan lebih kepada melayan perasaan.
Di dalam sebuah videonya, Imam Muda (IM) Hassan ada berkongsi tentang cara suami isteri menangani sesuatu isu itu berbeza. Di dalam videonya itu, IM Hassan ada memberi contoh situasi:
Apabila anak lelaki bermain basikal dan terjatuh lalu ibu bapa akan menyuruhnya bangun dan berhenti menangis. Berbeza dengan anak perempuan, ibu bapa akan memujuk dan bertanya jika si anak sakit di mana-mana.
Kredit foto: Emy Haznida
Itulah yang membentuk perwatakan anak lelaki dan anak perempuan sehingga dewasa. Apabila sudah berkahwin, cara mereka menangani sesebuah masalah tak sama dan cara bercakap juga berbeza.
Suami menyelesaikan masalah manakala si isteri lebih suka melayan perasaan. Seperti contoh situasi yang diberikan oleh IM Hassan, apabila seorang wanita itu mendapati rakan di pejabatnya memakai pakaian yang sama dengannya, dia akan bercerita hal itu dengan kawan yang lain untuk meluahkan perasaannya. Hal ini boleh berlanjutan sehingga ke petang.
Apabila pulang ke rumah, si isteri akan bercerita hal yang sama kepada suami. Tidak sampai 10 saat, suami akan menyarankan agar si isteri tidak perlu memakai pakaian itu lagi. Mudah! Sebenarnya isteri suka bercerita sekadar untuk melayan perasaan dan apabila suami mendengarnya, dia akan mencari penyelesaian untuk situasi itu.
Tonton video ini:
Di dalam video tersebut, IM Hassan turut menasihatkan agar si suami dengarkan luahan isteri kerana itu yang mereka mahu. Beri kepuasan kepada mereka dengan menjadi pendengar yang baik dan kemudian baharulah dicadangkan penyelesaian yang tepat untuk si isteri. Dalam rumah tangga, paling penting untuk suami isteri saling memahami.
Hanya tinggal tiga bulan lagi sebelum menyambut kelahiran anak ketiga, namun takdir Tuhan mendahului segalanya.
Seorang suami, tempat isteri berpaut dan pelindung dua anak kecil,...