“Tak Mewah Tapi Bahagia” Kemas & Cantik Tersusun, Rumah Sederhana Penuh Bahagia Di Puji Wargamaya!

Share

Rumah yang satu ini pernah tular suatu ketika dahulu. Ruangnya kecil, tiada perabot mewah yang melengkapi hiasan dalaman malah di luarnya juga kelihatan usang. Namun rumah pemiliknya yang juga seorang penternak ikan ini cukup kemas dan tersusun di dalamnya.

Rumah kecil ini diberi perincian penuh di dalamnya. Itulah yang mampu diungkapkan pada rumah cantik penuh bahagia ini. Penuh sederhana.

Bagi pemiliknya, Ahmad Mokhtar Taib, 32, dan isteri, Mariyah Ghazali, 32, kesederhanaan itu membahagiakan mereka. Selain rumah itu perlu sentiasa bersih dan terjaga agar indah di mata.

Kesungguhan pasangan berkenaan menghias rumah sungai mereka mendapat pujian netizen selepas Mariyah berkongsi gambar dekorasi ruang dalaman kediaman itu di Facebook.

“Dah siap. Walaupun kami tak mewah tapi bahagia.

“Semua barang Eco, buat sendiri.

“Hidup ni jangan banding dengan orang lain. Cara bahagia masing-masing. Yang penting selesa dan tenang,” tulisnya di kapsyen.

Menurut satu perkongsiannya di Harian Metro, Ahmad Mokhtar berkata, rumah sungai dekat Kampung Gong Tepas itu asalnya adalah rumah rehat yang dibina bersebelahan sangkar ikan ternakannya.

Namun mereka kemudiannya memilih untuk mendiami rumah itu bersama anak mereka, Ahmad Mujahiddin, 4 sejak tahun 2018, selepas berpindah dari Kedah.

“Saya dan isteri berkahwin pada 2013 dan rumah itu sudah ada sejak saya bujang lagi, tetapi tidak didiami kerana sekadar menjadi tempat rehat.

“Kami pernah menetap di Kedah beberapa tahun, jadi ia terbiar begitu sahaja. Kami sepakat berpindah ke situ selepas pulang ke sini, empat tahun lalu.

“Asalnya tidak banyak barang dalam rumah, tetapi kami mula hias sedikit demi sedikit apabila berpindah masuk,” katanya berkongsi.

Malah menurutnya lagi, rumah kecilnya itu dihias cantik dan kemas oleh isterinya tetapi turut dibantu olehnya jika punya mana terluang.

“Isteri suri rumah sepenuh masa, jadi dia yang banyak habiskan masa hias rumah kami. Tiada rujukan atau tengok YouTube, sebaliknya kami cuba hias gunakan bahan yang ada, kebanyakannya yang murah, kecuali tikar getah, manakala kertas dinding ambil masa lama untuk dipasang.

“Ikutkan, rumah kami tiada ruang dapur atau bilik tidur tetapi kami cuba cipta ruang berkenaan mengikut kreativiti sendiri dan semua kerja menghias banyak dilaksana ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu,” katanya lagi.

Akuinya lagi, rumah atas air pada sangkar dan diapungkan dengan tong itu setakat ini semuanya dalam keadaan baik namun sesekali akan bergoyang bila angin kuat.

MENARIK:

Rezeki Terindah Dulu Ibu Sarat Bawa Perut Kini Bayi Kembar 3 Selamat Dilahirkan!

Suami Nakkan Yang Terbaik, Bukan Dayus, Suami Berkorban Lebih Dari Mampu Untuk Persiapan Isteri Bersalin!

Tak Berbaloi Stress Melampau, Rutin Simple Ni Buat Emosi Ibu Lebih Baik, Ubahlah!

“Saya tenang walaupun duduk di atas sungai dan anggap ia rezeki apabila dapat tinggal dekat dengan alam semula jadi. Tak sangka juga ramai suka suasana dan persekitaran di sini selepas tular gambar rumah saya.

“Alhamdulillah, setakat ini semuanya dalam keadaan baik cuma biasalah, rumah akan bergoyang apabila angin kuat tetapi belum pernah lagi dibawa arus,” katanya yang bersyukur kerana dapat menyediakan tempat berteduh buat isteri dan anak.

Bapa kepada seorang cahaya mata itu bagaimana pun turut memasang impian untuk menyediakan rumah yang lebih selesa buat isteri dan anaknya di atas tanah, suatu hari nanti.

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.

Klik DAFTAR segera di https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Sumber: Harian Metro

Published by
SRM