“Tak Minta Banyak, Cukuplah Hafaz 30 Juzuk Al-Quran…” Jawapan Win Aeril Zafrel Bila Ada Netizen Nak ‘Cop’ Anak Perempuannya

Share

Aeril Zafrel memang terkenal suka menyakat isterinya pelakon Wawa Zainal dan anak-anaknya Attar dan Hayla.

Video yang sering dimuat turun oleh hero drama Patahnya Sebelah Sayap ini sering mendapat perhatian daripada netizen.

Baru-baru ini Aeril ada memuat naik naik video gelagat Hayla bersama Wawa yang sedang berbual.

Hayla cantik…mama jelek…???budak2 kalau cakap memang jujur kan??

Lucu bila Hayla mengaku dia lebih comel daripada mamanya dan bertambah lucu bila si kecil ini fasih bercakap dalam loghat orang Sabah.

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen semuanya rasa terhibur melihat telatah Hayla selain memuji kecomelan dan kecantikan dia dan ibunya.

Namun dalam banyak-banyak komen, terdapat satu komen yang agak ‘lucu’ dan berjaya menarik perhatian Aeril yang membalas kembali komen tersebut dengan jawapan yang sangat ‘win’.

Aeril Tunjuk Kuasa Sebagai Ayah

Sama seperti ayah orang lain yang pasti akan menjaga dan melindungi anaknya, Aeril memberikan komen yang kelihatan lucu dan berjenaka tetapi sangat bermakna.

Sudah tentu Aeril mahukan yang terbaik untuk anak perempuannya. Nampaknya walaupun gemar membuat lawak jenaka dalam kebanyakan postingnya, pelakon kacak ini tetap mementingkan didikan agama dan menjadi keutamaan dalam urusan kehidupan apatah lagi melibatkan masa depan anak-anak tersayang.

Bagaimanapun dia masih sempat lagi menyelitkan unsur humor dalam jawapan tersebut. Selain meminta individu itu menghafaz 30 juzuk al-Quran dan hadis-hadis Nabi s.a.w, Aeril turut memintanya pandai menari tarian zapin.

Semoga Aeril dan Wawa dapat mendidik anak-anak mereka menjadi anak yang soleh dan solehah selain daripada memberikan yang terbaik untuk mereka.

Sumber: Instagram aerilzafrel

Published by
Hasnita Sawal