Pelakon jelita, Sari Yanti mengakui dirinya kini berbadan dua melalui insta story pada 13 jam yang lalu. Berita gembira tersebut dibuat melalui QnA “Silakan Tanya. Kalau Sempat Akan Dijawab ya” yang dibuka kepada peminat beliau.
Tentu sekali pendedahan ini menjadi berita gembira buat semua peminat yang berteka-teki selepas gambarnya bersama Scha Alyahya di sebuah hospital ternama viral.
Menurut beliau, lebih 50% soalan yang diajukan adalah berkenaan kehamilan terkininya. Beberapa soalan mengenai kehamilan dirinya turut dikongsi di insta story beliau.
Iya betul Kakak Sari Mengandung. Alhamdulillah
Bila ditanya tentang target untuk mempunyai berapa anak, dia mengakui masih belum menetapkan jumlah had anak.
Sebelum ini Sari Yanti pernah mengalami keguguran dan kehamilan ini adalah kehamilan yang ke-7 (termasuk perkahwinan terdahulu – 2 anak lelaki).
Selepas mendirikan rumah tangga bersama Jep Sepatuh, Sari Yanti mengalami keguguran kali pertama pada tahun 2018. Keguguran kali pertama berlaku kerana Sari mengandung di luar rahim sehingga menyebabkan Sari terpaksa membuang salah satu tiub fallopiannya.
Ads
Setelah mencuba, Sari selamat melahirkan anak pertama bersama Jep yang diberi nama Dariya Inara.
Selepas kelahiran Dariya Inara, Sari Yanti sekali lagi disahkan hamil. Namun kehamilanya tidak dapat bertahan lama. Keguguran kedua berlaku ketika usia kandungan Sari mencecah 3 bulan.
5 Anak bersama Jep (termasuk 2 gugur) – Pertama (Keguguran), Kedua- Inara, Ketiga (keguguran), Keempat – Khidir, Kelima (Sedang Hamil)
Sari turut berkongsi aktiviti harian dan vitamin yang diambil sepanjang kehamilan.
Ads
Tak boleh lemah sebab kena jaga anak dan rumah
Memang mencabar jaga anak kecil dan pregnant, sabar nanti Allah tolong
Tak berdaya nak masak
Ads
Tiada maid, semuanya buat sendiri
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan 2 cahaya mata, Dariya Inara (3 tahun), Muhammad Khidir (9bulan).
Sari juga mempunyai 2 cahaya mata lelaki iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq hasil perkahwinan terdahulu.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan penjagaan diri boleh klik di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mama perlu memahami perubahan pada tubuh. Perubahan hormon yang terjadi tatkala hamil menimbulkan pelbagai kelainan. Bukan, anda tidak bertukar menjadi hodoh!
Anda masih cantik. Perjalanan menjadi seorang ibu membuatkan diri anda kelihatan unik. Ia hanya bersifat sementara. Hampir semua daripadanya tidak boleh dielakkan kerana ia terbentuk disebabkan oleh perubahan hormon dalam badan saat hamil ini.
KULIT JADI GELAP
Terdapat tompok-tompok kelabu di sekitar mata, hidung dan pipi pula dipanggil chloasma atau sebagai topeng mengandung.
Perubahan kulit disebabkan oleh melanosit yang menyebabkan warna kulit menjadi lebih gelap. Hampir 70 peratus wanita hamil akan mengalami perubahan kulit ini.
Sekiranya terdedah kepada matahari secara berpanjangan,warna tompokan ini akan menjadi lebih jelas serta gelap.
Oleh itu, ibu-ibu harus mengehadkan pendedahan muka pada matahari sekiranya tidak mahu tompokan ini menjadi lebih jelas kelihatan. Sekiranya perlu berada di bawah sinaran matahari untuk suatu jangka masa yang panjang, lindungi kulit dengan sapuan krim sunblock sekurang-kurangnya SPF15.
Perubahan kulit ini juga tidak berkekalan dan lazimnya akan hilang dan pudar selepas anak dilahirkan.
Sekiranya masih terjadi tompok kegelapan tersebut, segeralah berjumpa doktor untuk nasihat dan ujian lanjut.
GARISAN PADA PERUT
Saat perut menegang dan membesar, muncul garisan kecoklatan di perut. Ia bermula dari pusat hingga ke arah bawah yang disebut linea nigra.
Garisan ini sememangnya sudah ada sebelum ini tetapi hanya lebih jelas kelihatan ketika mengandung.
KEHITAMAN PADA TUBUH
Selain itu sering juga terjadinya kecoklatan pada wajah dan tubuh yang disebut chloasma atau topeng kehamilan.
Ia selalunya berlaku pada payudara, puting dan juga di celah kangkang.
Ini adalah kerana paras melanin yang meningkat iaitu komponen yang memberikan warna pada rambut dan juga kulit.
Kira-kira 90 peratus wanita mengandung akan mengalami tompok-tompok kehitaman ini sementara mereka yang berkulit gelap akan menunjukkan kesan-kesan melanin dengan lebih jelas.
KULIT BERMINYAK
Semasa hamil, perubahan kulit menjadi lebih berminyak dan mudah ditumbuhi jerawat.
Peningkatan hormon androgen iaitu progesteron selama kehamilan menyebabkan kelenjar sebasea di kulit menjadi lebih besar sehingga meningkatkan penghasilan sebum (minyak). Sebum yang berlebihan ini bercampur dengan sel kulit mati akan menyebabkan pori-pori kulit tersumbat dan menyebabkan tumbuhnya jerawat.
Wanita hamil harus membersihkan kulit untuk mengelakkan minyak pada kulit. Bersihkan wajah dua hingga tiga kali sehari dan bilas dengan Basuh wajah dengan air suam
Keringkan wajah dengan cara menepuk-nepuk, jangan mengeringkan dengan cara menggosok untuk mengelakkan kelembapan semula jadi kulit hilang.
Sumber: Majalah Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sesetengah wanita mengalami masalah praeklampsia ketika mereka mengandung. Praeklampsia ialah gangguan sistemik hipertensi kepada ibu yang mengandung pada fasa trimester kedua yang melibatkan tekanan darah tinggi beserta rembesan protein dalam air kencing.
Peringkat kandungan yang berusia dalam 20 minggu keatas dengan tekanan darah melebihi 140/90mmHg dan mempunyai kandungan protein sebanyak 300mg sehari didalam air kencing diklasifikasikan sebagai preeklampsia. Pa&Ma mendapatkan penerangan lanjut tentang keadaan ini daripada Dr. Salini Suhaila Nasir, Pakar Kesuburan dan Sakit Puan dari Hospital Metro IVF, Klang.
Statistik menunjukkan kadar berlakunya praeklampsia untuk negara maju seperti US (United States) adalah sebanyak lima ke sepuluh peratus. Manakala di Asia atau negara yang sedang membangun kadar praeklampsia meningkat ke 10-20 peratus.
Jika dilihat pada kadar statistik tersebut, masalah ini perlu diberi perhatian kerana komplikasi kepada kematian ibu hamil adalah tinggi sekiranya keadaan ibu tidak dipantau dengan ketat.
Bagaimana ia boleh berlaku?
Etilogi mengenai praeklampsia masih belum dapat dijelaskan dengan tepat. Namun, kajian yang dijalankan mendapati, ia adalah berkaitan dengan masalah uri atau plasenta di dalam rahim ibu.
Patogenesis yang dikaitkan ialah:
Placental ischemia atau kekurangan salur darah ke plasenta. Untuk kehamilan normal (seperti dalam gambarajah) cytotrophoblast akan meresap masuk kedalam dinding rahim dan membantu kelancaran salur darah, namun untuk ibu yang mengalami masalah praeklampsia ini perubahan faktor imuniti badan antara ibu-bayi telah menyebabkan salur darah itu menjadi sempit.
Pengurangan penghasilan enzim vasodilator.
Kajian terperinci mengenai punca praeklampsia telah mendapati bahawa agen untuk pengembangan saluran darah pada ibu mengandung sangat kurang.
Faktor ketidakstabilan fungsi sistem endothelial
Faktor keturunan atau genetik.
Kenal Pasti Simptom Preeklampsia
Sistem pemeriksaan antenatal di Malaysia adalah salah satu yang terbaik di Asia, pemantauan secara penyeluruh telah berjaya mengesan risiko praeklampsia dalam kalangan ibu. Sekiranya ibu didapati mengalami tekanan darah lebih 140/90mmHg dan dikesan mengadungi protein di dalam kencing, pemeriksaan darah untuk beberapa ujian akan terus dijalankan.
Ini bertujuan untuk mengenalpasti risiko organ lain yang berkemungkinan terlibat kerana masalah praeklampsia. Tidak banyak simptom awal yang disedari para ibu tetapi sekiranya ada yang mengalami pembengkakan kaki yang teruk atau peningkatan berat badan yang mendadak perlu rujuk hal ini kepada doktor.
Simptom yang perlu dirujuk ke hospital dengan kadar segera ialah seperti sakit kepala, penglihatan menjadi kabur, sakit pada bahagia ulu hati, kencing dalam kuantiti yang sedikit atau rasa sesak nafas. Ini adalah simptom risiko sawan yang mungkin boleh berlaku sekiranya diabaikan.
Apakah risiko kepada ibu dan bayi dalam kandungan?
Risiko kepada ibu
Jika praeklampsia tidak dirawat dengan segera, ia boleh menyebabkan komplikasi yang serius untuk ibu seperti kegagalan hati, kegagalan buah pinggang serta masalah jantung. Risiko sawan adalah keadaan yang paling digeruni kerana kegagalan fungsi otak mungkin boleh berlaku sekiranya bekalan oksigen terhenti.
Selain itu sindrom Penyakit HELLP (hemolisis, enzim hati yang tinggi, dan bilangan platelet yang rendah) – Keadaan yang biasanya berlaku lewat dalam kehamilan yang boleh menjejaskan pecahan sel darah merah, pembekuan darah, dan fungsi hati wanita hamil. Kesemua risiko ini boleh menyebabkan kematian atau morbiditi yang tinggi kepada ibu.
Praeklampsia boleh menyebabkan pengurangan aliran darah ke plasenta sehingga menyebakan kekurangan oksigen dan nutrien. Ini boleh menyebabkan pembantutan pembesaran janin didalam kandungan, pengurangan penghasilan air ketuban dan juga risiko kelahiran bayi pramatang.
Rawatan utama kepada ibu dan bayi adalah kelahiran. Untuk menstabilkan keadaan ibu tersebut pihak doktor terpaksa mengambil keputusan untuk kelahiran awal bagi mencegah risiko-risiko yang merbahaya kepada ibu dan bayi dari berlaku. Tidak ada cara untuk mengubati praeklampsia kecuali untuk bersalin awal dari jangkaan iaitu melalui kaedah pembedahan. Walaupun selepas bersalin, tanda-tanda dan gejala preeklampsia boleh bertahan sehingga enam minggu.
Siapakah yang berkemungkinan mengalami Praeklampsia?
Ini boleh dikategorikan kepada 2:
Risiko Tinggi
Ini merujuk kepada ibu-ibu yang pernah mendapat praeklampsia untuk kandungan sebelumnya, ibu yang mempunyai penyakit darah tinggi sebelum mengandung, pesakit diabetes sebelum mengandung atau pesakit buah pinggang.
Risiko sederhana
Merujuk kepada ibu-ibu kandungan pertama dan kebiasaannya ibu remaja, atau berusia lebih dari 40 tahun, atau mempunyai BMI melebihi 30kg/m2 atau jarak kelahiran melebihi 10 tahun.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!