Pa&Ma kini berada di dalam aplikasi   
Pa&Ma kini berada di dalam aplikasi   
Home Kesihatan Tak Mudah Jatuh Sakit, Ada Caranya Untuk Buat Sistem Imunisasi Anak Jadi...

Tak Mudah Jatuh Sakit, Ada Caranya Untuk Buat Sistem Imunisasi Anak Jadi ‘Mantap’

Semua ibu bapa mahukan kesihatan optimum untuk anak-anak mereka, namun pada masa yang sama, ramai yang tidak mengetahui sistem pertahanan badan yang kuat mampu melawan sebarang jangkitan penyakit.Tambah pula dengan kes serangan influenza dan penyakit yang pelbagai sekarang ini, ibu bapa perlu lebih peka dengan kesihatan anak-anak.

Bayi mempunyai pertahanan imunologi sejak lahir, namun ia belum cukup matang dan akan terus diperkuat sehingga usia empat atau lima tahun.

Jom kita ketahui 5 info untuk meningkatkan daya imuniti  anak anda.
1.Imunisasi

Imunisasi berkesan untuk melindungi badan si manja sebelum diserang penyakit yang boleh membawa maut. Pemvaksinan boleh dilakukan ketika si manja sihat mengikut jadual suntikan imunisasi yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tak Mudah Jatuh Sakit, Ada Caranya Untuk Buat Sistem Imunisasi Anak Jadi ‘Mantap’

Melalui vaksin, ia bertindak dengan merangsang tindak balas imun secara tiruan terhadap antigen tertentu dalam badan anak anda. Seterusnya mengeluarkan antibodi untuk menentang virus untuk melawan jangkitan penyakit.

Artikel Menarik: [Ayah ‘Sedap’ Smoking, Anak Pula Asyik Demam Tak Kebah. Kasihanilah Dia!]

2.Susu ibu

Ia adalah ‘cecair emas’. Ini boleh menguatkan sistem imun si manja. Susu pertama bayi iaitu kolostrum, kaya dengan antioksida dalam bentuk vitamin E dan beta karotena yang melindungi bayi daripada serangan kuman.

IKLAN

Ia juga mengandungi pelbagai faktor perlindungan yang mengurangkan risiko antaranya cirit-birit, jangkitan telinga, dan jangkitan salur pernafasan akut yang lain. Pemberian susu ibu secara eksklusif sepanjang enam bulan pertama adalah yang terbaik dan hendaklah diteruskan sehingga dua tahun.

3.Persekitaran sihat dan ceria

Elakkan membawa bayi dibawah usia enam bulan di kawasan yang sesak dengan orang ramai dan mereka yang tidak sihat. Namun pastikan persekitaran selamat sebelum  membawa bayi ke taman permainan untuk melakukan aktiviti fizikal seperti senaman, berjoging atau berenang yang boleh membantu meningkatkan kecekapan fungsi imun.

Tak Mudah Jatuh Sakit, Ada Caranya Untuk Buat Sistem Imunisasi Anak Jadi ‘Mantap’

IKLAN

Paling penting, jangan dedahkan anak-anak kepada asap rokok kerana ia mengandungi toksin yang boleh melemahkan sistem imun dan merosakkan sel-sel imun anak anda yang masih belum matang.

4.Emosi positif

Bayi yang menghadapi tekanan mampu mengurangkan keupayaan sistem imun untuk menentang jangkitan yang menyebabkan mudah dijangkiti penyakit. Oleh itu, wujudkan emosi yang positif supaya anak gembira.

Artikel Menarik: [Tak Perlu Risau Tengok Ubun-Ubun Baby Berdenyut, Ia Perkara Normal]

IKLAN

Lakukan aktiviti bersama seperti membaca, mewarna, melukis dan bermain bersama anak-anak anda. Suasana seperti ini boleh membantu menguatkan sistem imun kerana ia membantu mengurangkan hormon tekanan dan menambah sel imun.

Artikel Menarik: [Bayi Tak Perlu Banyak Bantal Waktu Tidur. Bahaya, Boleh Mengundang Maut!]

5.Pemakanan yang seimbang.

Apa yang anak anda makan boleh mempengaruhi sistem imunnya. Jadi hidanglah makanan yang berzat untuknya membesar dengan system pertahanan badan yang kuat. Hasil kajian menunjukkan risiko penyakit berjangkit adalah lebih tinggi di kalangan kanak-kanak terutamanya bayi yang kekurangan zat makanan.

Tak Mudah Jatuh Sakit, Ada Caranya Untuk Buat Sistem Imunisasi Anak Jadi ‘Mantap’

Jadi sediakan diet yang lengkap dan seimbang untuk anak anda. Rujuk kepada piramid panduan makanan yang dapat membantu menjamin sistem imun si manja berfungsi dengan baik.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI