Bukan mudah hendak mendidik anak yang masih kecil untuk mengenal dunia. Apa lagi mendidik anak dengan ilmu kebaikan agar mereka menjadi anak yang sentiasa baik pekertinya.
Bukan satu tugas yang mudah malah mendidik anak juga perlukan contoh yang baik daripada mak ayah sendiri. Anda banyak perkara yang mak ayah boleh lakukan untuk pastikan anak terdidik dengan cemerlang.
Perkongsian ibu ini, Puan Aminah Hussain boleh juga dicontohi. Kongsikan di facebook, KPI mak ayah dalam mendidik anak menjadi anak yang soleh dan solehah. Ini yang mak ayah perlu lakukan. Jom contohi cara dan tip yang dikongsikan beliau.
Banyak lagi tip nak kongsi. Tapi cara saya la. Saya bukan ibu yang perfect tapi banyak tip nak share dari buku bacaan saya.
Ini senarai KPI yang perlu ibu dan ayah buat setiap hari. Nampak banyak tapi setiap saat berlakunya 10 perkara ini adalah sangat istimewa terutama untuk anak 0 bulan hingga 6 tahun.
Semua ini bukan sahaja mencipta memori tapi ia juga membentuk kerapatan (bonding) dan kepercayaan mereka pada kita mak dan ayah.
1. Peluk anak- anak.
2. Mengajar anak- anak sesuatu yang baru.
3. Bermain dengan anak- anak.
4. Duduk dan dengar anak bercerita.
5. Membuat kerja rumah bersama- sama. Paling mudah kemas balik mainan yang mereka sepahkan.
6. Solat bersama anak- anak.
7. Berbincang tentang ilmu baru (ayat al quran, hadith, islam etc)
8. Memuji anak- anak dan sebut kebaikan anak.
9. Kurangkan marah pada anak. Semalam dah marah 10 kali, hari ini kita kurangkan ke 8 kali.
10. Berzikir bersama. Nyanyi asma ul husna terbaik!
HASILNYA bukan hari ini atau esok. HASILNYA akan datang. waktu anak berusia 7 tahun ke atas.
Aminah Binti Hussain
*kita semua ibu ayah yang terbaik